EPISOD 3
PERISTIWA 3 bulan lalu membuat Zahiril banyak berfikir. Kenapa terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam hidupnya didalam masa satu hari? Kenapa hatinya merasa getaran apabila berada disisi Nur Najihah? Kenapa mesti Fatini memeluknya di depan Nur Sanieah? Kenapa seorang gadis cantik memberi tamparan yang meninggalkan kesan yang amat dalam? Kenapa Syeera seolah-olah tidak menyukai kekasihnya Nur Sanieah? Kenapa terlalu banyak perkara yang membuatkan kekasihnya Nur Sanieah berkecil hati? Semuanya hanya berlaku dalam masa satu hari. Mana pula hatinya juga sudah jatuh sayang pada Nur Najihah dan begitu juga Nur Najihah.
HARI ini pertunangan adiknya Syeera dan Muhd Hafis telah pun berlangsung, dan kini sah adiknya Syeera menjadi tunangan orang. Namun hatinya sangat pedih apabila dileterkan ibunya .
"Kau ni Pex? Bila lagi nak ada teman hidup? Mama dah penat dengan sikap kau ni tau! Mama nak tahu bila kau nak cari calon menantu kau untuk mama?? Mama bagi kata putus dalam masa sebulan dari sekarang kau kena cari calon menantu untuk mama kalau tidak mama akan kahwinkan kau dengan pilihan mama sendiri!" Tekad mamanya padanya sewaktu malam pertunangan adiknya Syeera.
MASIH terngiang-ngiang kata-kata mamanya pada dia 4 minggu yang lalu.Ini bermakna sudah cukup tempoh yang mamanya beri. Diatas sejadahnya itu dia menadah doa terhadap ILAHI.
"Ya Allah, berilah petunjukMU pada ku ya ALLAH.. Sanieah aku kasihi, aku kasihi ya ALLAH namun, Jaja jua aku kasihi. Siapakah yang pantas aku dampingi ya Allah? KAU berilah petunjukMU buat ku ya ALLAH. Adakah aku harus mengikut kehendak mama ya ALLAH? Tapi mampukah aku memperisterikan wanita yang aku sendiri tidak kenal ya ALLAH? ya ALLAH ku bermohon padaMU berikanlah aku petunjukMU ya ALLAH." dengan perlahan dia mengaminkan doanya, berguguran sekali lagi airmatanya.
Nur Sanieah menghampiri rumah warga emas yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Sudah hampir 5 bulan dia menetap di Kuala Lumpur itu. Tapi dia tak pernah jemu bertandang kerumah warga emas itu. Hatinya sering dekat dengan seseorang disitu. Apabila dia berada disitu pasti sahaja dia teringatkan ayahnya yang belum pernah dia lihat. Seumur hidupnya dia belum pernah melihat wajah ayahnya. Kata arwah ibunya ayahnya meninggal sewaktu dia berusia 2 tahun lagi. Namun Nur Sanieah tidak tahu dimana datangnye kekuatan hatinya yang mengatakan ayahnya masih hidup.
"Ayah jika ayah masih hidup dimana ayah berada? Niea teingin bertemu dengan ayah.."bisik kata hati Nur Sanieah, dia mengesat airmata yang merembes laju dipipinya.
Emah dan adiknya Nia sudah bersiap untuk ke shoping complex tapi tiba-tiba mamanya Datin Maria menahan.
"Dah tak payah nak bershoping sakan jom ikut mama pergi kerumah Datin Sufiya."ujar Datin Maria tegas.
"Kita nak buat apa pergi sana mama?"soal Nia seakan tidak setuju. Sebenarnya dia tidak kisah jika ingin membatalkan kepergian dia ke shoping complex, tapi untuk pergi kerumah Datin Sufiya nak menghadap muka si Syeera memang dia tak sanggup. Dia tak pernah melupakan pertengkaran diantara dia dan Syeera.
"Dahlah Nia jom ikut mama, pedulikan je si sengal tu." pujuk Emah.
Akhirnya Emah dan adiknya Nia menuruti kehendak mamanya Datin Maria.
Datin Sufiya, Datin Maria, Emah dan Nia serta pihak rombongan yang lain tiba dibanglo mewah kediaman Tan Sri Tengku Michelee Abdullah diwaktu tengahhari tepat pada hari dan waktu yang Datin Sufiyah cadangkan.Hanya makan masa 4 jam sah Zahiril menjadi tunangan pada puteri tunggal Tan Sri Tengku Michelee Abdullah.
EMAH mengerti pasti Zahiril akan kecewa dengan sikap Datin Sufiya yang memaksa Zahiril bertunang dengan orang yang Zahiril tidak kenal. Kerana itu dia membuat keputusan untuk bertemu dengan Zahiril. Hampir sejam menunggu akhirnya Zahiril tiba. Dia menghampiri meja makan yang Emah duduki. Meja mereka agak terlindung dari tetamu-tetamu restoran yang lain.
"Aku minta maaf sebab mengganggu waktu kau Zahiril." ujar Emah ikhlas.
"Tak apalah Emah. Lagipun bukan selalu kita dapat jumpa. Ada apa kau nak jumpa aku ni Emah?" soal Zahiril lembut sambil memberi senuyman manis. Tapi Emah dapat menangkap senyuman itu, dia tahu semanis mana pun senyuman Zahiril sebenarnya ada terselit sedikit kedukaan dihatinya.
"Aku nak tanya sesuatu yang agak peribadi. Dan aku nak kau jawab benda ni dengan jujur sejujur-jujurnya." jawab Emah dengan wajah yang agak serius. Memang itulah personaliti sahabat Zahiril ini. dia seorang yang amat tegas.
"Apa dia Emah? Kau tanyalah aku jawab dengan jujur."jawab Zahiril tulus.
"Kau setuju dengan pertunangan ni? Kau setuju untuk dinikahkan dalam masa seminggu dari sekarang?" Soal Emah. Dia merenung tepat kemata sahabatnya itu.
"Kalau itu yang boleh buat mama bahagia, aju setuju Emah, meskipun aku belum pernah melihat atau mengenali siapa bakal isteri aku tu."
Nur Najihah menjadi semakin resah apabila diberitahu yang kekasihnya itu akan dinikahkah dengan orang lain. Ustazah Isma Nur Atieqah aneh melihat keadaan Nur Najihah yang tak kurang seperti udang kepanasan.
"Jaja? Sini kejap."Panggil Ustazah Isma Nur Atieqah, dia duduk di sofa yang berada diruang tamunya. Nur Najihah duduk disofa yang berdepan dengan Ustazah Isma Nur Atieqah.
"Ye Isma." jawab Nur Najihah perlahan, dihati dan fikirannya kini hanya memikirkan Zahiril.
"Akak tahu Jaja terlalu menyayangi Zahiril tapi Jaja perlu redha dengan takdir Allah ni. Jika Jaja benar-benar mencintai Apex. Jaja doakanlah ketenangan dia dan kebahagian dia." nasihat Ustazah Isma Nur Atieqah.
No comments:
Post a Comment