Saturday, 17 March 2012

Izinkan Aku Pergi [EPISOD 2]











EPISOD 2


ZAHRIL BERGEGAS ke kliniknya setelah diberitahu oleh Akmaruddin mengenai gadis yang hampir dilanggarnya tadi.
                   Tiba dikliniknya dia dapati gadis itu jatuh dari katil dan dikepala gadis itu mengalami pendarahan. Dengan pantas Zahiril menjalankan rawatan keatas Nur Najihah.
                   Hampir setengah jam membuat rawatan Nur Najihah terbangun dari pengsannya dan disaat itu Zahiril sedang mencatat sesuatu didalam kertas laporan Nur Najihah. Selepas menyerahkan kertas itu pada Azreen, Zahiril duduk di kerusi yang berada di sebelah sisi kiri Nur Najihah.
                   "Cik rasa apa sekarang?" soal Zahiril lembut. Dia menghamati wajah Nur Najihah yang begitu pucat. Namun Zahiril tahu pucat diwajah Nur Najihah bukanlah disebabkan Nur Najihah sakit, tapi disebabkan Nur Najihah sedang bermain dengan emosi dan perasaannya.
                   "Saya kat mana ni?" soal Nur Najihah cemas.
                   "Bawa bertenang awak berada di klinik saya. Dan awak didalam keadaan yang selamat sekarang. Kepala awak mengalami kecederaan, tapi jangan bimbang saya baru sahaja merawat awak." Jelas Zahiril agar Nur Najihah mengerti dia berada didalam situasi apa sekarang. Dan lagi satu sebenarnya dia takut gadis itu tiba-tiba meracau macam tadi.
                   "Terima kasih encik."ucap Nur Najihah ikhlas.
                   "Sama-sama, tapi saya pun nak minta maaf sebab hampir-hampir terlanggar awak tadi." Ujar Zahiril jujur.
                   "Maafkan saya juga, kerana saya yang menggelabah keluar dari hutan tu." Ujar Nur Najihah pula.
                   "Boleh saya tahu siapa nama awak?" soal Zahiril penasaran ingin tahu.
                   "Nama saya Nur Najihah, boleh panggil saya Jaja." Jawab Nur Najihah tulus.
                   "Cantik Nama tu. Nur Najihah." ujar Zahiril sambil mengulangi semula nama gadis itu. Beronah merah pipi Nur Najihah apabila dipuji oleh doktor tampan itu.
                   "Kenapa awak lari dari hutan tu?" soal Zahiril hairan. Dia begitu ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya. Tapi jika gadis itu tidak mahu memberitahu dia takkan memaksa.
                   Dek kerana kepolosan yang dimiliki gadis itu, dia menceritakan jua pada Zahiril. Dia sebenarnya mengikuti abang saudaranya yang terlalu baharu dia kenali. Dia mengikut Hubby ke Kuala Lumpur untuk melarikan diri dari pemiutang arwah ayahnya. Ayahnya berhutang dengan pemiutang-peminutang tersebut kerana arwah ayahnya dulu amat gila berjudi. Tapi tanpa dia sangka abang Hubbynya cuba mengambil kesempatan pada dirinya, jadi dia cuba melarikan diri dari hutan yang abang Hubbynya bawa. "Sebab itulah saya hampir-hampir dilanggar oleh encik. Saya tak tahu mana tempat yang saya nak tuju dekat kota metropolitan macam ni. Dan saya tak tahu macam mana saya nak melarikan diri dari abang Hubby." ujar Nur Najihah, menitis airmata kegusarannya.
                    "Awak tak perlu risau ya. Saya akan jaga awak dan saya akan pastikan tiada siapapun yang akan cederakan awak." ujar Zahiril ikhlas. Dia tidak sedar jika hal ini diketahui oleh buah hatinya Nur Sanieah.
                    "Terima kasih Encik." ujar Nur Najihah. Dia terasa begitu terhutang budi dengan Zahiril.


AKMARUDDIN menanti sepupunya Zahiril di pintu masuk kliniknya. Apabila kelibat sepupunya mucul dengan pantas dia menahan doktor muda itu.
                    "Macam mana keadaan dia Pex?" soal Akmaruddin cemas.
                    "Dia tak ada apa-apa. Tapi macam mana dia boleh jatuh dari katil?" soal Zahiril aneh.
                    "Itulah yang aku nak beritahu ni. Masa aku datang nak ambil fail dokumen kerja aku yang tertinggal kat klinik kau ni, aku terdengar suara orang menangis jadi aku pergilah check rupanya manusia aku ingatkan hantulah tadi. Habis aku trylah tegur dia. Dia tengok je muka aku dia punya meraung macam kena sampuk. Aku punyalah terkejut ingat nak lari sekali tiba-tiba dia jatuh dari katil. Aku terus belah aku ingatkan dia bangun balik kejar aku, tu yang aku lari pergi rumah kau" ujar Akmaruddin sambil menunjuk-nunjukkan aksinya waktu berhadapan dengan Nur Najihah. Zahiril ketawa berdekah-dekah mendengar cerita sepupunya yang memang suka berloyer buruk.
                     "Sampai hati kau biarkan dia pengsan kat lantaikan" usik Zahiril.
                     "Manalah aku tahu dia pengsan Pex, aku ingat dia kejar aku." seloroh Akmaruddin. Akhirnya kedua-dua tergelak.


Nur Sanieah awal-awal pagi lagi sudah menanti kekasihnya Zahiril, Zahiril sudah berjanji untuk membawanya berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang. Dia ingin pergi sendiri Zahiril tidak bagi kerana Zahiril tahu kekasihnya ini tidak beberapa tahu selok belok KL, maklumlah dia baru sahaja menjadi penetap di Kuala Lumpur, sebelum ini dia hanya menetap di Sabah dan belum pernah keluar dari lingkaran negeri di bawah bayu itu.

                     Sudah hampir 1 jam Nur Sanieah menanti Zahiril namun kekasih belum muncul-muncul lagi..


USTAZAH ISMA NUR ATIEQAH menjemput Zahiril dan seorang gadis yang dia tidak kenal masuk kerumahnya. Namun Zahiril menolah dengan baik.
                    "Isma saya minta maaf sebab mengganggu awak pagi-pagi ni.Tapi saya harap awak dapat tolong saya, ni kawan saya Nur Najihah awak boleh panggil dia Jaja. Saya nak minta awak tolong tumpangkan buat sementara waktu ini. Boleh tak?" Pohon Zahiril lembut.
                    Ustazah Isma Nur Atieqah merenung kemata Nur Najihah lantas dia tersenyum.
                    "Allah memberi aku rezeki ini diwaktu dulu untuk aku menikmatinya seoarang diri Apex. Dan sekarang DIA ingin aku kongsikan rezekiNYA ini bersama Jaja. Disamping itu aku akan mendapat teman baharu." ujar Ustazah Isma Nur Atieqah dengan senyuman manis.
                    "Terima kasih Isma. Kalau macam tu saya minta izin dulu. Sebab saya dah janji dengan Sanieah dan mungkin dia tengah tunggu saya." ujar Zahiril meminta izin untuk pergi.
                    Nur Najihah ditinggalkan dengan pertanyaan. Siapa Sanieah? soal Nur Najihah di dalam hati.

Nur Sanieah terpaksa bersabar dengan kerenah Zahiril. Kata Zahiril dia perlu ke airport untuk mengambil adiknya Syeera dan Fatini sepupunya. Dari tadi Nur Sanieah tak banyak bercakap dia hanya berdiam sahaja. Merajuklah tu!
                     "Nieah.. Nieah marah dengan Apex ke?" soal Zahiril sambil menoleh sekilas kearah Nur Sanieah. Dia dapat rasakan kekasihnya itu berkecil hati dengannya.
                     "Taklah. Nieah tahu tanggujawab Apex sebagai seorang abang. Apex tak perlu fikirkan soal Nieah." ujar Nur Sanieah perlahan.
                     "Macam manalah Apex ni tak fikir pasal Nieah, Nieahkan kekasih Apex.. Apex minta maaf kalau Apex dah buat Nieah terasa hati." Zahiril tahu walau tidak banyak sedikit itu pasti ada perasaan kecil hati didalam diri kekasihnya.

TIBA di airport Syeera menghampiri abangnya lalu didakap satu-satu abang yang memahami dirinya sejak dari kecil lagi. Menitis airmata keharuan Zahiril betapa dia merindui adiknya ini. Dahulu sebelum adiknya menyambung pelajaran diluar negara, adiknyalah tempat saling bermanja, saling mengadu dan berkongsi cerita.
                    "Abang Syeera rindu sangat dengan abang. Tak terucap rasanya rindu di hati Syeera terhadap abang."ujar Syeera manja, bila dah disamping abang tersayang dunia ni terasa hanya dia yang punya. Sampai gadis disamping abangnya ni pun dia tak perasan.
                    "Syeera ni teman wanita abang, Sanieah. Sanieah ni adik Apex, Syeera." ujar Zahiril memperkenalkan adiknya dengan teman wanitanya. Nur Sanieah ingin bersalam dengan Syeera berserta senyuman ikhlas dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Syeera, tapi sayang Syeera buat tak endah malah sengaja membetul-betulkan rambutnya yang sememangnya sentiasa kemas.
                    Tiba-tiba datang Fatini dari arah belakang, dan terus mendakap kemas tubuh sasa Zahiril. Zahiril dan Nur Sanieah tergamam manakala Syeera berwajah bersahaja, seolah-olah yang mendakap abangnya itu muhrim dengan abangnya.
                    "Apex i miss u so much!!" ujar Fatini manja. Dia meleraikan pelukannya setelah terasa yang Zahiril tidak membalas pelukannya. Untuk mengawal perasaan malu dia berpelukan pula dengan Syeera dan Syeera pula boleh sekepala dengan kakak saudaranya itu.
                    "Dah jomlah. Lagipun mesti mama dah tunggu lama dekat rumah tu." ajak Zahiril. Dia tahu pasti kekasihnya bertambah sebal apabila dia dipeluk oleh Fatini tadi.
       
TUMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!
                   Kereta Toyota Vios milik Zahiril berlanggar dengan sebuah kereta BMW 5 series berwarna merah hati. Itulah kesilapan Zahiril apabila ingin keluar dari tempat parkir tidak memandang kiri dan kanan serta set mirror pandang belakang. Dia keluar dari keretanya diikuti Fatini, Nur Sanieah dan Syeera.
                   Gadis yang memandu BMW 5 series keluar dari kenderaannya dan menuju kearah Zahiril dengan wajahnya yang sangat ketat. Marahlah tu!
                   Zahiril terpaku melihat kecantikan yang dimiliki gadis itu, kulit putih yang dimiliki gadis itu begitu licin.
                  PANG!!!!
                  Berdesing telinga Zahiril, dan perit rasanya pipi kanan Zahiril. Ternyata dalam terleka melekat satu pelempang dipipi Zahiril. Sungguhpun wajah gadis itu sangat garang namun masih manis dipandangan.
                  "Lain kali bawa kereta pakai mata jangan pakai hidung!" tengking gadis itu dengan suara yang amat lembut meskipun dalam keadaan marah.
                  "Saya minta maaf cik. Saya betul-betul tak sengaja." ujar Zahiril sambil memegang pipi kanannya yang masih terasa perit.
                  Gadis itu membuka cermin mata yang menutupi mata hitamnya yang berwana biru kehijaun.
                  "Tak sengaja awak cakap? Habis siapa yang nak pertanggungjawabkan semua ni?!" soal gadis itu tambah berang.

No comments: