Wednesday, 21 March 2012

Izinkan Ku Pergi [EPISOD 8]

EPISOD 8









BUK!!!!
MELAYANG sebuah penumbuk kemuka Zahiril apabila bertembung dengan Asyraf didalam bilik air hospital tadi.
                "Kenapa dengan kau ni Ash??"Tengking Zahiril. Dia memegang pipinya yang terasa bengkak akibat penumbuk itu.
                "Apahal kau cakap??? Mari kau ikut aku" Tengking Asyraf, dia memaut tangan Zahiril dan mengarah Zahiril mengikutnya.
                Zahiril termangu melihat sekujur jasad terlantar diatas katil dengan kepala, tangan dan kaki yang berbalut. Inikah kekasihnya Nur Sanieah yang berwajah ceria tiba-tiba berubah pucat.
                "Ini yang kau nakkan?"Bisik Asyraf keras, dia terus berlalu meninggalkan Zahiril.
                Zahiril menghampiri kekasihnya dengan linangan airmata dia duduk dikerusi bersebelahan dengan dengan katil kekasihnya. Dia memegang lembut tangan kekasihnya.
               "Niea... Maafkan Apex kerana lalai dengan Niea.. Apex tak jaga Niea. Apex gagal dalam menjaga Niea. Maafkan Apex, Niea. Apex curang dengan Niea, Apex kahwin dengan lain, Apex tak jaga Niea sampai Niea jadi macam ni pun Apex tak tahu. Maafkan Apex Niea. Maafkan Apex.."ujar Zahiril dalam tangisannya, terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis.
               Tiba-tiba dia terasa pegangannya terbalas. Dia mendongak melihat kearah wajah kekasihnya. Nur Sanieah membuka mata dengan perlahan.
               "Pex..."ujarnya perlahan.
               "Niea.."ujar Zahiril sambil memegang lembut pipi kekasihnya.
               "Pex, Niea.."kata-kata Niea terhenti apabila Zahiril meletakkan jari telunjuknya dibibirnya.
               "Niea belum sembuh sepenuhnya.. Niea rehat dulu ye.."ujar Zahiril sambil menitiskan lagi airmatanya. Nur Sanieah menyeka airmata Zahiril perlahan.

AKMARUDDIN bersujud syukur apabila isteri dan anaknya selamat menjalani proses persalinan. Akmaruddin dan Azreen mendapat anak lelaki kurnian Allah.
               "Terima kasih cinta."ucap Akmarudin sambil menkucup kasih kedahi isterinya.
               "Terima kasih ALLAH.."ucap Azreen lembut didalam kelemahan.

USTAZAH ISMA NUR ATIEQAH mengambil alih posisi Zahiril menjaga Nur Najihah dan Maisarah mengambil alih tugas Zahiril menjaga Nur Sanieah. Mereka berdua tahu Zahiril adalah suami orang dan dia tahu Zahiril mempunyai tanggungjawab keatas Merlieana.
              Zahiril memandu secara perlahan untuk pulang kerumahnya. Ikutkan hatinya yang masih sebal dengan Merlieana kerana pergaduhan pagi tadi, dia takkan pulang, tapi memikirkan Merlieana adalah isterinya dan memerlukan perlindungan darinya sebagai suami, dia pulang jua. Badannya terasa sengal-sengal kerana tidak berehat sejak dari pagi tadi sehingga sekarang dan perutnya terasa begitu lapar, dari pagi tak berisi apapun. 'Kalau aku balik rumah ni ada lauk tak apalah juga.' ujarnya didalam hati.
              Sampai dirumah dia menutup pintu dengan rapat dan terus berlalu ketangga untuk naik keatas, namun langkahnya terhenti dan dia berlalu kedapur untuk melihat adakah sedikit lauk untuk dijamah. HARAM, langsung tak ada. Dia terus berlalu naik semula kebilik.
             Usai solat malam. Zahiril menadah tangan memohon doa pada Illahi 'Ya Allah KAU berikanlah kesembuhan pada Jaja dan Niea ya Allah.Berilah mereka kekuatan untuk menghadapi kehidupan ini ya Allah. Berikanlah mereka semangat untuk hidup ya Allah. Sesungguhnya sudah banyak dosa yang kuperbuat pada mereka ya Allah. Ya Allah izinkanlah kami mencipta mahligai ya Allah. Amin amin ya rabbal alamin.' Zahiril mengaminkan doanya dengan linangan airmata.
             Zahiril melipat sejadahnya dan meletakkan di sebuah almari kecil yang memang disediakan untuk menyimpan peralatan solat. Setelah menyusun peralatan-peralatan solatnya, dia menuju kekatil untuk merehatkan tubuh badannya yang tidak berehat sejak dari pagi tadi, apatah lagi ditambahnya dengan kejutan demi kejutan didalam dirinya hari ini. Setelah sampai dipenjuru katil keinginannya terus terbantut, apabila melihat isterinya Merlieana tiada di atas katil, sedang tadi mati-matian dia fikir isterinya ada dirumah dan sedang tidur, 'mana pula pergi perempuan ni?' bisiknya didalam hati. Dia cuba mencari isterinya disetiap sudut didalam rumah dan juga dihalaman rumahnya tetap juga tiada.

USTAZAH ISMA NUR ATIEQAH membaca surah-surah suci Al-Quran buat Nur Najihah. Biarpun gadis itu selamat menjalani pembedahan namun kata doktor Nur Najihah berada didalam kondisi yang lemah.
              Ustazah Isma Nur Atieqah menyimpan rasa kesal kerana meninggalkan Nur Najihah sendirian kelmarin. Baginya jika dia membawa Nur Najihah pulang kekampung bersama semalam mungkin perkara ini tidak akan berlaku. 'Ya Allah ampuni dosaku kerana menyalahi takdirMU. Aku redha ya Allah, mungkin ini takdirMU ya Allah. Berikanlah Jaja kekuatan untuk kembali ya Allah.' Doanya didalam hati. Menitis airmatanya diatas tangan yang menadah doa kudus.

"Tini tak ada apa-apalah kak. Kenapa akak nak risau sangat ni?" soal Fatini kepada kakakmya Relina. Dia terasa malas untuk menjawab pertanyaan kakaknya dimalam hari begini.
             "Kalau kau tak ada apa-apa. Kenapa kau dah tak macam dulu?" soal Relina sekali lagi untuk meminta kepastian dari adiknya.
             "Kakak Tini ni mengantuk. Esok jelah kita sambung ye."Ujar Fatini dan terus berlalu meninggalkan kakaknya diruang tamu.
             Menitis air mata Relina. Dia amat pedih dengan sikap adiknya yang cuba mengelak dari berbincang mengenai masalahnya sendiri.. 'Mungkin sebab malam sangat kau tanya, kau trylah tanya esok' pujuk hatinya.

PANG!!!
MELAYANG tamparan hangat kepipi Syeera dari mamanya Datin Sufiya.
             "Kau jangan nak mengajar aku Syeera! Aku yang membesarkan budak Apex. Kau sendiri pun aku yang bela! Aku tahu apa yang aku buat!" Tengking Datin Sufiya. Dirinya terasa tercabar apabila anak bongsunya yang lahir dari rahimnya sendiri cuba mempertikaikan perkahwinan Zahiril yang ditetapkan olehnya sendiri.
             "Mama pernah tanya abang dia dah ada kekasih atau tidak? Mama pernah tanya abang adakah abang mencintai gadis lain selain isterinya atau tidak? Mama pernah tanya abang sama ada abang setuju atau tidak dengan pernikahan ini?"bentak Syeera lagi biarpun dalam tangisan. Dia masih memegang pipinya yang masih sakit akibat tamparan dari mamanya.
             "Untuk apa aku ambil tahu semua tu kalau amu tahu anak aku memang akan bahagia dengan pilihab aku?!"tempiak Datin Sufiya sambil membuntangkan mata pada anak gadisnya.
             Bergema seketika banglo pusaka peninggalan arwah Dato' Sharif akibat pertelingkahan yang berlaku diantara dua beranak itu.
             "Fine satu je Syeera nak tanya . Kalau mama begitu faham dan memahami hati Syeera kenapa tidak mama cuba memahami hati abang? Mama pernah selami hati abang?" soal Syeera lagi. Tekadnya hanya itu soalan terakhir buat mamanya. Dia berperang dingin seperti ini dengan mamanya pun kerana setelah Zahiril menceritakan apa yang berlaku pada hidup abangnya yang sebenar.
              "Kau pergi naik Syeera. Jangan sampai aku lempang kau lagi malam-malam buta ni. Naik!"tempiak Datin Sufiya.
              "Mama akan kehilangan anak mama kalau mama tak nak faham anak mama!" Bidas Syeera sebelum berlalu meninggalkan banglo Datin Sufiya kerumah bakal mertuanya.

No comments: