lagu ni untuk Nur Sanieah dan Nur Najihah..
EPISOD 4
AKMARUDDIN sudah segak dengan baju melayu biru sedondon dengan baju isterinya Azreen. Dia dan isterinya akan menjadi pengapit Zahiril hari ini.
"Yang dah siap?" soalnya pada isteri tersayang yang leka membetulkan tudungnya yang berwarna biru muda. selari dengan baju jubah mengandungnya itu.
"Dah bang, tengah betulkan tudung saje ni." ujar Azreen lembut.
"Abang pergi panaskan enjin kereta dulu ye."ujar Akmaruddin sambil berlalu keruangtamu untuk mengambil kunci keretanya.
ZAHIRIL merenung wajahnya didalam cermin. Masih teringat lagi kejadian tiga hari sebelum hari ini.
NUR SANIEAH menangis teresak-esak di sebuah meja yang ada di taman rekeasi itu.
"Kenapa Apex buat Niea macam ni? Sampai hati Apex! Niea sayangkan Apex lebih dari segala-galanya. Tapi inikah balasan Apex buat Niea??" Soal Nur Sanieah dalam tangisannya.
"Apex tahu ni salah Apex Nieah. Dan Apex tahu Apex dah banyak melukai hati Nieah. Apex minta maaf Nieah."Rayu Apex didalam linangan air matanya.
"Apex Nieah cintakan Apex!"ujar Nur Sanieah dengan suara yang tersangkut-sangkut.
Nur Sanieah mendakap Zahiril sekuatnya dan Zahiril turut membalas pelukan kekasihnya yang banyak memahami isi hatinya.
"Apex pun cintakan Nieah. Tapi Allah ingin menguji cinta kita Nieah, Apex terpaksa pergi untuk melepaskan Nieah ini takdir Allah sayang. Kita kena terima. Apex akui Apex pun berat untuk meninggalkan Nieah. Tapi Apex terpaksa turutkan permintaan mama. Maafkan Apex Nieah."Ujar Zahiril lantas meleraikan pelukannya. Dia mengesat airmata Nur Sanieah dan mencium umbun gadis itu dengan lembut. Lantas berlalu pergi meninggalkan gadis itu dengan linangan airmata. Tanpa Zahiril sedar Nur Sanieah mengejarnya. Dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan, tiba-tiba sebuah kereta menghampiri mereka dengan begitu laju. Dengan pantas Nur Sanieah menolak Zahiril kepinggir jalan, dan Nur Sanieah dilanggar oleh kereta tersebut.
PERISTIWA itu cukup membuat Zahiril hilang arah ditambah pula dengan peristiwa dua hari sebelum hari ini.
"BIAR jaja mati je bang!!!"tempiak Nur Najihah dari atas bumbung rumah Ustazah Isma Nur Atieqah. Zahiril terus naik keatas dan menghampiri Nur Najihah namun gadis itu mengugut akan terjun sekiranya Zahiril mendekatinya. Ustazah Isma Nur Atieqah sudah menanti dengan penuh sabar dibawah.
"Jaja jangan buat macam ni, ingat ALLAH jaja." nasihat Zahiril. Dia berasa cemas disaat ini.
"Biar Jaja mati bang. Abang dah tak sayangkan Jaja. Abg dah nak kahwin dengan orang lain!"tempiak Nur Najihah, berjujuran airmatanya.
"Jaja abg sayang jaja tapi ini adalah takdir ALLAH Jaja, DIA yang menentukan segala-galanya Jaja. Tolonglah jangan hukum abang macam ni Jaja." rayu Zahiril, menitis lagi airmata lelakinya. Sungguh pedih hatinya disaat itu melihat gadis yang amat mencintainya sanggup mempertaruhkan nyawa diatas dasar cinta terhadap dia.
Tiba-tiba Ustazah Isma Nur Atieqah bersuara dari bawah. "Jaja ingatlah ALLAH yang mencipta kamu dimuka bumi ini! Sudah cukupkah amal ibadatmu? Sudah kukuhkah tiang agamamu Jaja? Tidakkah kamu ingat pada insan yang melahirkan kamu kedunia ini? Tidakkah kamu terfikir betapa payahnya dia membawa kamu ketika kamu didalam rahimnya? Sembilan bulan sepuluh hari dia menahan azab membawa kamu kemana pun. Sudah genap sembilan bulan sepuluh hari, dia terpaksa bertarung nyawa untuk mengeluarkan kamu dari rahimnya buat memberi kamu bisa merasa kenikmatan hidup di dunia ini. Kamu pernah katakan pada kakak yang ibu kamu meninggal sewaktu melahirkan kamu. Kamu tahu Jaja kerana apa, dia lebih rela nyawa diambil asalkan anaknya bisa merasakan nikmat hidup didunia ini. Inikah balasan yang pantas dia terima dari kamu Jaja? Sudah cukup amal kebaikan yang kamu lakukan? Sudah kamu yakin pahala kamu mengatasi dosa-dosa kamu? Jika kamu rasakan itu sudah cukup dan kamu rasa itu balasan kamu yang terbaik buat arwahmahrum ibu kamu. Terjun Jaja. Terjunlah sekarang!"Tegur Ustazah Isma Nur Atieqah pedas.
Nur Najihah menuju kearah Zahiril dan memeluk erat tubuh kekasihnya. "Maafkan Jaja bang tapi Jaja sayangkan abg."ujar Nur Najihah didalam dakapan Zahiril.
Zahiril memimpin Nur Najihah ke bawah dan diserah pada Ustazah Isma Nur Atieqah. Ustazah Isma Nur Atieqah mengusap kepala Nur Najihah.
"Maafkan abang Jaja. Ni semua salah abg." ujar Zahiril dengan titisan airmata, dia berlalu meninggalkan kediaman Ustazah Isma Nur Atieqah.
MUHD HAFIS merenung tunangnya yang cukup indah dimatanya dengan berpakaian kebaya moden pada hari ini. Dia menghampiri tunangnya Syeera.
"Cantiknya Syeera hari ini" ujar Muhd Hafis pujian tulus ikhlas lahir dari hati.
"Terima kasih sayang. Hafis pun apa kurangnya." puji Syeera pada tunangnya yang memakai baju melayu berwarna sedondon dengannya iaitu ungu lembut.
Muhd Hafis memegang pipi tunangnya dengan lembut."Tapi Hafis nak Syeera tahu, Hafis ingin menikahi Syeera suatu hari nanti bukanlah kerana kecantikan yang dimiliki Syeera, Hafis ingin menikahi Syeera kerana Syeeralah jodoh Hafis yang telah ditetapkan oleh ALLAH." bisik Muhd Hafis ditelinga tunang tersayang.
Syeera tersenyum dan menitis airmata kebahagiannya. "Terima kasih Hafis" ujar Syeera sambil merenung kedalam mata Muhd Hafis untuk mencari ketulusan lelaki itu.
Muhd Hafis mengesat airmata Syeera. "Akan Hafis nikahi Syeera dengan lafasz Bismillah. Dan akan Hafis jaga Syeera sepanjang ayat Hafis. Itu janji Hafis pada Syeera. Peganglah janji Hafis ni Syeera." Muhd Hafis mencium dahi tunangnya dengan penuh kasih. Syeera menitiskan lagi airmata kebahagian didalam pelukan tunangnya.
Mereka meleraikan pelukan dan berjalan menuju ke kereta untuk ke masjid negara tempat abangnya akan diijabkabulkan.
Ustazah Isma Nur Atieqah memeluk Nur Najihah yang banyak menitiskan airmata sejak tempoh hari.
"Banyak-banyakkan bersabar ye Jaja. Ini dugaan ALLAH, DIA sedang menguji cinta Jaja terhadap Zahiril. Tapi Jaja kena selalu ingat ALLAH selalu ada di hati kita, untuk memberi kita dugaa, ujian, ketabahan, kesabaran, dan segala perasaan. Bentanglah sejadah Jaja dan sujudNYA, sebenarnya kita dah semakin jauh dariNYA. Mintalah keampunan padaNYA dia. Sesungguhnya DIA yang memberi kesakitan ini dan DIA jugalah yang akan memberi kesembuhan diatas kesakitan ini. InsyaALLAH Jaja." nasihat Ustazah Isma Nur Atieqah pada Nur Najihah yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
"Terima kasih kak. Jaja akan lakukan."jawab Nur Najihah perlahan lantas memeluk lagi kakak angkatnya itu.
Nur Sanieah masih lagi belum sedarkan dirinya. Akibat hentakan yang kuat dikepalanya dia tidak sedarkan dirinya sehingga ke hari ini.
Abangnya Asyraf serta isterinya Maisarah sentiasa menjaga dia siang dan malam. Asyraf tidak pernah berhenti berdoa agar Nur Sanieah cepat sedar dari komanya.
"Biarlah dia sedar selepas ini semua berlangsung bang. Mai tak sanggup nak lihat kesedihan yang dia hadapi bang."ujar Maisarah dalam tangisannya. Asyraf menarik isterinya kedalam dakapan.
"Sabarlah Mai, ini takdir Allah, DIA nak uji kita semua syg. Semoga adik kita tabah menghadapi dugaan Allah ini."ujar Asyraf sambil mengesat airmata isterinya.
Dia terasa berhutang budi dengan isterinya. Isterinya sanggup berjaga setiap malam untuk menjaga adiknya biarpun disaat sedang sarat mengandungkan zuriatnya.
Disamping itu terluah rasa simpati yang terlalu tinggi terhadap adiknya Nur Sanieah. Terlalu banyak dugaan yang menimpa keatas Nur Sanieah. Pada hari ini kekasihnya yang terlalu dia cintai akan menikahi gadis lain sebagai teman hidup.
Relina dan adiknya Fatini sudah bersiap-siap untuk ke majlis pernikahan sepupu mereka Zahiril. Namun yang menjadi tanda tanya Relina adiknya itu seperti tidak merasa sakit hati apabila lelaki pujaannya akan menikahi wanita lain. Sambil memandu dia cuba mengusik adiknya.
"Tini.."tegurnya lembut.
"Apa kak?" soal Fatini pantas sambil menoleh kearah kakak kesayangannya.
"Kau tak sakit hati ke? Kan yang nak kahwin ni buah hati kau?"soal Relina penasaran ingin tahu isi hati adiknya itu.
"Nak sakit hati buat apa kak? Biarlah dia. Selain dia ramai lagi yang nak kat Tini nilah. Tini sebenarnya saja je dok kacau-kacau dia dulu." ujar Fatini jujur sambil tersenyum pada akaknya.
"Betul ke ni?" soal Relina seakan tak percaya pada adiknya ini pada hari ni.
"Betullah kak. Takkan Tini nak tipu pula. Muka Tini ni ada muka penipu ke kak?" usik Fatini semula. Terus bergema kereta Honda City milik Relina dengan gelak tawa mereka berdua.
Emah dan Nia memakai baju kurung berwarna ungu gelap sedondon dengan Datin Maria dan Datuk Arif. Mereka semua tiba awak di Masjid Negara, kata Datin Maria dia ingin membantu Datin Sufiya, tapi tak tahulah betul ke tidak.
Emah dan Nia sejak dari tadi duduk di bawah khemah yang agak jauh dari tetamu-tetamu yang hadir. Mereka berdua sebenarnya paling tidak suka berada di tempat-tempat yang terlalu ramai orang. Habis kalau kat shoping complex tu tak apa ke?
"Eh! kak!. Orang bosanlah kat sini. Jomlah belah!"Tempiak Nia.
"Kau gila ke apa? Kau nak ke pelempang mama melayang dekat muka kita nanti? Jangan nak buat pasallah Nia" nasihat Emah.
Tiba-tiba pasangan yang baru bertunang iaitu Syeera dan Muhd Hafis lalu didepan mereka. Dengan tak semena-mena Syeera memberi jelingan tajam pada Nia dan Emah. Nia yang suka sangat membuat perbalahan bangun dan terus menolak bahu Syeera.
"Kau ni pehal nak jeling-jeling aku??"tengking Nia. Nasib baik mereka jauh dari tetamu, kalau tidak pasti malu bukan kepalang.
"Yang kau apahal tolak-tolak aku? Kau sedar tak kau kat mana ni? Majlis siapa ni?"tempiak Syeera pula.
Tunangnya menarik lembut tubuhnya untuk mengelakkan perbalahan berlaku, manakala Emah menarik tubuh adiknya.
"Sudahlah korang ni. Tak malu ke nanti orang nampak?"marah Emah dan Muhd Hafis serentak.
Syeera mendekati Nia, "Diantara kita belum pernah habis!!" tempiak Syeera kasar dan terus berlalu pergi dari mereka. Muhd Hafis mengikut tunangnya.
"Pergi, pergi mengekor bontot tunang kau tu! Tunang kau swel dengan kau kau pun sewel."ejek Nia.
Emah tergelak mendengar omelan adiknya. 'Sakit hati sungguh kau dengan dia ye dik', dia hanya mampu berkata-kata dalam hati. Kalau berkata dari mulut lagi harulah jadinya kang.
No comments:
Post a Comment