Thursday, 22 March 2012

Izinkan Ku Pergi [EPISOD 9]

EPISOD 9


MENITIS lagi airmata Asyraf di pagi hari ini apabila melihat kesungguhan Maisarah menjaga adiknya Nur Sanieah.
              Maisarah mengesat seluruh badan Nur Sanieah dengan dengan kain lembab. Setelah itu dia memberi Nur Sanieah memakan bubur, ubat dan meminum susu segar. Setelah adiknya terlelap dia membaca ayat-ayat suci al-Quran.
              Asyraf mendekati isterinya setelah isteri tamat membaca surah-surah suci al-Quran itu. Dia menyentuh lembut bahu isterinya.
              Maisarah terkejut melihat airmata suaminya menitis di pagi-pagi hari ini. "Abang, abang kenapa ni?" soal Maisarah cemas. Dia menyeka airmata suaminya.
              "Abang kenapa abang cakap macam ni? Maikan isteri abang. Sesusah mana hidup kita. Mai tetap si samping abang. Dan Mai nak tempur semuanya bersama abang. Mai tak pernah rasa kecewa atau menyesal kahwin dengan abg. Malah Mai rasa bersyukur sebab mempunyai suami yang pencinta sejati macam abang dan adik sebaik Niea. Mai nak abang berhenti berfikir yang keluarga abang menyusahkan, sebab benda tu semua tak pernah terlintas difikiran Mai."ujar Maisarah jujur dan ikhlas. Dia memegang pipi suaminya lembut.
              Asyraf memeluk isterinya seerat-eratnya. Didalam hati dia bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Maisarah.

ZAHIRIL melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pukul lapan tiga puluh minit pagi. Bunyi kereta BMW 7.5 series isterinya baru terdengar di balkoni rumah. Dari semalam dia menanti kepulangan isterinya, pagi ni baru balik rumah? Zahiril sengaja tidak berganjak dari katilnya. Dia duduk diam menunggu isterinya masuk ke bilik.
              Merlieana sedikit terkejut melihat suaminya yang duduk tercegat diatas katil dengan wajah yang tegang. Namun dia masih membuat muka selamba. Dia berjalankemeja soleknya yang berada bertentangan dengan katilnya. Dia sempat mengintai suaminya dicermin meja solek itu sambil meletakkan tas tangannya, jam tangan, telefon dan kunci kereta. Setelah menanggalkan ikat rambutnya dia berjalan kekatilnya, niat dihati untuk berehat kerana terlalu penat disebabkan semalaman tidak tidur.
              Baru sahaja mahu membaringkan tubuhnya kekatil dengan pantas Zahiril memaut pinggang sehingga Merlieana terpeluk dirinya kerana menahan dari terjatuh dari katil. Bau wangian yang dipakai oleh isterinya begitu mengoda dirinya. Mata mereka bertentangan. Zahiril menatap keindahan mata isterinya. Dari mata kehidung dan terus jatuh kebibir nipis mongel Merlieana. Baru dia sedar isterinya memiliki bibir menggoda. Dia sengaja ingin menguji isterinya dengan cuba menkucup bibir mongel itu.
              Merlieana dapat menangkap gerak bibir suaminya yang semakin dekat dengan bibirnya, dengan pantas dia meleraikan pelukannya dan berdiri membelakangi suaminya.
              "Awak kemana? Sampai satu malam tak balik??" Soal Zahiril dengan nada suara yang cukup keras. Lagipun dia memang tidak pernah berlembut dengan isterinya begitu juga dengan isterinya. Tapi kalau dengan Nur Najihah atau Nur Sanieah sungguh lembut suaranya.
              "Boleh tak you jangan tanya? Yang penting i balik jugakan? I tahu dan i sedarlah i isteri orang."ujar Merlieana yang masih membelakangi suaminya.
              "Saya suami awak. Jadi saya bertanggungjawab sepenuhnya keatas awak!! Saya perlu ambil tahu kemana awak pergi, dengan siapa, naik apa dan buat apa serta semuanya tentang awak!!"tengking Zahiril secara tiba-tiba. Dia bangun dan berdiri berhadapan dengan isterinya. Hatinya tiba-tiba pula terasa tercabar dengan kata-kata Merlieana.
              "You nak sangat ke ambil tahu pasal i???" tempiak Merlieana pula.
              "Walau macam mana pun awak tu anak orang! Kalau jadi apa-apa kat awak saya yang kena tanggung walaupun saya tak nak buat semua tu!! Faham???"tengking Zahiril lagi. Sakit pula hatinya dengan isterinya ini.
              "Fine! Kalau betul you nak kena ambil tahu sangat pasal i, you nak kena ambil berat pasal i meskipun u taknak buat semua tu, satu je caranya! You need follow my life!! And belajar cara sebenar dan yang betul lagi tepat untuk mengambil tahu atau mengambil berat!!" Tempiak Merlieana siap dengan sindiran.
              Dia terus menghempaskan tubuhnya dikatil. Baru sahaja ingin melelapkan mata tubuhnya terasa ditindih oleh seseorang. Rupanya suami dia yang menindihnya.
              "Tolong pakai pakaian yang menutup aurat! Boleh??" Bidas Zahiril, Dia benar-benar ingin mencari pertelingkahan dengan isterinya. Merlieana yang malas hendak melayan terus melelapkan mata dan mengabaikan kata-kata suaminya.

AKMARUDDIN ingin pulang awal kerumahnya untuk bermain dengan buah hatinya Akmeen. Usia anaknya itu sudah mencecah dua bulan. Kehadiran Akmeen didalam hidupnya menambah kebahagiannya bersama Azreen. Azreen sudah pun berhenti dari menjadi pembantu Zahiril di klinik setelah Nur Najihah mengganti posisinya dan Akmarudin sendiri meminta dia berhenti untuk menjadi suri rumah sepanjang masa agar Azreen boleh memberi lebih masa kepada dia dan Akmeen.
               Akmaruddin juga banyak berfikir mengenai nasib sepupunya Zahiril. Dia juga tidak menyangka Zahiril mencintai dua gadis dalam satu masa sedangkan disaat itu Zahiril juga sudah mempunyai isteri.'Aku pun tak tahu nak cakap apa Pex. Nasib kau dari dulu tak pernah berubah.' ujar Akmarudin didalam hatinya sambil memandu dengan tenang.

No comments: