EPISOD 6
SINARAN matahari menusuk masuk kekamar pasangan pengantin baru ini. Sinaran itu menyucuk tajam ke wajah pasangan suami isteri ini. Zahiril menggosok matanya yang terpisat-pisat lagi. Dia melihat disebelahnya, isterinya Merlieana masih lena didalam dakapannya. Sempat menoleh kearah jam mejanya, jam sudah menunjukkan ke pukul 10.30 pagi, ini bermakna dia sudah ketinggalan solat subuh dan sudah terlewat menghantar kekasihnya Nur Sanieah ke tempat kerja. Dia menghempaskan kepalanya kebantal semula, tak dapat rasanya dia membayangkan kekasih yang belum sembuh sepenuhnya berjalan kaki ke tempat kerja. 'Ya Allah lindungilah Niea, ya Allah'.
Tiba-tiba Merlieana sedar dari tidurnya yang lena, semalam dia tidak pulang ke rumah sepupunya kerana sepupunya Emah menasihati supaya dia pulang kerumah, kerana Zahiril adalah suaminya kini, sejauh manapun dia tidak suka pada lelaki itu, lelaki itu sudah pun bergelar suaminya yang sah. Berdosa seorang isteri tidak pulang kerumah tanpa pengetahuan suami, kerana sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki suami.
Apabila dia menyedari dia memeluk suaminya dengan pantas dia turun dari katil. 'Ya Allah malunya aku, Mer control ayu', bisik hatinya.
Namun baru sahaja dia ingin berlalu dari katilnya dengan pantas Zahiril memaut lembut tubuhnya sehingga dia terdorong baring semula keatas katil.
"Awak ke isteri saya?" soal Zahiril inginkan kepastian.
"Habis tu you ingat i ni apa? Perempuan simpanan dalam rumah ni?"bidas Merlieana kasar. dirinya rasa terhina dengan kata-kata Zahiril, 'kalau kau bukan laki aku takkan sesedap rasa aku nak peluk, tidur atas katil kau!' bentaknya didalam hati. Alah dah memang awak tu mudah sensitif balas hatinya pula.
Nafas mereka begitu dekat apabila Zahiril kini berada diatas tubuh isterinya. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Merlieana. Dia dapat merasakan degupan jantung isterinya begitu laju.
"Saya tak pernah anggap isteri saya perempuan simpanan."ujarnya lembut, dia menolak perlahan-lahan rambut yang menutupi wajah isterinya. Dan dia merenung tajam kedalam mata wanita yang bergelar isterinya.
"You boleh lepaskan i." ujar Merlieana lembut, suaranya yang manja membuatkan Zahiril tidak mampu mengusiknya lagi. Dia terus melepaskan isterinya.
"Kemana awak pergi selama seminggu ni?" soal Zahiril sedikit tegas, rasanya dia berhak untuk tahu kemana pergi isterinya.
"Perlu ke you tahu?"soal Merlieana lantas bangun dan berdiri ditepi katil sambil berpeluk tubuh. Dia memang tidak suka disoal kemana dia hendak pergi, walaupun papanya sendiri yang bertanya.
"Saya ni suami awak Dan saya rasa saya berhak untuk tahu kemana awak pergi!" ujar Zahiril dengan nada suara yang agak tinggi. Sungguh sakit rasa hatinya bila Merlieana seolah-olah tidak menghormati dirinya sebagai seorang suami.
"WAIT! I kahwin dengan you bukan diatas kehendak i sendiri! Jadi you kena hormat privasi i!" tengking Merlieana, dia memang bercakap dengan orang yang suka meninggi-ninggikan suara dengannya. Terasa dirinya direndah-rendahkan oleh orang itu. Tapi tak ke Zahiril tu suami dia dan berhak mengambil tahu soal dia? Zahiril turun dari katil dan berdiri menghadap isterinya.
"Privasi awak? Saya ni suami awak, privasi apa yang awak nak? Bukankah sebagai suami isteri saya berhak tahu apa yang awak buat dan apa sahaja yang awak lakukan??"Tengking Zahiril kembali. Merlieana ni dah macam nak menjolok sarang tebuan. Geram suaminya dia menghilang selepas majlis akadnikah semalam baru muncul tak hilang lagi, ni ditambah pula dia menengking suaminya pagi-pagi hari macam ni.
"You nak marah i balik? Eh you tak tanya i yang i setuju atau tidak diatas perkhawinan kita??"soal Merlieana panas. Dia terus berlalu kedalam bilik air yang sememangnya tersedia didalam bilik itu.
NUR SANIEAH duduk diatas sofa dengan keluhan panjang. Hari ini penatnya tidak seperti hari-hari biasa. Selalunya pergi kerja dan pulang dari kerja diambil dan dihantar oleh Zahiril meskipun Zahiril sudah berkahwin, tapi hari ini tak apa yang jadi sehingga Zahiril tidak mengambil dan menghantar Nur Sanieah pulang. Jari gadis itu hampir penat membuat panggilan dan menaip sms, namun satu pun tiada balasan. Kawan serumah Nur Sanieah, Nurul naik pelik dengan sikap gadis itu hari ini.
"Eh Niea kau ni kenapa? Dari tadi aku tengok telefon tu asyik melekat je dekat tangan kau tu?" soal si Nurul ingin tahu masalah sahabatnya ini.
"Apex nilah dari pagi tadi aku telefon dia tak angkat-angkat!"ujar Nur Sanieah gelisah.
"Alah apa yang kau nak risaukan sangat? Entah-entah dia sedang bermadu asmara dengan isteri dia ke."andaian si Nurul membuat hati Nur Sanieah betul-betul panas.
"Kau kalau nak bercakap dengan aku benda yang boleh menyakitkan hati aku baik kau simpan kau punya cakap tu sampai bila-bila!"tengking Nur Sanieah. Hatinya begitu sakit bila mendengar kata-kata sahabatnya itu. Tak mampu dia bayangkan kekasih hatinya sedang bermadu asmara dengan perempuan lain meskipun perempuan itu isteri kekasihnya sendiri.
"Okey katakanlah memang itu terjadi, kau tak boleh nak marah Niea, sebab Apex berhak buat macam tu pada isteri dia. Itukan isteri dia yang sah. Dah tak ada haram-haram dah. Luar dalam isteri dia tu milik dia. Kau kena terima hakikatnya Niea. Walaupun hati dia milik kau, habis kau nak kekasih kau tu tanggung dosa ke kalau dia tak bagi nafkah batin pada isteri dia?" tegur Nurul sekadar ingin menyedarkan sahabatnya itu yang kekasihnya kini milik orang biarpun cinta Zahiril tak berubah terhadap Nur Sanieah.
Nur Najihah menutup buku ilmiah yang baru sahaja tamat dibaca. Dia duduk di balkoni luar biliknya. Sudah hampir tiga hari dia tidak bertemu Zahiril, rindu dihati membuak-buak rasanya. Ingin sahaja dia menelefon Zahiril tapi dek kerana dia khuatir mengganggu kerja lelaki itu dia membatalkan niatnya. Inigin mengajak Ustazah Isma Nur Atieqah berbual, Ustazah sudah bertolak ke kampung petang tadi.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan pintu yang sangat kuat dan sangat kasar. Kalau pintu luar rumah tak apa. Tapi ini dari pintu biliknya sendiri. Bunyi ketukan itu sangat kuat. Dia berlari menyorok di balik katilnya. Pintu itu ditendang kuat sehingga terbuka luas. Tiba-tiba tiga orang lelaki berbadan tegap masuk kedalam biliknya. Salah seorang dari mereka ternampak Nur Najihah dan dia menarik rambut Nur Najihah dengan begitu kuat dan kasar. Dia mengahalakan wajah gadis itu kearah salah seorang lagi lelaki yang bertubuh tegap.
"Kau nak lari kemana Jaja? Dah puas kau lari? Tak nak lari lagi? Kau lari kemana pun aku tetap cari kau selagi kau tak langsaikan hutang bapak kau!"Tengking lelaki dihadapannya itu. Ternyata lelaki itu adalah Rahim yang selama ini mencari dia untuk menuntut hutang arwah ayahnya.
"Aku tak ada duit macam mana aku nak bayar?" soal Nur Najihah didalam tangisannya. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa takutnya si Nur Najihah ni.
"Habis? Kalau kau tak ada duit, aku ke yang nak kena fikir apa yang patut kau buat??"tengking Rahim sambil mengeluarkan sebilah parang dari dalam beg sandangnya.
"Rahim tolonglah beri aku peluang lagi untuk langsaikan hutang kau. aku janji lepas ni aku takkan lari lagi."ujar Nur Najihah. Dia menangis dengan sekuat hati, dia terlalu takut dengan keadaan seperti ini apatah lagi melihat parang ditangan Rahim.
"Peluang apa yang kau nak Jaja. Muka perempuan macam kau ni tak layak diberi peluang. Nanti kalau aku bagi peluang kau lari lagi.!!!" tengking Rahim dan terus menikam tepat keperut Jaja menggunakan parang yang dipegangnya sejak tadi.
"Ini amaran aku yang pertama kalau kau hidup lagilah lepas ni. Kalau tak ni amaran pertama dan terakhir. Kalau kau hidup lagi lepas ni, kau kena ingat aku selalu ada untuk kutip hutang bapak kau!"pesan Rahim dan berlalu meninggalkan rumah itu diikuti pengikut-pengikutnya.
Nur Najihah terbaring mengerang kesakitan, terasa dunia ini semakin gelap. Disaat itu dia cuma terbayangkan dan mengharapkan Zahiril datang menolongnya. Penglihatannya semakin samar dan terus menjadi gelap.
No comments:
Post a Comment