EPISOD 7
FATINI, RELINA DAN NAJWA sudah bersiap-siap untuk ke shopping complex, mereka menaiki kereta Relina. Dah sememang setiap kali keluar memang kereta Relinalah yang menjadi mangsa mereka bertiga. Sedang leka memandu dan berbual-bual didalam kereta tak terasa pula yang dia sudah lama memandu. Akhirnya tiba jua ke destinasinya.
"HEI Relina adik kau Fatini tu ada masalah ke? Dua tiga hari ni aku tengok dia muram je."Soal Najwa sambil memilih lipstick mana yang sesuai dengan bibirnya.
Relina memandang sekilas kearah Fatini yang sedang leka menilik minyak wangi di bahagian sisi kanannya."Entahlah Najwa, aku pun pelik. Sejak je budak Zahiril tu kahwin dia start muram. Sebelum Zahiril kahwin hari tu aku ada juga tanya dia, dia tak kecewa ke. Dia kata tak, siap ketawa lagi. So aku pun percayalah dia okey. Entahlah aku dah tak tahu nak buat macam mana."jelas Relina tangannya sudah berhenti dari memegang-megang lipstick di depannya.
"Aku rasalah Fatini tu ada masalah lain kot. Nanti kau cubalah dok tanya-tanya dia. Diakan adik kesayangan kau lagi pun aku tengok kau rapat sangat dengan dia. Mungkin kau boleh kongsi masalah dengan dia. Kan?"Cadang Najwa. Dia bukannya apa. Dia risau melihat kemuraman Fatini. Fatini sudah tidak seperti dulu. Fatini yang dulu adalah seorang yang periang.
AKMARUDDIN menjadi kelam kabut apabila melihat isterinya meraung kesakitan.
"Abang sakit bang!!!!!!!!!!!!"Jerit Azreen sekuat hati. Kesakitannya disaat ini hanya Allah yang tahu.
Akmaruddin berjalan kehulur kehilir cuba untuk menghubungi Zahiril tapi tak dapat-dapat.
"Abang buat apa tu bang?"Soal Azreen sambil menahan kesakitan.
"Abang nak call Apex ni, dia tak angkat-angkat dari tadi."ujar Akmarudin cemas.
"Yang abang call Doktor Zahiril tu buat apa? Doktor Zahiril tu doktor pakar tulang bukan doktor bersalin. Yang ni nak bersalin bang. Bukan tulang yang sakit!"jerit Azren. Kenapalah laki aku ni nak blur saat-saat macam ni! Jerit hati Azren.
"Ye tak ye jugak. Jomlah kita pergi hospital"ujar Akmaruddin sambil memapah tubuh isterinya.
ZAHIRIL mengetuk pintu rumah Ustazah Isma Nur Atieqah dengan perlahan, tiba-tiba pintu rumah Ustazah terkuak sendiri, itu beerti pintu rumahnya tidak berkunci. Zahiril tekad untuk masuk kedalam apabila salamnya tidak disambut.
Hampir satu rumah Zahiril mencari penghuninya namun tidak bertemu, dia terus naik keatas. Yang menjadikan dia semakin risau apabila dia terbau hanyir darah. Zahiril sangat peka dengan bau itu, memang itu bau hanyir darah manusia, sebagai seorang doktor dia memang tahu itu adalah darah manusia. Hati Zahiril tertarik dengan bilik yang berdepan dengan tangga ini, dengan perlahan dia menolak pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Nur Najihah terbaring diatas lantai dengan lumuran darah dibajuhnya.Zahiril berlari pantas mendapatkan Nur Najihah.
"Jaja, Jaja... Jaja bangun Jaja, ni abang ni Jaja."Zahiril cuba mengejutkan Nur Najihah namun tidak juga sedar. Tanpa berlengah dia membawa Nur Najihah kehospital. Pantaslah semalam dia termimpikan Nur Najihah didalam bahaya ternyata Nur Najihah sudah ditimpa musibah disaat dia bertemu dialam realiti.
MAISARAH dan suaminya Asyraf dikuasai rasa risau dan gelisah ketika menunggu di ruang 'tunggu di wad kecemasan'. Asyraf tidak menyangka dia akan dikejutkan dengan berita adiknya Nur Sanieah kemalangan dari Nurul. Dia berasa kesal dengan perbuatan Zahiril yang mula lalai terhadap adiknya sejak beristeri.
"Abang bersabar ye bang. Sama-sama kita berdoa agar Niea tak apa-apa ye bang."pujuk Maisarah pada suaminya. Asyraf mendakap erat isterinya. Semenjak kematian ibu Maisarh dan Nur Sanieahlah keluarganya. Kehadiran Maisarah kedalam hidupnya begitu memberi kebahagian didalam hidupnya. Maisarah bukan saja mengasihi dia namun Maisarah juga amat mengasihi adiknya Nur Sanieah.
"Abang takut kehilangan Niea, Mai.."ujar Asyraf yang masih memeluk isterinya. Menitis airmata bila mengenangkan nasib malang yang menimpa adiknya.
"Sabar bang. Sabar." Ujar Maisarah sambil mengusap lembut belakang suami tercinta.
SYEERA dan Muhd Hafis ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengambil ubat Datin Sufiya. Maklumlah ibunyakan ada darah tinggi jadi sudah menjadi rutinnya setiap bulan semenjak dia menamatkan pelajarannya di UK. Yelah dia pun dah nak kahwin.
"Sayang, sayang pergi ambil ubat dulu ye. Hafis nak pergi tandas sekejap."Ujar Muhd Hafis lembut. Dan Syeera mengiyakan sambil berlalu kearah kauter pengambilan ubat. Dengan tidak disengajakan dia terlihat Abangnya Zahiril mengiringi sebuah troli yang ditolak oleh pembantu hospital ke arah wad kecemasan, baru beberapa saat abangnya hilang dari pandangan abang saudaranya pula Akmarudin membantu pembantu hospital menolak sebuah troli ke wad kecemasan. Syeera merasa penasaran untuk tahu, dengan pantas dia kearah wad kecemasan.
"AKU nak terangkan kat kau macam mana lagi ye Emah?"Soal Merlieana tegas kepada sepupu kesayangannya itu.
"Tapi dia tu suami kau Liena. Kau kena beri perhatian pada dia."tegur Emah perlahan. Dia tahu mungkin Merlieana sudah penat dipaksa oleh sekeliling untuk menerima suaminya. Namun sebagai orang yang paling rapat dengan Merlieana, dia rasa dirinya patut menasihati sepupunya itu. Hari ini Nia ada kelas tambahan jadi Emah mengambil kesempatan untuk berbual dan memujuk sepupu kesayangannya ini. Jika Nia tiada kelas tambahan alamatnya sepanjang masa dia harus menemani adiknya dishopping complex.
"Kau nak aku buat apa Emah?"soal Merlieana secara tenang. Dia duduk kembali di kerusi berdepan dengan sepupunya Emah. Pening dikepalanya masih ditahan sedaya upaya.
"Aku nak tanya something yang agak sensitif pada kau. Dan aku harap kau boleh jawab."pinta Emah secara berhati-hati. Dia tahu sepupunya ini pantang tersilap satu rumah akan dihamunnya.
Mata Merlieana semakin kabur. "Maksud kau?" soalannya sepatah.
"Adakah Apex dah...... dah...."terbantut-bantut katanya, dia terlalu takut diamukkan oleh sepupunya itu.
"Dah tiduri aku?"soal Merlieana selamba. Dia tahu memang itu yang sepupunya nak tahu. Dengan pantas Emah mengangguk.
"Dah."jawab Merlieana sambil memandang kearah lain.
Tiba-tiba ada rasa sakit dihati Emah bila mengetahui Zahiril sudah meniduri Merlieana, terasa menyesal pula hendak bertanya. Padahal dia tidak tahu yang Merlieana berbohong padanya. 'Nak tidur bersama kebendanya kalau aku baru perang dengan mamat sengal tu!'bisiknya dihati.
"APA semua ni" soal Syeera secara tiba-tiba pada Zahiril ketika Zahiril berada diruang menunggu. Zahiril terkejut melihat kehadiran adiknya disitu.
"Adik buat apa kat sini?"soal Zahiril cemas.
"Adik buat apa kat sini bukan soalnya. Tapi abang tu, apa buat kat sini. Siapa perempuan tadi tu?"Bentak Syeera. Dia melihat dengan jelas orang yang Zahiril tolak tadi adalah seorang perempuan cuma Syeera tidak dapat melihat dengan jelas.
"Syeera nanti abang akan jelaskan. Tolong Syeera jangan beritahu sesiapa pasal hal ni."Zahiril merayu pada Syeera agar Syeera tidak memberitahu sesiapa.
Tiba-tiba Akmaruddin datang dari belakang menerjah Zahiril.
"Pex tolong aku Pex."ujar Akmarudin tercungap-cungap kerana penat berlari.
"Kau ni kenapa? Tadi kau kata bini kau nak beranakkan? Kau buat apa kat sini?"soal Zahiril pelik.
"Memanglah bini aku nak beranak. Tapi masalahnya dia panggil aku teman dia kat dalam."jawab Akmarudin dengan wajah yang begitu pucat.
"Habis tu asal kau tak teman dia?"soal Zahiril. Lagi tambah pelik.
"Aku takutlah nak tengok darah, Pex."ujar Akmarudin sambil menunjukkan muka ala-ala takut.
"La"jawab Syeera dan Zahiril serentak.
Asyraf terduduk di bangku menunggu. Betapa hampanya dia mendengar pemberitahuan doktor bahawa adiknya berada didalam keadaan kritikal dan sedang koma kerana kehilangan darah yang terlalu banyak.
"Niea......"ujar Asyraf dengan lelehan airmata. Maisarah turut tergamam dengan ungkapan doktor sebentar tadi. Dia pergi kearah cermin yang melihatkan adik iparnya yang berada didalam wad ICU. "Niea, kuatkan diri dik, ayuh bangun dik, kami disini memerlukan adik."ujar Maisarah perlahan, berjurai airmatanya melihat keadaan Nur Sanieah. Asyraf memeluknya dari belakang. Mereka saling berkongsi semangat demi menerima ketentuan Ilahi.
"Pesakit didapati banyak kehilangan darah dan lukanya terlalu dalam. Tapi kami sudah melakukan pembedahan keatas pesakit. Kini pesakit didalam keadaan terlalu lemah dan masih kritikal harap Encik banyak-banyak bersabar." Ujar Doktor yang melakukan pembedahan keatas Nur Najihah. Dia menepuk perlahan bahu Zahiril.
Zahiril terduduk bila mendengar penjelasan doktor tersebut. Dia berasa kesal kerana tidak datang awal sehari untuk menjenguk Nur Najihah. Namun dia berserah dengan takdir Ilahi. Dia berjalan menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan tangannya yang masih mempunyai darah milik Nur Najihah tadi.
No comments:
Post a Comment