Sunday, 18 March 2012

Izinkan Ku Pergi [EPISOD 5]







EPISOD 5


"AKU TERIMA NIKAHNYA TENG'KU PUTERI MERLIEANA ARDRIANA BINTI TENG'KU MICHELEE ABDULLAH BERSERTA MAS KHAWINNYA RM330,330.00 TUNAI" dengan sekali lafaz sah kini Zahiril sudah menjadi suami kepada gadis berperanak perancis, itali ini. Walaupun sudah diijabkabulkan dia masih belum melihat wajah isterinya. Kerana isterinya memakai jilbab, dan jilbab itu menutupi wajah gadis itu. Zahiril hanya dapat melihat mata isterinya sahaja sewaktu melakukan adat batal air sembahyang. Dia menyarungkan cincin di jari manis isterinya setelah itu Akamarudin sepupunya merangkap mengapitnya ketika itu menghulurkan surat akur janjinya buat isteri.

"KAU ANUGERAH ILLAHI..

Merlieana saya akan menjaga awak dengan sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan melindungi awak dengan sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan pertahankan awak dengan sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan memimpin awak dengan sedaya upaya saya..
Merlieana saya takkan sakiti awak dengan sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan sentiasa dengan awak sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan sentiasa disamping awak sedaya upaya saya..
Merlieana saya takkan biarkan awak disakiti sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan tuntun awak dengan sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan sentiasa mengasihi awak dengan sedaya upaya saya..
Merlieana saya akan sentiasa mendampingi awak sedaya upaya saya..

Saya berusaha menjaga awak sehingga akhir nafas saya..
Saya akan berusaha untuk menjadi suami yang terbaik buat awak..
Saya akan berusaha agar tidak mengkhianati perkahwinan kita..
Saya akan berusaha mengasihi awak sepenuh hati saya..

Jika saya mencederakan awak atau menghina sulit awak atau awak merasa terhina dengan setiap kata-kata saya atau saya tidak pulang kerumah sehingga melanggar hukum akta perkahwinan atau saya berlaku curang dibelakang awak atau awak merasakan dikhianati oleh saya atau saya tidak menunaikah nafkah zahir dan batin atau awak merasa tersiksa dengan saya atau saya bernikah tanpa keizinan atau selama awak hidup dengan saya awak tidak merasa bahagia, bersaksikan semua yang ada disini awak berhak menuntut cerai dari saya.

Merlieana awaklah segala-galanya untuk saya..
Merlieana awaklah anygerah ALLAH S.W.T buat saya..

ikhlas dari suamimu Muhammad Syed Zahiril Fahmi..
Buatmu isteriku Teng'ku Puteri Merlieana Ardriana Binti Teng'ku Michelee Abdullah..

SETELAH selesai upacara akur janji pengantin lelaki dan pengantin perempuan menandatatangani surat akur janji tersebut.


SUDAH seminggu berlalu Zahiril menjadi suami orang, namun Nur Najihah masih tidak dapat melupakan kekasih hatinya itu. Dia sentiasa menghubungi sentiasa menghubungi Zahiril meskipun disaat itu Zahiril sedang sibuk bekerja.
              Hari minggu seperti ini dia dan kakak angkatnya Ustazah Isma Nur Atieqah pergi ke hypermarket untuk membeli sedikit barang keperluan rumah yang semakin habis. Entah bagaimana Ustazah Isma Nur Atieqah bertemu dengan sahabatnya Maisarah sewaktu sedang memilih sayuran di bahagian tempat pembelian sayur.
              "Ustazah..."tegur Maisarah lembut.
              "Mai...." jawab Ustazah Isma Nur Atieqah, lantas memeluk sahabatnya itu.
              "Kau apa khabar? Dah lama tak jumpa."tanya Maisarah sambil memilih sayur-sayur yang hendak dibeli.
              "Khabar baik.Wah dah nak dapat zuriat dah. Alhamdulillah, syukuran ya Allah." ucap Usatazah Isma Nur Atieqah.
              "Alhamdulillah.. terima kasih. Kau datang dengan siapa ni?"Soal Maisarah, sambil mengusap perutnya.
         
NUR SANIEAH berlanggar dengan Nur Najihah sewaktu memilih jus minuman kegemaran Zahiril dan tanpa disengaja kedua-dua gadis ini memegang jus yang sama.
             "Maaf, saya tak sengaja."ujar Nur Sanieah lembut.
             "Tak apa. Awak pun ambil jus yang sama?"soal Nur Najihah ramah.
             "Ye tapi bukan untuk saya" jawab Nur Sanieah tutur ramah.
             "Habis untuk siapa?"soal Nur Najihah ingin tahu.
             "Untuk teman istimewa."jujur Nur Sanieah.
             "Kebetulan samalah dengan saya." terlerai tawa diantara mereka.

BIARPUN sudah seminggu bergelar suami isteri baru hari ini Zahiril akan melihat wajah isterinya kerana baru hari ini isterinya berada di rumah. Dia masuk kedalam banglo yang dibelinya sendiri, sebenarnya rumah itu ingin dia diami bersama Nur Sanieah tapi dek kerana dia bernikah dengan orang lain, rumah tu dah jadi rumah dia dengan isterinya yang dia tak kenallah gamaknya.
             Di ruang tamu tak ada, di dapur pun tak ada pendek kata satu rumah dia mencari isterinya kecuali bilik tidurnya sendiri sahaja. Tak ADA? 'Kereta ada tuan kereta tak ada?'. Dia terus naik keatas dan menjuju kebiliknya. penat sungguh rasanya hari ini kerana pesakit tak putus-putus dari pagi hingga ke malam. Dah balik penat-penat nak kena mencari isterinya tak tentu pasal.
            Zahiril merebahkan badan diatas katil tanpa melihat ada sesusuk tubuh disebelahnya. Sedang leka melayan fikiran tiba-tiba dia terasa tubuhnya seakan dipeluk erat oleh seseorang.
            Jantung Zahiril berdetak laju apabila terhidu bau harum disebelah sisinya, wangian ros sungguh kuat menusuk hidungnya. Perlahan-lahan dia menoleh kesebelahnya.
            PANG!!! Masih teringat lagi tamparan dari seorang gadis cantik 4 bulan yang lalu, sekarang gadis itu berada disebelahnya dan sedang memeluk dia dengan begitu erat. Ternyata gadis itu isteri dia? Dari situ baru Zahiril teringat yang mata isterinya sewaktu diijabkabulkan dengannya sama dengan perempuan yang dia terlanggar dahulu, dan baru dia perasan kereta yang di halaman rumahnya itu adalah kereta yang dilanggar sewaktu itu.
            Dia menolak sedikit rambut yang menutupi separuh wajah isterinya. Sungguh wajah isterinya memang cukup indah dan wangian yang isterinya pakai memang secocok dengan tubuhnya. Zahiril ingin menolak pelukan Merlieana namun Merlieana makin mengeratkan pelukannya. Malah semakin lena didalam pelukan itu. Tanpa sedar Zahiril turut membalas pelukan itu.

SYEERA memberi tamparan yang sangat hebat pada Nia.
            "Kenapa ni!!!" soal Nia kasar sambil memegang pipinya yang terasa perit akibat tamparan itu.

No comments: