Friday, 30 May 2014

Power Of Wife

ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 9

AJIHAH memeluk lengan suaminya yang sedang duduk termenung dengan wajah yang begitu sayu. Rasa takut menyelebungi dijiwa, dan airmata tidak berhenti menitis.
         "Sayang, Manja minta maaf. Ini semua kesilapan Manja. Kalau Manja tak ikut emosi, semua ni tak kan jadi." perlahan Ajihah bersuara. Dia tahu itu memang silapnya, jika dia tidak begitu beremosi tidak mungkin Imelda akan jatuh.
         "Tak apalah Manja, semua dah nak jadi. Manja jangan salahkan diri Manja, ini adalah kehendakNya." suara Ikhwan kedengaran perlahan dan sebak. Dia merenung tangannya yang masih ada darah, wajah Imelda menghiasi mata hatinya. Apa yang sedang terjadi dia tidak tahu, yang dia yakin dan pasti adalah Imelda sedang bertaruh dengan maut didalam sana. Airmata lelakinya menitis untuk sekali lagi, rasa bersalah menguasai dirinya.
        Bagi Ikhwan andainya dia tidak menikahi Imelda, pasti gadis itu tidak akan berada didalam kanca derita begini. 'Maafkan abang Imelda, abang tidak mampu menjadi yang terbaik untuk Imelda dan anak kita.'
        Seorang doktor keluar dari bilik bedah dengan wajah yang hambar dan itu membuatkan jantung Ikhwan berdegup laju. 
          "Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?" soal Ikhwan cemas. Wajahnya benar-benar tampak cemas dan benar-benar ingin tahu.
           "Keadaan isteri tuan sangat kritikal saat ini. Beliau banyak kehilangan darah, dan mengalami masalah bersalin. Kita terpaksa memilih satu nyawa untuk diselamatkan, dan semuanya terletak ditangan tuan untuk memilih sama ada ibu atau bayi." jelas doktor tersebut terang dan tenang.
            "Kita selamatkan bayi dia Sayang." cadang Ajihah cepat.
           "Bagaimana tuan?" soal doktor itu untuk meminta kepastian.
           Ikhwan terduduk dikerusi semula dan menitiskan airmata kehampaan dan kekecewaan. Berulang kali dia beristigfar didalam hati. 'Ya Allah, kuatkan hamba Ya Allah'.
            Ikhwan teringat akan kata-kata Imelda yang membuatkan dia berasa begitu bermakna didalam hidup wanita bernama Amel Imelda.
            "Kalau Allah kata nyawa saya pendek, saya tetap bersyukur. Kerana Dia memberi saya kesempatan untuk bergelar isteri kepada suami yang penyayang seperti abang. Itu amat mencukupi bagi saya, bang. Hanya itu." satu ciuman singgah di pipi Ikhwan.
        "Selamatkan isteri saya doktor." Ikhwan bersuara lemah tanpa memandang. Dia tekad dengan keputusannya dan redha dengan ketentuanNya. Mungkin bukan rezekinya untuk memiliki cahaya mata didalam waktu ini.
            Doktor Razlan menghampiri Ikhwan dan menepuk bahu lelaki itu perlahan. "Bersabarlah tuan, Allah sedang menguji kesabaran dan ketaatan kita kepadaNya. Sujudlah padaNya dan mintaNya agar Dia permudahkan segalanya." perlahan Doktor Razlan berjalan masuk semula kedalam bilik bedah.
            "Kenapa Sayang pilih Imelda?" soal Ajihah meminta penjelasan.
            "Mungkin belum tiba masanya dia pergi dan bukan rezeki kita untuk melihat anak itu lahir kedunia." Ikhwan berjalan perlahan meninggalkan ruang menunggu itu untuk ke surau yang disediakan di hospital swasta itu.
           Ajihah terduduk dikerusi dan termenung memikirkan sesuatu, dia amat terkilan jika anak itu tidak dapat diselamatkan. Terus-terusan dia berdoa agar Allah memilih anak itu untuk hidup.

"YA ALLAH, jika ini balasan diatas dosa-dosaku, aku redha ya Allah. Namun Kau titipkanlah kesabaran didalam jiwaku untuk berdepan dengan ketentuanMu ini ya Allah. Sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah." terhinjut-hinjut bahu Ikhwan menahan sedu, airmata merembes laju. 
             "Ampunkan aku sebagai hambaMu yang selalu alpa untuk sujud kepadaMu. Ampunkan aku sebagai seorang suami yang tidak tahu membahagi kasih dengan adil, tidak mendidik dan memimpin isteri-isteri dalam menurut perintahMu ya Allah. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah." terpejam mata menanggung rasa sakit didalam hati.
             "Jika memang bukan ini rezekiku untuk menimang cahaya mata, maka Kau berikanlah aku kekuatan didalam menempuh kenyataan dan kehendakMu yakni takdirMu ya Allah. Kau berikanlah kekuatan kepada insan yang berhati mulia iaitu Imelda isteriku. Kau kuatkanlah semangatnya untuk bangun dan terus hidup bersamaku. Aku merayu padaMu ya Allah. Aamiin aamiin ya rabbal alamin." Ikhwan menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Disejadah itu terluah segala kesungguhannya dan dia mahu isterinya terus hidup. 
             Ikhwan mula sedar sejak bila ada cinta dihatinya terhadap Imelda, sejak bila kasihnya berputik terhadap Imelda dan semua itu dia tekad untuk meluahkan pada isterinya jika Imelda dapat diselamatkan nanti.
             Ikhwan melipat sejadah dan berlalu keluar dari surau untuk ke ruang menunggu semula. Kebetulan sekali Doktor Razlan keluar dari bilik bedah, Ikhwan berlari mendapatkan doktor tersebut.
              "Macam mana dengan isteri saya doktor? Anak kami macam mana?" soal Ikhwan cemas.
            "Bersabar tuan, ini semua ketentuanNya dan kita sebagai hambaNya harus menerima dengan redha. Puan Imelda dapat diselamatkan cuma didalam keadaan yang sangat kritikal saat, dan berkemungkinan beliau boleh koma. Manakala kedua-dua bayi kembar perempuan gagal diselamatkan. Bersabar tuan, Allah lebih menyayanginya." Doktor Razlan berlalu meninggalkan Ikhwan yang terduduk dikerusi.
        Menitis lagi airmata dipipi, kehampaan dan kekecewaan menguasai jiwa. Dia bukan kehilangan seorang cahaya mata, tetapi dua. Jauh disudut hatinya dia amat menginginkan anak itu, namun Allah lebih menyayanginya.
         Tengku Izarah yang baru tiba bersama Tengku Iman turut terduduk bila mendengar penjelasan doktor tadi. Luruh hatinya melihat airmata dan sedu Ikhwan yang menanti cahaya mata selama lima tahun ini, namun akhirnya dia masih belum diberi peluang. Pedih dan sakit dihati Izarah saat melihat kesedihan Ikhwan. 
          Tengku Izarah menghampiri Ikhwan dan memeluk bahu anaknya lembut. "Sabar sayang, Allah lebih sayangkan dia." perlahan dahi Ikhwan dicium lembut.
            "Ikhwan hilang anak Ikhwan bonda, Ikhwan hilang dia bonda. Anak-anak Ikhwan, Dia dah ambil." tubuh Ikhwan menjadi lemah gemalai dan rebah disisi bondanya.
          Tengku Iman dan Ajihah mendapatkan Ikhwan yang sudah pengsan tak sedarkan diri lagi. Ajihah menjerit meminta bantuan dan Ikhwan dimasukkan kedalam ruang kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
         
UMI dan ayah merenung lembut kearah Imelda yang masih lagi dalam keadaan koma, gadis itu kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ibu bapa mana yang dapat menahan airmata daripada menitis bila melihat keperitan anaknya yang sedang bertarung dengan kematian.
       "Kakak, umi ada sini nak. Umi nak kakak kuat, dan terus kuat. Kakak perlu bangun, dan teruskan hidup sayang. Kakak sayangkan umi dan ayahkan? Kami tak nak banyak nak, kami hanya nak kakak bangun untuk suami kakak, untuk kami semua." umi mengusap lembut rambut anaknya.
         Mata Imelda yang tertutup rapat bergerak-gerak, airmatanya juga menitis. Namun umi dan ayah tidak perasan akan itu.
        "Kakak, anak ayah yang kuat. Ayah percaya, kakak boleh bangun. Bangun nak, bangun untuk Ikhwan. Hanya kakak yang mampu memberi ketenangan kepada dia, bangun nak." ayah memeluk bahu umi, dia cuba mengawal agar tangisannya tidak terluah.
        Diluar Aisya dan adik-adik Imelda sedang menunggu. Begitu juga Ajihah, Izarah dan Iman. Tengku Azina dan Tengku Aiman ibu bapa Ajihah juga turut datang.
         "Kalau uda nak tahu, perempuan nilah yang selalu buat jahat dengan kakak." ujar Aisya pada Uda adik Imelda yang paling garang.
         "Oh yeke? Melampau betullah dia ni! Tengok muka pun dah tahu sangat, macam muka watak jahat dalam cerita 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tu. Siapa nama pelakon tu? Uq.. Uqasha Senrose. Menyampah adik tengok." jawab Uda selamba, suaranya yang mendatar itu dapat didengari setiap orang yang ada disitu.
          "Adik, jaga mulut tu!" bisik Angah tegas.
          "Alah, orang jahat jangan dilayan baik, nanti pijak kepala kita." Aisya menyocok Uda.
          "Tapi umi dengan ayah dan kakak selalu cakap, tak baik balas-balas kejahatan orang. Nanti Allah marah." bidas Angah perlahan.
          "Sedapnya mulut mengata aku!" sampuk Ajihah yang sedang duduk disebelah. Dia merenung Aisya tajam. Geram benar dia dengan si Aisya ni, rasa macam nak disiat-siat je mulut hantu galah ni.
          "Ini bukan mengatalah, ini kenyataan!" bidas Aisya tegas.
          "Kau memang suka cari pasal dengan akukan?" Ajihah mula bengis.
       "Aku cari pasal eh? Bukan kau ke pencetus segala masalah?" soal Aisya berani, dia memusingkan badan dan merenung Ajihah berani.
          "Kau cakap apa ni?" soal Ajihah cemas. 'Takkan Sayang beritahu orang tentang Imelda.'
        "Kau kan yang menyebab Imelda kehilangan anak? Kan?" Aisya berani meletakkan tuduhan. Meskipun dia tiada bukti, namun keyakinannya begitu tinggi.
          "Apa?" Uda terbangun dari duduknya dan merenung Ajihah dengan pandangan tajam. "Akak yang menyebabkan kakak saya koma? Akak yang sebabkan kami semua kehilangan anak buah? Macam tu?" soal Uda berani, panas barannya sudah memuncak.
           "Adik, duduk. Jangan masuk campur urusan orang tua." arah Angah garang.
           "Jangan suka-suka hati nak menuduh kalau tak tahu susun cerita sebenar!" tempelak Ajihah.
           "Janganlah tinggikan suara pada akak Baby!" mara sikecil Baby, dia menolak perut Ajihah.
       "Budak ni ada aku tampar juga nanti!" Ajihah menaikkan tangannya menunjukkan tanda mahu menampar Baby.
         "Kau dah tangankan kakak budak-budak ni puas-puas, lepas tu kau nak tangankan adik-adik dia pula? Lepas ni, kau tangankan siapa lagi? Umi dan ayah dia pula? Baru kau puas?" tempelak Aisya, dia memeluk Baby yang menangis ketakutan.
         "Apa ni! Orang dekat dalam tengah sakit, kau orang sibuk nak bergaduh!" marah Iman. Dia merenung Baby adik bongsu Imelda dengan penuh kelembutan, wajah anak kecil itu menggambarkan ketakutan.

IKHWAN menjaga Imelda yang masih lagi koma di hospital, hari ini adalah hari ketiga Imelda terlantar di katil. Semua ahli keluarga sudah pulang untuk berehat dan berjanji akan datang esok untuk melawat Imelda.
         Umi dan ayah serta adik-adik Imelda menumpang tidur dirumah Imelda yang dibelikan oleh Ikhwan. Perjalanan pergi dan balik keluarga itu diuruskan oleh pemandu yang baru diupah oleh Ikhwan dua hari lalu.
         Wajah Imelda direnung dengan penuh kesayuan, jemari gadis itu digenggam dengan penuh kelembutan. Ikhwan teringatkan arwah anak-anaknya yang diberi nama Tengku Aminah dan Tengku Amanina. Kasih dan sayangnya tetap tertumpah pada anak-anak yang tidak bernyawa itu.
         Dia teringat ketika dia menyembahyangkan anak-anaknya, ketika dia membawa jenazah anak-anaknya ketanah perkuburan, ketika dia memasukkan anak-anaknya kedalam liang lahad, ketika dia mengebumikan anak-anaknya dan ketika dia membacakan yassin untuk anak-anaknya. 
          Hati bapa mana yang tidak sayu bila memapah anak yang tidak lagi bernyawa, airmata bapa mana yang boleh bertahan, bila membacakan yassin untuk anak sendiri yang tidak sempat mengenal dunia.
         Ikhwan mengesat airmata dan cuba untuk kuat didepan Imelda. Dia tersenyum hambar sambil merenung isterinya.
       "Imelda abang minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, abang tak mampu untuk mempertahankan anak kita dari pergi menghadapNya. Abang tak mampu menahan Imelda dari jatuh. Abang tak mampu untuk memilih anak kita berbanding Imelda." airmata menitis lagi, nafas ditarik dalam-dalam.
           "Imelda, anak kita cantik sangat, cantik dia macam mama dia. Anak kita comel sangat macam mama dia. Hidungnya mancung, bibirnya comel dan mukanya bulat. Tapi Allah lebih sayangkan dia dan Allah jemput mereka dulu berbanding kita." kesedihan itu tidak mampu disembunyikan dan tak mampu ditahan-tahan.
            "Imelda, abang nak buat pengakuan, dan mungkin abang bodoh sebab bercakap tentang ni diwaktu awak tidak sedar. Tapi abang harap awak dengarkannya." Ikhwan mengesat airmatanya, dan berusaha untuk kuat.
            "Sebenarnya abang dah lama jatuh hati pada awak, cuma abang tak sedar bila perasaan itu hadir. Pertama kali kita ditemukan, abang jatuh hati pada awak. Sewaktu pertama kali awak menjadi pembantu peribadi abang, abang jatuh hati pada awak. Sewaktu pertama kali melihat wajah masam awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat senyuman awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat muka marah awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali menyentuh jemari awak, abang jatuh hati pada awak." Ikhwan mengumpul kekuatan untuk bersuara lagi.
         "Pertama kali merenung mata awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat kebaikan awak kepada keluarga awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat kesabaran pada bonda, abang jatuh pada awak. Sebaik melafazkan ijab dan kabul, abang jatuh hati pada awak." Airmata keikhalasannya menitis lagi.
       "Pertama kali awak menyalam abang, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali memeluk awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali disuap oleh awak, abang jatuh hati pada awak. Sehingga suatu masa abang tidak sedar bila sebenarnya abang jatuh hati pada awak." Ikhwan memicit sedikit hidungnya yang terasa pedih, mungkin kerana terlalu banyak menangis.
         "Jika awak minta untuk abang hanya setia pada awak, abang tak mampu Imelda. Kerana dihati abang tetap Ajihah yang pertama. Tetapi untuk mengisi awak diseparuh ruang hati abang, abang telah pun lakukan. Abang merayu untuk awak bangun dan terus berada disisi abang. Abang rindukan kata-kata semangat yang selalu awak berikan. Abang tak kuat untuk menghadapi semua ini seorang diri sayang. Abang amat rindukan awak Imelda. Abang teramat-amat merindukan awak sayang." airmata kerinduan menitis dipipi, jemari runcing si isteri dicium kemas.
         Perlahan dahi Imelda dicium lembut, wajah itu direnung perlahan. 'Jangan tinggalkan abang seperti mana anak-anak kita meninggalkan kita sayang. Abang tak kuat'.
          Diluar Aisya yang mendengar segalanya terduduk kelantai dan menitiskan airmata. Kini betapa dia sedar betapa hebatnya cinta Ikhwan kepada Imelda. Betapa bertuahnya Imelda memiliki seorang suami yang benar-benar sempurna kasihnya. 
            Aisya bersyukur kepada Allah SWT, kerana telah mengirim seorang suami yang sempurna untuk melengkapi sahabatnya yang selama ini hidup didalam kesusahan. 'Alhamdulillah ya Allah'.

PERLAHAN mata dibuka merenung keadaan sekeliling, kepala masih terasa berat. Imelda menoleh kearah kanannya dan dia mengukir senyuman manis apabila melihat suami tercinta sedang lena tertidur, masih terdengar dengkuran halus Ikhwan.
           Imelda meraba perlahan perutnya dan dia berasa terkejut bila melihat perutnya yang sudah kempis dan tidak memboyot seperti selalu. Bahu Ikhwan digerak laju, airmata merembes laju dipipinya.
             "Abang bangun bang! Abang!" jerit Imelda.
            Terpisat-pisat mata Ikhwan, dia baru sedar dari lena. Kepalanya terasa amat sakit, mungkin kerana sudah berapa malam tidur dengan keadaan begitu dan sememangnya dia tidak cukup tidur.
             Bulat mata Ikhwan bila melihat isterinya sudah sedar. "Sayang, sayang dah sedar."
            "Abang anak kita mana? Imelda tanya dari tadi, anak kita mana?" soal Imelda cemas.
            "Sayang sabar, sayang jangan macam ni. Sabar ye." Ikhwan cuba menenangkan isterinya.
            "Abang anak kita mana? Mana anak kita bang? Jawablah?" soal Imelda lemah. Dia cuba bangun dari baring sambil dibantu oleh suaminya. Namun pergerakannya amat terbatas, kerana bengkak-bengkak akibat jatuh dari tangga tempoh lalu.
            "Sayang sabar ye, abang panggil doktor." Ikhwan menekan butang kecemasan kerana tak berani meninggalkan Imelda seorang diri.
             "Abang, kenapa tak nak jawab? Kan saya tanya ni, mana anak kita?" soal Imelda perlahan seakan merengek. Airmata sudah tak mampu ditahan-tahan.
             Doktor Razlan masuk kedalam bilik dan mendapatkan pesakitnya. Imelda diperiksa dari seluruh aspek dan kemudian barulah doktor Razlan menarik nafas lega. "Syukur, Alhamdulillah. Keadaan Puan Imelda sudah kembali stabil, tapi keadaan fizikal masih lagi belum sembuh sepulihnya." 
            "Doktor mana anak saya?" soal Imelda cepat.
            Ikhwan memeluk bahu Imelda kemas. Dia berniat untuk memberi kekuatan pada isterinya.
      "Puan, puan telah melahirkan dua orang kembar perempuan. Tetapi, anak puan tidak dapat diselamatkan kerana jantung mereka gagal berfungsi. Maafkan kami puan, kami sudah cuba sedaya upaya kami tapi Allah lebih menyayanginya. Diharap puan bersabar." Doktor Razlan bersimpati dengan bekas ibu muda itu, dia sendiri tidak tahu bagaimana jika dia yang berada ditempat Imelda.
           Imelda menjadi lemah dan bersandar pada badan suaminya. "Anak saya bang, anak yang saya kandungkan sembilan bulan. Anak yang duduk dalam rahim saya selama ni. Anak kita bang." merah wajah Imelda, wajah terasa panas. Hatinya terasa sakit dan pedih. Tubuhnya terasa sakit yang teramat-amat. Terhinjut-hinjut tubuhnya menangisi semua yang terjadi.
            "Sabar sayang, sabar. Abang faham perasaan awak, sabar ye." Ikhwan cuba untuk memperkuatkan isterinya, airmatanya turut mengalir.
         Imelda memusingkan badan dan memeluk tubuh suaminya kuat. Didada Ikhwan, Imelda menangis semahunya.
            Ubun-ubun Imelda berulang kali dikucup.

TENGKU IMAN dan Izarah berdiri didepan katil Imelda sambil memegang semangkuk sup herba. Tengku Aiman dan Tengku Azinah berdiri di tepi dinding merenung gadis yang begitu dia benci sedang terlantar diatas katil. Umi, ayah dan adik-adik serta Aisya duduk dikerusi dibahagian kanan Imelda. Ajihah duduk dikerusi sebelah kiri Imelda dan Ikhwan duduk dikatil sebelah kiri Imelda.
           "Ni bonda bawakkan sup herba untuk Imelda, bonda suapkan ye." dengan penuh kelembutan Izarah duduk disebelah Imelda dan menyuapkan sup itu kemulut menantunya yang sudah mendapat tempat dihati.
         Hampir tumpah airmata keharuan Imelda bila dilayan dengan begitu baik oleh ibu mertuanya. 'Ya Allah apakah ini mimpi'?
         "Sedap tak?" soal umi lembut, kepala Imelda diusap penuh kasih.
         "Mestilah sedap, baba yang buat." sampuk Iman ceria.
         "Wah, babanya pandai buat sup herba. Tak sangka ayah." tambah ayah dengan senyuman.
         "Sedap tak Imelda?" soal Ajihah lembut. Dia menghulur senyum pada madunya.
         "Kau tanya sedap tak sedap tu kenapa? kau ada letak racun tikus ke, dekat dalam sup kawan aku tu?" sampuk Aisya selamba.
         "Perempuan ni, mulut dia kurang ajar betul! Tak tahu nak hormat orang langsung!" tempelak Azinah dari belakang.
         "Ada hati nak cakap aku kurang ajar, anak kau tu dah cukup ajar ke?" bidas Aisya selamba tanpa memandang sedikit pun kearah Azinah. 
          "Aisya." tegur Imelda lembut, kepalanya terasa pening bila keadaan menjadi bising begitu.
          "Kamu ni semua, cubalah hormat sikit pada Imelda ni. Dia baru nak sembuh, bagilah semangat sikit." Tegur Izarah lembut, dia mengusap pipi menantunya lembut. 'Sungguh cantik menantu aku ni'.
          "Dah jinak juga kucing hitam ni." Aisya bersuara perlahan.
          "Aisya!" membuntang mata Izarah kearah Aisya.
          "Sayang nak air?" soal Ikhwan lembut, sejak dari tadi tangan kanannya didalam genggaman Imelda.
          "Boleh juga."
          Ajihah menghulurkan cawan yang berada diatas meja itu kepada Ikhwan.
         "Nanti kakak berpantang dirumah umi ye." akhirnya umi menyuarakan hasratnya.
         "Kalau macam tu, kita pun ikut Imelda kesana ye bang." Izarah juga teringin menjaga Imelda yang ketika didalam pantang.
          "Abang boleh hantarkan je, tapi tak boleh duduk sekali. Apa pun boleh ke kita kesana ni, ayahnya?" soal Iman pada ayah.
          "Boleh je babanya, pintu rumah ayah terbuka untuk semua yang sudi datang. Tapi rumah ayah tak besar macam rumah baba." ayah lebih suka berterus terang.
          "Kecil besar rumahnya tak penting ayah, yang penting kasih sayang yang ada didalam rumah tu." Iman juga tak kurang rendah dirinya.
           "Sudahlah, mari kita tunggu diluar. Biarkan Imelda berehat." arah Izarah ramah.
           Mereka semua berlalu keluar meninggalkan Imelda yang baru menelan beberapa biji ubat yang dipaksa makan oleh Ikhwan.
            Ikhwan juga berlalu keluar meninggalkan isterinya, setelah dikucup dahi dan dipakaikan selimut.
            Hanya tinggalkan Ajihah dan Imelda didalam bilik itu. Ajihah duduk dikatil dan merenung tajam kearah Imelda.
            "Kau jangan ingat, kebaikan aku pada kau adalah realiti. Aku belum puas dengan kau!" Ajihah bersuara berani dengan senyuman sinis.
           "Akak pun jangan ingat, saya boleh duduk diam setelah apa yang akak lakukan pada saya!" Imelda bersuara tegas dengan keningnya terangkat.

Lirik Sedetik Lebih – Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Monday, 26 May 2014

Power Of Wife

ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 8

IMELDA meletakkan bubur panas diatas meja makan dan menghantar coklat panas untuk suaminya yang sedang menyiapkan kertas-kertas kerja diruang tamu.
          "Abang minum dulu." Imelda mengusap lembut tengkuk suaminya, wajah Ikhwan kelihatan begitu lesu.
          "Terima kasih Imelda. Awak tolong bagi Manja makan bubur dulu ye, abang banyak kerjalah." pinta Ikhwan perlahan. Di hujung minggu begini pun dia terpaksa menguruskan kerja-kerjanya kerana sepanjang minggu lepas, dia terpaksa pulang awal untuk menjaga Ajihah yang terjatuh tangga. Imelda adalah orang yang paling banyak menjaga Ajihah dari sudut mandi, memakai baju, dan menyuapkan bubur.
        "Baiklah bang, saya pergi dulu." Imelda menepuk lembut lengan suaminya sebelum berlalu mendapatkan semula bubur diatas meja dan dibawa naik keatas.
         Didalam bilik Ajihah duduk diatas katil dan menayang muka masam pada Imelda, meluat betul rasa hatinya pada si gadis polos itu.
         "Kak Manja ni saya bawakkan bubur, kita makan dan lepas ni kita makan ubat." lembut Imelda bersuara.
          "Tak payah nak tunjuk bagus sangat, aku tahu nak makan. Letak je atas tu, laki aku mana?" soal Ajihah tanpa memandang. 
           "Abang tengah buat kerja dekat bawah, saya suapkan akak makan ye. Baca bismillah." Imelda mengocak perlahan bubur yang agak panas itu.
              "Aku tak nak! Kau tak faham ke??" Ajihah menonjol kepala Imelda.
            Imelda menarik nafas panjang dan melepaskannya keras. "Kak, akak kena makan. Kalau akak tak makan nanti susah nak baik. Makan ye." Imelda menyuakan sudu yang berisi bubur kemulut Ajihah.
              Ajihah menepis kasar sehingga sudu itu tercampak kelantai. "Aku cakap bahasa melayukan! Kau tak faham-faham lagi ke?" tempelak Ajihah.
             "Kak, kenapa ni? Saya tahu akak tak suka saya, tapi akak kenalah makan. Benda ni semua untuk kesihatan akak juga. Kalau akak sakit macam mana nak marah-marah saya lagi lepas ni?" ini terperli ke atau sengaja perli ye?
        "Kau ingat aku bodoh macam kau? Kaki aku ni dah baik dah, sepak orang pun boleh. Kau nak kena?"  selamba kaki Ajihah tepat menendang perut Imelda.
         Imelda memegang cepat perutnya yang sakit, sakitlah anak aku macam ni! "Sakitlah kak!" marah Imelda.
            "Padan muka kau! Nak lagi?" 
            Imelda mengetap giginya, cepat jemari runcing mencubit peha Ajihah. Sudah dicubit dipusingkan pula cubitan itu. "Fair!" 
            "Sakitlah bodoh!" jerit Ajihah.
           Imelda meletakkan mangkuk berisi bubur itu keatas meja, dan dia mencapai sudu yang jatuh ke lantai kemudian berlalu kedalam bilik untuk mencucinya. Dia kembali mendapatkan mangkuk bubur itu dan duduk diatas katil bertentangan dengan Ajihah. Pandangannya pada gadis itu bagaikan kucing betina mengamuk.
            "Sekarang ni, apa nak jadi, jadilah! Akak kena makan, kalau tak bukan setakat peha je, satu badan saya cubit!" tempelak Imelda. 
            "Baca bismillah!" tengking Imelda garang.
           "Kau jaga kau bila aku sihat nanti! Aku balas balik!" bidas Ajihah, dia menadah tangan dan membaca doa makan sebelum menerima suapan dari Imelda.
           "Nak makan bubur pun susah! Ambil air masak ni, pegang. Saya nak ambil ubat akak." Imelda mencapai pil-pil yang sudah tersedia di piring kecil atas meja. Dan menghulurkan kepada Ajihah.
      Ajihah makan ubat tersebut dengan penuh keterpaksaan, "Dah! Kau keluar dari bilik aku ni, menyampah pula aku tengok muka kau!" 
         Imelda hanya mampu menggeleng dan tersenyum nipis, dia mengangkat mangkuk bubur itu dan dibawa keluar dari bilik. Ketika menuruni anak tangga, perutnya terasa amat sakit dan berbisa. Tubuh Imelda menggigil menahan kesakitan. Dia terduduk ditangga dan terlepas mangkuk bubur tadi dan pecah.
          Ikhwan yang mendengar bunyi barang pecah diatas, berlari naik keatas kerana takut berlaku pergaduhan lagi diantara Ajihah dan Imelda.
            "Ya Allah, Imelda kenapa ni?" soal Ikhwan sambil mendapatkan isterinya yang memegang perut dengan wajah yang berkerut.
              "Sakit bang." hanya itu yang mampu terluah dibibir mongel itu. Airmata sudah menitis laju dipipi.
              Ikhwan memapah tubuh isterinya dan dibawa ke bilik tetamu, dengan penuh tertib dia meletakkan Imelda diatas tilam.
              "Awak tunggu sini, abang ambilkan air dulu." Ikhwan berura untuk pergi namun tangannya disentap lembut oleh isterinya.
               "Abang, sebenarnya saya... saya...."
        "Kejap ye, abang ambil air dulu." Ikhwan meninggalkan isterinya dan berlalu kebawah untuk mendapatkan air kosong buat isterinya. 
        Ikhwan kembali dengan membawa air kosong untuk Imelda. "Minum air ni Imelda." Ikhwan menyuakan gelas berisi air itu dibibir Imelda, gadis itu hanya minum sikit sahaja.
          "Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Ikhwan lembut, dia mengelap peluh yang merecik di dahi Imelda.
          "Tak tahulah, tiba-tiba sakit." bohong Imelda, mana mungkin dia nak beritahu madunya yang buat.
       "Sekarang dah okey tak? Awak salah makan kot, ke awak belum makan ni? Awak dah makan belum?"
          "Dah okey dah, saya dah makan tadi. Abang pergilah sambung kerja balik." 
          Ikhwan duduk disebelah Imelda, dan memegang pinggang isterinya lembut. "Isteri abang muka pucat lesi macam ni kenapa? Imelda tak sihat ye, kita pergi klinik ye?" 
           "Abang, saya nak beritahu abang sesuatu ni." Imelda memegang pipi suaminya dengan kelembutan.
           "Apa dia?" soal Ikhwan tenang, dia mencium jemari isterinya.
           "Hari tukan saya pergi klinik."
           "Ye."
      "Doktor cakap, saya..." Imelda duduk dan mendekatkan bibirnya dengan telinga Ikhwan. "I'm pregnant, two month.
        Ikhwan terkesima, terbuka sedikit mulutnya dan merenung isterinya dengan seribu pengertian. "A..awak, awak mengandung Imelda?" soal Ikhwan seakan tidak percaya, suaranya kedengaran sebak.
          Imelda mengangguk perlahan. Dia memegang kedua belah pipi suaminya dengan lembut.
          "Awak mengandung anak kita? Anak saya? Benih saya?" bergenang airmata di kolam mata Ikhwan.
          Imelda mengangguk, "anak abang, anak kita." 
          "Finally, finally i will be a father? Akhirnya abang akan jadi ayah, Imelda?" menitis airmata Ikhwan, keharuan terlahir didalam jiwanya. Dia memeluk erat tubuh Imelda, berulang kali dahi isterinya dicium. Kegembiraannya terluah dengan airmata keharuan. Perut Imelda yang masih tidak kelihatan dikucup lembut.
          "Lima tahun abang menantikan semua ni Imelda, akhirnya abang akan jadi ayah. Terima kasih Imelda, terima kasih." perlahan bibir Imelda dikucup kemas dan begitu lama. 
           "Kita akan jaga anak ni, kita akan besarkan dia sama-sama ye sayang." terluah jua perkataan 'sayang' dibibir Ikhwan terhadap Imelda.
           Imelda terkesima mendengar kata-kata suaminya, apakah ini benar atau dia hanya bermimpi disiang hari? Bukankah dia perlu berpisah dengan suaminya, setelah melahirkan. Mungkin abang Ikhwan hanya nak sedapkan hati aku je.
           Imelda ditarik kedalam pelukan erat dan kemasnya.

"WAH! Laki kau tu aku tengok makin lama makin boleh tahan, menjadi-jadi penyakit dia." Aisya membetulkan tudungnya yang agak tidak kemas itu.
           "Kau dah kenapa? Sejak bila laki aku sakit?" soal Imelda pelik.
           "Tulah kau, laki sakit pun kau tak perasan. Mana taknya kalau dah dua-dua sakit. Tapi kau ni aku tengok makin lama makin mantap badan kau? Menggoda je you. Muka tu berseri-seri, macam seri orang kahwin. Laki kau tu aku tengok, semakin lama semakin menjadi-jadi segak dia. Kau berdua pakai produk apa ni nyah?" soal Aisya ceria, dia melihat Imelda yang sedang membetulkan sanggul.
            "Kami tak pakai produk apapun nyah, kejap! Kenapa kau cakap aku dengan suami aku ada sakit?" soal Imelda yang masih hairan dengan kata-kata Aisya, di tandas pun jadi tempat mereka berbual.
             "Yelah, dah kalau senyum je memanjang. Tak sudah-sudah, kalau dulu tu usah kata nak senyum, nak menyapa pun susah. Betul ke apa aku cakap?"
             Imelda tergelak kecil dengan kata-kata temannya. "Dia banyak senyum, yeke?"
             "Yelah, aku nak minta tolong dekat kau sebagai seorang isteri tolong nasihatkan dia. Aku takut esok-esok boss aku tu gila! Nanti kesian dekat kami semua, terpaksa berhenti. Lagipun kalau dia masuk hospital gila, habislah jururawat-jururawat hospital tu tergila-gilakan dia. Tolonglah nasihatkan suami kau ye." Aisya menambah bedak pada wajahnya.
             "Jauh sungguh imaginasi kau kan?" Imelda menyucuk pinggang Aisya.
             "Kau ni, janganlah kacau. Ni, madu kau, mak mertua kau, mak bapa kau, adik-adik kau semua dah tahu belum yang kau ni mengandung?"
           "Lepas aku beritahu suami aku, aku beritahu umi dan ayah aku serta adik-adik dan abang aku. Lepas tu, suami aku beritahu kak Manja dan Tengku Izarah serta baba." terang Imelda.
           "Habis si singa betina dengan kucing hutan tu tak bagi apa-apa reaksi ke bila dia dah tahu?" soal Aisya sambil berjalan keluar bersama Imelda.
            "Tak ada apa-apa pun, lagipun aku belum jumpa kak Manja dan Tengku Izarah sampai hari ini." jujur Imelda.
             "Aku rasa hari ni kau jumpa kami." Tengku Izarah bersuara tegas, dia berdiri didepan Imelda dan Aisya dengan wajah yang sangat sinis. Ajihah berdiri disebelah ibu mertuanya seperti menantu suci tanpa dosa.
             "Ya Allah, sekejap je dah muncul si kucing hutan dengan singa betina ni, panjang pula umurnya." ujar Aisya selamba.
                "Hoi hantu galah! Mulut kau tu jaga sikit eh, kalau nak kerja sini lama lagi!" tempelak Ajihah.
                "Ni mulut aku ke mulut kau ye singa betina? Suka hati aku lah." bidas Aisya selamba.
                "Sudahlah Aisya! Tengku Izarah, kak Manja buat apa datang sini? Nak jumpa abang ke?" soal Imelda lembut.
              "Habis takkan aku nak jumpa si hantu galah ni pula?" bentak Izarah, sakit je hati aku tengok kawan Imelda ni, macam nak dicabaikan saje mulutnya.
              "Abang belum balik meeting lagi, apakata Tengku Izarah dan kak Manja duduk dibilik dulu. Saya buatkan air." pelawa Imelda ramah, dia membukakan pintu bilik untuk ibu mertua dan madunya.
               Izarah dan Ajihah masuk dengan rasa bongkak. Terbuka luas mulut Ajihah bila melihat gambar besar perkahwinan Imelda dan Ikhwan tergantung kemas didalam bilik Ikhwan. Membuak rasa sakit didalam hati!
               "Kau bubur je racun tikus dalam minuman ni nyah." ujar Aisya selamba sambil membantu Imelda membancuh air untuk Izarah dan Ajihah.
                 "Kepala otak kau racun tikus, mak mertua dengan madu aku tu. Kau ni kadang-kadang lagi gila dari laki aku." bidas Imelda, dia mencubit lengan sahabatnya itu.
                 "Aduh! Sakitlah. Betullah cakap aku, suka hati je panggil aku hantu galah! Kuang ajaq punya orang tua tak sedar diri. Ikutkan hati ni nak je aku letupkan muka diaorang tu dengan bom atom." 
                   "Kau nak cari dekat mana bom atom tu?" soal Imelda, melayan kerenah sahabatnya itu.
                  "Nan..nati aku mintalah dekat presiden Amerika Syarikat."
                  "Bom atom tu ada ke dekat AS?" 
                  "Entah."
              "Ada-ada je kau ni. Jom." Imelda membawa teko berisi teh o dan Aisya membawa dua gelas untuk  Izarah dan Ajihah.
              Penuh tertib Imelda menuangkan teh o didalam gelas dan dihulurkan kepada ibu mertua dan madunya.
                 "Minum tu jangan lupa baca bismillah pula, kang tersedak mampus tak sempat mengucap." perli Aisya selamba.
                  "Hantu galah nikan, mulut kau!" Ajihah ingin melemparkan tamparan maut kewajah Aisya, namun gadis itu lebih cepat menepis tangannya dan menumbuk lengannya pantas.
                  "Dengan si Imelda kau boleh ye singa betina, dengan aku dalam mimpi pun kau jangan berangan nak calarkan my pipi yang gebu ni!" selamba Aisya duduk disebelah dengan menayang muka selamba.
                  "Aku rasa macam nak terajang je perempuan ni tau!" tempelak Ajihah.
                  "Sudah! Aku nak tanya kau Imelda, siapa yang bagi izin gantung gambar kahwin kau dengan Ikhwan dalam bilik anak aku ni? Sama besar pula tu gambar kahwin dengan Ajihah!" soal Izarah sambil berpeluk tubuh.
               "Lah, biarlah gambar tu apa salahnya? Kenapa jelous Imelda lagi cantik dari singa betina ni? Yelahkan, bila letak sama besar baru nampak. Nampak padan sangat Imelda dengan tuan Ikhwan." suka hati akulah kalau nak menyampukkan?
                  Imelda mencubit peha Aisya dengan sekuat hati. Diamlah Aisya! Suara kau hanya merumitkan keadaan aku untuk berdepan dengan mak mertua aku ni!
                  "Aku tak cakap dengan kaulah setan! Mulut kau diam sebelum aku gam!" tengking Izarah.
                  Aisya menutup mulutnya dengan kedua belah tangan, matanya membulat.
                  "Saya tak tahu pun tentang gambar tu Tengku Izarah." jawab Imelda perlahan.
                  "Yelah tak tahu, entah-entah kau yang paksa anak akukan?" 
                  "Takkanlah si Imelda nak jadi bodoh, paksa-paksa suami dia? Boss aku tu dah hilang kotak hati ke? Tak ada perasaan? Ke si kucing hutan ni dah hilang kotak otak, tak boleh berfikir?" sampuk Aisya lagi.
                  "Kau ni hantu galah, ada kau yang pergi masukkan barang-barang kau dalam kotak nanti! Kau sibuk dekat sini kenapa?" tempelah Ajihah.
                   "Aku sebut singa betina ke, kucing hutan? Patutlah boss aku kahwin lain, bini pertama dia dah hilang deria pendengaran." tambah Aisya tanpa memandang Ajihah mahupun Izarah.
                "Aaahhhhhhhh!!! Geramnya aku dengan hantu galah ni! Bonda jom balik!" pekik Ajihah.
                "Kau memang suka naikkan panas hati anak aku kan hantu galah!" tengking Izarah, dia mengikut Ajihah bangun dari kedudukan.
                "Memang, kucing hutan memang suka dengar cakap singa betina." bidas Aisya selamba. Tak pula dia menunjukkan muka takut pada ibu dan isteri majikannya itu.
                "Jom!" Izarah dan Ajihah berlalu keluar dari bilik Ikhwan.
                "Kau ni Aisya! Tak tahu takut langsunglah!" Imelda risau dengan keberanian terlampau sahabatnya itu.
                "Buat apa kau nak takut? Diaoranglah kena takut dengan hantu galah ni, padan muka!" puas hati aku dapat kenakan kau orang.
                "Bonda, Manja. Nak pergi mana ni?" soal Ikhwan sebaik terserempak dengan Izarah dan Ajihah dilobi.
                "Geramnya bonda!!!" tempelak Izarah.
                "Geram apa ni? Ikhwan tak faham." berkerut dahi lelaki segak itu melihat bondanya yang tiba-tiba terpekik.
                "Sayang dari mana ni?" soal Ajihah garang.
                "Dari meeting. Anyway cantik Manja hari ni." puji Ikhwan ikhlas dengan senyuman manis. 
                "Tak payah nak romantis sangatlah Ikhwan! Jom balik Ajihah!" Izarah berjalan meninggalkan lobi.
                "Bye Sayang, love you so much." Ajihah mencium pipi suaminya dan berlalu, namun langkahnya terhenti bila tangannya dipaut lembut oleh Ikhwan.
                 Ciuman melekap didahi Ajihah tanda kasih dan sayang Ikhwan. "Memandu baik-baik Manja, Sayang sayang Manja. Love you to. Assalamualaikum." 
                 Ajihah terasa bagai diawangan bila diperlakukan suaminya begitu. Suami aku ni dari dulu sampai sekarang romantisnya tak hilang. 
            Ikhwan masuk kedalam bilik pejabat isterinya, dia tersenyum bila melihat Imelda meletakkan kepala diatas meja. Dia menghampiri dan mencium kepala isterinya lembut. "Assalamualaikum sayang."
             "Waalaikumusalam, abang." Imelda mengangkat kepalanya dan merenung suami dia yang berdiri disebelah. "Maaf, saya terlelap tadi." 
                "Tak apa sayang. Tadi kenapa bonda mengamuk macam tu?" soal Ikhwan pelik, dia menarik tangan isterinya agak duduk bersama disofa empuk.
           "Hurm, kenapa abang letak gambar kahwin kita dekat bilik abang? Bonda tak selesa agaknya dengan gambar tu." 
            "Imelda kan isteri abang, tak salahkan? Tak apalah, nanti abang cakap dengan bonda.  Baby macam mana hari ni? Sihat tak?" Ikhwan mendaratkan kepalanya diperut Imelda yang masih tidak kelihatan.
            "Abang ni, bukan dapat dengar apa-apa pun. Lagipun perut saya kecil lagi." Imelda mengusap lembut kepala suaminya.
             "Bilalah nak besarkan?" 
             "Nantilah, lagi dua tiga bulan ke. Sekarang ni baru nak masuk empat bulan." pujuk Imelda, kelakar dia melihat wajah comel suaminya. Perlahan ciuman singgah di pipi suaminya.
            "Abang sempurna adanya sayang dan Manja." luah Ikhwan ikhlas, dia mengucup lembut pipi Imelda.
            "Abang sempurna adanya kak Manja disisi, sejak dari dulu. Kerana kak Manja yang sentiasa menyokong abang dibelakang sehingga abang berjaya membuka empayar ini dengan titik peluh abang sendiri. Kerana kak Manja yang sentiasa memberi tiupan semangat, abang berjaya diberi gelaran tokoh korporat termuda berjaya di Malaysia. Memang sejak dari dulu abang sempurna." Imelda membetulkan tali leher suaminya.
             "Tapi abang bertambah sempurna bila ada insan yang sudi mengandungkan zuriat abang dan bakal melahirkannya. Abang janji abang takkan tinggalkan Imelda, dan kita akan besarkan anak-anak kita bersama." Ikhwan mengucup dahi isterinya lembut.
              Imelda tersenyum bahagia.

AJIHAH menarik telinga Imelda keluar dari bilik, sebal benar perasaannya bila Imelda jatuhkan gambar kahwinnya yang terhias megah didalam kamar tidurnya.
           "Bertahun-tahun gambar tu tergantung cantik je dalam bilik aku, tak pernah jatuh! Sampai tangan kau, habis ranap barang-barang aku! Kau dah kenapa?" tengking Ajihah, dia menonjol kepala Imelda.
           "Saya tak sengaja kak, saya betul-betul tak sengaja. Tadi saya nak letakkan nasi goreng yang akak minta, lepas tu akak tolak saya. Sebab tu saya terlanggar gambar tu." Imelda cuba untuk pertahankan dirinya. Dalam keadaan kandungannya yang sekadar menunggu hari untuk melahirkan membuatkan dia rasa tidak larat untuk melawan Ajihah.
            "Habis tu kau nak cakap aku yang salah? Macam tu?" tempelak Ajihah, dia menampar pipi gebu Imelda sehingga tersembur darah dibibir gadis itu.
               "Bukan macam tu kak, saya minta maaf. Saya akan gantikan balik bingkai tu."
               "Ganti balik? Kau ingat kau ada duit? Bingkai tu harga dia, lebih dari duit gaji kau lima bula tau! Dan aku beli dekat luar negara sana. Apasal yang kau tongong sangat!" Ajihah menepuk badan Imelda kuat.
               "Kak janganlah macam ni, saya tak larat dah ni. Tolonglah." Imelda merayu agar dirinya jangan disakiti begini. Jika dia seorang yang disakiti mungkin tidak mengapa, tapi anak didalam kandungannya turut tersiksa!
               "Kau tak payah nak merayu-rayu dengan aku! Rayuan kau tu tak bermakna bagi aku!" Ajihah menolak-nolak tubuh Imelda.
                Imelda semakin lama semakin kebelakang sehingga menuruni anak tangga perlahan-lahan.
                "Sejak kau datang dalam hidup aku, aku tak pernah tenang kau tahu! Kau susahkan aku satu demi satu! Kau tak pernah senangkan hati aku, kau asyik menyakitkan hati aku je!" tengking Ajihah. 
                Ikhwan baru sampai dirumah, tadi dia keluar untuk cuci kereta. Niatnya hari ini ingin membawa Ajihah dan Imelda berjalan-jalan membeli sedikit barang bayi. Langkah Ikhwan untuk duduk disofa terhenti bila mendengarkan bunyi bising diatas, dia berlalu untuk naik keatas.
               Kaki Imelda tidak dapat merasa mata anak tangga menyebabkan dia tergelincir apabila Ajihah menolak bahunya kuat. Imelda tidak dapat mengimbangi tubuhnya menyebabkan dia jatuh dari atas sehingga ke kaki Ikhwan.
                "Imelda! Manja!" tengking Ikhwan, di depan matanya sendiri dia melihat Ajihah menolak bahu Imelda sehingga isterinya itu jatuh. Ikhwan mendapatkan Imelda yang sedang terbaring diatas lantai.
                 "Sayang, bersabar ye kita ke klinik." Ikhwan mahu memapah Imelda namun isterinya menahan.
                 "Abang, perut saya sakit bang. Tolong bang." airmata Imelda menitis laju, kesakitan yang dirasai tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
                Jantung Ikhwan berdegup laju, dia menyelak sedikit kain labuh isterinya dan meraba dicelah peha Imelda. Kemudian dia keluarkan semula tangannya, tubuh Ikhwan jadi menggigil bila melihat darah ditangannya.
                 Tanpa membuang waktu, Ikhwan memapah Imelda untuk dibawa ke hospital. Ajihah yang terkejut dengan segera mengekori suaminya.

Lirik Lagu Alasan Untuk Bahagia – Asfan Shah

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Sunday, 25 May 2014

Power Of Wife

ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 7

IMELDA membantu orang gaji mengemas rumah mewah milik Ajihah dan Ikhwan, kelihatan sangat cantik dan banyak peralatan-peralatan mewah menjadi hiasan.
           Menandangkan tidak ada tugas dihujung minggu ini, rasanya tidak salah jika dia membantu mengemas rumah, lagipun dia duduk menginap dirumah itu untuk tiga hari.
           Ikhwan turun dari bilik dan duduk disofa, dia berpakaian santai hari ini. Mengenakan t-shirt Polo berwarna biru tua dan track suit putih.
       "Awak buat apa tu Imelda?" soal Ikhwan cepat bila melihat isterinya menyusun barang-barang di kabinet telivisyen.
           "Susun barang sikit ni, tuan tak pergi mana-mana hari ni?" soal Imelda lembut, perbuatannya terhenti bila melihat gambar Ikhwan dan Ajihah yang berbingkai kemas di sebelah telivisyen. Gambar itu menampakkan betapa Ikhwan menyayangi Ajihah. Imelda tersenyum nipis sebelum menyambung semula kerja-kerjanya.
          "Awak tak penat ke Imelda? Cuba berehat, rumah ni dah ada tiga orang gaji. Dah cukup sangat untuk kemas-kemas rumah ni, tak perlukan tenaga pekerja lagi. Marilah duduk dekat saya, saya ada benda nak tanya." Ikhwan merenung isterinya yang kelihatan cantik dan santai sepertinya dengan penuh rasa tenang. Imelda mengenakan gaun nipis paras bawah lutut.
         "Ye tuan." Imelda duduk disebelah suaminya. Dia merenung wajah Ikhwan, lelaki itu kelihatan semakin kacak sejak-sejak ni.
         "Dah berapa bulan awak tak datang haid?" Ikhwan memusingkan tubuhnya dan merenung Imelda dengan senyuman nipis.
         "Dua bulan." jawab Imelda ringkas, jantungnya berdebar bila direnung begitu. Rasa kasih pada Ikhwan membuak didalam jiwa.
        "Awak dah periksa doktor?" soal Ikhwan lagi, dia merebahkan kepalanya dipeha Imelda dan merenung isterinya dengan sebuah perasaan yang damai. Melihat dan merenung wajah Imelda, jiwanya terasa damai dan tenang. Segala kekusutan dan penat juga pasti hilang bila memandang wajah tenang Imelda.
         "Tak, tak sempat lagi. Nanti esok saya akan pergi ye tuan. Hari ni tuan nak makan apa?" Imelda memicit lembut tangan suaminya yang sejak tadi memaut leher dia.
          "Awak nak masak apa hari ni?"
          "Saya nak masak apa yang tuan nak makanlah."
         "Apa sahaja yang awak masak saya akan makan Imelda, asalkan ia air tangan awak." Ikhwan menarik jemari Imelda yang mengusap rambutnya dan dibawa ke bibir dia lalu dikucup lembut.
         "Okey, tuan tak nak ikut saya pergi klinik esok?"
         "Saya nak ikut, tapi jadual sayab penuh sangat esok dan awak pun tahukan tentang tu. Awak pergi dan beritahu saya resultnya, okey?" Ikhwan mengelus lembut pipi isterinya.
         "Baiklah kalau macam tu."
         "Imelda sampai bila awak nak panggi saya 'tuan'?" Ikhwan mengelus leher jinjang Imelda.
         "Saya nak panggil tuan apa lagi kalau bukan 'tuan'? Bukan selama ni memang tu panggilan saya pada tuan?" Imelda menahan rasa geli bila jemari Ikhwan bermain dileher dan belakang telinganya.
         "Itu dulu, sebelum saya jadi suami awak. Sekarangkan saya suami awak, takkan awak masih nak panggil saya tuan?"
          "Saya nak panggi apa?"
          "Panggillah abang."
       "Abang?" Imelda seakan tidak percaya. Dia mengenggam jemari Ikhwan yang tak sudah bermain dilehernya.
          "Ye, abang. Mulai hari ni, Imelda panggil abang 'abang' okey."
        Imelda tersenyum manis dan mengangguk perlahan. Perasaan malu mengusik jiwa bila bibirnya disentuh lembut oleh Ikhwan.
         Ikhwan tersenyum manis dan menarik lembut leher isterinya agak mendekatkan muka dengan dia. Cukup kemas ciuman dihadiahkan dibibir mongel Imelda.
         Suriati dan Mak Nah yang sejak tadi menjadi pemerhati mengalihkan pandangan dan tersenyum serta ketawa kecil.
           "Mereka tu cocok banget ya Mak Nah, Suriati tu senang banget melihatnya." Suriati memeluk batang mop seperti memeluk seseorang.
          "Tulah, Mak Nah tengok bahagia sangat tuan Tengku tu. Kalau tak sebelum ni dia macam tak terurus, macam ayam berak kapur." tambah Mak Nah, dia mengelap pasu besar milik Tengku Ajihah hadiah dari Tengku Izarah.
           "Benar sekali, sebelum ini kalau bapak Ikhwan ke kantor pasti jadinya kelam kabut. Tapi sekarang ke kantor senyum terus, seperti mahu pergi berdating gitu. Terus Ibu Imelda kalau masaknya, enak banget. Kelmarin, Suriati lihat Ibu Imelda suapin makanan ke mulut bapak Ikhwan. Benar-benar pasangan romantis."
terpejam-pejam mata Suriati membayangkan situasi Imelda melayani Ikhwan.
           "Puan Ajihah pun Mak Nah tak pernah tengok dia melayan Tuan Tengku selembut itu, dah semesra itu. Beruntung Tuan Tengku, tapi kesian dekat Cik Imelda. Puan besar bukan sukakan Cik Imelda, sedangkan Cik Imelda yang betul-betul jaga makan minum Tuan Tengku berbanding Puan Ajihah. Puan Ajihah yang dia tahu, kerja-kerja di restorannya siap, bila hujung minggu beli belah." lancar je Mak Nah bersuara, kalaulah ada Ajihah memang alamat tak baiklah mereka ni.
            "Benar, terus Ibu Imelda tu lemah lembut sekali orangnya dan rajin lagi. Ibu Ajihah kasar banget, dan suka nyuruh itu nyuruh ini segala."
             "Semoga Allah memberi zuriat yang baik-baik dan sihat-sihat pada Cik Imelda dan Tuan Tengku. Biasalah Suriati hasil didikan dan asuhan tu serta jati diri masing-masing. Cik Imelda tu membesar dari keluarga orang yang susah-susah, dia dididik dengan rasa kesusahan dan kerajinan. Puan Ajihah anak orang senang, sejak dari lahir semua apa yang dia nak disediakan, dia tak perlu susah-susah." mengingatkan Imelda, Mak Nah teringat pada anak-anaknya yang sudah berjaya dah melupakannya. Memang tak semua anak orang senang itu buruk-buruk perangainya, dan tak semua anak orang susah baik-baik perangainya. Lihat saja pada anak-anaknya, di didik dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang, tapi akhirnya menjadi orang yang lupa diri dan lupa pada keluarga.

IMELDA menyuapkan nasi kemulut suaminya, entah kenapa dia senang melakukan itu dan Ikhwan sendiri tidak pernah menolak.
          "Esok abang ada mesyuarat dengan siapa ye?" soal Ikhwan lembut. Dia senang melihat rambut isterinya yang dibiar lepas. Rambut Imelda agak panjang melepasi pinggang manakala Ajihah panjangnya hanya paras bawah bahu.
               "Esok abang ada mesyuarat dengan Datuk Kamal. Lepas tu pukul tiga petang abang kena melawat tapak projek." lancar Imelda menerangkan sambil menyuapkan lagi nasi kemulut suaminya.
               Ikhwan tersenyum manis merenung Imelda, panggilan itu menambahkan sebuah rasa didalam hati.
               "Kenapa abang pandang saya macam tu?" soal Imelda hairan.
               "Nampak manis bila Imelda panggil abang." jawab Ikhwan, dia tidak tahu mengapa hatinya seperti terlahir seribu rasa terhadap Imelda. Rasa dihati seperti pertama kali jatuh cinta.
              "Yeke manis? Manis macam gula ke?" usik Imelda, itulah sikapnya, suka membuat Ikhwan senyum.
              "Lebih manis dari gula." balas Ikhwan sambil mencuit hidung isterinya.
              "Ada-ada je abang ni. Dah basuh mulut tu, saya nak ambilkan manisan untuk abang. Tadi saya ada buat." Imelda berlalu ke dapur dan ke depan semula membawa strawberry yogurt.
              "Imelda duduk sini." arah Ikhwan sambil menepuk pehanya.
          "Eh, tak apalah. Kerusi banyak lagi." Imelda berasa segan dan memilih untuk duduk disebelah Ikhwan.
              Ikhwan menarik lembut pinggang Imelda agak menurut keinginannya untuk Imelda duduk diatas pehanya. Isterinya menurut tapi masih menunduk.
              "Tak kan dengan suami sendiri nak malu?" Ikhwan membelai rambul ikal Imelda.
              "Hurm.... nah." Imelda menyuapkan manisan dimulut Ikhwan dengan tangan yang menggigil.
              Tengku Ikhwan mengusap leher isterinya yang ada kesan merah baru saja tadi, itu semua kerana perbuatannya. "Sedap yogurt awak buat, awak belajar dari mana?"
             "Umi, umi yang ajar saya dulu. Dulu saya suka beli buku-buku resepi, tapi malas nak buat. Akhirnya  umi ajar saya buat." nada suara Imelda mula sebak bila menyebut 'umi'. "Dia selalu pesan pada saya, bila dah kahwin buatkanlah untuk suami. Dan umi selalu pesan buat apa-apa untuk suami, buatlah dengan kasih sayang. Hurmmm, saya rindukan umi." menitis airmatanya jua, kerinduan pada umi hanya Allah yang tahu.
            Ikhwan mengambil bekas manisan dari tangan Imelda dan diletakkan diatas meja, kemudian dia memegang kedua tangan Imelda dengan kelembutan. Ikhwan menepis airmata yang mengalir dipipi isteri dan menarik Imelda kedalam pelukannya.
             "Nanti kita balik melawat umi dengan ayah ye, sekarang ni Imelda doakan mereka sihat selalu ye." pujuk Ikhwan lembut, berulang kali dahi isterinya dikucup.
         Imelda mengangguk perlahan, dan memeluk suaminya erat. Disisi Ikhwan dia berasa selamat dan aman, disisi Ikhwan dia berasa dilindungi.
            "Imelda, awak sayangkan abang tak?" soal Ikhwan lembut. Dia merenung isterinya yang mengangkat kepala merenungnya.
          "Mestilah saya sayang, kenapa?" soal Imelda pelik. Laki aku ni suka bagi aku soalan cepumas macam ni!
          "Kalau abang nak cakap sesuatu boleh?"
          "Perlukah seorang suami tu nak minta izin pada isteri dia untuk bercakap?" usik Imelda, dia mencuit hidung mancung suaminya dan menghadiahkan senyuman. Dan kembali memeluk suaminya erat.
           "Abang mulakan sayangkan Imelda. Abang mula rasa takut untuk kehilangan Imelda." ikhlas dari hati Ikhwan berterus terang.
         Cepat Imelda merenggangkan pelukannya dan merenung tepat ke wajah suaminya. "Saya salah dengar ke?"
           Ikhwan menarik semula isterinya kedalam pelukan. "Tak sayang, Imelda tak salah dengar. Tolong janji jangan tinggal abang."
           "Saya takkan tinggalkan melainkan abang minta untuk saya tinggalkan abang." balas Imelda perlahan, airmata keharuan menitis dipipi gebunya. Terasa bagaikan dunia milik dia kini.
           "Terima kasih Imelda."
           "Saya yang patut ucap terima kasih pada abang, kerana sudi menghulurkan sayang pada saya." Imelda mencium dada sasa suaminya lembut.
           Dari arah pintu dapur Suriati dan Mak Nah mengalirkan airmata keharuan, mereka menumpang rasa senang melihat pasangan itu mengaku cinta.
          "Apa yang awak bagi pada abang itu lebih bermakna berbanding apa yang abang luahkan pada awak"
         "Mungkin pada abang itu luahan yang kecil, tapi pada saya itu luahan yang terlalu bermakna." lembut Imelda bersuara.
          Ikhwan menarik lembut dagu isterinya, dan perlahan bibir isterinya dikucup kemas.
          Ajihah yang sudah berdiri diruang tamu melihat dengan penuh rasa panas, cepat dicapai beg tangannya dan dibaling kearah pasangan hangat bermadu asmara itu.
        Hujung beg yang agak tajam itu tepat mengenai dahi Imelda dan berdarah. Juga tepat mengena pipi Ikhwan.
         "Aku suruh jaga rumah aku! Bukan bermadu asmara dalam rumah aku!" tempelak Ajihah kuat. Dia berjalan menghampiri suami dan madunya. Tangan Imelda direntap agar menjahui Ikhwan.
          Suriati dan Mak Nah cepat berlari kedapur. Singa betina dah balik, memang kiamatlah rumah ni hari ni!
         "Sayang ni dah kenapa? Kemaruk sangat ke dengan perempuan ni?" soal Ajihah tegas, dipandang Imelda dengan rasa yang begitu sakit.
           "Kenapa dengan Manja ni, tak boleh cakap baik-baik ke?" soal Ikhwan lembut.
           "Kenapa dengan Manja? Nak cakap baik-baik? Sayang dah kenapa? Sayang ingat Manja tak nampak ke apa yang Sayang buat dengan perempuan ni tadi?" bengis sekali wajah Ajihah merenung Ikhwan.
         "Perempuan ni isteri Sayang, Manja. Dia ada nama, nama dia Amel Imelda. Berkahwin dengan Sayang  sebab nak dapatkan anak untuk kita, dan dia hormatkan Manja. Salah ke untuk Manja hormat dia? Kalau Manja tak boleh hormat dia sebagai madu Manja, tolonglah hormat dia sebagai manusia. Boleh tak Manja." agak tegas suara Ikhwan dipendengaran Ajihah.
            "Sayang marahkan Manja sebab perempuan ni? Ah? Sayang dah kenapa? Dah jatuh cinta ke apa dengan perempuan ni?" tempelak Ajihah.
         "Sudahlah abang, kak. Saya minta maaf kalau akak tak suka, saya minta diri dulu." Imelda ingin berlalu  dari situ tapi tangannya direntap oleh Ajihah.
          "Kejap! Kau panggil laki aku apa tadi? Abang? Sejak bila berabang-abang ni? Baru tiga hari aku tinggalkan rumah, dah berabang-abang? Bercium-cium dalam rumah aku? Apa benda ni?" tengking Ajihah, terasa bagai nak disoyat-soyat sahaja muka Imelda ni.
           "Hoi perempuan! Kau dah lupa ye apa yang dah tertulis dalam dokumen tu?" tempelak Izarah secara tiba-tiba.
            Imelda mula tertunduk, dia begitu takut dengan ibu mertuanya ini. Ini bukan tahap singa betina ini dah macam king kong hilang anak.
            "Dah tertulis dalam kontrak tu, antara kau dengan anak aku tak boleh mesra-mesra, tak boleh nak jatuh cinta! Kau tak reti bahasa ke apa?" tengking Izarah sambil menonjol kepala Imelda.
             Ikhwan menarik pinggang Imelda agar berada dekat dengannya. "Bonda, kenapa ni? Kenapa bonda berkasar dengan Imelda? Imelda isteri saya, boleh tak bonda dengan Manja jangan macam ni dengan Imelda?" pinta Ikhwan seakan merayu pada Izarah.
             Ajihah menepuk-nepuk tangan Ikhwan yang memeluk pinggang Imelda. "Sayang dah kenapa ni! Sayang janganlah buat Manja macam ni. Sayang dah janjikan tak nak lukakan hati Manja, tapi sekarang ni apa?" soal Ajihah sebak, hatinya terasa bagaikan disiat-siat bila tangan suaminya melekap kuat dipinggang Imelda.
            Pang!
            Merah pipi Ikhwan akibat tamparan Izarah. "Bonda tak ajar anak bonda macam ni, lepaskan Imelda! Suruh dia balik, bonda tak nak tengok muka dia! Kalau Ikhwan tak nak bonda buat macam-macam pada Imelda ni baik suruh dia balik." marah Izarah.
            "Tak apalah bang, izinkan Imelda balik. Tak perlu keruhkan lagi keadaan. Saya minta maaf Tengku Izarah, saya minta maaf kak Manja. Saya balik dulu bang." Imelda menyalam tangan suaminya dan mencapai kunci kereta diatas meja kopi kemudian berlalu keluar dari rumah.
             "Tak payah nak berabang-abanglah depan aku! Menyampah!" tengking Ajihah. Dia mencapai beg tangan dan menghentak perut Tengku Ikhwan dengan begnya, "gatal punya laki!"

"TAHNIAH puan, puan disahkan mengandung dua bulan." doktor tersebut menulis sesuatu diatas kertas dan menghulurkannya pada Imelda.
             Imelda menyambut kertas itu dengan senyuman tak terkira. "Terima kasih doktor."
             "Nanti puan makan ubat ni mengikut waktu yang diberi dan sukatan yang diberi. Bulan depan puan perlu datang lagi untuk menjalani pemeriksaan dan bulan-bulan yang seterusnya. Suami tak datang?" soal doktor itu mesra.
             "Dia ada mesyuarat, tak dapat temankan saya. Terima kasih doktor, saya minta diri dulu." Imelda tak lekang senyuman dipipi. Dia bersalaman dengan doktor tersebut dan keluar bagi mendapatkan ubatnya.

 IMELDA meletakkan beg tangannya di atas meja dan menyambung kerja-kerja yang terbengkalai. Pintu biliknya diketuk dan tersembul wajah Aisya dimuka pintu.
            "Masuklah."
            Aisya duduk dikerusi dengan muka yang melambangkan sesuatu."Macam mana? Doktor kata apa?"
            "Hissh kau ni, nak je tahukan. Doktor tak kata apa, cuma masalah haid je." bohong Imelda. Mana mungkin dia beritahu orang lain sebelum beritahu suaminya.
             "Eleh, yelah tu. Kalau tak ada apa-apa, yang senyum memanjang tu kenapa?"
             "Saja, suka-suka nak senyum. Tak boleh?"
             "Kau ni kan, kalau aku tanya susah sangat nak jawab. Laki kau keluar tadi." hampa je riak wajah bila rahsia yang nak diketahui tak dapat.
              "Dia pergi mana? Bukan pukul tiga nanti ke baru melawat tapak projek?" Imelda melihat jarum jam yang baru menunjukkan pukul dua tengah hari.
            "Entah! Katanya si singa betina tu jatuh tangga, entahkan betul entahkan tidak."
            "Kau ni, suka-suka hati je panggil singa betina. Tak baik tahu tak, Tuhan marah. Dan lagi satu, cuba bersangka baik sikit. Takkanlah kak Manja tu nak tipu pula?" marah Imelda.
             "Sampai hati kau, pasal singa betina tu aku pula yang kau marah." Aisya membuat muka sedih.
             "Alah, aku bukan marah tapi nasihat." pujuk Imelda.
            "Kau dengan laki kau macam mana? Si mat poyo tu aku tengok boleh tahan sekarang, makin segak."
            "Mat poyo tu laki aku okey!"
            "Eleh! Dulu, kau panggil dia mat poyo jugakan? Dia sekarang makin kacak, makin segak. Bagus kau jaga, senyum je manjang macam orang gila." dah puji dikutuknya pula!
          "Apa pula aku jaga, kak Manja pun jaga juga. Suka hati kau je cakap laki aku macam orang gilakan!"
          "Mulut aku, suka hati akulah. Ni aku harap lambatlah kau mengandung."
          "Kenapa?"
           "Yelah kalau lambat lagi kau mengandung, masa untuk kau bahagia dengan laki kau tu panjang sikit. Nanti bila kau dah mengandung dan bersalin kau dah kena berpisah dengan suami kau. Nanti tak dapat aku tengok muka Imelda yang gembira macam ni." Aisya senang melihat muka Imelda yang banyak tersenyum.
           Imelda hanya mampu tersenyum nipis dengan kata-kata Aisya. Perlahan dia mengusap perutnya.

Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu