ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 6
TANPA ketuk dan salam Tengku Ajihah masuk kedalam bilik pejabat Amel Imelda dengan tiada rasa bersalah. Dia menghampiri meja Imelda dan menghempaskan tangan di meja.
"Suami aku mana? Kenapa aku cari dia dalam bilik tak ada?" soal Ajihah lantang.
"Saya tak tahu kak, mungkin dia ke tandas." jawab Imelda perlahan.
"Kau bangun!" arah Ajihah.
Imelda bangun mengikut seperti yang diarahkan.
"Sini!"
"Ye, kak." Imelda berdiri betul-betul di depan madunya. Dah kenapa dengan madu aku ni, uzur tak habis lagi ke?
Dari bawah sampai keatas Ajihah menilik madunya, sempat dia merenung tangan kanan yang berbalut itu. Mesti Sayang yang bawak dia pergi klinik ni! "Siapa bawak kau pergi klinik ni?"
"Tuan Ikhwan, kak." jawab Imelda jujur. Dah kenapa dia tenung aku macam ni pula?
"Kau ada buat apa-apa dengan dia ke semalam?" soal Ajihah berani. Sayang aku ni pun boleh tahan, tak lepaskan peluang langsung.
"Buat apa kak?" aduh minah ni, soalan apalah yang dia bagi dekat aku ni. Malu siot!
"Dongak!" arah Ajihah, dia perhatikan leher Imelda dengan penuh telitil, gerakan matanya terhenti bila melihat ada tanda merah di bahagian tepi kiri leher Imelda. Jantungnya terasa seperti ditarik keluar dari tubuh badan.
"Suami aku dengan kau semalam dah...dah tu kan." soal Ajihah lagi.
"Dah apa?" soal Imelda balik. Minah ni takkan aku nak cakap pula, aduh!
Tengku Ikhwan masuk kedalam bilik dengan cemas, dia risaukan pertelingkahan akan berlaku antara isteri-isterinya.
"Kenapa yang cemas semacam je masuk bilik ni Sayang?" soal Ajihah selamba. Dia berpeluk tubuh sambil merenung suaminya.
"Tak, Aisya beritahu Manja datang. Tu yang kelam kabut ke sini."
"Buat apa kelam kabut, takut Manja lukakan Imelda ke?" perli Ajihah selamba, dia tersenyum sinis.
"Bukan macam tu Manja, Sayang cuma tak nak Manja tertunggu-tunggu." Ikhwan menarik nafas bagi memperbetulkan nafasnya yang turun naik dengan laju tadi.
"Manja tak cakap pun yang Manja nak jumpa Sayang, so untuk apa Manja tunggu Sayang? Kan Imelda?" Ajihah duduk di kerusi bertentangan dengan suaminya. Direnung suaminya dari atas sampai bawah, kelihatan begitu segak, kacak dan terurus hari ini. Kemudian mengalihkan pandangan kearah Imelda yang berdiri disebelahnya. Wajah madunya itu kelihatan cantik dan sangat berseri-seri, wajah serinya bagaikan semacam je.
"Berseri-seri muka Imelda hari ni, kan Sayang? Seri dia semacam je." Ajihah sudah mulakan sesi soal siasatnya.
"Berseri, berseri macam mana maksud Manja?" Ikhwan duduk di atas meja kopi yang diperbuat daripada cermin tebal, sambil mencuri pandang kearah Imelda. Ye, isterinya kelihatan berseri-seri hari ini. Lenggok tubuh Imelda terkadang memang membuatkan jiwanya bergelora.
"Sayang tak tahu atau buat-buat tak tahu Sayang? Takkan dengan isteri sendiri pun nak berahsia?" Ajihah tahu suaminya cuba merahsiakan darinya atau mungkin menafikan darinya. Tapi dia bukan jenis yang mahu berdiam diri untuk tidak mengambil tahu sesuatu yang dia ingin tahu.
"Manja ni, takkan itu pun Manja nak tanya pada Sayang? Cuba ubah topik, hari ni tak ramai pelanggan dekat restoran?" bukan Ikhwan tidak mahu berkongsi atau berahsia dengan Ajihah, dia cuma tidak mahu isterinya berasa terluka atau cemburu.
"Sayang dengan Imelda dah melaksanakan tugas masing-masing?" soal Ajihah dengan nada suara yang amat tegas. Dia tidak memandang Imelda mahupun Ikhwan.
Ikhwan tertunduk sambil memicit batang hidungnya sebelum kembali merenung Ajihah. "Ye." jawab dia perlahan.
Ajihah terangguk-angguk sambil mengelak dari menitiskan airmatanya, dia cuba untuk tersenyum. Menarik nafas sedalam-dalam adalah pilihan dia untuk masa ini. Ajihah berdiri dan merenung Imelda yang sejak tadi sekadar tertunduk, lembut bahu Imelda disentuh.
"Terima kasih Imelda." ujar Ajihah ikhlas sebelum berlalu keluar dari bilik pejabat madunya itu.
Ikhwan menghampiri Imelda dan menarik isterinya itu ke dalam pelukan, dan pelukan itu dibalas kemas oleh Imelda.
Imelda yang merasakan pelbagai perasaan menyembamkan muka didada bidang suaminya. Rasa malu, serba salah, kosong dan cemas semuanya terisi.
"Macam mana kalau kak Manja fikir yang bukan-bukan tuan?" soal Imelda yang masih dalam dakapan Ikhwan.
"Saya akan pujuk dia Imelda. Tapi walau apa pun, Ajihah perlu terima keadaan ni." jawab Ikhwan perlahan. Hatinya terasa sakit bila mengenangkan hati Ajihah yang pasti terluka.
"Tuan kemana tadi?" soal Imelda sambil meleraikan pelukannya, tapi tangan Ikhwan masih meraih pinggang dia.
"Saya pergi tandas tadi, masa nak masuk bilik si Aisya 'becok' tu beritahu Ajihah datang. Awak tahu tak Aisya panggil Ajihah apa?" Ikhwan tersenyum bila mengingatkan panggilan Aisya terhadap Ajihah.
"Apa?"
"'Singa betina', sejak bila panggilan tu bertukar pun saya tak tahu." Ikhwan tergelak kecil.
"Nanti saya nasihatkan dia ye tuan." Jaga kau Aisya, depan laki aku pun kau panggil madu aku 'singa betina'? Berani betul kau kan!
"Cantik hiasan yang awak gunakan hari ni, suka saya." Ikhwan merenung leher isterinya lama.
"Hiasa apa tuan? Saya mana ada pakai apa-apa." Imelda membalas renungan suaminya.
"Okey tunggu kejap." Ikhwan mengambil telefon bimbitnya dan mengambil gambar leher Imelda, kemudian dihulurkan telefon itu kearah isterinya.
Buntang mata Imelda dan terbuka sedikit mulutnya bila melihat tanda merah pada gambar lehernya. Dia merenung tajam kearah Ikhwan dan merapatkan gigi.
Ikhwan tersenyum manis merenung Imelda, dia mendekatkan muka dengan isterinya. Cepat bibirnya mendarat di bibir mongel Imelda.
AJIHAH duduk termenung dikaunter restorannya, wajah Ikhwan yang menghiasi skrin telefon bimbitnya direnung dalam. Airmata yang sejak tadi menitis tidak mampu dikesat lagi, menitis dan menitis menggantikan yang sudah kering.
Kesal apa yang mampu disuarakan, luka apa yang mampu diutarakan, kecewa apa yang mampu digambarkan, kehampaan apa yang mampu diukir. Sedangkan selama ini aku yang memilih untuk dia berkahwin lagi, sedangkan selama ini aku yang memaksa dia untuk mengwujudkan sebuah perhubungan yang mampu memberikan kami cahaya mata. Memang dia boleh cakap dia hanya bahagikan masa dan waktu untuk aku dan Imelda. Dan memang itu yang aku minta.Tapi patut ke aku marah atau kecewa bila dia sedang bahagikan kasihnya pada aku dan Imelda? Wajar ke untuk aku letakkan rasa tidak puas hati, bila ada Imelda dihati Ikhwan?
Ya Allah aku tidak mampu menahan rasa ini. Semakin aku berusaha untuk mengusir rasa ini, semakin cemburu ini menghimpitku. Ya Allah, kejamkah aku disaat menolak segala hak dan keperluan Imelda? Adilkah suami aku disaat aku mengekang hati dan waktunya untuk Imelda? Ya Allah, tuntunlah hati aku agar mampu belajar mengusir segala rasa iri dan dengki. Ya Allah, aku belajar untuk sedar bahawa aku tidak mampu untuk memberikan zuriat buat suamiku. Ya Allah, aku belajar untuk sedang erti kenang jasa orang lain.
Aku jika aku diletakkan diposisi Imelda, belum tentu aku mampu melakukan semua ini. Tapi aku cuma manusia biasa yang cepat lalai dan alpa dengan segala kelebihan dan kenikmatan yang Engkau berikan. Ampuni aku ya Allah.
Terhinjut-hinjut bahu Ajihah menahan sedu, matanya merah. Telefon yang memaparkan gambar Ikhwan dipeluk erat.
IKHWAN meletakkan briefcasenya dan menghampiri Ajihah yang sedang menghidangkan makan malam untuknya. Perlahan dan dengan lembut pinggang isterinya diraih dari belakang.
"Rajin isteri Sayang masak hari ni." usik Ikhwan lembut.
"Amboi, perli nampak. Sayang pergilah mandi, nanti kita boleh makan sama-sama." arah Ajihah lembut. Rasa dirinya dihargai itu membuak kini, meskipun Ikhwan sudah menikahi orang lain, kasih sayang Ikhwan padanya tidak pernah terkurang walau sedikit.
"Okey Manja, tapi sebelum tu pandang sini." arah Ikhwan lembut.
Ajihah menoleh dan secepat itu suaminya mencium dia. Mereka tertawa sendiri dengan perbuatan Ikhwan.
"Sayang ni!" Ajihah menghantar pandangan kearah suaminya yang sudah berlari naik keatas. Dia menyambung semula tugasnya menyusun pinggan dan lauk.
Setengah jam kemudian Ikhwan turun dengan memakai kain pelikat dan t-shirt berwarna merah, dia duduk disebelah Ajihah dan membaca doa makan bila melihat nasi dan lauk sudah terhidang diatas pinggan.
"Banyak kerja ke hari ni dekat pejabat?" soal Ajihah lembut. Dia makan sambil merenung suaminya yang makan dengan perlahan.
"Boleh tahanlah, banyak kertas-kertas kerja yang kena siapkan untuk mesyuarat esok." jawab Ikhwan ringkas. Dia teringatkan Imelda yang akan menyuapkan dia makan setiap kali dia bermalam dirumah Imelda. Kenapa pula aku ingatkan dia? Orang yang aku sayang dan cinta dah ada depan matakan.
"Minggu depan Manja nak kena pergi Terengganu untuk promosikan menu baru. Boleh tak?" Ajihah cuba menarik perhatian suaminya dengan meminta izin.
"Betul ke Sayang dengar ni Manja?" soal Ikhwan cepat, suapannya dihentikan dan memandang tepat wajah Ajihah.
"Betullah, kenapa? Boleh tak?" soal Ajihah lagi.
"Boleh tu memang boleh, tapi selama ni, Manja tak pernah pun minta izin Sayang." jujur Ikhwan dengan senyuman nipis.
"Sayang ni nak perli ke apa?" berubah muka Ajihah bila Ikhwan berkata begitu.
"Bukan perli, tapi kenyataankan. Manja pergi dengan siapa nanti?" soal Ikhwan lagi.
"Dengan bonda. Tapi Manja nak minta tolong boleh?" Ajihah memandang Ikhwan dengan penuh harap.
"Tolong apa Manja?"
"Sepanjang Manja tak ada dekat sini, boleh tak Sayang bawak Imelda duduk rumah ni. Nanti Sayang dengan Manja tidur dekat bilik tamu. Boleh?" tenang Ajihah melontarkan permintaan.
"Tapi kenapa Manja? Manja pergi berapa lama?" soal Ikhwan pelik.
"Manja pergi tak lama, tiga hari je. Alah Manja tak nak Sayang tak lekat dekat rumah sepanjang Manja tak ada, tolong tengok-tengokkan rumah. So, bawak Imelda datang sini sekali. Macam mana?" Ajihah masih meletakkan harapan yang tinggi.
"Yelah, nanti Sayang bawak Imelda ye. Manja pergi nanti baik-baik ye, jangan nak main mata pula." pesan Ikhwan lembut, sempat diusap rambut isterinya.
Ikhwan dan Ajihah menonton televisyen dengan penuh ketenangan selepas menikmati makan malam dan menunaikan solat Isyak bersama. Telefon Ikhwan berdering menandakan ada panggilan masuk. Baru sahaja tangannya mahu mencapai, Ajihah terlebih dahulu menyambut panggilan itu.
"Kamu nak apa Imelda?" soal Ajihah selamba.
Ikhwan memandang isterinya dengan rasa tidak puas hati.
"Tuan Ikhwan ada kak?" soal Imelda lembut.
"Dia tak ada, dia tidur." cepat Ajihah mematikan panggilan dan merebahkan kepalanya dibahu Ikhwan.
"Kenapa cakap Sayang tidur?" soal Ikhwan lembut.
"Saja, tak nak diganggu." Ajihah berasa meluat dengan Imelda yang menghubungi suaminya diwaktu dia sedang beriadah bersama.
"Tapi Sayang boleh jawab tadikan, manalah tahu Imelda nak tanya benda penting untuk mesyuarat kami esok?" Ikhwan kurang senang dengan sikap isterinya yang mendingin dengan Imelda.
"Kalau Sayang nak cakap dengan dia sangat, ambil telefon ni call dia! Manja nak naik atas, nak tidur." bidas Ajihah, dia melemparkan telefon suaminya kearah Ikhwan.
Ikhwan menyambut telefon itu dan mematikan telivisyen kemudian naik keatas bilik. Dalam bilik Ajihah sudah tidur baring berselimut.
Ikhwan merebahkan tubuh dan memeluk Ajihah yang sedang membelakanginya. "Manja, takkan nak merajuk dengan Sayang. Kan Sayang cakap untuk kebaikan pejabat, bukannya apa pun. Takkan itu pun nak cemburu?"
"Manja tak suka dia hubungi Sayang bila Sayang ada dengan Manja. Tak cukup ke jumpa tiap-tiap hari dekat pejabat? Nak cakap pasal pejabat tunggu dekat pejabat jelah!" tindas Ajihah.
"Okey lepas ni, Sayang akan beritahu dia supaya jangan call Sayang bila Sayang ada dengan Manja. Ye." pujuk Ikhwan.
"Janji?"
"Sayang usaha, tapi Manja jangan macam ni dengan Sayang. Nanti Sayang tak tenanglah bila Manja buat muka macam ni."
Ajihah memusingkan badan dan merenung suaminya dengan penuh goda. Dia mengangguk perlahan dan memeluk Ikhwan.
"LEPAS ni awak jangan hubungi saya kalau saya ada dirumah Ajihah." tiba-tiba Ikhwan bersuara sewaktu Imelda sedang menyusun fail-fail penting diatas mejanya.
"Semalam saya call sebab nak tanya pasal kertas kerja je, saya minta maaf tuan." perlahan Imelda bersuara.
"Tak apa, cuma lepas ni saya harap awak tak perlu call saya bila saya dengan dia. Kalau ada hal penting awak boleh calllah, kalau tak penting awak Whatsapp je." rancak Ikhwan menyuarakan, bila dengan Imelda dia tidak takut untuk merancang apa-apa atau bersuarakan apa-apa. Kerana isterinya itu mudah mengikut apa yang dia suarakan, tapi tidak pula Ajihah. Ikhwan yang perlu mengikut segala apa yang Ajihah cakap.
"Baik tuan, tuan dah sarapan tadi?" soal Imelda lembut, dia merenung pakaian yang dipakai suaminya. Seingat dia baju itu adalah baju yang digosok dirumah dia, takkan Ikhwan bawak balik rumah Ajihah. Ajihah tak gosokkan baju untuk Ikhwan ke?
"Seperti biasa Imelda, saya tak sempat nak sarapan dirumah Ajihah tadi. Dia sibuk dan nak cepat." Alasan yang sama digunakan kepada Imelda, sedangkan selama ini Ajihah memang tidak pernah menyiapkan sarapan untuk dirinya.
"Dan seperti biasa juga, saya dah siapkan sarapan untuk tuan. Kejap lagi saya akan hidangkan."
"Terima kasih, Imelda saya ada nak cakap sikit dengan awak ni." Ikhwan baru teringatkan permintaan Ajihah semalam.
"Apa dia tuan?"
"Ajihah minta kita duduk dirumah dia untuk tiga mulai minggu depan. Sebab dia nak ke Terengganu untuk promosikan menu baru restoran dia. Jadi dia nak kita tengok-tengokkan rumah dia. Macam mana, boleh?" tanya Ikhwan dengan harapan Imelda akan setuju.
"Ini pelawaan atau arahan?" soal Imelda dengan niat mengusik.
"Awak rasa?" Ikhwan sudah tersenyum merenung isterinya.
"Tempat seorang isteri disisi suaminya, sudah pasti saya akan ikut kemana saja tuan pergi." kata-kata Imelda berjaya menikam kalbu Ikhwan dan senyuman manisnya berjaya meruntuhkan jiwa lelaki itu.
Ikhwan duduk disofa yang tersedia di dalam bilik pejabatnya itu sambil disuapkan sarapan oleh Imelda.
"Imelda kenapa saya tengok awak semakin berseri-seri sekarang?" soal Ikhwan tenang. Dia merenung Imelda dengan senyuman yang tidak lekang, sambil mulut mengunyah.
"Berseri? Mana ada, perasan tuan je kot." jawab Imelda ringkas. Laki aku ni kalau tenung, boleh tahan juga, nak gugur jantung aku dibuatnya.
"Imelda, apa perasaan awak terhadap saya?" sengaja Ikhwan menguji hati isterinya yang satu ini.
"Kenapa tuan tanya macam tu?" soal Imelda pelik, duduknya sudah terasa tidak senang.
"Seorang suami bertanyakan tentang perasaan, adakah itu salah Amel Imelda?" soal Ikhwan tenang.
"Tuan nak saya jujur atau tipu?" Imelda menyuapkan lagi garlic bread yang dicecah dengan mushroom soup kemulut Ikhwan.
"Awak seorang yang jujur bagi saya Imelda, segala perilaku awak adalah jujur. Jadi kalau awak tipu awak akan gagal, kerana awak tak tahu menipu saya." jawab Ikhwan tenang.
"Tuan saya adalah gadis biasa yang berasal dari kampung dan kebandar untuk mencari rezeki buat keluarga. Saya tak pernah mimpi untuk berkahwin dalam umur semuda ini, dan saya tak pernah terfikir untuk jatuh cinta." kata-kata Imelda terhenti sebentar dan menutup bekas yang sudah kosong kemudian mengelap bibir suaminya dengan napkin yang dia bawa. Kemudian menyambung semula bicaranya sambil merenung wajah suaminya.
"Tapi kuasa Allah maha besar dan maha hebat, saya bukan sesiapa untuk menolak takdirNya. Insan yang diberi nama Tengku Ikhwan hadir dengan memberikan seribu satu macam rasa didalam hidup saya. Sebelum saya dinikahi tuan, ada disuatu ketika saya berasa senang diusik oleh tuan. Meskipun terkadang hati saya berasa sakit. Satu masa saya membayangkan andai saya ada suami yang bernama Tengku Ikhwan, tapi dia belum dimiliki sesiapa, alangkah indahnya. Tapi saya sedarkan diri bahawa perbezaan diantara saya dan tuan bagaikan langit dengan bumi, bagaikan enggang dan pipit dan bagaikan laut dan darat." Imelda menghentikan lagi kata-katanya, dia menyeka airmata yang mengalir dipipi. Tali leher Ikhwan dikemaskan dengan baik.
"Tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan tuan, mengongsikan segala-galanya dengan tuan. Dari situ saya sedar, saya sudah jatuh cinta dengan tuan sejak dari dulu. Tapi pentingkan cinta saya? Mungkin tidak bagi tuan tapi ye bagi saya. Kerana jika bukan sebab cinta mungkin saya tidak akan menerima pelawaan gila tuan tu, kerana jika bukan sebab cinta mungkin saya tidak akan pernah rela menerima lafaz nikah tuan dan kerana jika bukan sebab cinta mungkin saya tidak pernah mengizinkan tubuh saya disentuh oleh tuan meskipun tuan adalah suami saya." begitu telus dan jujur Imelda bersuara pada suaminya.
Menitis airmata yang bergenang ke pipi sebaik mendengar pengakuan isterinya. Pengakuan itu membuatkan jantung Ikhwan berasa seperti berhenti berdetak. Pengakuan itu membuatkan jiwa Ikhwan seperti bergelora. Pengakuan itu membuatkan hati Ikhwan terisi seribu rasa. Namun dia tidak tahu sama ada dia tahu atau tidak apa makna rasa itu atau dia sedang menafikannya.
"Bermakna apa yang awak buat selama ini bukan kerana ganjaran yang awak akan dapat?" soal Ikhwan lagi.
"Saya lakukan kerana saya isteri, dan bukan kerana ganjaran itu. Siapa saya untuk meminta lebih dari apa yang telah Allah kurniakan untuk saya?" Mata Imelda mula sembab kerana airmata. Wajah suaminya direnung sayu.
Ikhwan menarik Imelda kedalam pelukannya erat. Disaat ini dia merasakan takut untuk kehilangan Imelda, takut untuk melepaskan Imelda pergi dan takut untuk membayangkan masa depannya.
Didada sasa suaminya Imelda menghamburkan segala rasa, perasaan cinta yang selama ini terpendam akhirnya diketahui juga oleh Ikhwan. Dia berasa lega, lega kerana dapat meluahkan cintanya pada suami sendiri.
Tengku Ikhwan merenung wajah Imelda dan mengucup bibir mongel itu dengan penuh rasa, tapi sukar untuk dimengerti apakah rasa itu?
Lirik Lagu Acha Septriasa - Broken Hearts (feat. Reza Rahadian) (OST Broken Hearts)
Mencampuri perasaanmu kasih
Tak hentinya aku berpikir keras
Memang salah apa aku hingga kau pergi
Kamu tak sedikitpun mengerti aku luka
Ku merelakan walau pahit
Tak hentinya aku berpikir keras
Memang salah apa aku hingga kau pergi
Kamu tak sedikitpun mengerti aku luka
Ku merelakan walau pahit
Sebut namamu saja ku tak sanggup
Bagaimana aku berterus terang
Anginmu di hati ini berarak-arak
Menutup semua harapanku pada hidup
Namun cintaku hanya kamu
Bagaimana aku berterus terang
Anginmu di hati ini berarak-arak
Menutup semua harapanku pada hidup
Namun cintaku hanya kamu
Di antara awan dan udara
Badai teriak menghantam cinta
Bila aku sanggup menghentikan putaran waktu
Akan ku dekap engkau sampai mati
Badai teriak menghantam cinta
Bila aku sanggup menghentikan putaran waktu
Akan ku dekap engkau sampai mati
Bila saja ku bisa menawar
Takdir waktu yang dia berikan
Akan ku minta segala sisa waktu yang ada
Sehirup nafas pun asal denganmu
Takdir waktu yang dia berikan
Akan ku minta segala sisa waktu yang ada
Sehirup nafas pun asal denganmu
Sebut namamu saja ku tak sanggup
Bagaimana aku berterus terang
Anginmu di hati ini berarak-arak
Menutup semua harapanku pada hidup
Namun cintaku hanya kamu
Bagaimana aku berterus terang
Anginmu di hati ini berarak-arak
Menutup semua harapanku pada hidup
Namun cintaku hanya kamu
Di antara awan dan udara
Badai teriak menghantam cinta
Bila aku sanggup menghentikan putaran waktu
Akan ku dekap engkau sampai mati
Badai teriak menghantam cinta
Bila aku sanggup menghentikan putaran waktu
Akan ku dekap engkau sampai mati
Bila saja ku bisa menawar
Takdir waktu yang dia berikan
Akan ku minta segala sisa waktu yang ada
Sehirup nafas pun asal denganmu
Sehirup nafas pun asal denganmu
Takdir waktu yang dia berikan
Akan ku minta segala sisa waktu yang ada
Sehirup nafas pun asal denganmu
Sehirup nafas pun asal denganmu
5 comments:
tk sape yg mampu...menafi kn rase yg ade di hati sendiri...so tepuk lh dada soal lh hati....jgn sampai u sesal kendian hari hai tengku suami....
ajihah kejap mcm ok..kejap tsk..confuse plk..sy tggu bab seterusnya
isteri mana yang sanggup diduakan? isteri mana yang sanggup berkongsi kasih?
manusia mana yang tak pernah dihasut syaitan.
dikala malaikat berbisik redhalah, syaitan pasti berbisik musnahkanlah..
namun apakah syaitan itu berjaya? tepuklah dada, tanyalah iman. =')
sedihnya... Kesian Imelda akak, jngan uat kejam sngat akak.. Hehehehehehe, First time baca, OMG best gila2.. :)
thank you.. teruskan follow yerh.. =')
Post a Comment