Monday, 5 May 2014

Ini Buku Cinta Kita


EPISOD 24

FAIZ termenung jauh memikirkan keadaan Amel. Sudah hampir lapan bulan gadis itu menghilang. Dia amat yakin, gadis itu juga pasti sedang sarat mengandung seperti Najwa. Namun Najwa ada didepan matanya untuk dilindungi, dijaga dan dikasihi. Amel? Dia tidak tahu, dengan siapa gadis itu.
                    Kehilangan gadis itu sudah pun dimaklumkan kepada kedua orang tuanya. Namun kedua orang tua Amel tidak pernah mengambil peduli. Kata mereka, Amel hanya pembawa malang dalam hidupnya. Berita Amel mengandung anak luar nikah amat memalukan dirinya.
                    Amel sudah lama berhenti menjadi penyanyi, semenjak berita berkenaan dia sudah gila, dan mengandung anak luar nikah tersebar luar di Malaysia, dan dia sendiri di kecam teruk oleh peminat. 
                    Itu lagi menyukarkan Faiz untuk mencari dimana keberadaan Amel. Dalam tak sedar airmatanya menitis, kerana terkenangkan kezaliman dia terhadap Amel. Dia meninggalkan gadis itu dengan tanda tanya dan tanpa rasa berat. Sedangkan dahulu, dia yang beria menghulur cinta kepada gadis itu.
                  Gambar Amel dan dirinya dihari pertunangan mereka yang terpapar didada majalah menjadi tatapannya. Airmatanya menitis lagi. Jika diberi peluang dia akan menebus kesalahan itu, tapi apakah dia berpeluang untuk menebus segalanya?
                  Najwa menghampiri suaminya dengan langkah yang perlahan kerana membawa perutnya yang sarat. Minuman yang baru dibuat untuk suaminya digenggam kuat. 
                     Dengan perlahan dia mendaratkan punggung disebelah suami tercinta, dan meletakkan minuman diatas meja kopi berhadapan telivisyen. Dia menarik jemari suaminya yang mahu meletakkan majalah itu dibawah meja kopi. Dia tahu sejak tadi suaminya itu fikirkan apa, buat apa, dan apa situasi suaminya saat ini.
                   Faiz cepat menepis airmatanya agar tidak dilihat isterinya itu. 
                   "Abang tak perlu sembunyikan apa-apa dari Najwa bang. Abang nak nangis, nangislah. Abang nak ingatkan dia, ingatlah. Itukan hak abang. Abang jangan jadikan Najwa sebagai penghalang untuk abang kenal diri abang." Lembut dan tenang Najwa bersuara. Dia tidak mengambil hati atau berasa sakit hati pada suaminya atau hendak membenci Amel. Kerana baginya, suami itu sudah menjadi miliknya, apa lagi yang hendak dia sakitkan. 
                 Faiz sudah tidak mampu menahan atau sembunyikan airmatanya lagi. Dia memusingkan tubuh dan merenung isterinya dengan kesayuan, airmatanya menitis lagi. Tangannya membelai rambut isterinya. "Sayang, abang ni kejamkan? Abang kejam pada sayang, abang kejam pada Amel dan abang kejam pada diri abang sendiri. Kan sayang?" 
                 "Abang tak pernah kejam pada Najwa, malah abang selalu buat Najwa rasa, Najwa manusia yang paling dikasihi. Dan Najwa bersyukur tu. Tapi Najwa tahu, jauh dalam sudut hati abang, abang masih sayangkan Amel. Najwa dapat rasakan dan Najwa tahu." Najwa mengelus lembut pipi suaminya.
                 "Maksud sayang?" Soal Faiz cemas. Dia sendiri tidak mampu menafsir jiwa dan hatinya, tapi isterinya?
                    "Saban malam sejak malam pertama perkahwinan kita, abang pasti mengigau menyebut nama Amel. Pada mulanya Najwa tak dapat tafsir apa yang abang mimpikan. Tapi bila dah hari-hari abang mengigau benda yang sama, Najwa cari jalan untuk fahamkan. Dari apa yang Najwa selalu dengar, abang selalu menyebut 'Maafkan Faiz Amel, Faiz tak salah... Faiz tak buat apa-apa dengan Najwa. Kami terperangkap. Faiz sumpah tak buat apa-apa dengan Najwa. Amel jangan tinggalkan Faiz. Amel!' Dari situ, naluri manusia mana yang tak dapat tangkap, bahawa abang masih cintakan Amel. Hingga hari ini bang, abang masih mengigau yang sama." Terang Najwa dengan penuh kesabaran.
                     "Maafkan abang sayang, abang tak bermaksud untuk melukakan hati sayang. Abang tak tahu yang selama ni abang mimpi sampai mengigau. Maafkan abang, kalau abang buat hati sayang terluka. Maafkan abang, sebab tak dapat jaga hati sayang dengan baik. Maafkan abang." Sekali lagi, Faiz menitiskan airmata.
                    "Tak apa bang. Bahkan selama Najwa hidup sebagai isteri abang, tak pernah sekali abang biarkan hati Najwa terluka, tak pernah sekali abang biarkan Najwa terluka. Abang masih ingat masa hari pertama perkahwinan kita. Abang terpijak Najwa, dan abang rawat Najwa  dengan penuh kecemasan dan ketakutan. Dari situ Najwa dapat rasakan, yang abang takkan buat Najwa terluka. Najwa bahagia, hidup dengan abang, tapi hakikatnya, kebahagian Najwa adalah diatas penderitaan orang lain iaitu Amel.
                       "Kita memang tak boleh mengelak dari jatuh cinta bang, dan kita tak boleh mengelak dari dicintai. Tapi kita sedar yang kita tak boleh meminta cinta. Jadi tak salah Amel cintakan abang, meskipun abang sembunyikan cinta abang dari dia. Mulianya hati Amel, dia tak pernah meminta abang untuk membalasnya. Bahkan dia biarkan airmatanya menitis diatas kebahagian kita. Dia sanggup menelan hakikat, yang kita ini adalah suami isteri. Dia sanggup menelan rasa, disaat abang mengasihi dan membelai Najwa didepan dia. Insan mana yang sanggup buat macam tu bang? 
                          "Kita memang suka, kalau orang jaga hati kita, faham diri kita. Tapi kita tak pernah nak jaga hati orang, nak faham diri orang. Sekali sekala, kita perlu fikirkan orang lain. Meskipun, memikirkan orang lain itu mampu membuat hati kita terluka." Terang Najwa dengan penuh ketenangan. Serapan rohani, yang digarapkan oleh Cahaya Qaseh kedalam dirinya, membuatkan dia menjadi lebih kuat dan tabah.
                         "Abang bertuah kerana memiliki seorang isteri bernama Najwa. Dan betapa abang tidak tahu bersyukur, setelah memiliki Najwa. Masih lagi fikirkan orang lain, sedangkan isteri sebaik sayang sudah ada depan mata." Terang Faiz. Dia menarik Najwa kedalam pelukannya.
                           " Abang, disaat ni, kalau Najwa sakit, Najwa ada abang, tapi Amel tak ada. Kalau disaat ni Najwa nak bersalin, Najwa ada abang, tapi Amel tak ada. Kalau disaat ni Najwa jatuh, abang akan sambut, tapi Amel tak ada. Najwa sudah cukup sempurna kerana Allah kurniakan abang dalam hidup Najwa. Meskipun Allah ambil ibu dan bapa Najwa, Najwa dikurniakan abang melengkapi kekurangan Najwa. Tapi Amel, dia derita abang. Dia derita diatas kebahagian Najwa. Dulu disaat Najwa derita kerana tamparan hidup susah, dia ambil Najwa dan adik Najwa. Dia berikan kasih sayang, dia berikan kelengkapan dan kesenangan dan dia berikan perhatian. Tapi disaat Najwa mengecapi kebahagian bersama orang yang dia cinta, Najwa biarkan dia derita. Najwa nak abang cari dia. Najwa nak abang jaga dia seperti mana abang jaga Najwa." Pinta Najwa didalam tangisan.
                             "Maksud sayang?" Soal Faiz termangu.
                            "Andai Allah ambil Najwa dulu atau pun tidak, Najwa nak abang cari Amel, dan sempurnakan keinginannya untuk menjadi yang halal disisi abang. Najwa menerimanya dengan hati yang terbuka, kerana Amel layak mendapatkannya." Menitis lagi airmata keikhlasan Najwa.
                            "Isteri mana yang sanggup diduakan sayang? Abang yakin, abang akan lukakan Najwa." Faiz tidak sanggup melukakan hati isterinya yang suci.
                             "Najwa tahu, isteri mana yang sanggup terluka, isteri mana yang sanggup didua. Tapi inilah bayaran diatas apa yang telah Najwa ragut dan rampas dari Amel. Abang percayalah, tak akan ada luka, jika kita mengikhlaskannya." Najwa masih bersuara.
                           "Sayang." Faiz tak mampu berkata apa-apa, dia menangis lagi untuk sekian kali.

Tuhan sengaja menduga kita
Dimana kesabaran manusia
Engkau isteri yang kusanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah dimana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau kulupakan 
Dalam kemarau cinta 
Betapa hatimu rela                                                                                                                                   Demi melihat kubahgia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus gersang
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tanganmu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus gersang
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Kuberenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Dan kutahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tanganmu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti mengerti

NIEA berjalan dengan penuh tanda tanya. Disaat ini dia sudah berubah, dia sudah berhijab dengan sebaik-baiknya. Atas dorongan dan pimpinan Cahaya Qaseh, akhirnya dia sudah menjadi insan yang lebih baik dan menjadi muslimah yang baik. 
                      Niea tertanya-tanya dimana keberadaan Amel. Dia benar-benar merasai kehilangan. Lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Amel, sering didengarkan dan diulang semula untuk mengubat rindunya. Dia tidak mampu untuk mengatakan bagaimana rindunya dia terhadap Amel. 
                         Dia tidak pernah berhenti mencari gadis itu, meskipun tidak nampak tanda usaha dari dirinya. Dalam doa kudusnya selalu mendoakan gadis itu didalam keadaan yang baik-baik.
                       Menjadi seorang kaunselor di sekolah menengah itu membuatkan dia merindui zaman sekolahnya bersama Amel, Emah, Badariah, Najihah dan Ikhwan. 
                        Dia merindui zaman dimana, Amel gemar berangan-angan untuk menjadi seorang penyanyi. Dan dia orang pertama yang akan mengejek-ngejek Amel ketika gadis itu sedang menyanyi.
                        "Kau ni tak payah nak berangan sangat jadi penyanyi boleh? Kau ingat kau boleh menyanyi ke?" Ejek Niea, sambil membetulkan anak tudungnya.
                        "U sibuk tu kenapa? Suka hati sayalah nak nyanyi macam mana pun. Jeles!" Marah Amel, dia kembali bernanyi-nyanyi lagi.
                        Niea mendekati dan menarik rambut gadis itu. Kemudian lari dari gadis itu dibelakang Ikhwan.
                           "Auw, jahatlah u ni Niea." Marah Amel, dia mengejar gadis itu dan berlari disekeliling sekolah. Tapi tiba-tiba dia jatuh tergelincir.
                        "Amel, sorry. Aku tak sengaja." Niea cepat meminta maaf dan menghampiri Amel.
                        "Tak apalah, nasib baik i yang jatuh tau. Kalau u macam mana?" Rungut Amel lembut. Dia bangun dan menepis kotoran dibajunya.
                           Niea terharu mengingatkan saat-saat mereka bersama. Meskipun Amel jatuh dan merasa sakit, gadis itu masih boleh memikirkan keselamatan dirinya.
                         Amel, apakah saat itu mampu berulang lagi saat-saat bahagia kita bersama? kata-kata itu hanya mampu meniti didalam hati. 

EMAH telah sah bergelar tunang kepada lelaki pilihannya dan akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Dia memang bahagia dengan kehidupannya kini, namun kekosongan itu tetap wujud bila mana dia teringatkan sahabat baiknya, iaitu Amel. Kerinduan gadis itu tidak pernah hilang. Dia selalu berusaha mencari sahabatnya yang hilang. Pelbagai cara telah diusahakan, namun tetap gagal. 
                      Pertunangannya dengan Badruzaman abang kepada Badariah adalah bermula dengan jihad. Dia mahu lelaki itu berubah menjadi seorang lelaki yang lebih berguna dan lebih baik. Alhamdulillah, sepanjang usahanya, Badruzaman memberi kerjasama yang sangat baik. 
                       Jika dahulu penampilan Badruzaman agak teruk, namun kini lebih baik. Jika dahulu didalam penjara, Badruzaman berputus asa dan mengalah, namun setelah dikeluarkan dari penjara akibat, Badariah menarik laporannya. Membuatkan dia kembali bersemangat didalam hidupnya dan sentiasa berusahan menjadi baik.
                        Emah tidak menyangka akan kehilangan Amel didalam jangka waktu yang begitu cepat. Dia begitu merindukan gadis itu, dan berharap dapat bertemu gadis itu untuk kali ini.


BADARIAH berjalan dengan perlahan meninggalkan pusara ibu dan ayahnya. Dia menoleh sebentar kepusara ibunya dan berkata didalam hati.
                   "Mak, Badariah sayangkan mak. Berbahagialah mak disana dan nantikan kedatangan Badariah. Badariah akan selalu mendoakan mak, dan Badariah akan cuba menjadi yang baik dan berguna. Badariah rindukan mak."
                        Kemudian dia beralih pandang kearah pusara bapanya, dan mengalirkan airmata. Kemudian berkata dalam hati.
                        "Bapak, Badariah sayangkan bapak. Maafkan Badariah, diatas segala salah silap Badariah selama ini. Badariah akan berusaha menjadi anak yang baik untuk bapak dan mak. Tenang dan damailah bapak disana."
                  Badariah menoleh semula kedepan dan meneruskan perjalanannya. Dia meneruskan kehidupan barunya ini dengan penuh ketenangan dan damai. Kehidupannya kini menjadi lebih baik dari dulu. 
                   Bapanya meninggal dunia kerana penyakit HIV yang dihidapi sudah sampai ke penghujung, sehingga menyebabkan kematian.
                   Mendapat berita itu disaat Pakcik Badrul sedang menjalani hukuman dipenjara, dan ketika mendapat berita itu. Badariah terduduk tak terkata apa-apa. 
                     Kini telah sebulan dia sah bergelar isteri kepada seorang tentera askar. Perkenalan mereka apabila anggota itu bertemu dengannya ketika dia menghadiri sebuah kem tentera untuk menyampaikan beberapa kaunseling. Pertemuan yang agak mengejutkan apabila lelaki itu terus melamarnya menjadi isteri. Setelah ditimbal balik, baik buruk akibat, Badariah menerima lamaran itu dan mendirikan rumah tangga bersama anggota keselamatan Negara itu.

NAJIHAH dan Ikhwan hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri. hampir dua bulan bergelar isteri kepada Ikhwan membuatkan Najihah belajar untuk mengenal suaminya. Meskipun mereka telah kenal bertahun-tahun, tapi rupanya, Najihah perlu belajar lagi untuk mengenal suaminya.
                  Sedang elok menyusun fail-fail diatas meja, telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk. Dengan lembut dia membaca dan kemudian dia  tersenyum sebelum membalas.
                     "Assalamualaikum, isteriku sayang. Papa rindulah dekat mama. Mama sihat?"
                     "Waalaikumusalam suamiku cinta. Mama pun rindu papa. Mama sihat, papa sihat?"
                     "Papa sihat, cuma keadaan dekat sini, sejuk sikit sayang."
                     "Mestilah, nama pun Cameron Highland."
                     "Mama, datanglah sini. Papa ingat habis kerja, nak honeymoon dengan mama."
                     "Papa ni, ada-ada je. Nanti mama try applay cuti, okey."
                     "Thankz dear. Ni yang papa sayang mama lebih-lebih ni."
                     "Yelah tu papa. Papa dekat sana jaga diri, jangan main mata!"
                     "Tak sayang, papa tak pernah main mata dekat sini. Sebab papa selalu ingat mama."
                     "Yeke? Wow, rasa dihargai. Sayang papa. :* "
                     "Sayang mama juga, mama papa ada kerja. Nanti malam papa otp mama ye."
                     "Ok papa, jaga diri, kerja baik-baik."
                     "Mama pun, bawak kereta hati-hati. Solat jangan tinggal. Assalamualaikum sayang."
                     "Baik papa. Waalaikumusalam cinta."
                    Najihah tersenyum bahagia dengan layanan Ikhwan. Dia menyambung semula kerja-kerjanya yang masih tertangguh.
                     Memang dia amhu ke Cameron, sebab nak cari barang keperluan rumah disana, tapi bila mendapat tahu suaminya mahu mengajak dia untuk berbulan madu, bertambah rasa keinginannya untuk kesana.

CAHAYA QASEH diminta Shah untuk bertemu disebuah restoran berhampiran tempat kerjanya. Dan permintaan Shah itu ditunaikan oleh Cahaya Qaseh.
                 Direstoran, wajah pucat Cahaya Qaseh dihiasi dengan senyuman kepada Shah.
                 "Terima kasih sebab sudi datang." Tutur Shah lembut.
                 "Sama-sama. Ada apa Shah panggil Qaseh kesini?" 
                 "Shah nak ajak Qaseh pergi Cameron hujung bulan ni. Shah nak kita pergi cari barang kahwin dekat sana." Terang Shah.
                 "Ummi dengan walid dah tahu ke?" Soal Cahaya Qaseh lembut.
                 "Dah, mama dengan papa Shah pun dah tahu. Shah dah beritahu mereka semalam. Tapi ummi beritahu Shah yang Qaseh dah seminggu tak balik rumah. Kenapa?" Soal Shah, setelah mengingatkan apa yang ummi Cayaha Qaseh sampaikan padanya.
                 "Qaseh ada kerja di luar liputan, jadi tak dapat maklumkan pada ummi dan walid. Tapi pagi tadi, sebaik sahaja Qaseh sampai Kuala Lumpur, Qaseh dah hubungin ummi dengan walid." Terang Cahaya Qaseh tenang.
                "Oh. Qaseh, Qaseh sihat tak?" Soal Shah lembut.
                "Sihat je, kenapa Shah tanya macam tu?" Soal Cahaya Qaseh cemas. 
                "Tak adalah, sejak kebelakangan ni, Shah tengok muka Qaseh makin pucat. Ada apa-apa yang Shah tak tahu ke?" Soal Shah lagi.
                 "Qaseh ok je Shah, Shah jangan risau ye." Lembut Cahaya Qaseh meyakinkan tunangnya.
                 "Alhamdulillah. Malam ni, kita pergi melawat kak Najwa nak? Kandungan dia dah masuk lapan bulan kan?" Shah mengambil telefonnya dan memeriksa sesuatu.
                  "Yelah. Nanti Qaseh ajak Emah, Niea dan Badariah. Tapi Shah, kandungan Amel pun hampir masuk lapan bulankan?" Soal Cahaya Qaseh lembut. 
                  "Betul tu Qaseh. Dan dah hampir lapan bulan juga di hilang tanpa dikesan. Shah pun tak tahulah apa khabar berita dia, keadaan dia. Shah pun dah hampir buntu." Wajah ceria Shah tadi berubah suram.
           "Tak apalah Shah, kita doakan yang terbaik untuk dia. Semoga Allah melindungi dan memeliharanya." Pujuk Cahaya Qaseh.
                   "Aamiin aamiin ya rabbal alamin."

"KAMI ingat nak ke Cameron untuk beli barang kahwin disana. Tapi tak sangka pula, yang akak dengan abang pun nak kesana." Ujar Shah dengan penuh senyuman. Sesekali dia curi pandang kearah tunangnya yang duduk disebelah Najwa. Wajah gadis itu kelihatan amat pucat, dan seperti menahan kesakitan.
                   "Tulah, abang kamu ni. Dia beria sangat nak bawak akak kesana." Balas Najwa lembut, dia mengusap perutnya yang buncit itu.
             "Kebetulan, kami pun nak ke Cameron juga." Sampuk Badruzaman yang sedang duduk bersebelahan dengan Emah.
                       "Dan tambah lagi kebetulan kau tu dengan kami-kami ni. Kami pun nak kesana, bercuti." Sampuk Niea mewakili Badariah.
                       "Macam tu aku pun kebetulan. Sebab aku pun nak pergi sana, suami aku ajak honeymoon sekali lagi." Tambah Najihah. Wajahnya begitu ceria.
                     "Macam tu, kita naik satu kenderaan jelah. Lepas tu sewa hotel yang sama. Amacam?" Cadang Badariah.
                        "Cun." Jawab Emah. Dia memeluk lengan suaminya.
                       "Okey, kita gerak sekali. Abang Faiz set tempat, hari dan waktu. Ok?" Cadang Shah.
                       "Ok, nanti abang maklumkan pada Shah." Faiz juga bersetuju dengan cadangan mereka.

SUASANA Cameron yang nyaman amat menyegarkan bagi dirinya. Dia berjalan perlahan mengamati pergunungan Cameron yang begitu banyak dengan tanaman. Tanpa sedar bibir mongelnya mengeluarkan senyuman manis menampakkan barisan gigi yang teratur dan putih.
                   Dengan perlahan dia berjalan, dan mengusap perutnya yang sedang sarat. Usia kandungan yang hampir mencecah lapan bulan itu membuatkan dirinya kadang-kadang lelah dan cepat penat. Namun kerana hidup bersendirian dia tetap mengagahkan dirinya.
                   Tudung yang dipakainya cukup membuatkan diri dia kelihatan lebih cantik, dan lebih dihormati berbanding dulu. Jika dahulu, tubuhnya senang dipeluk oleh sesiapa pun, namun kini, dia merasa lebih dihormati.
                   Meskipun dia berasa lebih tenang berbanding dahulu, dia tidak tahu sama ada dendam itu masih bermukim didalam jiwanya. Ataupun tidak. Dendam yang tidak tergambar dan tidak terbalas. 
                  Hidupnya yang menyendiri di situ, membuatkan dirinya berfikir begitu banyak. Pelbagai ukiran sakit dalam hidupnya disimpan satu persatu. Disisip dalam jiwa menjadi sebuah buku peringatan buat dirinya. Setiap penderitaan yang dilalui, disimpan satu-satu persatu, dan tak mahu melupakan walaupun satu. Pelbagai agenda dendam bermain didalam hati, namun dia tidak tahu, apakah terluah dendamnya itu atau sekadar memamah dan melapah hatinya sendiri.
                   Airmata menitis lagi, lagi dan lagi. Meskipun airmata menitis melambangkan kelemahan diri, namun senyuman dibibir menggambarkan keegoan diri.
                    Memejam mata dengan rapat dan menggenggam jemari dengan begitu kuat. Hatinya merasakan mahu meletup apabila mengingatkan segala-galanya yang berlaku terhadap dia.

Dendam didalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaan ku

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi
Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu

No comments: