EPISOD 25
IKHWAN berjalan mengikut rombongan pelajar yang membuat pogram kaunseling di Cameron itu meniti pergunungan. Dalam berjalan dan berbual-bual dengan pelajar-pelajar disitu, Ikhwan terpandangkan susuk tubuh seorang yang amat dia kenal. Cuma orang itu kelihatan lain berbanding sebelum ini.
Tubuh gadis itu kelihatan lebih berisi dan perut yang buncit tanda sedang sarat mengandung. Wajah yang ayu bertudung, pipi yang agak tembam. Hatinya penuh debar saat merenung gadis itu. Dengan perlahan dia mendekati gadis itu.
"Amel." Sapa Ikhwan lembut.
Amel kenal benar dengan suara itu. Dia menoleh perlahan dan merenung tubuh Ikhwan dari bawah hingga ke atas. Tubuh lelaki itu kelihatan sasa sedikit berbanding dulu. Wajah yang kelihatan lebih matang. Amel hanya berpaling merenung pergunungan itu tanpa mempedulikan Ikhwan.
"Amel, awak hilang kemana? Kenapa awak lari tinggalkan kami macam tu je?" Soal Ikhwan lembut. Matanya mula berkaca.
"Itu tak penting untuk u tahu Ikhwan. Yang penting, hidup u lebih tenang sekarangkan? Berbanding dulu." Ujar Amel, dengan senyuman sini, tidak memandang kearah Ikhwan.
"Amel, memang saya tak dapat nafikan, hidup saya lebih tenang berbanding dulu. Tapi jiwa kami semua kosong tanpa awak." Balas Ikhwan ikhlas.
Amel tergelak sedikit dan tersenyum sinis. "Macam kelakar je. For what, hidup you all nak kosong tanpa i? Bukan hidup u all semua lebih tenang tanpa setan ni?" Amel menunjukkan jemari telunjuknya kearah dada dia.
"Amel, kenapa awak cakap macam tu? Kami tak pernah anggap awak macam tu." Jawab Ikhwan lemah.
"Sudahlah Ikhwan, i dah muak dengan semua ni, i dah penat. Pergi je. U dengan hidup u, dan i dengan hidup i." Amel mengukir senyuman meskipun matanya sudah bergenang.
"Tak mungkin saya boleh tinggalkan awak, selepas saya dah jumpa awak Amel." Cepat Ikhwan menjawab.
Amel menoleh kearah Ikhwan dan tersenyum sinis pada lelaki itu, kening kanannya sengaja dijongketkan. Dia melangkah dua tapak agar lebih dekat disisi Ikhwan. "U tak takut ke, untuk tak tinggalkan i? U tak fikir apa yang akan Najihah rasa, kalau dia nampak i dengan u?" Soal Amel selamba. Wajah Ikhwan direnung puas. Jemarinya ligat mengelus pipi Ikhwan. Tubuhnya dan Ikhwan tidak lagi punya jarak.
"Amel, niat saya baik. Saya nak awak kembali bersama-sama dengan saya dan kawan-kawan kita yang lain. Kami risaukan awak." Tutur Ikhwan lembut. Dia beranjak kebelakang sedikit, namun jemari Amel lebih pantas menarik tali lehernya, menyebabkan dia hampir tersungkur dan terpeluk tubuh mongel Amel yang sarat itu.
"Nampaknya, u masih ada hati dekat i Ikhwan. Dan Najihah tak boleh menafikan, kalau u mula jatuh cinta balik pada i. Kan?" Amel, masih ligat mengenakan Ikhwan. Hatinya puas melihat wajah Ikhwan yang serba tak kena.
"Awak cakap apa ni Amel, niat saya cuma nak ajak awak kembali pada kami semua. Tak ada sebab lain. Janganlah macam ni, orang tengok tak elok. Tu baru orang tengok, Allah tengok lagilah." Ikhwan cuba menolak sedikit tubuh Amel, namun gadis itu lebih pantas memeluk pinggangnya. Dan merenung dirinya.
"U tak perlu sembunyikan apa-apa dari i Ikhwan. Kalau betul u dah tak cintakan i, u tak akan berpeluh macam ni." Tambah Amel, dia menepis peluh didahi lelaki itu.
"Amel, semua tu dulu. Sebelum saya kenal cinta Najihah. Selepas saya kenal cinta dia, saya baru tahu apa itu erti cinta. Dan saya dah buang cinta saya pada awak, selepas saya mencintai Najihah setulus hati saya. Saya tak mungkin jatuh hati pada awak untuk sekian kali. Saya dah ada Najihah, memadai bagi saya seorang isteri. Apatah lagi, Najihah begitu melengkapi saya. Segala kekurangan saya dia lengkapi dengan kelebihan dia. Saya bahagia dengan Najihah. Terlalu bahagia. Najihah kurnian Allah yang tak mungkin saya abaikan. Tolong faham saya, Amel." Ikhwan menguatkan semangat menolak pelukan Amel.
Amel, menarik nafas dalam-dalam, dan memaksa dirinya untuk senyum. Dia merenung Ikhwan dengan senyuman. "Beruntung Najihah, baru sekejap tadi, i rasa cemburu. Dia dapat seorang suami yang baik macam u. Tapi dia memang layak dapat u, sebab dia baik. Siapa pula i, yang nak minta lelaki baik macam u, kan?" Amel berundur kebelakang perlahan-lahan.
"Tak Amel. Awak tak boleh cakap macam tu, awak.." Ikhwan tak dapat menghabiskan kata-katanya, apabila Amel mengangkat tangan kearahnya.
"I minta maaf, sebab buat u macam tu tadi. Selamat berbahagia Ikhwan. Assalamualaikum." Amel berpusing dan berjalan pantas meninggalkan Ikhwan.
Ikhwan termangu dengan tindakan Amel.
Badariah dan yang lain menyewa sebuah rumah tumpangan berdekatan dengan pergunungan Cameron Highland. Meskipun mereka mampu menyewa bilik hotel berkelas tinggi, tapi mereka memilih untuk menyewa rumah tumpangan sahaja, kerana mahukan privasi.
"Bestnya Niea, tak sabar aku nak jalan-jalan dekat sini." Badariah membuka tingkap bilik yang akan dikongsikan bersama Niea dan Cahaya Qaseh.
"Tahu tak apa, syoknya. Jom kita tengok tab mandi." Niea memimpin Badariah menuju kebilik mandi.
Cahaya Qaseh terduduk diatas katil dan mengurut perlahan dadanya yang terasa sesak sejak tadi. Entah mengapa sejak beberapa hari ini, dadanya kerap berasa sesak. Dia mengambil ubat yang dibawa setiap waktu, dan memakannya. Kemudian dia merebahkan tubuh diatas tilam, melihat jam yang baru menunjukkan pukul dua petang, tanda lambat lagi masuk waktu asar. Dia melelapkan mata sebentar.
"Wah, bestnya. Jom keluar Bad, Cahaya." Ajak Niea. Dia berjalan keluar, begitu juga Badariah tapi tidak Cahaya Qaseh.
Diruang depan, Shah meletakkan beg pakaiannya di hujung sofa. Dia memilih untuk menginap diruang depan, kerana rumah tumpangan itu hanya memiliki tiga buah bilik. Bilik utama menjadi tempat penginapan Faiz dan Najwa, bilik tengah menjadi bilik Badruzaman dan Emah, bilik tetamu milik Cahaya Qaseh, Badariah dan Niea. Manakala Najihah pula akan menginap dihotel bersama-sama Ikhwan sebentar lagi.
"Aku tengok, Cahaya tu asyik tidur je dari tadi. Masa dalam perjalanan kesini pun dia tidur. Masa lepas solat dzuhur nak on the way kerumah ni pun dia tidur, sekarang pun dia tidur." Rungut Badariah. Dia pelik benar dengan sifat kawan merangkap cikgunya itu.
"Aku pun perasan, dah tu, muka dia nampak macam orang letih sangat-sangat. Nampak macam baru lepas kemas satu rumah banglo sorang-sorang." Tambah Niea. Dia melaburkan punggung dia sofa yang berada diruang tamu. Perbualan mereka didengari teliti oleh Shah.
"Aku pun nampak muka dia pucat sangat-sangat. Kau tak nak tanya dia ke Shah?" Sampuk Najihah yang baru masuk kedalam rumah. Dia duduk disebelah Badariah.
"Dah puas aku tanya, tapi dia cakap okey." Jawab Shah perlahan. Dia hanya menundukkan pandangan dari merenung gadis-gadis ayu didepannya ini.
"Lepas ni nak pergi mana sayang, tak sabar nak jalan-jalan." Soal Emah kepada Badruzaman. Dia memeluk lengan lelaki itu. Mereka berjalan beriringan keruang tamu.
"Awak tanya adik ipar awak tu, diakan pakar berjalan." Jawab Badruzaman lembut.
"Tahupun, aku dah siap aturkan dengan Niea tadi. Nak ajak si Najihah aturkan, tak sudah-sudah otp dengan suami dia, macam sepuluh tahun tak jumpa." Badariah menyampuk selamba.
Shah tersenyum melihat tingkah Badariah yang tak ubah-ubah itu.
"Dah-dah, jangan nak berangan ikut plan di Bad tu, ikut plan abang ni dulu." Sampuk Faiz dari arah bilik utama. Dia berjalan sambil memeluk bahu isterinya yang sedang sarat itu.
"Abang nak pergi mana bang? Potonglah." Rungut Niea.
"Kita pergi ladang strawberi dulu, sebab mama baby ni, teringin nak makan strawberi fresh." Jawab Faiz selamba. Dia mengusap lembut perut sarat Najihah.
"Kalau macam tu, tak jadi nak marah. Sebab dah ada dalam senarai kita kan Bad." Balas Niea.
"Kebetulan sangat, suami aku pun tunggu aku dekat ladang buah strawberi." Tambah Najihah.
"Tak habis-habis dengan laki kau!" Bidas Niea dan Badariah serentak.
Mereka tertawa dengan telah Niea dan Badariah.
"Cahaya mana Shah?" Soal Najwa lembut. Dia melaburkan punggung bersebelahan dengan suaminya.
"Diaorang cakap tidur dalam bilik." Jawab Shah lembut.
"Pergilah kejut dia Shah, kitaorang tunggu dalam kereta. Jom-jom." Arah Badariah, dia, Niea dan Najihah sudah berjalan keluar rumah terlebih dahulu.
Najwa, Faiz, Emah dan Badruzaman juga mengekori wanita bertiga itu.
Faiz berjalan masuk kedalam bilik Cahaya Qaseh dengan perlahan. Dia duduk berlutut didepan Cahaya Qaseh. Dengan perlahan dia memanggil nama gadis itu.
"Qaseh, Qaseh.." Suara itu mengejutkan Cahaya Qaseh, namun gadis itu hanya mengangkat kelopak mata tanpa menunjukkan tanda untuk bangun.
"Awak nak apa Shah?" Soal Cahaya Qaseh lembut.
"Jom, ikut kami pergi ladang strawberi."
"Awak pergilah ye, saya nak rehat." Cahaya Qaseh menutup semula matanya.
"Betul ni?" Soal Shah sekali lagi meminta kepastian.
"Ye awak, betul. Pergilah." Jawan Cahaya Qaseh lembut, matanya masih tertutup.
"Jaga diri okey, apa-apa hal awak call saya." Pesan Shah dengan lembut.
"Baiklah. Awak pun sama."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
NAJIHAH memeluk kuat tubuh sasa suaminya. Berasa sangat bahagia apabila merenung redup mata Ikhwan. Jiwanya berasa tenang dan lega bila melihat wajah suaminya yang kelihatan sihat dan ceria.
"Papa rindu mama tak?" Soalan cepumas yang selalu diajukan kepada suaminya.
"Gila tak, mestilah rindu. Mana yang lain?" Soal Ikhwan lembut. Tangan kirinya memeluk pinggang isteri tercinta, tangan kanannya memasukan rambut suaminya yang terkeluar dari anak tudung. Dia menilik wajah wanita yang selalu dirindui saban hari disitu.
"Diaorang dekat belakang, mama yang jalan cepat. Sebab tak sabar nak pergi dekat papa. Rindu sangat." Jawab Najihah jujur.
"Ala, sweetnya isteri papa ni." Ikhwan mengucup dahi isterinya.
"Papa, dah habis kerja ke dekat sini?" Soal Najihah, sengaja mengawal perasaan malunya bila dilayan begitu.
"Baru je habis. Pelajar-pelajar tadi dah balik ke Kuala Lumpur. Pihak sekolah dah dan pihak kaunseling dah habis tugas, so papa pun dah habis kerja. Jadi, kita sambung honeymoon dekat sini." Jelas Ikhwan. Dia memaut tubuh isterinya dan berjalan beriringan melawat ladang strawberi.
Sedang asyik isterinya menilik buah strawberi, langkahnya terhenti apabila terpandangkan Amel yang sedang menilik pokok strawberi, berdiri tidak jauh dari mereka. "Amel!" Ucap Ikhwan sepatah.
"Papa ni, tak habis-habis sebut nama minah tu. Papa ni sengaja nak buat mama marahkan." Rungut Najihah, dia berpusing membelakangi Ikwan.
"Amel?" Ucap Faiz pula, yang baru sampai di tempat Ikhwan dan Najihah berdiri dan terpandangkan Amel.
"Abang, Amel tak ada dengan kita." Tegur Najwa lembut, sambil mengurut-urut belakang suaminya.
"Amel?" Ucap Shah pula, dia terkejut melihat Amel yang sudah bertudung sedang berdiri mengiring dari arah mereka.
"Apa, yang Amel daripada tadi ni? Kauorang dah kena sam....." Kata-kata Badariah tergantung apabila terpandang susuk tubuh milik sahabat yang selama ini dia cari.
Amel menoleh kearah yang dia dengar namanya dipanggil. Dia mengawal rasa terkejut apabila melihat semua ada didepannya.
Dia berjalan dengan perlahan kearah orang-orang yang sedang merenungnya. "Wow, sebuah kejutan yang besar." Ujarnya dengan senyuman sinis.
"Amel, kau sihat?" Niea ingin menghampiri Amel untuk berpelukan, namun gadis itu lebih awal berundur dari didekati.
"Penting untuk u all tahu, sama ada i sihat atau tidak? Penting ke?" Soal Amel sinis. Dia tersenyum sinis merenung wajah itu satu persatu.
"Amel, jom balik. Kenapa lari sampai sini?" Faiz kedepan sebentar mendekati Amel.
"Sesuai ke u nak cakap macam ni dengan i. U siapa sampai i nak kena dengar cakap u?" Soal Amel selamba.
"Amel, rileklah. Lupakan je, apa yang dah jadi dulu. Kita buka buku buru." Pujuk Badariah.
"Betul tu Mel, tak salah kalau kita mula hidup baru." Tambah Niea.
"Bercakap memang mudah, yang merasanya i. Bukan mudah untuk i lupakan apa yang u semua dah buat! Terutama kau Najwa! Aku akan ingat semua ni sampai mati." Airmata yang menitis dipipinya dibiarkan dan dia merenung wajah-wajah itu satu persatu. "Mungkin bagi u semua mudah! But not for me!" Amel berjalan melepasi mereka yang berada disitu.
Malam ini ku sendiri lagi
Seperti malam-malam yang biasa
Hanya bulan yang setia menati
Pagi yang bakal menjelma
Seperti malam-malam yang biasa
Hanya bulan yang setia menati
Pagi yang bakal menjelma
Mengapa kau dustai cinta yang murni
Sedangkan kau tahu cinta ku suci
Kau robekkan jiwa hatinya
Tanpa peduli ku terluka
Sedangkan kau tahu cinta ku suci
Kau robekkan jiwa hatinya
Tanpa peduli ku terluka
Bukan kemahuan ku
Bukan kehendak ku
Atas kegagalan cinta ini
Ku turuti jua atas kehendak ku
Walaupun ku sedar pahitnya bagi ku
Bukan kehendak ku
Atas kegagalan cinta ini
Ku turuti jua atas kehendak ku
Walaupun ku sedar pahitnya bagi ku
Aku redha apa yang berlaku
Berbahagialah oh sayang ku
Kedukaan ku ini usahlah kau peduli
Biar ku berduka di dalam tangisan rindu
Berbahagialah oh sayang ku
Kedukaan ku ini usahlah kau peduli
Biar ku berduka di dalam tangisan rindu
Bukan kemahuan ku
Bukan kehendak ku
Atas kegagalan cinta ini
Ku turuti jua atas kehendak ku
Walaupun ku sedar pahitnya bagi ku
Bukan kehendak ku
Atas kegagalan cinta ini
Ku turuti jua atas kehendak ku
Walaupun ku sedar pahitnya bagi ku
Aku redha apa yang berlaku
Berbahagialah oh sayang ku
Kedukaan ku ini usahlah kau peduli
Biar ku berduka di dalam tangisan rindu
Berbahagialah oh sayang ku
Kedukaan ku ini usahlah kau peduli
Biar ku berduka di dalam tangisan rindu
Mengapa kau dustai cinta yang murni
Sedangkan kau tahu cinta ku suci
Kau robekkan jiwa hatinya
Tanpa peduli ku terluka
Sedangkan kau tahu cinta ku suci
Kau robekkan jiwa hatinya
Tanpa peduli ku terluka
AMEL berjalan dengan perlahan menuju membawa perutnya yang sarat itu, entah kenapa dia teringin sekali makan sotong bakar yang ada dijual direstoran itu. Penuh kelembutan dia merebahkan punggungnya dikerusi, dia duduk dimeja yang agak jauh dari pengunjung direstoran itu.
Dia menikmati sotong bakar itu dengan penuh kenikmatan. Tiba-tiba dia membayangkan Faiz berada disebelahnya, dan memeluk pinggangnya. Lelaki itu mengusap perutnya yang sarat dan mengucup perutnya dengan penuh kasih. Lelaki itu mengusap pipinya, dan lelaki itu mengucup dahinya. Mata Amel terpejam rapat, dan bila dibuka itu semua tidak terjadi. Airmatanya menitis lagi.
"Perkara itu tidak akan terjadi, apa yang aku impikan telah pun kau berikan, tapi bukan pada aku. Pada Najwa!" Airmatanya menitis lagi. Dia mengusap lembut perutnya.
"Maafkan mama sayang, kalau kamu mahu apa pun, mama boleh beri. Tapi untuk dapatkan papa kamu disisi mama, mama tak mampu janji. Sebab dia bukan milik mama." Bahu Amel terhinjut-hinjut menahan sedu.
Dia meninggalkan santapannya dan berlalu ke bilik air.
"Sedap juga sotong bakar dekat sinikan bang?" Ujar Najwa, dia teringin nak makan sotong bakar, jadi Faiz membawa dia dan yang lain menikmati makan malam disitu.
"Abang pernah makan dekat sini dulu. Jadi, bila sayang cakap nak makan sotong bakar, abang teringat dekat sini ada sotong bakar. Sedapkan? Makan." Faiz mengusap pipi isterinya yang mula gebu itu, dan kemudian mengusap perut isterinya. Tangan kanannya tidak lepas memeluk pinggang isterinya.
"Abang pergi sini dulu? Dengan siapa?" Soal Najihah sambil menguyah sotong bakar itu dan disuapkan kemulut suaminya.
"A'ah, abang pergi dengan siapa?" soal Badariah pula.
"Abang, abang pergi, pergi dengan ka.. kawan." Faiz berbohong.
"Bukan dengan Amel?" Soal Emah lancang. Pinggangnya dicuit si suami.
"Asal pula dengan Amel?" Soal Niea pelik.
"Sebab Amel pernah cakap dengan aku dulu, dia pernah keluar dating dengan abang Faiz dekat sini. Dan tempat ni, dia cakap tempat paling istimewa bagi dia dan Faiz. Pendek kata, dekat sini, semuanya memori indah dia bersama abang Faiz." Jelas Emah perlahan, dan tertunduk.
"Betul ke bang?" Soal Ikhwan pula.
Cahaya Qaseh dan Shah tidak menyertai mereka, kerana Shah membawa Cahaya Qaseh keklinik untuk membuat pemeriksaan.
"Hurmm..."Faiz melepaskan keluan berat.
Tiba-tiba seorang pelayan disitu terjatuhkan air dibaju Ikhwan. Perhatian mereka terus lari kearah Ikhwan.
"Maaf encik, saya tak sengaja." Naik pucat muka pelayan tu.
"Tak apa, saya faham." Ikhwan mengesat bajunya dengan tisu.
"Papa pergi tandaslah, kotor baju tu." Arah Najihah.
"Kejap ye semua." Ikhwan berlalu ketandas.
Ikhwan keluar dari tandas sebaik selasai membersihkan bajunya. Dia ternampakkan Amel yang keluar dari tandas perempuan. Dengan pantas dia menghampiri gadis itu. "Amel." Dia menghalang perjalanan gadis itu.
"U nak apa Ikhwan? Tepilah!" Amel ingin berlalu, namun tetap dicegah oleh Ikhwan.
"Amel please, jangan buat kami macam ni. Kalau kami ada salah, beritahu. Jangan berdiam macam ni. Please." Pinta Ikhwan.
"Takkan salah u semua, i nak kena terangkan satu persatu? U semua fikir sendirilah! Dah, sana!" Amel menolak tubuh Ikhwan, namun lelaki itu lebih pantas memaut lembut kedua-dua lengannya.
"Amel, janganlah macam ni. Okey, kalau saya salah saya minta maaf." Pinta Ikhwan, dia tidak berputus asa memohon maaf kepada gadis itu.
"Layak ke u nak minta maaf sedangkan u tak tahu apa salah u?" Bentak Amel tegang, kening kanannya ditinggikan.
"Saya tak tahu apa salah saya, boleh awak terangkan?" Pinta Ikhwan. Tangannya masih mengenggam lengan gadis itu.
"Lepaskan i lah. U fikirlah sendiri, buat apa i nak beritahu." Amel menolak-nolak jemari Ikhwan, namun lelaki itu tetap dengan kedegilannya.
"Aku pergi tengok Ikhwan kejaplah, asal dia lambat ni." Najihah bangun dari kerusi dan berlalu kebilik air.
"Sibuk dengan laki dia tu." Ejek Badariah dengan senyuman.
"Tolonglah Amel, beritahu saya. Saya sanggup buat apa saja, asalkan saya boleh dapat kemaafan awak." Ikhwan tidak kenal erti putus asa.
"Lepaslah!" Bentak Amel.
"Saya takkan lepaskan awak, sebelum saya dapat kemaafan awak." Tekad Ikhwan.
Amel terpandangkan Najihah yang sedang tercari-cari seseorang, dia yakin wanita itu mencari Ikhwan. Dia mula tersenyum sinis. " Betul?" Soal Amel kepada Ikhwan, lelaki itu mengangguk tanda mengiakan.
Amel tersenyum dan mengangguk. Dia menarik tangan lelaki itu agak dekat dengannya dan dia memeluk lelaki itu sambil mencium bawah pipi lelaki itu. Dia mengerling kearah Najihah yang ternampakkan dirinya dan Ikhwan.
Ikhwan tidak dapat menolak pelukan sahabatnya yang dia amat rindui. Dia juga membalas pelukan gadis itu. Mana mungkin dia mampu melupakan orang yang selama ini menyara kehidupannya dan ada dikala dia kesempitan hidup.
Najihah benar-benar terkejut melihat suaminya memeluk Amel dengan penuh erat dan tidak menampakkan riak wajah suaminya terpaksa. Dia berjalan meninggalkan suaminya dengan hati yang rapuh.
Setelah melihat Najihah berlalu dari situ, Amel tersenyum sinis. Dia menolak tubuh Ikhwan kasar. Dan merenung tajam kearah lelaki itu.
"U akan rasa, apa yang i rasa!" Dia menolak kuat tubuh lelaki itu dan berlalu meninggalkan lelaki itu sambil menepis airmata yang menitis dipipi.
NAJIHAH terbaring diatas katil dengan tangisan, dia merenung syiling dan terbayangkan pelukan suaminya yang dihadiahkan kepada Amel. Dia terbayangkan ciuman Amel dibawah pipi suaminya.
Ya Allah, apa salah aku? Kenapa suami aku buat aku macam tu? Ada yang kurang ke aku bagi pada dia? Kalau aku kekurangan sekalipun, kenapa Amel? Kenapa Amel? Tak ada perempuan lain ke yang patut disaingkan dengan aku? Kenapa Amel? Siapa aku untuk tandingi gadis seperti dia? Memang aku tak mampu untuk menandingi dia. Tapi kenapa mesti dia yang suami aku pilih untuk mengatasi aku? Apakah selama ini, suami aku masih cintakan dia? Apakah selama ini, dia rahsiakan semuanya dari aku? Apakah kedatangan dia kesini untuk berjumpa dengan Amel? Kenapa papa buat mama macam ni? Kenapa pa?
Tangisan merintih lagi. Hatinya benar-benar sakit meningatkan semua itu. Dia sengaja meninggalkan restoran itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada rakan-rakan yang lain. Fikirannya kusut.

Jangan pernah katakan bahawa
Cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini
Harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Ku menangis
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti
Maafkan jika memang kini harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa
Ku menangis
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah
Kau sakiti
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah
Kau sakiti
No comments:
Post a Comment