Monday, 26 May 2014

Power Of Wife

ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 8

IMELDA meletakkan bubur panas diatas meja makan dan menghantar coklat panas untuk suaminya yang sedang menyiapkan kertas-kertas kerja diruang tamu.
          "Abang minum dulu." Imelda mengusap lembut tengkuk suaminya, wajah Ikhwan kelihatan begitu lesu.
          "Terima kasih Imelda. Awak tolong bagi Manja makan bubur dulu ye, abang banyak kerjalah." pinta Ikhwan perlahan. Di hujung minggu begini pun dia terpaksa menguruskan kerja-kerjanya kerana sepanjang minggu lepas, dia terpaksa pulang awal untuk menjaga Ajihah yang terjatuh tangga. Imelda adalah orang yang paling banyak menjaga Ajihah dari sudut mandi, memakai baju, dan menyuapkan bubur.
        "Baiklah bang, saya pergi dulu." Imelda menepuk lembut lengan suaminya sebelum berlalu mendapatkan semula bubur diatas meja dan dibawa naik keatas.
         Didalam bilik Ajihah duduk diatas katil dan menayang muka masam pada Imelda, meluat betul rasa hatinya pada si gadis polos itu.
         "Kak Manja ni saya bawakkan bubur, kita makan dan lepas ni kita makan ubat." lembut Imelda bersuara.
          "Tak payah nak tunjuk bagus sangat, aku tahu nak makan. Letak je atas tu, laki aku mana?" soal Ajihah tanpa memandang. 
           "Abang tengah buat kerja dekat bawah, saya suapkan akak makan ye. Baca bismillah." Imelda mengocak perlahan bubur yang agak panas itu.
              "Aku tak nak! Kau tak faham ke??" Ajihah menonjol kepala Imelda.
            Imelda menarik nafas panjang dan melepaskannya keras. "Kak, akak kena makan. Kalau akak tak makan nanti susah nak baik. Makan ye." Imelda menyuakan sudu yang berisi bubur kemulut Ajihah.
              Ajihah menepis kasar sehingga sudu itu tercampak kelantai. "Aku cakap bahasa melayukan! Kau tak faham-faham lagi ke?" tempelak Ajihah.
             "Kak, kenapa ni? Saya tahu akak tak suka saya, tapi akak kenalah makan. Benda ni semua untuk kesihatan akak juga. Kalau akak sakit macam mana nak marah-marah saya lagi lepas ni?" ini terperli ke atau sengaja perli ye?
        "Kau ingat aku bodoh macam kau? Kaki aku ni dah baik dah, sepak orang pun boleh. Kau nak kena?"  selamba kaki Ajihah tepat menendang perut Imelda.
         Imelda memegang cepat perutnya yang sakit, sakitlah anak aku macam ni! "Sakitlah kak!" marah Imelda.
            "Padan muka kau! Nak lagi?" 
            Imelda mengetap giginya, cepat jemari runcing mencubit peha Ajihah. Sudah dicubit dipusingkan pula cubitan itu. "Fair!" 
            "Sakitlah bodoh!" jerit Ajihah.
           Imelda meletakkan mangkuk berisi bubur itu keatas meja, dan dia mencapai sudu yang jatuh ke lantai kemudian berlalu kedalam bilik untuk mencucinya. Dia kembali mendapatkan mangkuk bubur itu dan duduk diatas katil bertentangan dengan Ajihah. Pandangannya pada gadis itu bagaikan kucing betina mengamuk.
            "Sekarang ni, apa nak jadi, jadilah! Akak kena makan, kalau tak bukan setakat peha je, satu badan saya cubit!" tempelak Imelda. 
            "Baca bismillah!" tengking Imelda garang.
           "Kau jaga kau bila aku sihat nanti! Aku balas balik!" bidas Ajihah, dia menadah tangan dan membaca doa makan sebelum menerima suapan dari Imelda.
           "Nak makan bubur pun susah! Ambil air masak ni, pegang. Saya nak ambil ubat akak." Imelda mencapai pil-pil yang sudah tersedia di piring kecil atas meja. Dan menghulurkan kepada Ajihah.
      Ajihah makan ubat tersebut dengan penuh keterpaksaan, "Dah! Kau keluar dari bilik aku ni, menyampah pula aku tengok muka kau!" 
         Imelda hanya mampu menggeleng dan tersenyum nipis, dia mengangkat mangkuk bubur itu dan dibawa keluar dari bilik. Ketika menuruni anak tangga, perutnya terasa amat sakit dan berbisa. Tubuh Imelda menggigil menahan kesakitan. Dia terduduk ditangga dan terlepas mangkuk bubur tadi dan pecah.
          Ikhwan yang mendengar bunyi barang pecah diatas, berlari naik keatas kerana takut berlaku pergaduhan lagi diantara Ajihah dan Imelda.
            "Ya Allah, Imelda kenapa ni?" soal Ikhwan sambil mendapatkan isterinya yang memegang perut dengan wajah yang berkerut.
              "Sakit bang." hanya itu yang mampu terluah dibibir mongel itu. Airmata sudah menitis laju dipipi.
              Ikhwan memapah tubuh isterinya dan dibawa ke bilik tetamu, dengan penuh tertib dia meletakkan Imelda diatas tilam.
              "Awak tunggu sini, abang ambilkan air dulu." Ikhwan berura untuk pergi namun tangannya disentap lembut oleh isterinya.
               "Abang, sebenarnya saya... saya...."
        "Kejap ye, abang ambil air dulu." Ikhwan meninggalkan isterinya dan berlalu kebawah untuk mendapatkan air kosong buat isterinya. 
        Ikhwan kembali dengan membawa air kosong untuk Imelda. "Minum air ni Imelda." Ikhwan menyuakan gelas berisi air itu dibibir Imelda, gadis itu hanya minum sikit sahaja.
          "Kenapa boleh jadi macam ni?" soal Ikhwan lembut, dia mengelap peluh yang merecik di dahi Imelda.
          "Tak tahulah, tiba-tiba sakit." bohong Imelda, mana mungkin dia nak beritahu madunya yang buat.
       "Sekarang dah okey tak? Awak salah makan kot, ke awak belum makan ni? Awak dah makan belum?"
          "Dah okey dah, saya dah makan tadi. Abang pergilah sambung kerja balik." 
          Ikhwan duduk disebelah Imelda, dan memegang pinggang isterinya lembut. "Isteri abang muka pucat lesi macam ni kenapa? Imelda tak sihat ye, kita pergi klinik ye?" 
           "Abang, saya nak beritahu abang sesuatu ni." Imelda memegang pipi suaminya dengan kelembutan.
           "Apa dia?" soal Ikhwan tenang, dia mencium jemari isterinya.
           "Hari tukan saya pergi klinik."
           "Ye."
      "Doktor cakap, saya..." Imelda duduk dan mendekatkan bibirnya dengan telinga Ikhwan. "I'm pregnant, two month.
        Ikhwan terkesima, terbuka sedikit mulutnya dan merenung isterinya dengan seribu pengertian. "A..awak, awak mengandung Imelda?" soal Ikhwan seakan tidak percaya, suaranya kedengaran sebak.
          Imelda mengangguk perlahan. Dia memegang kedua belah pipi suaminya dengan lembut.
          "Awak mengandung anak kita? Anak saya? Benih saya?" bergenang airmata di kolam mata Ikhwan.
          Imelda mengangguk, "anak abang, anak kita." 
          "Finally, finally i will be a father? Akhirnya abang akan jadi ayah, Imelda?" menitis airmata Ikhwan, keharuan terlahir didalam jiwanya. Dia memeluk erat tubuh Imelda, berulang kali dahi isterinya dicium. Kegembiraannya terluah dengan airmata keharuan. Perut Imelda yang masih tidak kelihatan dikucup lembut.
          "Lima tahun abang menantikan semua ni Imelda, akhirnya abang akan jadi ayah. Terima kasih Imelda, terima kasih." perlahan bibir Imelda dikucup kemas dan begitu lama. 
           "Kita akan jaga anak ni, kita akan besarkan dia sama-sama ye sayang." terluah jua perkataan 'sayang' dibibir Ikhwan terhadap Imelda.
           Imelda terkesima mendengar kata-kata suaminya, apakah ini benar atau dia hanya bermimpi disiang hari? Bukankah dia perlu berpisah dengan suaminya, setelah melahirkan. Mungkin abang Ikhwan hanya nak sedapkan hati aku je.
           Imelda ditarik kedalam pelukan erat dan kemasnya.

"WAH! Laki kau tu aku tengok makin lama makin boleh tahan, menjadi-jadi penyakit dia." Aisya membetulkan tudungnya yang agak tidak kemas itu.
           "Kau dah kenapa? Sejak bila laki aku sakit?" soal Imelda pelik.
           "Tulah kau, laki sakit pun kau tak perasan. Mana taknya kalau dah dua-dua sakit. Tapi kau ni aku tengok makin lama makin mantap badan kau? Menggoda je you. Muka tu berseri-seri, macam seri orang kahwin. Laki kau tu aku tengok, semakin lama semakin menjadi-jadi segak dia. Kau berdua pakai produk apa ni nyah?" soal Aisya ceria, dia melihat Imelda yang sedang membetulkan sanggul.
            "Kami tak pakai produk apapun nyah, kejap! Kenapa kau cakap aku dengan suami aku ada sakit?" soal Imelda yang masih hairan dengan kata-kata Aisya, di tandas pun jadi tempat mereka berbual.
             "Yelah, dah kalau senyum je memanjang. Tak sudah-sudah, kalau dulu tu usah kata nak senyum, nak menyapa pun susah. Betul ke apa aku cakap?"
             Imelda tergelak kecil dengan kata-kata temannya. "Dia banyak senyum, yeke?"
             "Yelah, aku nak minta tolong dekat kau sebagai seorang isteri tolong nasihatkan dia. Aku takut esok-esok boss aku tu gila! Nanti kesian dekat kami semua, terpaksa berhenti. Lagipun kalau dia masuk hospital gila, habislah jururawat-jururawat hospital tu tergila-gilakan dia. Tolonglah nasihatkan suami kau ye." Aisya menambah bedak pada wajahnya.
             "Jauh sungguh imaginasi kau kan?" Imelda menyucuk pinggang Aisya.
             "Kau ni, janganlah kacau. Ni, madu kau, mak mertua kau, mak bapa kau, adik-adik kau semua dah tahu belum yang kau ni mengandung?"
           "Lepas aku beritahu suami aku, aku beritahu umi dan ayah aku serta adik-adik dan abang aku. Lepas tu, suami aku beritahu kak Manja dan Tengku Izarah serta baba." terang Imelda.
           "Habis si singa betina dengan kucing hutan tu tak bagi apa-apa reaksi ke bila dia dah tahu?" soal Aisya sambil berjalan keluar bersama Imelda.
            "Tak ada apa-apa pun, lagipun aku belum jumpa kak Manja dan Tengku Izarah sampai hari ini." jujur Imelda.
             "Aku rasa hari ni kau jumpa kami." Tengku Izarah bersuara tegas, dia berdiri didepan Imelda dan Aisya dengan wajah yang sangat sinis. Ajihah berdiri disebelah ibu mertuanya seperti menantu suci tanpa dosa.
             "Ya Allah, sekejap je dah muncul si kucing hutan dengan singa betina ni, panjang pula umurnya." ujar Aisya selamba.
                "Hoi hantu galah! Mulut kau tu jaga sikit eh, kalau nak kerja sini lama lagi!" tempelak Ajihah.
                "Ni mulut aku ke mulut kau ye singa betina? Suka hati aku lah." bidas Aisya selamba.
                "Sudahlah Aisya! Tengku Izarah, kak Manja buat apa datang sini? Nak jumpa abang ke?" soal Imelda lembut.
              "Habis takkan aku nak jumpa si hantu galah ni pula?" bentak Izarah, sakit je hati aku tengok kawan Imelda ni, macam nak dicabaikan saje mulutnya.
              "Abang belum balik meeting lagi, apakata Tengku Izarah dan kak Manja duduk dibilik dulu. Saya buatkan air." pelawa Imelda ramah, dia membukakan pintu bilik untuk ibu mertua dan madunya.
               Izarah dan Ajihah masuk dengan rasa bongkak. Terbuka luas mulut Ajihah bila melihat gambar besar perkahwinan Imelda dan Ikhwan tergantung kemas didalam bilik Ikhwan. Membuak rasa sakit didalam hati!
               "Kau bubur je racun tikus dalam minuman ni nyah." ujar Aisya selamba sambil membantu Imelda membancuh air untuk Izarah dan Ajihah.
                 "Kepala otak kau racun tikus, mak mertua dengan madu aku tu. Kau ni kadang-kadang lagi gila dari laki aku." bidas Imelda, dia mencubit lengan sahabatnya itu.
                 "Aduh! Sakitlah. Betullah cakap aku, suka hati je panggil aku hantu galah! Kuang ajaq punya orang tua tak sedar diri. Ikutkan hati ni nak je aku letupkan muka diaorang tu dengan bom atom." 
                   "Kau nak cari dekat mana bom atom tu?" soal Imelda, melayan kerenah sahabatnya itu.
                  "Nan..nati aku mintalah dekat presiden Amerika Syarikat."
                  "Bom atom tu ada ke dekat AS?" 
                  "Entah."
              "Ada-ada je kau ni. Jom." Imelda membawa teko berisi teh o dan Aisya membawa dua gelas untuk  Izarah dan Ajihah.
              Penuh tertib Imelda menuangkan teh o didalam gelas dan dihulurkan kepada ibu mertua dan madunya.
                 "Minum tu jangan lupa baca bismillah pula, kang tersedak mampus tak sempat mengucap." perli Aisya selamba.
                  "Hantu galah nikan, mulut kau!" Ajihah ingin melemparkan tamparan maut kewajah Aisya, namun gadis itu lebih cepat menepis tangannya dan menumbuk lengannya pantas.
                  "Dengan si Imelda kau boleh ye singa betina, dengan aku dalam mimpi pun kau jangan berangan nak calarkan my pipi yang gebu ni!" selamba Aisya duduk disebelah dengan menayang muka selamba.
                  "Aku rasa macam nak terajang je perempuan ni tau!" tempelak Ajihah.
                  "Sudah! Aku nak tanya kau Imelda, siapa yang bagi izin gantung gambar kahwin kau dengan Ikhwan dalam bilik anak aku ni? Sama besar pula tu gambar kahwin dengan Ajihah!" soal Izarah sambil berpeluk tubuh.
               "Lah, biarlah gambar tu apa salahnya? Kenapa jelous Imelda lagi cantik dari singa betina ni? Yelahkan, bila letak sama besar baru nampak. Nampak padan sangat Imelda dengan tuan Ikhwan." suka hati akulah kalau nak menyampukkan?
                  Imelda mencubit peha Aisya dengan sekuat hati. Diamlah Aisya! Suara kau hanya merumitkan keadaan aku untuk berdepan dengan mak mertua aku ni!
                  "Aku tak cakap dengan kaulah setan! Mulut kau diam sebelum aku gam!" tengking Izarah.
                  Aisya menutup mulutnya dengan kedua belah tangan, matanya membulat.
                  "Saya tak tahu pun tentang gambar tu Tengku Izarah." jawab Imelda perlahan.
                  "Yelah tak tahu, entah-entah kau yang paksa anak akukan?" 
                  "Takkanlah si Imelda nak jadi bodoh, paksa-paksa suami dia? Boss aku tu dah hilang kotak hati ke? Tak ada perasaan? Ke si kucing hutan ni dah hilang kotak otak, tak boleh berfikir?" sampuk Aisya lagi.
                  "Kau ni hantu galah, ada kau yang pergi masukkan barang-barang kau dalam kotak nanti! Kau sibuk dekat sini kenapa?" tempelah Ajihah.
                   "Aku sebut singa betina ke, kucing hutan? Patutlah boss aku kahwin lain, bini pertama dia dah hilang deria pendengaran." tambah Aisya tanpa memandang Ajihah mahupun Izarah.
                "Aaahhhhhhhh!!! Geramnya aku dengan hantu galah ni! Bonda jom balik!" pekik Ajihah.
                "Kau memang suka naikkan panas hati anak aku kan hantu galah!" tengking Izarah, dia mengikut Ajihah bangun dari kedudukan.
                "Memang, kucing hutan memang suka dengar cakap singa betina." bidas Aisya selamba. Tak pula dia menunjukkan muka takut pada ibu dan isteri majikannya itu.
                "Jom!" Izarah dan Ajihah berlalu keluar dari bilik Ikhwan.
                "Kau ni Aisya! Tak tahu takut langsunglah!" Imelda risau dengan keberanian terlampau sahabatnya itu.
                "Buat apa kau nak takut? Diaoranglah kena takut dengan hantu galah ni, padan muka!" puas hati aku dapat kenakan kau orang.
                "Bonda, Manja. Nak pergi mana ni?" soal Ikhwan sebaik terserempak dengan Izarah dan Ajihah dilobi.
                "Geramnya bonda!!!" tempelak Izarah.
                "Geram apa ni? Ikhwan tak faham." berkerut dahi lelaki segak itu melihat bondanya yang tiba-tiba terpekik.
                "Sayang dari mana ni?" soal Ajihah garang.
                "Dari meeting. Anyway cantik Manja hari ni." puji Ikhwan ikhlas dengan senyuman manis. 
                "Tak payah nak romantis sangatlah Ikhwan! Jom balik Ajihah!" Izarah berjalan meninggalkan lobi.
                "Bye Sayang, love you so much." Ajihah mencium pipi suaminya dan berlalu, namun langkahnya terhenti bila tangannya dipaut lembut oleh Ikhwan.
                 Ciuman melekap didahi Ajihah tanda kasih dan sayang Ikhwan. "Memandu baik-baik Manja, Sayang sayang Manja. Love you to. Assalamualaikum." 
                 Ajihah terasa bagai diawangan bila diperlakukan suaminya begitu. Suami aku ni dari dulu sampai sekarang romantisnya tak hilang. 
            Ikhwan masuk kedalam bilik pejabat isterinya, dia tersenyum bila melihat Imelda meletakkan kepala diatas meja. Dia menghampiri dan mencium kepala isterinya lembut. "Assalamualaikum sayang."
             "Waalaikumusalam, abang." Imelda mengangkat kepalanya dan merenung suami dia yang berdiri disebelah. "Maaf, saya terlelap tadi." 
                "Tak apa sayang. Tadi kenapa bonda mengamuk macam tu?" soal Ikhwan pelik, dia menarik tangan isterinya agak duduk bersama disofa empuk.
           "Hurm, kenapa abang letak gambar kahwin kita dekat bilik abang? Bonda tak selesa agaknya dengan gambar tu." 
            "Imelda kan isteri abang, tak salahkan? Tak apalah, nanti abang cakap dengan bonda.  Baby macam mana hari ni? Sihat tak?" Ikhwan mendaratkan kepalanya diperut Imelda yang masih tidak kelihatan.
            "Abang ni, bukan dapat dengar apa-apa pun. Lagipun perut saya kecil lagi." Imelda mengusap lembut kepala suaminya.
             "Bilalah nak besarkan?" 
             "Nantilah, lagi dua tiga bulan ke. Sekarang ni baru nak masuk empat bulan." pujuk Imelda, kelakar dia melihat wajah comel suaminya. Perlahan ciuman singgah di pipi suaminya.
            "Abang sempurna adanya sayang dan Manja." luah Ikhwan ikhlas, dia mengucup lembut pipi Imelda.
            "Abang sempurna adanya kak Manja disisi, sejak dari dulu. Kerana kak Manja yang sentiasa menyokong abang dibelakang sehingga abang berjaya membuka empayar ini dengan titik peluh abang sendiri. Kerana kak Manja yang sentiasa memberi tiupan semangat, abang berjaya diberi gelaran tokoh korporat termuda berjaya di Malaysia. Memang sejak dari dulu abang sempurna." Imelda membetulkan tali leher suaminya.
             "Tapi abang bertambah sempurna bila ada insan yang sudi mengandungkan zuriat abang dan bakal melahirkannya. Abang janji abang takkan tinggalkan Imelda, dan kita akan besarkan anak-anak kita bersama." Ikhwan mengucup dahi isterinya lembut.
              Imelda tersenyum bahagia.

AJIHAH menarik telinga Imelda keluar dari bilik, sebal benar perasaannya bila Imelda jatuhkan gambar kahwinnya yang terhias megah didalam kamar tidurnya.
           "Bertahun-tahun gambar tu tergantung cantik je dalam bilik aku, tak pernah jatuh! Sampai tangan kau, habis ranap barang-barang aku! Kau dah kenapa?" tengking Ajihah, dia menonjol kepala Imelda.
           "Saya tak sengaja kak, saya betul-betul tak sengaja. Tadi saya nak letakkan nasi goreng yang akak minta, lepas tu akak tolak saya. Sebab tu saya terlanggar gambar tu." Imelda cuba untuk pertahankan dirinya. Dalam keadaan kandungannya yang sekadar menunggu hari untuk melahirkan membuatkan dia rasa tidak larat untuk melawan Ajihah.
            "Habis tu kau nak cakap aku yang salah? Macam tu?" tempelak Ajihah, dia menampar pipi gebu Imelda sehingga tersembur darah dibibir gadis itu.
               "Bukan macam tu kak, saya minta maaf. Saya akan gantikan balik bingkai tu."
               "Ganti balik? Kau ingat kau ada duit? Bingkai tu harga dia, lebih dari duit gaji kau lima bula tau! Dan aku beli dekat luar negara sana. Apasal yang kau tongong sangat!" Ajihah menepuk badan Imelda kuat.
               "Kak janganlah macam ni, saya tak larat dah ni. Tolonglah." Imelda merayu agar dirinya jangan disakiti begini. Jika dia seorang yang disakiti mungkin tidak mengapa, tapi anak didalam kandungannya turut tersiksa!
               "Kau tak payah nak merayu-rayu dengan aku! Rayuan kau tu tak bermakna bagi aku!" Ajihah menolak-nolak tubuh Imelda.
                Imelda semakin lama semakin kebelakang sehingga menuruni anak tangga perlahan-lahan.
                "Sejak kau datang dalam hidup aku, aku tak pernah tenang kau tahu! Kau susahkan aku satu demi satu! Kau tak pernah senangkan hati aku, kau asyik menyakitkan hati aku je!" tengking Ajihah. 
                Ikhwan baru sampai dirumah, tadi dia keluar untuk cuci kereta. Niatnya hari ini ingin membawa Ajihah dan Imelda berjalan-jalan membeli sedikit barang bayi. Langkah Ikhwan untuk duduk disofa terhenti bila mendengarkan bunyi bising diatas, dia berlalu untuk naik keatas.
               Kaki Imelda tidak dapat merasa mata anak tangga menyebabkan dia tergelincir apabila Ajihah menolak bahunya kuat. Imelda tidak dapat mengimbangi tubuhnya menyebabkan dia jatuh dari atas sehingga ke kaki Ikhwan.
                "Imelda! Manja!" tengking Ikhwan, di depan matanya sendiri dia melihat Ajihah menolak bahu Imelda sehingga isterinya itu jatuh. Ikhwan mendapatkan Imelda yang sedang terbaring diatas lantai.
                 "Sayang, bersabar ye kita ke klinik." Ikhwan mahu memapah Imelda namun isterinya menahan.
                 "Abang, perut saya sakit bang. Tolong bang." airmata Imelda menitis laju, kesakitan yang dirasai tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
                Jantung Ikhwan berdegup laju, dia menyelak sedikit kain labuh isterinya dan meraba dicelah peha Imelda. Kemudian dia keluarkan semula tangannya, tubuh Ikhwan jadi menggigil bila melihat darah ditangannya.
                 Tanpa membuang waktu, Ikhwan memapah Imelda untuk dibawa ke hospital. Ajihah yang terkejut dengan segera mengekori suaminya.

Lirik Lagu Alasan Untuk Bahagia – Asfan Shah

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

1 comment:

Unknown said...

ajihah nih pasti syaitan yg bertopeng kn manusia!!!!!!!!!!!!hati cam parasit!tk punya hati perut!!!kesian sngt kat melda...bertahan yer melda...