Thursday, 8 May 2014

Ini Buku Cinta Kita


EPISOD 26

NAJIHAH bangun dari tidur dan terasa pinggangnya dipeluk oleh seseorang. Dia menoleh kesebelah dan terpandangkan wajah lena suaminya. Ingin sahaja wajah itu dikucup, namun bila teringatkan pelukan yang suaminya beri pada Amel, hatinya menjadi sakit. 
               Tak tunggu lama, Najihah menepis kain selimutnya dan keluar dari bilik. Perbuatan kasarnya membuatkan Ikhwan tersedar dari lena dan terus mengekori dia keruang tamu.
                    "Kenapa balik semalam tak beritahu kami?" soal Ikhwan lembut. Perbualan dia dan Najihah mendapat perhatian semua orang yang ada didalam rumah itu dan mereka sekadar menjadi pemerhati.
                    "Perlu ke saya beritahu?" soal Najihah bengis. Panggilannya sudah ditukar dengan 'saya' 'awak'.
                    "Kenapa ni mama?" Ikhwan mula hairan dengan sikap dingin dan nada suara kasar isterinya.
                    "Awak tak payah berlakonlah Ikhwan, meluat tau tak!" Najihah merenung suaminya sambil berpeluk tubuh,
                   "Berlakon apa ni mama? Kenapa dengan mama ni? Papa tak fahamlah! Cuba mama terangkan pada papa. Kenapa ni?" Ikhwan cuba memujuk isterinya
                    "Lepas awak peluk perempuan tu, tanpa fikir dosa pahala, tanpa fikir perasaan saya, awak boleh tanya saya kenapa?" tempelak Najihah. Wajahnya mula menyinga.
                  Najwa rasa geram betul dengan perangai adiknya yang suka mengamuk tak tentu pasal macam tu, terasa bagaikan nak tampar je muka si Najihah ni.
                  "Ma bagi papa jelaskan dulu. Jangan mengamuk tak tentu pasal macam ni." Ikhwan cuba untuk meraih jemari Najihah, namun gadis itu lebih cepat menepis.
                   "Apa yang awak nak jelaskan pada saya Ikhwan? Awak nak jelaskan sebuah penipuan? Macam tu? Cerita apa pula yang awak nak reka kali ni?" Najihah rasa benci melihat wajah suaminya. Melihat lelaki itu hanya akan mengingatkan kucupan Amel dibawah pipi lelaki itu.
                  "Mama apa yang mama nampak semalam tu, tak seperti yang mama sangka sayang. Percayalah." Ikhwan mendekati isterinya dan ingin memeluk Najihah. Cepat si Najihah ni menepis pelukannya.
                 "Awak ingat saya nak percayakan awak ke selepas saya tengok semua tu? Ikhwan, saya pun awak tak pernah peluk macam tu! Erat sungguh pelukan awak untuk dia, isteri mana yang sanggup terima semua tu?Dasar lelaki yang tak tetap pendirian!" Najihah hanya bersuara mengikut kata hati.
                "Najihah! Hormat saya sebagai suami awak. Saya ni suami awak Najihah!" kesabaran Ikhwan sudah dipenghujungnya.
                 "Layak ke lelaki macam kau ni, minta kepercayaan aku? Setelah aku bagi segala kepercayaan aku pada kau, kau hancurkan macam tu je." Najihah terus berani dengan kata-katanya.
                 "Najihah, tolong percayakan.." tindakan Ikhwan untuk menyentuh pipi Najihah, ditindas laju oleh wanita itu.
                  "Jangan kau berangan nak sentuh akulah Ikhwan! Aku jijik dengan lelaki macam kau! Kau nak peluk, pergi peluk si Amel tu!" Najihah berlalu masuk kedalam biliknya dan memakai tudung sebelum keluar semula dari biliknya dan keluar dari rumah itu.
                  Ikhwan tidak mampu untuk menghalang, kerana terlalu terkejut dengan kata-kata yang meniti dibibir isterinya.

SHAH menghampiri sahabatnya yang sedang duduk di meja yang tersedia didepan rumah tumpangan itu. Shah duduk dan merenung wajah kusut Ikhwan. Sejak lelaki itu berkahwin, itulah pertama kali Shah melihat wajah kusut Ikhwan.
                  "Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Kau tak nak share dengan aku ke?" Shah menepuk lembut bahu Ikhwan.
               "Aku tak sangka dia nampak apa yang dah jadi semalam, dan akan salah sangka macam ni."jawab Ikhwan lemah.
               "Apa yang jadi semalam?"
               Ikhwan menceritakan satu persatu perkara yang berlaku diantara dia dan Amel. Habis bercerita, dia mengeluh berat, dan melepaskan pandangan kearah pergunungan.
               "Aku tak berniat nak buat dia terluka Shah, apa yang dia nampak tak sama dengan apa yang aku maksudkan. Dia tak beri aku peluang untuk terangkan apa yang dah jadi." keluh Ikhwan. Dia hampa.
              "Sabar bro, kadang-kadang apa yang terjadi, sebab Allah nak uji kita. Mungkin ada yang kita terkurang pada DIA, mungkin ada yang kita terlebih pada yang lain. Dan mungkin disaat ini, Allah sedang menguji kesabaran kau untuk berdepan dengan sifat-sifat negatif Najihah. Kau kena sabar Ikhwan, dan kau kena selalu bertenang." Shah cuba menasihati sahabatnya. Sahabat yang terlalu dia kasihi.
              "Tapi Shah, patut ke sampai perkataan 'jijik' tu, keluar dari mulut dia? Aku rasa terhina sangat Shah. Seolah-olah aku ni macam anjing kurap!" Ikhwan mula menunjukkan perasaannya.
               "Ikhwan, apa yang Najihah cakap tu, semuanya bukan dari hati dia. Tapi dari emosi dia. Orang yang tengah marah tak dapat mengawal perasaan dia, emosi dia, dan fikiran dia. Kau jangan anggap segala apa yang Najihah cakap tadi adalah dari hati dia. Tak, Ikhwan. Najihah tu terlalu cintakan kau, jadi marah dia timbul kerana sifat cemburu dia." Shah cuba menindas anggapan Ikhwan.
               "Aku ada perasaanlah bro. Salah macam mana pun aku, dia tak boleh hormat ke aku sebagai suami dia? Niat aku cuma nak Amel berbaik dengan kita, terutamanya aku nak Amel berbaik dengan Najihah. Aku tak nak orang cakap isteri aku tak kenang budi! Aku tak suka Shah. Tapi kenapa mesti dia salah anggap atas niat baik aku! Dengan cara macam mana lagi aku nak bentangkan kasih sayang aku untuk dia? Dengan cara macam mana lagi, aku nak tunjukkan cinta aku pada dia?" soalan Ikhwan itu, seolah-olah punya jawapan dari Shah.
              "Ikhwan kawallah amarah kau, kau mampu. Anggap sahaja ini adalah sebuah dugaan dari Allah swt untuk menguji kesabaran dari hambaNya. Ikhwan, sebaik kau menikahi Najihah, benda yang kau kena terima adalah segala baik buruk Najihah. Jika disaat ini kau nampak buruk dia, maka kau tutuplah ia dengan kebaikan yang pernah Najihah berikan untuk kau. Memang tak mudah untuk melupakan setiap kata-kata bisa, tetapi betapa mulia, sekiranya kita menghalalkan segala kekurangan manusia." Kata-kata Shah cukup padat dan buat Ikhwan terdiam seketika.
            "Entahlah Shah, hati aku agak terluka dengan kata-kata dia. Aku tak mampu nak telan semua tu, aku perlukan masa." Ikhwan melepaskan keluhan berat.
            "Jika disaat ini, kau terluka dengan kata-katanya, ubatilah dengan zikrullah. Kerana kau perlu tahu, apa yang dilihat itu lebih terluka. Jadi jangan kau bertindak mengikut emosi. Tabahkan hati kau, kuatkan jiwa kau dan yang paling penting, utuhkan iman kau." Shah tidak mahu kerana hal macam ni, masjid yang dibina oleh Ikhwan dan Najihah berderai menjadi abu.

NAJIHAH berjalan diperladangan teh dengan niat menenangkan fikiran. Airmata sejak tadi menitis tanpa henti. Dia cuba menghakis ingatan semalam, namun terlalu pahit dan terlalu sukar. Dia menganggap bahawa suaminya tidak pernah berhenti mencintai Amel. Dan perkahwinan mereka atas dasar lakonan. Dia merasakan seolah-olah dirinya menjadi permainan Ikhwan dan Amel. Terlalu pahit untuk dia menelan semua itu.
          Najihah mengalihkan pandangan kearah kiri dan ternampakkan Amel yang sedang berdiri mengiring dari arah dia berdiri. Dia melihat gadis itu sedang mengusap perut yang sedang sarat. Dengan marah yang membuak-buak, dia menghampiri Amel.
           "Hoi, perempuan!" tempelak Najihah, dia menolak bahu kanan Amel dari arah belakang dengan tolakan yang agak kasar.
            Amel mengawal tubuhnya sebelum menoleh, kerana dia hampir tergelincir akibat tolakan itu. Darahnya membuak-buak bila melihat Najihah yang berada dibelakangnya. Dia merenung Najihah dengan kening yang terjongket di gigi yang terkatup rapat.
           "Kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan? Kenapa hidup kau tak pernah puas nak buat aku sakit hati? Sampai bila kau nak sakitkan hati aku? Agak sampai kau mati ke?" segala amarah dihamburkan kepada gadis itu.
         "You rasa?" soal Amel dua patah.
         "Eh, ni bukan masa nak rasa-rasalah! Hati aku ni yang bengkak bila tengok kau cium suami aku! Kau faham ke tidak?" Najihah sudah hilang sabar.
         "Yang you nak marah-marah ni kenapa, you kenalah terima hakikat yang suami you masih cintakan I." senyuman sinis Amel menambahkan lagi marah Najihah.
         "What? Suami aku cintakan kau? Cuba kau cermin diri kau dulu, kau tengok perut buncit kau tu. Lelaki bodoh mana yang nakkan kau? Kau buta ke apa, ke kau lupa yang kau tu tengah bunting anak luar nikah?" Najihah berasa puas dapat menembak Amel dengan kata-katanya.
        "Lancang sungguh mulut you Najihah. Yes, i'm pregnat,  tapi you tak rasa ke suami you boleh peluk i, takkan dia tak pernah lebih-lebih dengan I kan?" Amel membalas dengan penuh lidas.
         "Suami aku tak bodohlah, sampai nak tidur dengan perempuan yang dah bolos macam kau ni!"
         Pang!!!!!!
         "You memang daripada dulu lagi bodoh Najihah! Sebelum you nak suruh I cermin diri I, you cermin diri you dulu. You rasa layak ke you nak cakap macam ni dengan I? Kalau you rasa suami you tu tak jelat dengan I, yang you pergi tunjuk bodoh you dengan serang i macam ni, apahal? Kalau you rasa suami you tu bagus sangat, kenapa you datang sini and serang I lagi. You datang sini untuk marah I sebab suami you, atau you sengaja nak tunjuk bodoh you ni depan I? For your imformation Najihah, I dah penat nak tengok kebodohan you ni. Dari dulu sampai sekarang, you tak pernah boleh lawan I. Sebab you hanya mampu saiko I, but you tak mampu mengatasi I. Remember that!" Amel berlalu membelakangi Najihah, namun kata-kata Najihah membuatkan langkahnya terhenti.
        "Pergi jahanam dengan semua tu. Aku nak warning kau, jangan cuba dekat dan menggatal dengan suami aku!" Najihah memegang pipinya yang merah dan perit itu.
         "Okay, I accept. But, I also want to warn you. Jauhkan suami you dari I, sebab you tahu akibatnya sendiri." Amel terus melangkah meninggalkan Najihah.

CAHAYA QASEH dan Shah meletakkan barang keperluan perkahwinan mereka yang baru dibeli tadi dihujung sofa yang tersedia diruang tamu. Cahaya Qaseh duduk disebelah Najihah yang sedang duduk disofa sambil menutup muka dengan kedua belah tangan sambil menunduk, bahunya terhinjut-hinjut sedikit.
          Shah meletakkan kunci kereta diatas meja dan berlalu kedapur meninggalkan perempuan-perempuan berbicara.
          "Najihah, kenapa ni?" Soal Cahaya Qaseh lembut.
          Najihah mengangkat mukanya dan memandang Cahaya Qaseh sekejap sebelum memeluk erat tubuh gadis itu.
         "Najihah, bawak bersabar. Bawak bertenang, awak perlu perbanyakkan istigfar." Pujuk Cahaya Qaseh, dia mengurut belakang Najihah dengan perlahan.
          "Cahaya, saya dah jadi isteri derhaka. Saya fitnah Ikhwan ikut sedap saya, saya bercakap tak fikir hati dan perasaan dia. Saya berdosa Cahaya." Luah Najihah. Tubuhnya menjadi lemah gemalai.
         "Sabar Najihah, semua manusia melakukan kesilapan. Tapi Allah tak pernah menutup pintu kemaafan. Jika kamu hendak menyesalinya, kamu telah pun melakukannya. Jika kamu hendak menangis airmata darah sekalipun, perkara telah terjadi. Najihah, bukan ini yang patut kamu hamparkan. Kamu perlu bangun dan memohon kemaafan kepada Ikhwan. Itu sebaik-baik tindakan." Cahaya Qaseh cuba memujuk temannya itu.
          "Saya takut Cahaya, saya takut. Saya takut Ikhwan tak dapat memaafi saya, saya tak berani nak tengok muka dia." Najihah menangis tersedu sedan.
         "Najihah, jika kamu nak takut, takutlah tadi. Bukan sekarang. Sekarang kamu perlu menuntut kemaafan Ikhwan, itu begitu penting. Sedangkan sabda Rasulullah saw, "Jika aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, nescaya aku akan perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya." Kamu boleh lihat disitu, betapa seorang isteri dituntut menghormati suaminya dalam apa jua keadaan. Jangan kamu fikirkan takut kamu didunia ini Najihah, kamu takutkan lagilah pada hukuman akhirat. Pergilah sayang, memohon kemaafan adalah sebaik-baik perbuatan." Cahaya Qaseh merenggangkan pelukan dan merenung wajah sayu Najihah.
             Najihah sekadar mengangguk dan memeluk Cahaya Qaseh semula.

FAIZ dan Najwa membeli sedikit barang dipekan sebaik sahaja Cahaya Qaseh dan Shah pulang. Maklumlah berkongsi kereta, terpaksa menunggu giliran.
         Najwa meminta Faiz tunggu diluar, kerana dia hanya mahu membuat bayaran. Dan Faiz menurut, lagi pun tak tahan bau didalam gerai itu yang agak kurang menyenangkan. Faiz berjalan melepasi gerai disitu dan ke sebuah gerai yang satu lagi.
         "Pakcik, yang ni berapa harganya?" Soal Amel lembut, dia merenung bingkai gambar ukiran kaca yang agak uni.
         "Yang ni enam puluh lima nak." jawab pemilik gerai itu lembut.
         "Bungkuskan I satu." pinta Amel. Dia memegang pinggangnya yang terasa sakit sejak tadi.
         "Suaminya mana nak? Tengah sarat macam ni, jalan sorang-sorang." Ligat pula pakcik ni nak ajak berbual.
         "Pakcik bingkai kaca ni berapa harganya?" Soal Faiz sambil menunjukkan bingkai kaca yang sama seperti yang dibeli oleh Amel tadi. Dia menoleh kearah pelanggan pemilik gerai tadi sekejap, dan terlihatkan Amel wajahnya berubah.
           "Bingkai kaca tu enam puluh lima nak." jawab pakcik itu lagi.
          "Bungkuskan saya satu." pinta Faiz, pandangannya tidak beralih dari merenung Amel.
          Amel berpura-pura tidak mengenali lelaki itu dan cuba mengawal sakit pinggangnya.
          "Baiklah. Nak, dari tadi pakcik tanya, suaminya mana? Takkan dia biarkan kamu berjalan sorang-sorang dalam sarat macam ni." soal pakcik itu lagi kepada Amel.
          Bagaikan tersirap darah dimuka Faiz disaat mendengar soalan dari pakcik tua ni, pakcik ni kalau aku backhand sekali, padam. Detik hatinya.
          "Suami I, dia.. dia kerja di oversea." terasa pahit disaat meluahkan penipuan itu, sedangkan bapa kepada anaknya ada didepan mata.
          "Kejamnya suami kamu, asal dia tak balik? Isteri tengah sarat macam ni, sepatutnya dia ada dekat dengan kamu. Buat kamu terberanak dekat sini nanti siapa yang susah." merungut pula pakcik ni.
           "Suami I tak kejamlah pakcik, dia on the way nak kesinilah. Takkan dia nak biarkan isteri dia beranak sorang-sorang." tipu Amel lagi.
           Faiz sudah berpeluh disitu. Meskipun gerai itu berhawa sejuk dan dingin, namun peluh yang merecik didahi tidak dapat dilindungi.
           "Macam tu pula ye." pakcik itu mula bersangka lain.
           "Macam tulah pakcik, nah ni ambil duitnya dan simpan bakinya. Terima kasih." Amel menghulurkan not seratus dan berlalu keluar dari kedai itu. Namun Faiz sempat mengejarnya diluar.
          "Amel, kenapa awak keluar macam tu je?" soal Faiz lembut.
          "Habis tu, you nak I keluar macam mana? Keluar dengan tinggalkan bekas tapak tangan I dekat muka you? Macam tu?" bentak Amel kasar.
          "Tak habis-habis lagi ke? Sampai bila you nak macam ni? Sampai bila you asyik nak menghukum?" Faiz dah tak sanggup nak berdepan dengan kebencian Amel. Dari arah sebelah kedai, Najwa menjadi tontonan.
          "You rasa macam mana Faiz? Kalau you di posisi I, you rasa apa? You tak ada dekat tempat I, sebab tu you pandai cakap!" marah Amel, matanya mula berkaca, perutnya mula terasa bisa.
          "Awak nak....."kata-kata Faiz terhenti bila terdengar suara Najwa memanggilnya.
          "Abang.. abang tolong Najwa bang." Najwa terduduk dipasir sambil memegang perutnya yang sakit. Dia dah nak melahirkan.
           "Najwa!" Faiz berlari mendapatkan isterinya.
           Amel sekadar menjadi penonton disitu melihat Najwa yang berpapah bahu dengan Faiz.
           "Amel, tolong saya. Please." pinta Faiz, dia benar-benar merayu pada Amel.
           Pada mulanya Amel tidak mahu membantu, tapi bila melihat airmata Najwa menahan kesakitan, hatinya jadi lemah. Dia terus berjalan kearah pasangan suami isteri itu dan membantu Faiz.

DIHOSPITAL Amel ditinggalkan untuk menunggu Najwa diruang bersalin. Faiz pulang kerumah tumpangan untuk mendapatkan rakan-rakan yang lain. Tak sampai setengah jam menanti, Faiz tiba dihospital dengan rakan-rakan yang lain.
          "Amel, macam mana dengan keadaan Najwa?" soal Faiz cemas.
          "I tak tahu, doktor belum keluar dari tadi." jawab Amel perlahan, dia turut cemas dan berasa gugup.
          Doktor keluar dari bilik bersalin dan berjalan kearah mereka.
          "Doktor macam mana dengan keadaan isteri saya?" soal Faiz cemas.
          "Keadaan isteri tuan sangat lemah dan dia mengalami kesukaran untuk melahirkan." jelas doktor itu lemah.
          "Habis tu macam mana doktor? Saya merayu, tolong selamatkan isteri saya." pinta Faiz lemah.
        "Kami sebagai doktor hanya mampu melakukan apa yang kami boleh, selebihnya kita berserahlah kepada Allah swt. Jika pesakit ada melakukan kesilapan dengan sesiapa, mintalah orang itu memaafkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita." doktor itu menepuk perlahan bahu Faiz sebelum berjalan kearah kaunter medik.
          "Amel, sekiranya awak masih berdendam dan marah pada kak Najwa. Maafkanlah dia. Jika awak tak nak lakukan untuk dia, awak lakukanlah untuk anak dalam kandungan dia. Awak juga bakal seorang ibu, pasti disaat ini, awak dapat rasakan apa yang Najwa rasa." pinta Cahaya Qaseh. Dia duduk berlutut didepan Amel sambil mengenggam jemari Amel.
          Amel yang sejak tadi tertunduk, mengangkat sedikit kepalanya dan merenung Cahaya Qaseh sebentar dengan airmata yang bergenang di kolam mata.
         "Doktor." panggil Amel perlahan.
         "Ye, saya." jawab doktor tersebut pantas, dia memandang kearah Amel.
         "Izinkan saya berjumpa dengan pesakit itu." Amel berharap dia dapat bertemu dengan Najwa.
         "Baiklah, silakan. Saya harap, dapat membantu."
         Amel masuk kedalam bilik bersalin itu dengan jantung yang berdegup kencang. Melihat wajah Najwa yang lemah terasa teragut tangkai hatinya. Dia menghampiri wanita itu dan mencapai jemari Najwa dengan penuh kelembutan.
         "Amel, maafkan Najwa. Najwa memohon kemaafan pada Amel dari hujung rambut sampai hujung kaki. Najwa tahu, Najwa tak layak minta kemaafan dari Amel, tapi Najwa tetap nak minta maaf pada Amel. Maafkan Najwa, Amel." pinta Najwa didalam keadaan yang lemah.
         "Sudahlah Najwa, Amel dah lupakan segala-galanya sejak tadi. Amel menghalalkan segala yang terjadi. Memang ditakdirkan kebahagian Faiz adalah bersama Najwa, bukan Amel. Amel yang sepatutnya meminta maaf pada Najwa, kerana tak sudah-sudah menyakitkan hati Najwa." menitis airmata keikhlasan dipipi Amel, dia mengusap perlahan kepala Najwa.
           "Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan jasa Amel pada Najwa. Semoga Allah menghadiahkan kebahagian yang berlipat ganda untuk Amel, dan anak ni." Najwa mengusap lembut perut Amel.
            "Tarik nafas dengan perlahan dan hembus." pujuk Amel, dia mengucup dahi insan yang pernah dianggap kakak suatu ketika dahulu.
          Najwa melakukan seperti yang dipinta oleh Amel, tanpa sedar dia berjaya melahirkan tanpa merasakan kesakitan yang dia bayangkan sebelum ini.
           Najwa dan Amel tersenyum melihat bayi yang semangat dan berjantinakan perempuan selamat dilahirkan. Menitis airmata kebahagian dipipi Najwa sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.

NAJWA tersedar dari lenanya apabila merasakan ada sentuhan dilengannya. Dia membuka mata dan menoleh kearah kanan, melihat Faiz dan seorang bayi membuatkan jiwanya menjadi damai.
          "Abang.." panggil Najwa perlahan, suaranya lemah.
          "Sayang, sayang rehat dulu. Badan sayang lemah lagi." pujuk Faiz.
          "Apa jadi pada Najwa bang, mana Amel?" soal Najwa sedikit cemas bila mencari kelibat Amel tiada.
          "Tadi sayang pengsan sebab kekurangan darah, dan kami semua tak dapat dermakan darah untuk sayang. Sebab darah kami tak sesuai, bekalan darah dihospital ni pun kurang, jadi Amel bertindak dermakan darah untuk sayang. Kebetulan darah sayang sama dengan darah dia." jelas Faiz perlahan, risau anaknya tersedar dari lena.
          "Ya Allah besarnya pengorbananmu Amel." airmata menitis lagi, Najwa tidak mampu menahan sebak dijiwanya. Jika dia mempunyai kekuatan disaat ini, pasti dia akan bangun mendapatkan Amel dan memeluk gadis itu dengan erat.
          "Sudahlah sayang, jangan banyak berfikir sangat,  sayang rehat dulu." pujuk Faiz, dia mengurut lembut lengan Najwa.

SEMINGGU berlalu, Faiz mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur, sebab mama nak jaga Najwa yang didalam pantang itu. Anak comel mereka telah diberi nama Siti Aisya seperti yang dicadangkan oleh Shah dan Cahaya Qaseh.
            Niea, Badariah dan Cahaya Qaseh memasukkan beg pakaian kedalam bonet kereta. Perbuatan mereka itu terhenti bila melihat adegan Najihah memujuk Ikhwan. Ada yang tersenyum, ada juga tanpa reaksi.
                "Pa, ma minta maaf. Ma tahu ma salah, ma asyik tuduh pa je. Ma minta maaf sangat-sangat." Najihah mengejar suaminya yang sengaja menyibukkan diri dengan mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang.
                "Saya malas nak cakap banyak dengan awak Najihah. Terpulang pada awak, nak buat apa." Ikhwan malas nak melayan kerenah isterinya yang mudah minta maaf, tapi suka buat dia marah balik. Sebenarnya hati dia sudah lama memaafkan Najihah, cuma sengaja hendak menguji.
                    "Papa tak sayang mamakan, sebab tu papa cakap macam tu." Najihah membuat muka sedih. Dia tahu suaminya tak marah lagi pada dia.
                     "Kalau saat ni, wa kena angkat wa punya kasi sama lu wa sanggup. Sebab lu wa punya bini, tapi Allah swt penentu semuanya. Jadi awak tak payah nak tuduh-tuduh saya tak sayangkan awaklah Najihah!" Ikhwan memasukkan beg-beg pakaian kedalam bonet dan menyusun dengan elok.
                       "Mama pun. Walau apa pun yang terjadi, walau apa pun masalah yang dihadapi. Mama tetap sayang dan cintakan papa sepenuh hati mama. Mama love papa so much." Najihah memeluk pinggang suaminya dari arah belakang.
                      "Yelah tu sayang, cinta, tapi tak percayakan suami sendiri." Ikhwan menolak perlahan pelukan isterinya, dan berlalu kebahagian hadapan kereta.
                     "Betullah papa." Najihah mengejar suaminya.
                     "Tak sudah-sudah lagi pasangan hangat bercinta tu?" Soal Shah pada Cahaya Qaseh. Dia menghulurkan beg pakaian Cahaya Qaseh kepada gadis itu.
                     "Biasalah, honeymoon tergendala Shah. Mula nak buat strategi barulah tu." Cahaya Qaseh tersenyum melihat teletah Najihah dan Ikhwan.
                      "Tulah, hari tu bercakap tak ingat hari esok. Hari ni, kerja kau jadi pemujuklah Najihah." Badariah sengaja menyimbah api kepada Najihah.
                    "Diamlah kau!" tengking Najihah.
                    "Lain kali, kalau nak jadi orang yang cemburu sekali pun, tengok tempatlah cik kak. Ni tidak, serang tanpa usul periksa pula tu. Salah pelurulah kak oi, bagi sniper dia balas machine gun. Baru kena dengan muka." tambah Niea berserta dengan tawanya.
                     "Kau Niea, aku bagi pelu berpandu dekat kau nanti baru kau tahu, pecah berderai! Diamlah!" tempelak Najihah.
                     "Sudah-sudahlah tu, nak berdrama sambung dekat KL, kita dah lambat dah ni. Cepat kemas barang." tiba-tiba Faiz yang sejak tadi diam dan hanya fokus pada pemeriksaan enjin kereta, bersuara pula.
                  "Nanti nak tunggu kamu berdua punya drama, alamatnya malam baru sampai KL." tambah Najwa dengan ketawanya. Dia mengendong Siti Aisya dan dan berjalan dengan penuh berhati-hati menuju ke kereta, takut-takut kalau bentan.
                  "Kakak ni, tak sporting langsung." rungut Najihah, dia berdiri bersandar dipintu kereta Ikhwan, menunggu suaminya memeriksa enjin kereta.
                    "Kakak awak tu dah cukup sporting Najihah, kalau tak dah lama awak kena dengan dia." sampuk Badruzaman yang baru keluar dari pintu rumah bersama dengan beg pakaiannya dan Emah.
                  "Kalau aku jadi kakak kau, dah lama aku cubit-cubit kau tu." Emah pun tidak menyebelahi Najihah.
                  "Dah-dah, kereta dah siap. Jom masuk." Faiz menghidupkan enjin keretanya.
                  "Dah ma, tak payah nak jadi patung chendana dekat situ. Kereta dah siap servis, jom masuk." arah Ikhwan.
                  Najihah tersenyum lebar apabila mendengar perkataan 'mama' dibibir Ikhwan. Itu tanda-tanda yang baik. Dia berjalan masuk dalam kereta dibahagian penumpang.

FAIZ menghentikan kereta didepan restoran yang didatangi oleh Amel untuk menikmati sarapan pagi. Dia turun dari kereta dan menghampiri gadis itu.
               "Assamualaikum Amel." ucap Faiz perlahan.
               Suapan Amel tadi terhenti disaat melihat insan yang paling dia cinta berdiri tegak didepannya. Dia menundukkan pandangan sebelum bangun dari tempat duduk. Amel tak banyak cakap, dia terus berlalu kekaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, Amel berlalu keluar dari restoran itu, namun dipintu restoran itu langkahnya terhenti disaat jemarinya digenggam oleh Faiz dari belakang. Dengan perlahan dia menoleh kebelakang dan berdepan dengan Faiz.
              "Kalau ini hukuman yang saya perlu terima, saya akan terima Amel. Tapi beri saya peluang untuk berada bersama dengan awak, ketika awak melahirkan anak kita." pinta Faiz lembut. Airmatanya telah bergenang dikolam mata.
                "Untuk apa Faiz? Tak cukup ke derita yang you dah beri pada I? You dah bahagia dengan Najwa, so you jangan ganggu hidup I lagi. Biarlah I dengan hidup I." tegas Amel. Kolam matanya turut bergenang, pandangannya diarahkan kearah lain.
               "Tak ada kemaafan ke untuk saya dihati awak? Kejam sangat ke saya dipandangan awak?" Soal Faiz lembut.
                "Mahal sangat ke sebuah kemaafan untuk kami dari kau Amel?" soal Badariah dengan linangan airmata. Dia berdiri sederet dengan Niea, Emah, Badruzaman, Shah, Cahaya Qaseh, Najihah dan Ikhwan.
                 "Mahal? Maaf? Kejam? Untuk kau semua? Pernah tak kau fikir apa yang aku rasa? Pernah tak kau semua tanya apa yang ada dalam hati aku? Pernah?" tengking Amel, airmatanya menitis juga dipipi putih gebu itu.
                 "Apa yang kau nak kami tahu?" Soal Niea yang turut menitiskan airmata.
                 "Selama ni, apa yang aku minta pernah tak kau orang nampak? Kau Emah? Kenapa kau tak cari aku? Sedangkan kau tahu setiap gerak langkah aku? Sedangkan kau tahu bahasa tubuh aku? Kalau kau betul-betul kawan yang paling rapat dengan aku, tak mungkin Cameron kau tak boleh jejak untuk cari aku.
                 "Engkau Bad? Mana kau disaat aku perlukan teman untuk meluahkan? Engkau berpihak dengan Najihah sebab pada pandangan kau, aku cukup kejam!
                  "Engkau Niea? Puas kau tafsir diri aku? Kau pandang aku seolah-olah akulah manusia paling tak ada hati dan perasaan! Kau pandang aku seolah-olah aku terlalu kejam!
                  "Kau Ikhwan! Kau fikir aku ni racun dalam hubungan kau dan Najihah kan? Kau anggap aku beli kau dalam hidup aku kan? Aku ambil kau dan berikan segala-galanya bukan atas ehsan! Tapi kerana kasih sayang. Hanya tu yang aku minta, kau pernah nampak tak? Kau hanya anggap aku perempuan yang tak ada maruah diri, kan?
                  "Kau Najihah! Manusia yang aku dah anggap macam adik beradik aku sendiri. Diatas kesilapan-kesilapan aku kau tutup segala kebaikan yang aku pernah bagi. Aku tak minta kau pulangkan segala yang aku bagi walau satu sen pun. Cukup kau dapat temani aku, dan fahami aku. Andainya malam kejadian Faiz ditangkap basah dengan Najwa, kau berpihak pada aku dan memujuk aku. Tak mungkin ini yang akan jadi. Pernah tak kau fikir, apa yang aku luahkan malam tu, kerana marah bukan dari hati aku. Kau anggap apa yang aku buat pada Ikhwan itu mengikut perasaan aku. Ye! Memang tapi bukan dari naluri aku. Aku dapat merasai sakit kau Najihah! Tapi setiap kata-kata kau, ibarat kau menyimbar minyak pada api amarah aku. Kau tak pernah nak faham aku! Pada pandangan kau, aku ni perempuan jahat! Sedangkan kasih sayang aku pada kau hanya Allah swt je yang tahu!
                 "Dan awak Faiz. Awak tinggalkan saya tanpa sebarang noktah, tanpa sebarang tanda. Awaklah insan yang mengajar saya apa itu sayang, apa itu cinta, dan apa itu kasih. Tapi awak juga insan yang mengajar saya apa itu sakitnya hati, apa itu dendam, apa itu terluka dan apa itu kecewa. Saya tak pernah merasai kasih sayang, tapi awaklah orang yang memberi kasih sayang kepada saya, awaklah yang ada disaat saya memerlukan, tapi awak juga yang meragut segala-galanya.
                 "Setelah awak mendapat cinta Najwa, awak lupakan saya, awak letakkan saya ditempat yang tak tetap dihati awak, awak gantung cinta saya, awak biarkan saya terkapai-kapai mengutip balik sekeping hati yang dah hancur.
                  "Awak curahkan kasih sayang awak pada Najwa, membelai Najwa didepan saya tanpa awak fikir sedikitpun perasaan saya. Awak robek, awak lapah, awak mamah hati saya sampai lumat. Awak terlalu memikirkan perasaan Najwa sampai awak lupa pada hati yang awak pernah ambil dan simpan dalam hati awak.
                 "Setelah awak ambil satu-satunya maruah diri saya, awak lepaskan saya tanpa sempat saya menidakkan. Segala rayuan saya, awak tolak bulat-bulat. Awak dah ambil semua tu, dengan senangnya awak putuskan pertunangan kita, sedangkan awak gantung saya dulu dalam satu keadaan yang tak pasti.
                 "Saya disahkan mengalami tekanan jiwa dihospital suatu ketika dahulu, bukanlah suatu kebenaran. Saya tipu semua pihak untuk menyelamatkan awak dari dituduh dan diberi hukuman. Tapi betapa hancurnya hati saya disaat melihat awak membiarkan saya macam tu je melayani perasaan. Saya rasakan lebih baik saya gila betul-betul masa tu!
                "Apa yang akan awak rasa kalau awak diposisi saya Faiz? Apa? Jawab!" bentak Amel. Pipinya sudah basah dengan airmata. Bahunya terhinjut-hinjut menahan sedu.
                  "Saya tak kuat untuk berada ditempat awak Amel. Dan saya tak ada jawapan untuk itu melainkan kemaafan yang saya mampu pinta." Faiz melutut didepan Amel dan mengenggam kedua-dua tangan gadis itu.
                  "Cukup Faiz, semua tu dah terlambat. Saya dah tawar hati untuk semua ni. Saya dah tawar hati." Amel menarik perlahan jemarinya dari digenggam oleh Faiz. Dia menoleh dengan perlahan dan langkahnya terhenti disaat Najwa berdiri didepannya dengan mengendong Siti Aisya. Airmata si ibu itu menitis lebat.
                  "Amel, Amel memiliki sekeping hati yang mulia. Yang mungkin Najwa tak ada. Jika Najwa diberi peluang untuk memutar waktu, Najwa akan lakukan. Jika Najwa diberi peluang untuk menyerahkan Faiz kepada Amel, Najwa akan lakukan. Tapi Najwa hambaNya yang hanya mampu menerima takdir dan suratan dari Dia. Najwa tahu Najwa bersalah.
                  "Najwa merayu dengan Amel, berikanlah kemaafan kepada kami. Najwa yakin disudut hati Amel, masih ada kelembutan dan kemaafan yang tersembunyi. Amel, berilah peluang pada Najwa untuk menyayangi Amel dan memanggil Amel 'adik'." pinta Najwa dengan penuh keikhlasan. Dia mengenggam jemari Amel.
                   Amel merenung lemah kepada Najwa. Dia tertunduk dan mengangkat semula pandangan. "Ka..kakak." Amel memeluk Najwa dengan penuh erat. Hatinya redha dengan segala-galanya. Dia benar-benar menerima semuanya dan menghalalkan segala-galanya. 'Andai ini takdirku ya Allah, kau kuatkanlah semangatku untuk menerima semua ini. Aamiin.'


Saat ini hatiku rasa
Mengapa harus begini
Kau di sana aku di sini
Ku tak bisa lihat semua
Jalan cinta ini
Yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan
Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tiba jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus
Asmara engkau dan aku
Dibuai gelora yang tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus ini
Arus ini.. woo
Jalan cinta ini
Yang kau katakan padaku
Apakah kita harus bersama
Tuk meneruskan perjalanan
Asmara engkau dan aku
Bagai sudah tiada jalan pemisah
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus
Asmara engkau dan aku
Dibuai gelora yang tak menentu
Seperti tiada erti semua
Kerna ku tak daya melawan arus cinta
Melawan cintamu
Melawan cintamu

No comments: