Friday, 9 May 2014

Ini Buku Cinta Kita


EPISOD KEMUNCAK

AMEL menerima pelawaan Najwa untuk pulang bersama ke Kuala Lumpur. Kini hatinya benar-benar telah meredhai segala-galanya. Dia sedar keburukan tidak semestinya perlu dibalas dengan keburukan. Biarlah Allah yang memberi hukuman, bukan dirinya. Dia menghalalkan segala yang berlaku, dia lakukan itu demi kasihnya kepada sahabat-sahabat yang selama ini berkongsi hidup dengannya.
             Faiz menghentikan kereta didepan rumah Amel, gadis itu turun dari kereta dengan perlahan membawa perut yang sarat. Najihah memimpin bahu Amel.
                    Langkah Amel didepan pintu rumah terhenti disaat mata bertembung dengan papa dan mamanya. Wajahnya yang sejak tadi dihiasi senyuman berubah menjadi bengis.
                    "Apa yang mama dan papa mahu?" Soal Amel, nada suaranya bergetar. Sebenarnya kerinduan kepada kedua orang tua itu terlalu dalam.
                    "Papa dan mama rindukan Amel. Kami balik sebab nak tengok Amel. Amel sihat sayang?" mama Amel mendekati, namun gadis itu berundur setapak kebelakang.
                     "Papa dan mama dah buang Amel, untuk apa papa dan mama tanya kesihatan Amel lagi? Bukan papa dan mama dah anggap Amel ni mati? Untuk apa rindukan Amel lagi?" suara Amel meninggi menentang niat ibu dan bapanya.
                   "Amel apa yang mama dan papa cakap dulu, hanya kerana kemarahan bukan dari hati kami. Papa dan mama tak pernah berhenti menyayangi Amel, bagi kami Amel selalu hidup dalam jiwa kami." pujuk papa Amel dengan kesungguhan.
                   "Selama ni, Amel hidup terkontang-kanting, mana papa dan mama? Setiap kali papa dan mama balik, tak pernah nak luangkan masa dengan Amel. Masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Bila mama dan papa nak pergi oversea balik, mama dan papa tinggalkan segunung duit untuk Amel. Setiap bulan mama dan papa masukkan duit untuk Amel yang banyaknya tak terkira! Tapi apa yang Amel nak buat dengan duit tu?
                   "Amel tak perlukan semua duit papa dan mama tu! Amel hanya nak mama, nak papa! Bukan duit! Amel nak kasih sayang mama dan papa! Perhatian dari mama dan papa! Itu je." bahu Amel terhinjut-hinjut kerana sebaknya yang terluah.
                     "Kerana kasih sayang dan perhatian yang Amel harapkan, Amel mengemis kasih sayang orang lain. Amel mengemis perhatian dari orang lain.
                     "Kerana mama dengan papa, Amel jadi macam ni! Amel kejar kasih sayang tapi ni yang Amel dapat. Disaat Amel perlukan mama, untuk mengadu nasib kerana dirogol. Mama cakap Amel anak yang derhaka. Disaat Amel perlukan papa, untuk melindungi dan membela Amel kerana Amel dirogol. Papa cakap Amel anak yang tak tahu jaga maruah keluarga. Papa dan mama buang Amel. 
                     "Selama hampir sembilan bulan Amel hidup merempat, terkontang-kanting, mana papa dan mama???? Mana???" tengking Amel dengan rembesan airmata. Semua yang ada disitu hanya mampu terdiam.
                       "Sejak kecil, mama dan papa tak pernah ambil tahu hidup Amel. Mama dan papa tinggalkan Amel dalam rumah besar ni dan mama papa anggap seolah-olah mama dan papa dah beri segala-galanya.
                   "Amel teringin nak papa lindungi Amel, peluk Amel disaat Amel kesedihan. Ajar Amel memandu. Tapi tu semua menjadi imaginasi Amel.
                     "Amel teringin nak makan masakan air tangan mama, Amel teringin nak berbual dengan mama.  Amel teringin nak mama ajar Amel memasak, tapi tu semua imaginasi Amel. 
                     "Tak pernah terjadi." Amel menangis sepuas-puasnya, tubuhnya menjadi lemah namun masih kuat berdiri.
                     "Maafkan papa nak, papa berdosa kerana mengabaikan Amel. Berilah papa peluang untuk melindungi Amel, untuk menjaga Amel. Maafkan papa nak. Selama ni, papa rasa papa dah beri segalanya untuk Amel. Rupa-rupanya papa silap. Maafkan papa sayang." mohon papa Amel dengan lelehan airmata. Sayu dan terluka disaat mendengar rintihan anaknya. Dia tidak sedar selama ini anaknya menderita.
                    "Maafkan mama sayang, mama bersalah. Mama janji lepas ni mama akan selalu ada dengan sayang. Mama akan temani sayang. Kita sama-sama jaga anak Amel. Maafkan mama nak, maafkan mama sebab tak dapat jadi mama yang baik untuk Amel. Mama merayu maafkan mama. Maafkan mama, nak." berjujuran airmata si ibu disaat anak menggambarkan segala kegagalannya sebagai seorang ibu.
                  "Semuanya dah terlambat papa, papa nak lindungi apa lagi? Segalanya dah hancur papa." jawab Amel lemah. Perasaannya terlalu ingin untuk memeluk kedua ibu bapanya namun ego mengatasi segala. Dia terpandang Cahaya Qaseh dan memberi isyarat agar membantu dia untuk menerima kedua ibu bapanya.
                  "Amel, tiada manusia yang mudah memaafkan. Tapi tiada ibu juga yang mudah melahirkan, dan tiada bapa yang mudah mencari nafkah untuk anaknya. Jika kemaafan boleh kamu beri kepada kami. Pasti kamu mampu memberinya kepada kedua ibu bapa kamu." Cahaya Qaseh terhenti sebentar kerana menahan sebak didada.
                  "Amel, meskipun kesilapan itu yang papa dan mama kamu lakukan, kamu masih berpeluang untuk memulakan hidup baru dengan mereka. Kerana mereka masih ada didepan kamu. Cuba kamu pandang pada Najihah, Najwa dan Ikhwan serta Badariah. Mereka tidak berpeluang untuk mengucup dahi ibu dan tidak berpeluang untuk mencium tangan ayah. 
                   "Amel cuba kamu tanya pada Badariah, bagaimana sakitnya hidup tanpa ibu. Cuba kamu tanya Najihah betapa takutnya hidup tanpa ayah. Sakit Amel, takut Amel. Kamu perlu bersyukur kerana kamu masih berpeluang melihat ibu bapa kamu, merenung ibu bapa kamu, bercakap dengan ibu bapa kamu, memeluk mereka dan hidup dengan mereka. Sedangkan Najwa, Najihah, Ikhwan dan Badariah mereka tidak berpeluang, apa yang mereka dapat hanya mampu mengirim doa dan melihat batu nisan diatas pusara. batu nisan yang tak mampu menjadi pendengar setia dan teman berbual seperti ibu, pusara sepi yang tak mampu menjadi pelindung seperti seorang ayah. 
                   "Tapi kamu belum terlambat, belum terlambat Amel. Tiada manusia yang mampu lari dari melakukan kesilapan. Tapi Allah swt tak pernah menutup pintu keampunan. Jika Allah swt mampu memaafkan umatnya yang melakukan dosa-dosa besar, apatah lagi kita sebagai seorang anak.
                  "Amel, sekejam dan seburuk apapun ibu bapa kamu, mereka tetap ibu bapa kamu di dunia ini bahkan diakhirat kelak. Diakhirat juga nama kamu tetap berbintikan bapa kamu. Bukan orang lain.
                     "Amel disaat kamu merasa sakit kerana mama kamu tak pernah ada disisi kamu, cukup kamu atasi rasa itu dengan membayangkan betapa sakitnya dan peritnya disaat mama kamu bertarung nyawa untuk melahirkan kamu. Disaat kamu rasa penat menanti perhatian dari papa kamu, cukup kamu atasi rasa itu dengan membayangkan betapa penat dan lelahnya papa kamu mencari rezeki untuk menyuapkan nasi dimulut kamu.
                   "Amel, ingatlah sayang. Tanpa ibu dan ayah, kita tak dapat kenal dunia, kita tak dapat melihat bulan dan bintang, kita tak dapat mengenal langit dan bumi.
                    "Mahal ke sebuah kemaafan untuk mama dan papa kamu jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka? Mahal ke Amel?" airmata menitis jua dipipi sebaik habis berbicara. Cahaya Qaseh dapat merasakan ego Amel sudah lumpur.
                   Amel tertunduk seketika, dia mengangkat kepala dan merenung sayu kearah papa dan mamanya. "Papa, mama." Amel mendepakam kedua bela tangannya minta dipeluk.
                    "Ye sayang." jawab mama dan papa Amel serentak. Mereka berlari kearah puteri kesayangannya. Memeluk dengan penuh erti. Papa berulang kali mencium dahinya dan mama berulang kali mencium pipinya.
                  Cahaya Qaseh tersenyum bahagia begitu juga dengan yang lain.
                  Wajah Amel bertukar merah, dahinya berkerut dan mulutnya terbuka sedikit akibat sakit dibahagian pinggangnya. Perut dia rasa memulas dan pinggangnya terasa berbisa. "Mama.. papa." panggil Amel perlahan.
                  "Kenapa sayang?" soal mama cemas.
                  "Faiz!!!!!!!!!!!!!" jerit Amel. Dia dapat merasakan yang dia mahu melahirkan.
                  "Ye Amel." jawab Faiz cemas. Terkejut dia mendengar namanya dijeritkan.
                  "Tolong I! I nak, I nak, I nak bersalin!" tempelak Amel.
                  Faiz menghampiri dan memapah tubuh Amel. Shah membukakan pintu kereta. Semua yang berada disitu bergegas ke hospital.

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai…
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


DIDALAM bilik bersalin Faiz setia berada disisi Amel. Sejak dari tadi dia tidak lepas mengenggam jemari Amel.
               "Faiz, terima kasih." ucap Amel lemah.
               "Terima kasih untuk apa Amel?" soal Faiz lembut. Airmatanya bergenang melihat kepayahan Amel untuk melahirkan anaknya.
               "Terima kasih sebab sudi berada disisi saya, disaat saya ingin melahirkan." ujar Amel perlahan. Bibirnya kelihatan amat pucat dan bergenang airmata keperitan dan kesakitan.
                "Saya yang sepatutnya ucap terima kasih pada awak. Sebab awak sanggup melahirkan anak kita. Sedangkan saya berbuat kejam pada awak." airmata Faiz menitis dan terjatuh dipipi gebu Amel.
                "Terima kasih kerana pernah memberi saya secupak kasih sayang, segenggam setia, dan setatang cinta serta sedikit perhatian. Walaupun tu hanya seketika, saya akan ingat hingga hujung nyawa." nada suara Amel semakin lemah.
                 "Saya yang nak ucapkan terima kasih pada awak Amel, sebab awak mampu menghalalkan segala luka yang saya beri pada awak." Faiz menitiskan airmata lagi, dia meredup mata insan yang pernah bertahta didalam hatinya.
                "Saya dah lupakan semuanya Faiz. Dan saya doakan awak bahagia disisi Najwa. Jadikan Najwa yang pertama dan terakhir didalam hidup awak. Luputkan saya dari ingatan awak. Dan anggap tak pernah ada apa diantara kita. Besarkan anak-anak awak dengan kasih sayang." pandangan Amel semakin kabur. Sejak dari tadi dia cuba menghembus nafas dengan baik, namun bayinya belum berjaya keluar.
                "Awak jangan cakap macam tu Amel, kita akan besarkan anak ni bersama-sama. Itu janji saya. Saya tak mampu untuk lupakan awak, sebab awak insan yang pernah bertahta dalam hati saya. Awak kena kuat Amel, kuat untuk anak kita." Faiz mengesat airmata dipipi Amel dengan jemarinya. Dia mengucup dahi Amel dan sejurus itu anak mereka berjaya melahirkan. Amel sudah tidak sedarkan diri, dan Faiz menyaksikan anak yang baru dilahirkan dan bayi itu adalah lelaki.

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
BADARIAH mendukung bayi lelaki yang sangat comel itu, bayi itu diberi nama Muhammad diatas cadangan Shah. 
                "Dalam masa sebulan aku dapat dua sekali anak buah." Badariah mencium pipi merah Muhammad. Mata bayi itu coklat terang seperti Amel, hidung bayi itu mancung seperti Faiz dan bibir anak itu nipis seperti Faiz.
                  "Jangan nak perasan sangatlah Bad, anak buah kau nak anak buah aku juga!" Niea mengambil Muhammad dari tangan  Badariah dengan penuh berhati-hati.
                    "Sudah-sudah tak payah berebut. Tak lama lagi kau orang akan dapat anak buah juga." pintas Badruzaman. Semua pandangan beralih kearah dia.
                    "Tak payah nak over sangat pandang laki aku. Aku mengandung, dah sebulan." sampuk Niea selamba.
                    "Wow! Papa! mama nak juga." Najihah memeluk lengan suaminya.
                    "Nak, buatlah sendiri." Ikhwan merentap perlahan lengannya dan mengalihkan pandangan kearah lain.
                    "Mana boleh buat sendiri, papa kenalah tolong mama." rungut Najihah, dia memuncung.
                    "Tahu pun, lain kali jagalah sikit hati orang." bentak Ikhwan selamba.
                    "Ada-ada je kamu berdua ni." usik Cahaya Qaseh dengan senyuman.
                    "Kak Najwa bagi saya pegang Siti Aisya, kak Najwa nak pegang Muhammad kan?" usul Shah ikhlas. Dia nampak pergerakan Najwa yang terbatas kerana dalam pantang itu seolah-olah ingin mencapai Muhammad dari tangan Niea.
                     Najwa tersenyum dan mengangguk. Dia menghulurkan Siti Aisya ketangan Shah dan mencapai Muhammad dari tangan Niea. "Assalamualaikum Muhammad. Comelnya dia, nama dia pun comel dan indah. Nama yang mulia sangat-sangat. Mata dia macam mama dia, hidung dia macam papa dia, bibir dia macam papa dia."Najwa mencium dahi dan pipi Muhammad dengan penuh kasih.
                  Cahaya Qaseh memandang Najwa dengan penuh kekaguman. Dia sangat bangga dan kagum melihat keteguhan hati Najwa yang boleh menerima segala dugaan, bahkan anak suaminya dan perempuan lain pun dia mampu menerima dengan hati terbuka.
                 "Nanti dah besar jadi macam mami dia, kuat dan tabah." tambah Faiz. Dia juga mencium dahi puteranya. Hidupnya terasa lengkap dengan isteri tercinta, serta putera dan puterinya.
                    "Aamiin." masing-masing mengaminkan.

NAJIHAH mengejar Ikhwan yang berlari masuk kebilik selepas balik dari membeli barang tadi. Geram betul dia dengan perangai suaminya yang merajuk tak sudah.
                   "Papa! Mama minta maaflah. Mama tak sengaja, please." rayu Najihah dengan memasang muka kesian.
                   "Taktik lama mama, dalam poket papa semua tu. Tak jalan!" Ikhwan masuk kedalam bilik tidur tanpa pedulikan isteri kesayangannya.
                    "Papa! Please, maafkan mama. Mama betul-betul minta maaf ni." Najihah mengenggam jemari Ikhwan dari belakang lelaki itu.
                    "Sudahlah ma, papa dah lama maafkan mama. Cuma tolong jangan ulang lagi." jawab Ikhwan perlahan. Dia duduk dihujung katil dan memeriksa telefon bimbitnya.
                     "Papa marah mama lagi ke?" soal Najihah lembut, dia berdiri didepan suaminya.
                     Ikhwan meletakkan telefonnya ditepi dan memaut pinggang isterinya sehingga terbaring diatas tilam. 
                     "Bila hati dah sayang, marah pun wa buang tepi. Sebab dalam hati aku hanya ada lu lei Najihah." Ikhwan mengucup kemas pipi isterinya.
                     Najihah memeluk erat suaminya. Bahagia mengemudi didalam jiwa, terasa seakan dunia milik dia berdua.
                      "mama akan hargai papa sampai hujung nyawa mama." Najihah membelai rambut suaminya.
                     "Papa akan cuba menjaga keharmonian rumah tangga kita. Selagi Allah izinkan, hanya mama dihati papa." Ikhwan mencium dahi Najihah lembut.

NAJWA merenung Muhammad yang sudah berusia lima bulan itu, sangat aktif dan semangat. Najwa meletakkan Siti Aisya disebelah Muhammad dan bermonolog sendiri.
                    "Kalau Amel ada, pasti dia akan menjadi orang yang pertama gembira melihat Muhammad membesar. Muhammad, kamu harus menjadi anak yang soleh dan baik. Supaya bila kamu besar, kamu boleh mendoakan mama kamu." Najwa mencium dahi anak kecil itu. Kasih sayangnya pada Muhammad dan Siti Aisya tak pernah berbelah bahagi, semuanya diberi sama rata.
                       "Isteri abang cakap apa tu?" Faiz merebahkan punggu didepan kedua-dua anaknya. Penat balik dari kerja terus hilang bila melihat kedua-dua permata hatinya.
                          "Abang dah balik? Maaf, Najwa tak perasan pun tadi." Najwa menyalam tangan suaminya sebelum bangun kedapur dan kedepan semula membawa secawan air choco untuk suaminya.
                           "Mana mami nak perasan papa balik. Kalau mami sibuk dengan Muhammad dan Aisya. Kan." sengaja Faiz mengusik isterinya. Dia tahu pasti isterinya itu akan rasa bersalah.
                          "Najwa minta maaf bang, Najwa tak niat nak buat macam tu." Najwa tertunduk, baginya dia telah gagal menjadi isteri yang terbaik. Padahal dia hanya tidak sempat membuka pintu untuk suaminya.
                     "Sayang abang ni, tak payahlah sampai macam tu sekali. Abang okey lah. Tak payah risau sangat. Sayang masak apa hari ini?" Ikhwan menolak rambut Najwa kebelakang agar terlihat sepenuhnya wajah si isteri.
                      "Najwa masak sup ayam dan ikan bakar." jawab Najwa dengan penuh bersemangat.
                      "Jom, abang lapar." Faiz mendukung Muhammad dan Najwa mendukung Aisya ke dapur.

SHAH, Cahaya Qaseh, Emah, Niea, Badariah, Badruzaman, Najwa, Faiz, Ikhwan dan Najihah menziarahi pusara insan yang tersayang.
                     Faiz duduk mencangkung didepan pusara usang itu. Dia membersihkan daun-daun pokok yang layu diatas pusara itu. 'Saya janji akan jaga Najwa dengan baik. Saya akan cintakan Najwa sepenuh hati saya. Saya akan kasih Muhammad dan Aisya sepenuh jiwa saya. Saya tak mampu menjanji yang terbaik, tapi saya janji saya akan berusaha. Damailah disana.' monolog Faiz didalam hati. Airmata yang menitis ditepis perlahan.
                    "Setiap yang hidup pasti merasai mati, cuma kita tak tahu bila waktu itu akan tiba, dan kita tak tahu cara apakah kita akan mati. Apa yang perlu kita buat adalah bersiap sedia, mengumpul amal sebanyak yang boleh, menghapus dosa semampu yang boleh. Agar perjalanan kita di titian siratul mustaqim di pemudahkan. Semoga Allah meletakkan umat muslimin muslimat ditempat orang-orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin." perlahan Shah bersuara namun cukup menusuk ke tangkai hati orang-orang yang berada disitu.
                   "Simpanlah segala kenangan bersama mereka yang telah pergi untuk dijadikan kenangan bukan untuk dijadikan sesuatu yang perlu dicanang." tambah Cahaya Qaseh lembut.
                    Masing-maising terangguk-angguk tanda menerima kata-kata yang keluar dari bibir pasangan tunang itu.
                    "Mari kita balik, sampai masa pasti kita akan duduk disini." Faiz mencapai Muhammad dari huluran Niea. Mereka berjalan dengan perlahan meninggalkan tanah perkuburan itu.

CAHAYA QASEH berjalan kearah kenderaan itu dengan jantungnya yang berdegup kencang. Dia tidak menyangka sebentar lagi dia akan dinikahi. Dadanya yang sejak tadi terasa sesak dipaksa untuk berasa kuat. Jemariya sejak tadi digenggam oleh si umi. 
                   Dengan perlahan Cahaya Qaseh menyelinap masuk kedalam kereta sambil diapit oleh umi tercinta. Abuyahnya sudah berada dimasjid untuk menanti kedatangannya.
                     Cahaya Qaseh kelihatan begitu cantik dengan jubah labuh berwarna putih. Tudung labuhnya yang menambahkan keayuan diwajah. Solekan yang benar-benar nipis itu sudah cukup bagi gadis yang memang memiliki paras rupa yang bersih dan putih merah itu. 
                       'Ya Allah, jika ini kehendakmu aku berserah. Ya Allah, sesungguhnya pernikahan ini adalah diatas kehendakMu. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menjadi seorang isteri yang baik buat bakal imamku ini. Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang serba kekurangan, jika hari ini adalah hari nikahku maka permudahkanlah, jika hari ini adalah hari matiku, maka permudahkanlah, kuatkanlah setiap hati, tabahkanlah setiap jiwa dan utuhkanlah setiap iman. Jika hari ini Kau pilih aku untuk mati, maka matikanlah aku didalam keimanan serta letakkanlah aku ditempat orang-orang beriman ya Allah kerana sesungguhnya aku tidak sanggup merasai sakit siksa azabMu. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.'

SHAH duduk diatas bantal kecil yang disediakan disitu dengan detak jantung yang sangat tenang. Didalam setiap langkahnya diiringi dengan zikrullah. Ketampanannya amat terserlah dengan jubah putih dan serban putih dikepala serta serban merah berlipat rapi diatas bahu kanannya.
                   Wangian darinya mampu membuat sesiapa yang terhidu mahu menghidunya lagi. Wajahnya bercahaya dan berseri, kelihatan putih bersih. Senyumannya membuatkan yang memandang terasa cair.
                        Setelah hampir bertahun mengikat tali pertunangan, kini Shah bersedia menikahi gadis pilihan keluarganya itu. Bukan kerana hatinya sudah tertaut pada Cahaya Qaseh tapi kerana dia lakukan ini demi Allah. Dia merasakan masa untuk dia mempunyai pasangan hidup itu sudah tiba. Dan Cahaya Qaseh adalah orang yang tepat meskipun pernah terselit Amel didalam tangkai hatinya.
                        Dadanya sedikit berdebar disaat bakal bapa mertuanya sudah duduk didepan dengan senyuman manis. Dia membalas senyuman itu dengan penuh hormat.
                       "Kamu dah bersedia Muhammad Shah Solehudin Al-Ayubi Bin Iman Syafie?" segaris nama penuh Shah meniti dibibir abuyah.
                       "InsyaAllah abuyah, Shah bersedia." jawab Shah penuh hormat.
                       "Abuyah harap kamu dapat menjaga Cahaya Qaseh dengan baik. Kasihilah dia kerana Allah, tuntunilah dia kerana Allah. Jadikanlah dia yang terpenting buat kamu selepas Allah swt, Rasulullah saw, ibu kamu dan bapa kamu. Jika dia salah tegurlah dia. Pimpinlah dia dengan baik dan insyaAllah ke jannah Allah." panjang lebar pesan abuyah pada Shah.
                        "Aamiin aamiin ya rabbal alamin." Shah hanya mampu mengaminkan, dia diam dan mengiakan semua yang dikatakan oleh abuyah.

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

No comments: