Sunday, 11 May 2014

Ini Buku Cinta Kita


EPISOD AKHIR

CAHAYA QASEH berjalan dengan penuh debar dan sabar kearah Shah yang sedang menanti. Dia duduk dibantal kecil disediakan. Disebelahnya ada umi, disebelah kanannya ada Najihah, dibelakangnya ada Emah, Niea, Badariah dan Najwa bersama Siti Aisya dan Muhammad. Jantung berasa tidak stabil sejak dari tadi, namun dia tetap mempertahankan dirinya. 
          Didalam hati dia berharap insan itu hadir dihari bahagianya ini. Dia amat berharap insan itu datang untuk dirinya dan Shah. 
             Dengan penuh semangat yang dikumpul dia melangkah masuk kedalam masjid itu. Menyaksikan insan yang pernah dia suka itu bernikah dengan wanita yang amat dia kagumi. Senyuman manis dihadiahkan kepada Cahaya Qaseh sebaik sahaja melaburkan punggung disebelah gadis itu. 
             Anaknya Muhammad dicapai dari tangan Najwa. Agak lama dia meninggalkan anak kecil itu kerana urusan kerjanya di Sabah. Bayi lelaki itu dicium dan didakap erat, kasih dan sayangnya pada anak itu terlalu dalam, kerana itulah tanda cinta Faiz untuk dirinya. 
           Amel kelihatan sangat cantik dengan jubah kembang bawah berwarna putih, berlabuci dibahagian bawah dada, selendang labuh menambahkan lagi keayuannya. Dia sempat terpandangkan Faiz yang segak berbaju melayu merah, sedondon dengan Najwa, Siti Aisya dan Muhammad. Bibirnya menguntum senyuman, dia menerima lelaki itu sebagai insan yang teristimewa dalam hidupnya. Namun untuk menerima insan yang istimewa itu tidak lagi.
              "Baiklah semuanya sudah bersedia?" soal abuyah Cahaya Qaseh. Melihat Shah yang mengangguk tanda sedia, dia menjadi sedia.
                "Muhammad Shah Solehudin Al-Ayubi Bin Iman Syafie?"
                "Saya." jawab Shah lembut.
                "Aku nikahkan akan dikau dengan puteriku Cahaya Qaseh Binti Muhammad bermas kahwin sejumlah dinar emas dan peralatan solat serta senaskah Al-Quran."
                "Aku terima akan nikahnya Cahaya Qaseh binti Muhammad bermas kahwin sejumlah dinar emas dan peralatan solat serta senaskah Al-Quran." Sekali lafaz yang penuh ketenangan Cahaya Qaseh akhirnya menjadi hak dirinya yang sah.
              Menitis airmata keharuan dipipi Cahaya Qaseh. Dadanya terasa semakin sakit, namun dia masih cuba menahan. Ya Allah berilah aku kesempatan ini.

SEBAIK menunaikan solat sunat selepas nikah, Shah menghampiri Cahaya Qaseh. Dia meletakkan tangan kanannya diatas kepala Cahaya Qaseh ketika duduk bertentang dengan gadis itu. Kemudian, dia membacakan doa untuk isterinya. 'Ya Allah, aku mohon padaMu kebaikan dan segala kebaikan yang ada padanya dan aku berlindung padaMu dari keburukan dan segala keburukan yang ada padanya. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.' 
           Setelah mengaminkan doa, Shah mencapai cincin yang dihulurkan oleh Najwa. Shah mencapai jemari Cahaya Qaseh yang terasa amat sejuk, sejuk yang luar biasa. Dengan perlahan dia menyarungkan cincin itu di jemari manis gadis itu. 
           Dengan perlahan jemari sisuami dicapai Cahaya Qaseh, dikucup jemari itu penuh kasih. Terasa ubun-ubunnya dikucup oleh Shah, jiwanya terasa tenang. Namun dadanya berasa berombak, sakit yang terlalu amat. Tiba-tiba dia terasa mahu muntah dan tersembur sesuatu dari mulutnya membasahi dada baju melayu Shah. Tubuhnya yang terasa lemah rebah ditubuh suaminya.
           Shah terkejut melihat darah yang tersembut dimulut isterinya, Shah cepat mencapai tubuh Cahaya Qaseh yang rebah dipangkuangnya.
           "Qaseh, kenapa ni sayang?" soal Shah cemas, nadanya menjadi sebak.
           "Abang, maafkan Qaseh."ujar Cahaya Qaseh perlahan. Dia tahu masanya sudah hampir tiba. Airmata menitis merenung suaminya berada begitu dekat dengannya disaat ini.
           "Kenapa ni sayang? Kita pergi hospital ye." Shah baru mahu bangun untuk memapah Cahaya Qaseh, namun gadis itu menahan.
           "Qaseh tak punya banyak masa, biarlah Qaseh menghembuskan nafas terakhir disini." Pandangan Cahaya Qaseh semakin kelam. Dia tidak merasa sakit lagi, cuma jiwanya menjadi berat untuk melepaskan Shah.
            "Jangan cakap macam tu sayang." airmata yang ditahan sejak tadi, menitis juga. 
           "Terima kasih kerana menjadi suami kepada Qaseh meskipun waktu ini terlalu singkat. Maafkan Qaseh, kerana tidak dapat melaksanakan tugas sebagai seorang isteri. Mungkin Allah swt hanya mengizinkan Qaseh bergelar isteri kepada abang untuk hingga saat ini. Mungkin ajal Qaseh tiba disini. Abang, redhakan kepergian Qaseh, terima kasih sebab sudi menjadi sebahagian yang terindah dalam hidup Qaseh. Abanglah syurga dunia bagi Qaseh. Andai cinta kita tidak tergapai didunia ini, semoga Allah menjadikan Qaseh bidadari yang akan menemani abang di syurga." suara Cahaya Qaseh mula tenggelam timbul. Mulurnya dipenuhi darah.
            "Qaseh, tolong jangan tinggalkan abang sayang. Tolong." airmata menitis deras dipipi Shah.
            "Maafkan Qaseh bang, kerana tak dapat menunaikan permintaan abang untuk kali ini. Abang mampu mendapatkan yang jauh lebih baik dari Qaseh, teruskan melangkah bang. Qaseh tunggu abang dipintu syurga. Sahabat-sahabat yang Qaseh sayang, jagalah solat kita, jagalah amal kita dan jangan takut untuk berhijad fisabilillah serta selalulah merindui syahid di jalan Allah." pandangan Cahaya Qaseh semakin pudar.
            "Abang cintakan Qaseh, abang sayangkan Qaseh dan abang kasihkan Qaseh. Jika ini adalah kehendak Allah, dan takdir Allah untuk kita. Abang terima sayang."
            "Qaseh...cin..cintakan abang..kerana..Al..Allah.." nafas Cahaya Qaseh menjadi tersekat-sekat.
            "Mengucap sayang. Ash-hadu an-la-ilaha illa-llah." perlahan Shah berbisik ditelinga isterinya.
            "Ash-hadu an-la-ilaha illa-llah.."perlahan Cahaya Qaseh menyebutnya.
            "Wa ash-hadu anna muhammada rosulullah." sambung Shah, dia cuba menahan dari menitiskan airmata. 
            "Wa ash-hadu anna muhammada rosulullah." mata Cahaya Qaseh menjadi kelam. Dia memegang pipi suaminya dengan penuh kasih. Terasa nafasnya terhenti, airmata menitis untuk sekian kali. Matanya terlelap untuk selamanya. Wajahnya berubah tenang seperti orang yang sedang tidur lena tanpa diganggu. 
           Bahu Shah terhinjut-hinjut menangis, dia memeluk erat tubuh lemah Cahaya Qaseh. "Ya Allah, berilah hamba ini kekuatan untuk menghadapi takdirMu. Allahurabbi, dugaanMu ini terlalu besar. Allah." keluh Shah lemah selemah-lemahnya.
           Umi dan abuyah meredahkan kepergian anaknya. Dia tahu hari itu akan tiba, cuma mereka tidak menyangka hari ini ajal anaknya tiba.
               Emah memeluk erat suaminya, menangis sepuas-puasnya didada bidang Badruzaman.
               Niea dan Badariah berpelukan sambil menangis teresak-esak.
               Najihah dipeluk oleh Ikhwan, tangisannya tidak mampu ditahan, hanya Allah yang tahu. Ikhwan juga tidak mampu menyembunyikan airmata.
               Najwa yang menangis sambil memeluk Siti Aisya dipeluk oleh suaminya dari belakang. Bahunya terasa seakan-akan terhinjut-hinjut kerana sebak yang terluah. Faiz menahan sebak didada, dia terasa hilangnya seorang yang berilmu agama tinggi diantara mereka.
             Amel memeluk Muhammad dan menitiskan airmata melihat hembusan nafas terakhir Cahaya Qaseh.

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

JENAZAH Cahaya Qaseh selamat disemadikan ditanah perkuburan islam Selangor. Jenazah yang kelihatan sangat tenang dan agak berpeluh itu digelarkan oleh abuyahnya, 'perginya anakku yang sedang berjihad.'
           Shah duduk didepan pusara isterinya sebaik sahaja perkebumian selesai. Dibelakangnya ada Najwa dan lain-lain. Abuyah dan umi meminta diri bagi menguruskan rumah mereka. 
            "Cahaya Qaseh, awak seorang insan yang terlalu beerti dalam hidup abang. Awak meninggalkan abang dan yang lain dengan kesan yang amat dalam. Abang hargai kehadiran awak, walaupun hanya sekejap. Cahaya Qaseh, kehadiran awak dalam hidup abang dan yang lain-lain, memberikan kami sebuah cahaya yang titipkan dengan penuh kasih. Cahaya Qaseh, abang mendoakan awak bahagia disana disisi sang Haq. Abang tak mampu untuk merampas Qaseh dari Pencipta kita. Abang berharap andai Allah berikan syurga untuk abang diakhirat nanti, Qasehlah bidadari abang. Semoga Qaseh ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Tenang dan damailah Qaseh disana sayang." Shah bangun dan berdiri tegak. Dia menahan sebak dan mengukir senyuman. 'Engkau benar-benar seperti namumu. Cahaya yang membawa cahaya, Qaseh yang memberi kasih kepada kami.'
            "Assalamualaikum cinta." Shah berjalan perlahan melangkah meninggalkan pusara itu dengan perasaan yang meredhakan pemergian isterinya. Meskipun dia tidak pernah sangka bahawa dia akan menerima kematian isterinya dihari pernikahan dia, tapi itulah kehendak Allah swt.
                Mereka mengikuti langkah Shah, terasa bagaikan baru semalam mereka melangkah ke pusara ini bersama Cahaya Qaseh untuk melawat pusara ibu bapa Najwa dan Najihah. Masih segar ditelinga perkataan yang keluar dibibir Cahaya Qaseh iaitu 'Simpanlah segala kenangan bersama mereka yang telah pergi untuk dijadikan kenangan bukan untuk menjadi sesuatu yang perlu dicanang'.
                Cahaya Qaseh kehadiranmu memberi seribu makna. Kehadiranmu merubah segala keburukan menjadi kebaikan. Kehadiran kau menerangi dan menyuluh kehidupan kami yang hitam. Kasih sayang kau membuat kami berubah menjadi lebih baik. Damailah kau disana, wahai sahabat.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

EMPAT TAHUN KEMUDIAN

NAJIHAH dan Ikhwan meraihkan hari perkahwinan mereka yang keempat tahun. Mereka memandang kearah si kembar Nur Afiya Zahra dan Nur Muhammad Harraz Aryan. Si kembar yang aktif itu berusia tiga tahun, dia memimpin adik kecilnya si Nur Harraz Najwan.
                   Ikhwan memimpin isterinya yang sedang sarat mengandungkan anak keempat mereka. Kini Najihah sudah berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. 
                       Kehidupan Najihah terasa amat bahagia disisi Ikhwan. Lelaki itu menyempurnakan segala kekurangannya. Dan melengkapi segala kebaikannya.
                        Ikhwan menjadi suami yang begitu baik dan tak terjangka oleh Najihah. Dia begitu bahagia disisi lelaki itu. Menjadi isteri kepada Ikhwan adalah suatu yang beerti didalam hidup Najihah. Keharmonian rumah tangga Najihah dan Ikhwan terletak kepada keutuhan dan ketaatan mereka kepada sang Pencipta.
                      Ikhwan menjadi suami yang benar-benar taat kepada Sang Pencipta dan memimpin Najihah menjadi seorang isteri yang solehah. Dia menjadi seorang bapa yang mithali, memastikan anak-anaknya sentiasa belajar tentang islam. Itulah kunci keharmonian rumah tangga mereka.

NIEA menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan bernama Awaludin. Perhubungan mereka berkenalan di tempat kerja. Awaludin menyukai Niea semenjak pandang pertama, dan dia mencari jalan untuk merapatkan diri dengan Niea. Mengenal hati budi gadis itu membuatkan Awaludin sedar betapa terhormatnya wanita islam. 
                    Mengetahui Niea adalah wanita yang selama ini dia cari, dia tidak terus meminta cinta gadis itu. Namun dia menghantar rombongan meminang dan pinangannya disambut baik oleh pihak keluarga Niea. Pernikahan mereka menjadikan sebuah kejutan buat Niea, kerana gadis itu tidak tahu selama ini Awaludinlah tunangnya.
                   Cinta tumbuh mekar dan segar, perkahwinan yang berusia dua tahun itu memberi seorang cahaya mata. Anak lelaki yang diberi nama Muhammad Adam melengkapi kecerian rumah tangga mereka.
                    Awaludin yang juga seorang guru kini sudah berhenti bertugas sebagai seorang guru kerana telah menerima panggil ibu pertiwi untuk menjadikan seorang pegawai askar tentera darat.
                     Niea kekal menjadi seorang guru kaunseling di sekolah menengah itu. Dia ingin memafaatkan segulung ijazah yang dia dapat di kolej yang meletakkan berjuta kenangan.
                     Segala-galanya berubah dari dalam kolej itu, mengenal erti persahabatan yang sebenar didalam kolej itu. Terlalu banyak sisipan kenangan dan kerana kolej itu dia berjaya memperolehi segulung ijazah yang dapat dibanggakan dan mafaatkan.
                     Muhammad Adam dijaga oleh Najwa setiap kali dia pergi bekerja. Kehidupannya menjadi bertambah bahagia apabila dimaklumkan doktor bahawa dia mengandung baru-baru ini, dan usia kandungannya adalah dua bulan.

BADARIAH juga telah menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang. Suami tercinta diberi nama Zaharul. Badariah kini baru menamatkan pelajarannya di Singapura dan kini sudah kembali ke Malaysia. 
                   Perkahwinan mereka berpunca dengan penemuan Badariah dan Kapten Zaharul di lapangan terbang KLIA. Sejak dari itu perhubungan mereka menjadi rapat dan menamatkan zaman bujang mereka dengan sebuah perkahwinan. Perkahwinan mereka sudah berusia enam bulan.
                      Perkahwinan yang disambut besar-besaran diadakan di istana kayangan diatas permintaan keluarga Kapten Zaharul.
                       Bulan madu diraihkan di Korea, iaitu negara impian Badariah suatu ketika dahulu. Berbulan madu disana, membuatkan Badariah berbelanja besar. 
                        Kehidupannya bersama Kapten Zaharul membuatkan dia merasai bahagia yang tidak terhingga. Penerimaan lelaki itu terhadap dirinya sebagai seorang mangsa rogol terlalu terbuka. Kapten Zaharul bahkan tidak pernah membangkitkan cerita itu sejak mereka berkahwin. 
                        Kapten Zaharul berubah dari seorang yang agak gemar bersosial menjadi seorang yang tidak lagi tinggal solat. Kerana panduan dan perilaku Badariah membuat dia sedar, sebagai ketua keluarga dia yang harus memimpin Badariah, bukan isterinya.

EMAH kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia dua tahun, dan diberi nama Saidatul Fatimah. 
                       Anak kecil itu tidak berapa aktif seperti anak-anak sahabat mereka yang lain. Anak kecil itu sangat comel dan pendiam. Memiliki tubuh badan yang semangat dan kulit putih gebu. 
                        Badruzaman kini sudah bergelar seorang anggota polis selepas berhempas pulas berada di Pulapol. Dia benar-benar telah berubah. Badruzaman menjadi seorang abang yang bertanggungjawab kepada Badariah, menjadi suami yang amat mencintai Emah dan bapa yang amat penyayang kepada Saidatul Fatimah.
                       Kisah silam menjadi sebuah pengajaran dan teladan serta sebagai permulaan dirinya menjadi lebih.
                      Dari hari ke hari, Badruzaman tetap belajar memperbaiki diri sehingga kehari ini. Pusara ibu dan bapanya sering dilawat tanpa merasai beban. Didalam setiap doanya terselit doa untuk kedua ibu bapanya. Dan didalam setiap solatnya pasti Badruzaman menitiskan airmata mengesali segala kesilapan yang pernah dia lakukan.
                        Emah menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya, seorang ibu yang mithali. Dan menjadi seorang guru kaunseling membuatkan dirinya menjadi untuk berdepan dengan asam garam rumah tangga.

NAJWA dan Faiz membesarkan Siti Aisya dengan penuh kasih sayang. Siti Aisya mendapat seorang lagi adik lelaki selain Muhammad. Umar menjadi nama buat anak kecil yang baru berusia satu tahun itu. 
                      Siti Aisya dan Umar sangat rapat, Siti Aisya selalu bermain dengan adiknya jika Muhammad diambil Amel pulang.
                        Kebahagian Najwa dan Faiz diatas keutuhan cinta masing-masing kepada Sang Rabb. Najwa menghargai kebahagian yang dianugerahkan Allah terhadap hidupnya. Memiliki anak-anak yang menambah senyuman dibibir dan dikurniakan suami yang sangat mencinta dirinya. Dia bahagia disamping Faiz yang setia disisinya. Faiz membuatkan dia rasa memiliki semuanya. Faiz melengkapi segala kekurangan dirinya.
                       Faiz tidak menikahi Amel untuk sekian kali, setelah Amel sendiri menolak dia dari dalam hidup gadis itu. Dia masih teringat kata-kata Amel suatu ketika dahulu.
                       "Saya ikhlas untuk nikahi awak Amel. Untuk jadikan awak isteri saya. Sudikah awak menjadi isteri saya." Faiz bersuara perlahan dan penuh keyakinan ketika menghantar Muhammad kerumah Amel.
                       "Kata-kata itu mampu membuat hati saya berhenti berdetak dan merasakan bahagia milik saya, tapi itu dulu. Kini, kata-kata itu tak mampu membuat saya merasa getar itu. Saya dah tak ada perasaan getar itu ketika bersama awak Faiz. Getar yang pernah saya rasai dahulu telah pun hilang. Saya bahagia dengan Muhammad, jadi saya tak perlukan awak untuk melengkapi saya. Awak bahagialah bersama Najwa. Sebaik saya cakap, saya menghalalkan segalanya itu berhenti terkubur rasa cinta saya terhadap awak. Dan rasa itu tak kan ada lagi untuk kita." Amel bersuara dengan penuh yakin menolak lamaran Faiz. Dia mencapai Muhammad dari tangan Faiz.
                     Faiz akan ingat kata-kata itu hingga bila-bila dan kata-kata itu membuatkan cintanya pada Najwa tanpa rasa bersalah lagi kepada Amel. Dia bersyukur Allah menakdirkan kehidupannya bersama Najwa bahagia begini. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri sebaik dan semithali Najwa.
                        Alam perkahwinan mereka sudah menjangkau lebih lima tahun. Faiz kini mewarisi syarikat keluarganya secara mutlak setelah bapanya meletakkan jawatan untuk bersara.

SHAH menjemput Muhammad dari taska untuk dibawa pulang. Tiba dirumah Amel menjemput anak kesayangannya.
                     "Terima kasih Shah sebab sudi jemput anak saya. Dah banyak kali saya minta tolong dengan awak." Amel mencium pipi Muhammad.
                       "Tak apa Amel. Muhammad pun anak saya juga. Awak tak pergi mana-mama ke hari ini?" soal Shah lembut, entah kenapa ada getar dihatinya saat merenung wajah tenang Amel. Getar itu sama lagi seperti dulu.
                     "Tak, sebab saya tak rancang lagi. Memang rasa nak keluar dengan Muhammad tapi tak tahu nak pergi mana." jawab Amel jujur. Dia tidak mampu membalas renungan Shah, kerana setiap kali pandangan mata mereka belanggar terasa seakan dipanah halilintar.
                      "Kalau macam tu jomlah keluar dengan saya, kita pergi makan-makan dengan Muhammad. Macam mana?" pelawa Shah ikhlas. Dia mencuit pipi si tembam itu.
                      "Boleh. Saya tunggu awak dekat sana." Amel menerima pelawaan Shah dengan hati yang terbuka.
                        "Tak apa, saya tunggu awak dekat sini. Awak boleh bersiap sekarang, dan saya akan siapkan Muhammad." Shah sambut Muhammad dari Amel.
                       "Mama, iter na uar dengan uncle Shah ke?" soal Muhammad yang petah bersuara itu.
                       "Ye sayang, Muhammad nak keluar dengan uncle Shah tak?" Amel melayani teletah anak kecil itu.
                       "Na. Mama boleh ta Muhammad na panggil uncle papa?" Muhammad memeluk tengkuk Shah gembira.
                     "Boleh. Muhammad boleh panggil uncle, papa." jawab Shah ikhlas. Dia mencium pipi tembam Muhammad.
                      Wajah Amel merona merah. Dia tidak mampu berkata apa-apa selain daripada masuk kedalam untuk bersiap.
                    Shah membawa Muhammad kedalam untuk disiapkan.

DI restoran Amel leka melihat Shah memberi Muhammad makan. Kesetian Shah melayani kerenah Muhammad membuat dia tersenyum.
                   Shah menghantar Muhammad bermain didalam gelung permainan yang disediakan untuk kanak-kanak disitu sebelum kembali duduk disebelah Amel.
                   "Macam mana dengan kerja Amel?" soal Shah lembut.
                   "Penat! Kerja dah semakin banyak, sebab ramai pesakit yang perlu khidmat kaunseling saya. Bila balik nak layan Muhammad yang semakin aktif, memang letih. Sakit-sakit badan sampai sekarang tak hilang." luah Amel jujur.
                  "Awak tak cari ayah untuk Muhammad?" soalan cepumas itu terpacul jua dari mulut Shah.
                  "Saya bukan tak nak cari, tapi siapa yang nak terima ibu tunggal macam saya?"soal Amel pula.
                  "Awak, ramai orang yang nak kan awak. Bukan saya tak tahu tu, kenapa awak tak beri peluang"
                  "Saya takut Shah, saya takut untuk semua tu." jujur Amel, air muka sudah berubah.
                  "Sampai bila awak nak hidup dalam ketakutan dengan bayang-bayang awak? Muhammad pun perlukan kasih sayang seorang bapa." 
                  "Saya tak nak dikecewakan macam dulu. Saya takut Shah."
                  "Awak takut atau masih ada cinta dalam hati awak untuk bapa kandung Muhammad?"
                  "Tak! Saya dah tak ada perasaan pada dia. Hati saya terlalu terluka dengannya, jadi untuk terima dia saya dah tak mampu." jujur Amel, dia membalas renungan Shah.
                 "Andai satu masa ada orang yang menawarkan cinta untuk awak, apakah awak akan menolaknya Amel?" soal Shah lembut.
                 "Saya tak ada jawapan untuk tu Shah." jawab Amel perlahan, dia menunduk.

DIRUMAH Amel memapah Muhammad yang sudah lena dibahunya itu kedalam bilik. Shah dijemput duduk oleh papa dan mama Amel.
               "Terima kasih sebab sudi bawak anak dan cucu papa keluar ye Shah." ujar papa Amel lembut.
               "Tak apalah pa, tak perlu ucap terima kasih pun. Shah memang nak bawa mereka keluar dari hari tu lagi." jawab Shah jujur. Ketampanannya terserlah dengan senyuman manis.
               "Macam mana dengan kerja Shah sekarang? Mama tengok, Shah semakin kacak." puji mama Amel.
              "Kerja alhamdulillah ma. Tidak terlalu sibuk dan semuanya berjalan dengan lancar." jawab Shah tenang.
               "Nanti senang-senang datanglah sini Shah tolong tengok-tengokkan si Amel dan Muhammad tu." pinta papa Amel.
             "Mama risau dengan Amel, berulang kali kami pujuk dia untuk berkahwin, cari teman hidup. Tapi dia tak mahu." tambah mama Amel.
               "Sebenarnya saya ada niat dan hajat, tapi Amel tak tahu tentang ni." Shah mengumpul semangat untuk bersuara.
                "Apa dia Shah?" soal papa Amel pantas.
               "Saya berniat untuk mengambil Amel sebagai yang halal disisi saya. Saya ingin menyunting anak perempuan mama dan papa kerana Allah." tegas dan tenang Shah melontarkan kata.
               Amel yang berada dihujung tangga atas terdengar dan terduduk di tangga itu. Airmatanya bergenang dan hampir menitis, dia tidak menyangka Shah punya niat terhadap dirinya.
                "Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Mama setuju sangat dengan niat kamu tu, kan bang?" terpancar kegembiraan diwajah mama Amel.
              "Alhamdulillah, papa bersyukur insan sebaik Shah sudi menerima anak papa. Hantarlah rombongan meminang, papa dan mama menerima sepenuh hati." papa Amel mendakap tubuh insan yang amat dia kagumi itu.
              Shah selama ini banyak mengajar agama terhadap papa dan mama Amel dirumah besar itu. Kini papa dan mama Amel menjalani kehidupan sebagai islam yang sebenar.

SETAHUN KEMUDIAN

SHAH mendakap tubuh Amel dari belakang. Perut isterinya yang membuyut itu diusap perlahan. Berulang kali dahi isterinya dicium. Mereka merenung Baitullah yang sedang berada didepan mata itu dengan penuh ketenangan.
               Sudah hampir sembilan bulan Shah dan Amel menetap di Madinah atas urusan kerja. Shah yang pada mulanya terpaksa meninggalkan Muhammad dibumi Malaysia dipujuk oleh Amel. Kerana mereka pergi bukan untuk suka-suka, jadi Muhammad terpaksa ditinggalkan pada Faiz.
                 "Sayang, kalau ada Muhammad mesti lagi seronokkan, dapat dia tengok Baitullah ni." ujar Shah lembut. Dia mencium lagi kepala isterinya.
                "Mestilah. Nanti kita akan bawak dia dengan adik dia ni dekat sini lagi." usul Amel lembut. Dia mengenggam jemari suaminya yang memeluk tubuh dia erat.
                "Betul, abang akan bawak sayang dengan anak-anak kita kesini."
                "Cantikkan kaabah ni." Amel merenung dengan penuh tenang.
                "Mestilah cantik sayang, rumah Allah kan. Terima kasih kerana sudi jadi isteri abang." ucap Shah ikhlas.
                "Terima kasih juga kerana sudi jadi suami kepada insan yang serba kekurangan ni." jawab Amel pula. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Shah.
               "Ini Buku Cinta Kita sayang. Abang akan ukirkan segala kenangan pahit manis rumah tangga kita didalam buku ini." ujar Shah lembut sambil menuding jari manis kearah dadanya.
                "Semoga Allah merahmati dan melindungi rumah tangga kita." ucap Amel perlahan, dimelekatkan kepalanya didahi sisuami.
                 "Semoga Allah memberkati dan meredhakan pelayaran rumah tangga kita. Semoga Allah mengizinkan cinta kita meniti hingga ke Jannah." tambah Shah.
                 "Aamiin aamiin ya rabbal alamin." mereka bersuara serentak.

 Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu


TAMAT

No comments: