ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 3
DENGAN penuh debar Amel Imelda berjalan bergandingan dengan Tengku Ikhwan masuk ke pintu utama restoran mewah. Didalam hati dia sempat mengherdik Tengku Ikhwan kerana tidak memaklumkan yang akan datang ke restoran semewah ini. Dia meneliti lagi pakaiannya, terasa benar-benar tak sesuai untuk masuk ke restoran itu.
Amel Imelda merenung kain labuh yang berwarna hitamnya, kemudian merenung baju dress kemejanya. Dia berasa wajahnya sedang merah menahan malu.
"Assalamualaikum bonda." sapa Tengku Ikhwan lembut, dia mencium tangan Tengku Izarah.
"Waalaikumusalam, anak bonda." Tengku Izarah mencium dahi Tengku Ikhwan lembut.
Tengku Ajihah menyambut huluran tangan suaminya untuk dikucup erat. Sempat dia meninjau bakal madunya.
"Assalamualaikum." sapa Amel Imelda lembut, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Izarah, namun hulurannya tidak bersambut.
"Waalaikumusalam, silakan duduk." arah Tengku Izarah tanpa memandang.
Amel Imelda duduk disebelah Tengku Ikhwan kerana Tengku Ajihah memilih untuk duduk di sebelah Tengku Izarah.
"Okey, now jom makan dulu, bonda dah lapar ni." ajak Tengku Izarah.
Mereka ingin menikmati hidangan yang sudah tersedia diatas meja, namun perbuatan mereka terhenti disaat melihat Amel Imelda menadah tangan terlebih dahulu untuk berdoa.
Merona merah wajah Tengku Ikhwan saat ini, dia merasakan sebagai lelaki yang tidak tidak punya adab sopan di situ.
Setelah mereka habis menikmati makan malam yang amat lazat itu, Tengku Izarah mengelap mulut dan merenung Amel Imelda dari atas sampai bawah sambil berpeluk pinggang. Amel Imelda dimatanya kelihatan cantik dan setanding dengan menantu kesayangannya itu, tetapi gadis itu sepertinya kurang berkenaan fesyen, muka pun tidak ada sentuhan solekan walau sedikit.
"So you yang anak I pilih untuk jadi isteri kontrak?" soal Tengku Izarah.
"Bonda.." tegur Tengku Ikhwan, dia tidak sanggup melihat sikap bondanya didepan Amel Imelda. Layan ayah dan umi Amel Imelda begitu baik terhadapnya, tapi bonda....
"Diam Ikhwan, let me talk to him." arah Tengku Izarah. Tengku Ajihah sekadar menjadi penonton tanpa rasa minat untuk melihat keangkuhan ibu mertuanya.
"You tak jawab lagi pertanyaan I." Tengku Izarah bersuara lagi kepada Amel Imelda.
"Ye, puan..." jawab Amel Imelda lemah. Hati saat ini hanya Tuhan yang tahu, begitu hancur dan remuk.
"Tengku Izarah, call me Tengku Izarah." begitu angkuh sekali lagak si Tengku Azirah ni, patut anaknya poyo, ibu pun lebih kurang!
"Maaf, Tengku Izarah." Amel Imelda menahan rasa, tangannya terasa bagaikan digenggam oleh seseorang.
"You dah ready nak jadi isteri sementara untuk anak I, you dah ready nak berikan zuriat untuk anak I?" soal Tengku Izarah dan memandang Amel Imelda dengan penuh rasa jengkel.
"InsyaAllah, Tengku Izarah." jawab Amel Imelda perlahan.
"InsyaAllah, Tengku Izarah." jawab Amel Imelda perlahan.
"Baiklah you dengar sini baik-baik. You kahwin dengan anak I bukan untuk bercinta, tapi cuma untuk beri anak! Disebelah I ni adalah satu-satunya isteri yang Tengku Ikhwan cintai, dan dia takkan cintakan sesiapa pun selain isteri dia, terutamanya you. So you tak perlu bermimpi jauh untuk hidup dengan anak I. For your information kontrak yang menantu I bagi pada you hari tu adalah dari I. I yang buat kontrak tu, so tiada sebarang bantahankan?" galak sungguh Tengku Izarah bersuara.
"Tak ada Tengku Izarah." jawab Amel Imelda, masih dalam nada perlahan. Dia sedar saat ini Tengku Ikhwan sedang mengenggam jemarinya yang beralaskan kerusi itu. Lelaki itu mahu memberi kekuatan kepadanya.
"Kalau ada pun I tak layan. Sebab perempuan mata duitan macam you ni tak penting bagi I."
"Bonda..." Tengku Ikhwan bersuara lagi.
"Diam Ikhwan! Bayaran pendahuluan telah pun anak I bagi melalui pembiayaan sakit abang you. Bakinya I akan bagi selepas you melahirkan. Ingat kalau you tak dapat melahirkan atau you mandul, I nak u bayar ganti rugi dua kali ganda diatas duit pendahuluan itu. Faham." Tengku Izarah kelihatan amat berani bersuara pada gadis polos seperti Amel Imelda, terasa bagaikan gadis itu mudah untuk dia pergunakan.
"Baiklah Tengku Izarah, saya faham diatas segala yang Tengku Izarah katakan. Saya tahu dimana letaknya kedudukan saya." Amel Imelda menahan airmatanya dari menitis. Dia memang tidak kuat untuk berdepan dengan orang seperti Tengku Izarah.
DITEMPAT letak kereta Tengku Izarah memanggil Tengku Ikhwan yang berjalan seiring dengan Amel Imelda.
"Ikhwan nak kemana tu nak?" soal Tengku Izarah sambil memegang jemari menantu kesayangannya.
"Hantar Imelda balik bonda." jawab Tengku Ikwan lembut.
"Ikhwan buta ke apa? Tak nampak bonda dengan Ajihah dekat sini? Siapa nak hantar kami?" soal Tengku Izarah dengan intonasi yang garang.
"Pak Din tak ada ke?" Tengku Ikhwan terus bertanyakan pemandu bondanya.
"Pak Din cuti sakit, sudah jangan banyak tanya. Jom hantar kami balik, tak kan Ikhwan nak biarkan beauty girl you ni berembun. Dah pukul berapa ni?" Sengaja dia memuji-muji menantu kesayangannya itu didepan Amel Imelda.
"Yelah, mari." Tengku Ikhwan mengalah, bukan dia tidak mahu bondanya naik satu kereta dengan Amel Imelda, cuma dia tidak sanggup hendak mendengar Tengku Izarah merendahkan Amel Imelda.
Disaat Amel Imelda mahu masuk kedalam kereta Tengku Ikhwan, Tengku Izarah menahan terlebih dahulu. "You ambil ni dan balik naik teksi!" Tengku Izarah menyelitkan not lima puluh ringgit di celah kolar baju Amel Imelda iaitu lebih kepada dicelahan dada.
"Bonda, malam macam ni dan dekat sekitar ni susah nak dapat teksilah. Tak apalah lepas Ikhwan hantar kita, Ikhwan hantar Imelda." pujuk Tengku Ajihah, dia tidak sanggup melihat anak gadis secantik Amel Imelda berjalan ditengah malam begini seorang diri.
"I do not care!" pekik Tengku Izarah, dia terus masuk kedalam kereta dan mengarahkan Tengku Ajihah juga masuk kedalam kereta. Angkuh sungguh sikap kau perempuan kaya!
"Awak tunggu sini, saya ambil awak kejap lagi. Jangan nangis." ujar Tengku Ikhwan lembut sebaik menghampiri Amel Imelda dibelakang kereta. Dia menepis airmata dipipi gadis itu. Hati kau sungguh lembut Amel Imelda.
SAMPAI dirumah besar milik Tengku Ikhwan, Tengku Ajihah melarangnya mematikan enjin kereta. Dia mahu Tengku Ikhwan tengokkan Amel Imelda sama ada gadis itu masih berada di restoran itu atau tidak.
"Sayang pergi tengok keadaan Imelda? Pastikan dia selamat sampai rumah." pinta Tengku Ajihah ikhlas.
"Tapi, Manja tak kisah ke?" Tengku Ikhwan masih fikirkan isteri kesayangannya.
"Manja tak kisah Sayang, nyawa orang itu lebih penting. Pergilah. Tengok ni dah hujan gerimis, kejap lagi pasti hujan lebat, langit pun dah gelap. Kalau Imelda tak balik lagi, mesti dia akan kebasahan. Dekat tempat letak kereta tu mana ada bumbung untuk dia berteduh, tempat tunggu bas pun jauh." Tengku Ajihah benar-benar memikirkan keselamatan Amel Imelda.
"Terima kasih Manja, sebab fikir dengan cara macam tu, Sayang pergi sekarang. Manja tolong cucikan sehelai baju Sayang, esok Sayang nak pakai untuk pergi meeting." Tengku Ikhwan sempat mencium dahi Tengku Ajihah, sebelum gadis itu turun dari kereta.
"Baiklah. Hati-hati bawak kereta tu." pesan Tengku Ajihah sebelum kereta itu memecut laju meninggalkan halaman rumah besarnya, dia masuk kedalam rumah dengan perasaan cemburu yang dia usaha untuk ditepis.
TENGKU IKHWAN kelihatan tampan dengan sut hitam yang dipakai sejak tadi, dia keluar dari kereta dan mencari kelibat Amel Imelda. Didalam kepekatan malam dan kelebatan hujan dia ternampak Amel Imelda yang berjalan dalam keadaan berpeluk tubuh kerana kesejukan.
Perlahan Tengku Ikhwan menghampiri dan menanggalkan kot sutnya dan dipakaikan ditubuh Amel Imelda. Dia tahu gadis itu begitu marahkannya, namun apa yang mampu dia lakukan untuk membuag kemarahan gadis itu.
"Maafkan saya sebab tinggalkan awak macam tu, maafkan saya sebab biarkan awak berjalan dalam hujan macam ni, maafkan saya sebab mungkin telah menyebabkan hati awak terluka hari ini Imelda." perlahan dia bersuara diteling Amel Imelda, gadis itu sudah lama berada didalam pelukannya.
Amel Imelda tidak membalas pelukan mahupun kata-kata lelaki itu. Hanya airmata yang mampu menitis. Apa yang dia hendak lakukan pun tidak ada jawapan. Hatinya pada lelaki itu sedikit pun tidak ada, bagaimana bisa dia membiarkan dirinya dipeluk begitu sahaja sedangkan selama ini tubuhnya hanya dipeluk lelaki yang bergelar abang dan ayah. Cepat dia menolak tubuh Tengku Ikhwan, matanya tepat menentang mata Tengku Ikhwan. "Hantar saya balik!" arah Amel Imelda.
Tengku Ikhwan mengangguk dan memimpin jemari gadis itu kedalam kereta.
Tiba di depan rumah Amel Imelda, cepat gadis itu membuka seatbelt dan menghulurkan not lima puluh ringgit yang diberi oleh Tengku Izarah tadi kepada Tengku Ikhwan.
"Saya bukan perempuan jual!" Amel Imelda bersuara tegas, dia merenung tepat kearah Tengku Ikhwan.
"Saya minta maaf diatas apa yang bonda katakan pada awak."
"Saya memang sanggup menerima segala tawaran tuan, tapi itu hanya demi abang saya! Saya bukan perempuan mata duitan ataupun perempuan jual! Saya ada harga diri dan maruah diri!" tempelak Amel Imelda, airmatanya sudah lama membasahi pipi.
"Saya tahu tu semua, saya yakin tu semua." Tengku Ikhwan juga hampir menitiskan airmata di saat melihat keperitan Amel Imelda. Tengku Ikhwan lelaki yang sungguh sensitif tentang hati dan perasaan.
"Walaupun tuan tahu, tapi bonda tuan tetap anggap saya perempuan macam tu! Saya benci semua ni! Saya benci!" Amel Imelda menumbuk pehanya dan lengan sasa Tengku Ikhwan.
Tengku Ikhwan mencapai lembut jemari Amel Imelda dan meletakkan dahinya bertemu dahi gadis itu. Airmatanya menitis terlebih dahulu. Dia tidak pernah mengimpikan untuk melukakan atau menghancurkan hati manusia.
"Awak hukumlah saya, awak bencilah saya Imelda. Tapi saya merayu jangan pernah bencikan takdir kita. Saya merayu, saya pun tak minta semua ini terjadi." Tengku Ikhwan menepis airmata yang menitis dipipi Amel Imelda, merenung gadis itu dari arah yang dekat begini sentiasa membuat jantung Tengku Ikhwan berdegup tidak tentu.
"Saya harap bila saya bangun esok, ini hanyalah mimpi ngeri saya!" Amel Imelda bersuara perlahan sebelum keluar dari kereta itu.
DIDALAM bilik selepas mandi dan menukar pakaian tidur, Amel Imelda duduk diatas tilamnya dan melihat gambar arwah tunangnya yang disimpan didalam diari. Airmata menitis lagi, menitis dan terus menitis.
"Shahkhir, kenapa awak pergi dulu sebelum saya Shah? Kenapa? Andainya awak ada, awak pasti akan pertahankan sayakan?" Shahkhir pergi menghadap Illahi kerana kemalangan jalan raya ketika belajar di luar negara.
Amel Imelda mencapai gambar keluarganya yang telah dibingkaikan dan dihiaskan dimeja bersebelahan katilnya.
"Umi, ayah, kakak kuat demi umi dan ayah serta adik-adik dan abang. Kakak tak kuat untuk diri kakak sendiri. Maafkan kakak kerana terpaksa korbankan diri kakak sendiri demi keluarga kita sendiri. Maafkan kakak kerana terpaksa berbohong dengan umi dan ayah. Maafkan kakak umi, ayah." terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisan.
TENGKU IKHWAN kelam kabut mencari baju kerjanya didalam bilik persalinan untuk digosok sendiri. Nak harapkan isteri kesayangannya si Tengku Ajihah, memang tak jadilah kerjanya.
"Manja!!!!" jerit Tengku Ikhwan kuat, bengang sungguh bila melihat tiada sehelai pun bajunya di dalam almari.
"Apa kena dengan Sayang ni? Menjerit-jerit!" soal Tengku Ajihah garang, dia membetulkan skarf yang mnenutup kepalanya sebelum menyarung tudung.
"Baju yang Sayang minta tolong cuci semalam mana?" soal Tengku Ikhwan pantas.
Tengku Ajihah menghentikan perbuatan dan terus menutup mulutnya dengan mata terbuntang. Dia berjalan perlahan menghampiri si suami, "Sayang, Manja lupa nak basuh."
"Manja, Sayang bukan minta tolong basuh semua, basuh sehelai je pon, takkan tu pun lupa?" soal Tengku Ikhwan dengan nada yang sudah tidak tentu.
"Ala semalam balik dah penat, masa turun kereta kena hujan. Masuk bilik Manja mandi dan terus tidur, tu yang lupa. Sorry." Tengku Ajihah memain jari menunjukkan muka comel didepan suaminya.
"Habis Sayang nak pakai apa ni? Sayang ada mesyuarat tahu tak pukul sebelas ni, sekarang dah pukul sembilan."
"Apa susah, beli baju baru." usul Tengku Ajihah pantas.
"Senang Manja cakapkan, habis siapa yang nak tolong gosokkan?" soal Tengku Ajihah dengan muka yang pura-pura digarangkan.
Tengku Ajihah mengangkat seterika didepannya dan dihulurkan pada suami tercinta. "Sayang beli baju, dan bawak ke pejabat, lepas tu suruh PA kesayangan Sayang tu gosokkan. Training untuk jadi wife jugalah tu"
"Bijak betul isteri Sayang nikan!" mata Tengku Ikhwan sudah mengecil menahan geram.
"Baru tahu ke? Okeylah Sayang, Manja dah lambat ni, Manja nak siap. Sarapan bibik dah buat." Tengku Ajihah kembali kebiliknya untuk bertudung.
DIPEJABAT, Tengku Ikhwan terasa bengang melihat pekerja-pekerjanya memandang hairan melihat dia yang hanya memakai jeans dan t-shirt tanpa kolar berwarna hitam.
Didalam bilik pejabatnya dia berusaha menggosok baju kerja yang baru dibeli tadi dengan tenang. Perbuatannya terhenti bila menerima ketukan dipintu. "Masuk." arah dia tanpa memandang.
Amel Imelda masuk dan menutup semula pintu bilik tersebut. Dia yang mengenakan skirt labuh sedikit bawah lutut berwarna biru tua dan kemeja wanita berwarna ungu pekat sedondon pula dengan baju yang sedang digosok oleh Tengku Ikhwan, berasa hairan dengan situasi didepan matanya.
"Tuan nak saya bacakan jadual sekarang ke?" soal Amel Imelda lembut.
"Awak nampak saya tengah buat apa nikan Imelda, sabarlah sekejap." marah Tengku Ikhwan namun masih dengan intonasi lembut. Sejak kebelakangan ini, dia sudah tidak meninggikan suara pada Amel Imelda.
"Tuan nak saya tolong?" cepat Amel Imelda memberikan tawaran bila melihat cara Tengku Ikhwan menggosok baju amat menjengkelkan.
"Kalau awak sudi, boleh juga." bersinar sebentar mata Tengku Ikhwan bila mendengar tawaran hebat itu.
Amel Imelda meletakkan diari kerjanya diatas meja, dan mengambil posisi Tengku Ikhwan sebaik sahaja Tengku Ikhwan beralih tempat berdiri.
Cara Amel Imelda menggosok sangat teliti, kemas dan teratur serta agak cepat membuatkan Tengku Ikhwan terpaku. Tahu-tahu sudah siap.
"Dah siap, dan tuan boleh tukar sekarang. Saya tunggu diluar, jangan lama-lama. Sekejap lagi kita ada meeting dengan klien tetap syarikat ini." terang Amel Imelda. Dia mengambil diari kerja tadi diatas meja dan berlalu ke pintu.
"Imelda awak taknak teman saya tukar baju?" usik Tengku Ikhwan dengan senyuman nakal.
Amel Imelda mengecilkan pandangan kearah Tengku Ikhwan, dia keluar dan menghempas pintu itu dengan kuat. Minta-minta robohlah pintu ni, biar kau jadi tontonan ramai Mr.Poyo!
DENGAN sekali lafaz, Amel Imelda sah bergelar isteri kepada Tengku Ikhwan. Itu beerti mimpi ngeri didalam hidupnya bakal menjelma, keperitan hidup bakal ditempuh sebentar lagi.
Dijarinya tersemat seutas cincin emas permata, dahinya masih terasa kucupan hangat Tengku Ikhwan, bibirnya masih terasa menyentuh jemari suaminya.
Majlis besar-besaran diadakan dihotel mewah tanpa kehadiran isteri pertama, isteri manakah yang mampu untuk menghadirkan diri kemajlis perkahwinan suaminya bersama wanita lain.
Ramai wartawa selebriti datang ke majlis itu dan pelbagai propaganda dituliskan. Al-maklum, Tengku Ikhwan adalah tokoh perniagaan yang disegani di Malaysia, semua yang dilakukan ibarat artis yang bakal diteropong oleh wartawan.
Amel Imelda amat jelitawan dan sangat cantik dengan baju pengantin rekaan dari pereka fesyen terkenal tanah air. Dia kelihatan anggun berdiri disebelah Tengku Ikhwan.
Tengku Ikhwan juga kelihatan begitu tampan dan kacak bergaya dengan sut pengantin yang sedondon warnanya dengan baju pengantin Amel Imelda.
Umi dan ayah serta adik-adik begitu bangga melihat kecantikan Amel Imelda. Airmata keharuan acap kali menitis dipipi tua ayah dan umi.
"Happy betul besan I ni. Seronok tengok anak kahwin." Tengku Izarah menghampiri besan yang dipandang enteng sejak tadi.
"Mestilah seronok Engku, anak kesayangankan."jawab umi lembut.
"Ni suami I, nama dia Tengku Iman." sempat pula tu memperkenalkan suami tercinta.
"Assalamualaikum dik, selamat berbesan." Tengku Iman bersalaman dengan ayah dan berpeluk.
Tengku Izarah mengangkat kening menahan rasa meluat.
"Makcik taknak peluk umi?" soal Uda cepat.
"Adik." tegur umi.
"Betul tu Zarah, kamu tak nak peluk menantu kita ke?" Tengku Iman begitu tersentuh melihat wajah tua ayah yang agak kering.
"Ada kawan panggil sayalah bang, postpone dululah adegan berpeluk ni." jawab Tengku Izarah selamba, dan berlalu meninggalkan umi dan ayah.
"Maafkan saya ye, isteri saya tu memang macam tu." malu menguasai diri Tengku Iman saat ini.
"Tak apalah Engku, kami faham." jawab ayah tenang.
"Marilah kita sama-sama makan, malam ni kami sediakan tempat tidur untuk keluarga baru dihotel ni. Mari." ajak Tengku Iman ikhlas.
"Umi dan ayah serta adik-adik mengekori dengan rasa yang agak segan.
TENGKU AJIHAH merenung gambar perkahwinannya dengan Tengku Ikhwan yang begitu meriah dan gah. Namun kemeriahan majlisnya tidak dihadiri wartawan ataupun orang-orang kenamaan kerana ketika itu Tengku Ikhwan sedang belajar dan tidak berapa dikenali.
Airmata masih lagi menitis sejak dari pagi tadi, dia mendongak kelangit yang penuh bintang malam ini. Dia terpaksa menerima kenyataan bahawa suaminya bakal dikongsikan bersama insan lain dan itulah adalah hal yang tidak pernah dibayangkan selama ini.
Meskipun bibir kata izin, meskipun bibir kata ya, meskipun bibir kata tak apa, tapi isteri mana yang mampu menerima kenyataan yang menyakitkan ini.
Dia tidak akan menjadi yang pertama dan terakhir untuk suaminya, dia adalah yang pertama dan Amel Imelda adalah yang terakhir untuk suaminya.
Dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini, dia benar-benar tidak kuat. Tiada kekuatan didalam jiwanya saat ini selain dari menyebut 'ALLAHUAKHBAR'.
Tangan yang selama ini dia kucup, akan dikucup jua oleh orang lain. Pipi yang selama ini dicium akan dicium oleh orang lain juga. Rambut yang dibelai akan dibelai juga oleh orang lain. Mata yang direnung saban malam itu akan direnung oleh orang lain juga. Tubuh yang didakap hampir setiap masa itu akan didakap orang lain juga. Hati yang dihuni sebagai ratu seorang akan dihuni ratu kedua.
Semuanya bakal dibahagikan dan bukan dia si penghuni tunggal yang akan berada dijiwa insan yang bernama Tengku Ikhwan.
SENYUMAN manis yang diberikan oleh Amel Imelda menampakkan baris giginya yang putih, menambahkan seri gambar perkahwinannya. Disebalik senyuman itu tersembunyi sebuah kepalsuan dan lakonan.
Sejak dari tadi pinggangnya dipeluk oleh Tengku Ikhwan sehingga membuatkan dia berasa lemas dan rimas. Setelah majlis sudah tamat dia meminta diri untuk membersihkan diri.
Tak dapat dibayangkan yang dia akan menjadi ibarat sebuah patung yang dimainkan oleh seorang kanak-kanak perempuan, bertukar pakaian setiap lima belas minit.
Seumur hidupnya dia tidak pernah memakai pakaian secantik itu dan sebanyak itu dalam masa sehari.
Didalam bilik hotel yang telah disediakan untuk pengantin itu, Amel Imelda membuka anting-anting mewah yang menghiasi telinganya, kemudian rantai permata yang menghiasi leher. Dia membuka sepit-sepit halus yang melekat dirambutnya untuk dijadikan sanggul yang kelihatan lebih cantik dan menarik tadi.
Selepas itu dia berusaha membuka zip gaun pengantin dibahagian belakangnya. Sakit hati mula menguasai diri, bila zip yang mahu dicapai tidak tercapai. Namun usaha gigih masih dilakukan.
Tiba-tiba ada tangan lain yang membukanya dengan perlahan, zip dibuka hingga kepinggang. Terserlah badannya yang putih bersih itu.
Nafas Tengku Ikhwan berkocak merenung tubuh isteri mudahnya yang kelihatan putih merah gebu.
Amel Imelda yang tersedar dari mengung terus menahan baju itu dari terlucut dan memusing tubuh kearah Tengku Ikhwan.
Tengku Ikhwan sudah mula tersenyum nakal. Dia merenung tubuh isterinya yang cukup seksi itu dari atas sampai bawah, dari bawah sampai atas balik.
"Tuan jangan nak pandang saya macam tu eh!" marah Amel Imelda, jantungnya berdegup laju. Takut menguasai diri.
"Pandang isteri sendiri pun salah ke? Berdosa?" soal Tengku Ikhwan seraya mengusik. Dia berjalan menghampiri Amel Imelda, dan gelagatnya makin menjadi bila isterinya itu mula mengundur kebelakang.
"Sudah-sudah, tak payah nak buas sangat! Sana." arah Amel Imelda, dia semakin berundur. Berundur punya berundur betisnya terlanggar kaki katil menyebabkan dia terus terlentang diatas katil empuk itu.
Tengku Ikhwan mengambil kesempatan dengan cepat menindih tubuh isterinya. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Amel Imelda. "Cantik dan wangi awak hari ni." puji dia ikhlas.
"Sanalah tuan, saya nak mandilah." Amel Imelda tidak mahu melayan setiap kata-kata suaminya.
"Kenapa kasar sangat dengan suami sendiri ni, cuba berlembut sikit." ligat benar dia mengusik gadis yang bergelar isteri kontraknya.
"Tuan nak saya berlembut macam mana pula ni?" aduh mamat ni, kalau aku tumbuk, nanti dicop isteri derhaka. Tapi yang dia ni dah gatal semacam kenapa? Sebelum ni, tak macam ni pun! Benci betul!
"Macam ni." dengan perlahan pipi Amel Imelda dikucup lembut. Bulat terus mata isterinya.
Tapak tangan kanan Tengku Ikhwan sudah mengalas bahu Amel Imelda, dan tangan kirinya memegang lembut pinggang si isteri.
Amel Imelda cepat menolak dada Tengku Ikhwan yang sebenarnya sudah tidak punya jarak dengan dadanya.
Perlahan bibir mongel Amel Imelda dikucup kemas. Dan membuatkan mata Amel Imelda terpejam rapat.
Perasaan Tengku Ikhwan terisi sebuah rasa terhadap Amel Imelda, rasa yang dia tidak sedar akan maksudnya.
"Tuan tolong ingat Tuhan." pinta Amel Imelda perlahan, matanya masih tertutup kerana malu. Mukanya yang putih merah, berubah menjadi merah menyalah, lebih-lebih lagi dibahagian hidungnya.
"Sebab saya ingat Tuhanlah saya sentuh isteri saya, salah?" Tengku Ikhwan masih mengusik Amel Imelda, tapi kali ini untuk mengawal rasa yang datang didalam hatinya.
"Tuan tolong ingat Tengku Ajihah." Amel Imelda begitu yakin kata-kata ini mampu membuatkan dirinya lepas dari Tengku Ikhwan.
Mendengar nama itu disebut, serta-merta pelukan dilepaskan dan membuatkan dia berdiri tegak seperti tersedar dari sesuatu.
Cepat Amel Imelda menyelamatkan diri dan membolos bilik air dengan segera.
Tengku Ikhwan terduduk dan terpaku diatas katil bila mengingatkan isteri tercinta dirumah. Perlahan dia mengeluarkan telefon bimbit dan menyapu skrin telefon agar terbuka. Wajah Tengku Ajihah yang sedang tidur lena menjadi penghias skrin telefon itu direnung redup. Perlahan nombor Tengku Ajihah didail.
"Assalamualaikum Sayang, selamat pengantin baru." sapa Tengku Ajihah, cepat sekali dia menyembunyikan sebak.
"Waalaikumusalam Manja, Manja maafkan Sayang sebab tak dapat pegang janji kita untuk setia selamanya."ujar Tengku Ikhwan dengan linangan airmata.
"Jangan fikir macam tu, inikan takdir kita. Tak baik tau Sayang cakap macam tu. Dah, jumpa esok, selamat malam." panggilan dimatikan, Tengku Ajihah menangis semahu-mahunya. Dia tidak mampu membendung airmata lagi.
Lirik Lagu Cinta Tak Pergi – Tomok ft. Yana Samsudin
Sudah sampai tika dan waktu
Untuk aku berterus-terang
Adakah kau, adakah kau kan terima
Cincin ku beri tanda bermula
Kisah cinta yang sejati
Untuk aku berterus-terang
Adakah kau, adakah kau kan terima
Cincin ku beri tanda bermula
Kisah cinta yang sejati
Jangan kau ragu cinta dariku
Ku terima adanya kamu
Walau apa yang terjadi
Hatiku ini telah terkunci
Oleh mata dan hatimu
Ku terima adanya kamu
Walau apa yang terjadi
Hatiku ini telah terkunci
Oleh mata dan hatimu
Bertahun lamanya kita melalui segala
Suka dan duka
Kini masa sudah tiba membina istana
Kita kan bersama
Suka dan duka
Kini masa sudah tiba membina istana
Kita kan bersama
Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Bertahun lamanya kita melalui segala
Kita kan bersama
Kita kan bersama
Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Semoga ikatan yang kita bina terus membara
Sampai akhir waktu jadi penentu pemisah kita
Inilah cerita kisah paling indah jika
Cinta tak pergi
Sampai akhir waktu jadi penentu pemisah kita
Inilah cerita kisah paling indah jika
Cinta tak pergi
Cinta tak pergi
Cinta tak pergi
Cinta tak pergi
2 comments:
cpt smbung lg yer..watak tg ajihah ni baik or jahat?
cam nk akk smackdown jer bonda yg celupar cam tuh!!!cpt2 smbg yer dik...makin best...n semakin suspen...
Post a Comment