Friday, 16 March 2012

Izinkan Aku Pergi... [ episod 1 ]

EPISOD 1

ZAHIRIL Menarik lembut tangan kekasihnya Nur Sanieah                           
                     "Dengar dulu penjelasan Apex, Nieah... Apex sayangkan Nieah. Apex janji lepas ni kalau Apex nak pergi mana-mana Apex akan beritahu Nieah" rayu Apex sambil merapatkan kedua-dua tangannya seolah-olah memohon maaf pada Nur Sanieah. 
                     "Janji?" soal Nur Sanieah manja.
                     "Janji Nieah." ujar Zahiril lembut.

DALAM perjalanan pulang kerumah selepas menghantar kekasihnya Nur Sanieah, Zahiril hampir melanggar seorang gadis. Dia keluar dari keretanya dan pergi ke arah gadis itu, tiada sebarang kecederaan namun sungguh aneh kenapa gadis ini pengsan? Mampus! Apa aku nak buat ni? Bisik hati Zahiril. Tanpa berfikir panjang Zahiril memapah gadis itu dan membawa kekliniknya.

NUR NAJIHAH menggosok-gosok matanya yang terkena cahaya lampu. Tiba-tiba bayangan abang saudaranya Hubby terlintas difikirannya, apabila melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri disebelahnya dengan pantas dia mendakap erat.
                      "Encik tolong saya encik! Tolong selamatkan saya encik." rayu Nur Najihah, airmata tak habis-habis menitis dipipinya. Zahiril ingin mengundur kebelakang dari terus dipeluk oleh Nur Najihah namun hatinya tak begitu sampai apbila melihat ketakutan yang terpancar diwajah Nur Najihah.
                      "Cik, bawa bertenang.. Apa yang cik takutkan?" Zahiril cuba menenangkan gadis itu.
                      "Abang saya encik, dia nak pukul saya encik.. Tolong selamatkan saya encik." rayu Nur Najihah lagi, semakin erat pelukannya.
                      "Sabar cik, sabar. Awak jangan takut. Abang awak tak ada kat sini. Percayalah." Pujuk Zahiril. Sebenarnya dihati rasa gementar apabila dipeluk sebegitu erat. Namun terselit juga rasa simpati.
                      Nur Najihah terlelap didalam dakapan Zahiril.
                      Zahiril memperbetulkan posisi Nur Najihah, dan menuju kearah bilik pejabatnya. Dia memanggil pembantunya Azreen.
                     "Azreen saya nak awak tolong jaga pesakit tu hari ni boleh?" pinta Zahiril.
                     "Saya boleh je doktor. Tapi klinik tutuplahkan?" soal Azreen kembali.
                     "Ya klinik tutup. Saya boleh jaga, tapi awak fahamkan dia perempuan dan saya lelaki. So saya minta kerjasama awak. Saya akan masuk pagi esok. Jadi bolehkan awak tolong saya?" soal Zahiril sekali lagi memohon kepastian Azreen.
                     "Boleh doktor." Jawab Azreen sambil tersenyum.
                     "Terima kasih. Kalau macam tu saya balik dulu."ujar Zahiril lembut dan berlalu pergi meninggalkan kliniknya yang dibina dengan menggunakan titik peluhnya sendiri pada 5 tahun yang lalu. Pada usia 19 tahun dia telah mempunyai klinik sendiri Dan kini umurnya sudah mencecah 24 tahun. Itulah yang sering dipertikai ibunya.

DALAM perjalanan pulang dengan membawa vios toyota silvernya dia asyik mengingatkan gadis yang hampir dilanggarnya tadi. Dia tertanya-tanya mengapa gadis itu berlari keluar dari hutan dengan keadaan yang sangat gelabah sehingga membuatkan dia hampir melanggar gadis itu. Kenapa gadis itu menangis? Dan kenapa gadis itu seperti berada didalam ketakutan. Kerana terlalu memikirkan dia tidak sedar yang dia sudah sampai didepan rumahnya yang didiami bersama ibunya, Pak Man dan Mak Jah sahaja. Semenjak ketiadaan adiknya Syeera yang belajar di UK dan ketiadaan ayahnya yang meninggal akibat kemalangan membuatkan rumah itu menjadi sunyi tak seperti dulu.

                     Masuk sahaja kerumah Datin Sufiya telah menantinya diruang tamu yang suasananya seperti berada di sebuah istana moden yang ada di kerajaan Perancis.
                    "Apex kesini. Mama ada benda nak cakap dengan Apex." arah Datin Sufiya sedikit tegas.
                    Zahiril menghampiri ibunya, dia duduk di sofa yang berhadapan dengan ibunya. Dia cuba mengawal emosinya apabila melihat ketegangan yang ada diwajah ibunya.
                    "Esok mama nak Apex pergi airport dan ambil Syeera. Esok dia balik bercuti selama sebulan." Pesan ibunya.
                    Zahiril tersenyum gembira apabila dia mendapat tahu yang adik kesayangannyaitu akan pulang. Tapi kenapa wajah ibunya begitu tegang seperti ada benda yang ibunya tak suka.
                     "Syeera balik untuk apa mama?" soalnya sengaja ingin menceriakan suasana.
                     "Dia balik untuk bertunang dengan kekasih dia si Hafis tu. Kau cuba tengok adik kau tu Apex? dia dah nak bertunang dah! Kau? Kau bila lagi?"Tengking Datin Sufiya.
                     Zahiril cuba bersikap tenang, "Mama.. mungkin jodoh adik dah tiba. Apex ni lambat lagi." dalih Zahiril. Dalih ke? Bukan dah memang kehendak ALLAH ke yang memang jodoh si Zahiril ni belum tiba?
                    "Esok mama nak kau pergi jemput Fatini sekali. Dia pun baru balik dari oversea". arah ibunya.
                    Nama Fatini tu lah yang paling dia tak mahu dengar. Gadis yang ingin dijodohkan dengannya ketika dia berusia 22 tahun dulu.

SEDANG berbual-bual dengan mamanya tiba-tiba Akmaruddin datang mencari Zahiril.
                     "Kau ni kenapa Akma?" soal Zahiril dia berasa aneh dengan sikap Akmaruddin yang begitu cemas.
                     "Pesakit kau Pex. Pesakit kau!" Ujar Akmaruddin tersemput-semput.
                     "APA??"




BERSAMBUNG ESOK......

2 comments:

hidupsentiasahappy.blogspot.com/ said...

akak . malunya >.<

Kehidupanku Didunia Ini said...

ALAH rileklah..
tapi pasti akan ada yang lebih menarik..
Hehehehe..