ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 2
AMEL IMELDA berjalan perlahan menghampiri umi dan ayahnya yang sedang mengemas bot usang ayah. Hatinya menjadi sayu melihat wajah ayah pucat dan batuk berulang-ulang, umi pula setia menemani ayah.
"Assalamualaikum umi, ayah." ucap Amel Imelda perlahan.
Ayah dan umi menghentikan kerja dan mendongak. Hati mereka dilanda kegembiraan yang teramat, anak yang begitu dirindui kini berdiri didepan mata.
"Waalaikumusalam, kakak!" umi menarik Amel Imelda kedalam pelukan. Airmata si tua itu menitis.
"Kenapa kakak balik tak beritahu nak, kami boleh masak." ujar ayah dengan senyuman yang tak pernah lekang dibibir.
"Ayah dengan umi sihat? Kakak rindu umi dengan ayah." airmata Amel Imelda tidak berhenti menitis merenung wajah tua yang dia selalu rindu.
"Umi sihat kakak, cuma ayah....." kata-kata umi terhenti bila ayah menepuk perlahan pinggang umi.
"Ayah pun sihat kakak, abang macam mana? Ayah dengan umi minta maaf sebab tak dapat datang sana, kami tak cukup duit." ayah bersuara perlahan, dia malu dengan anaknya yang seorang ini. Terlalu banyak Amel Imelda berkorban untuk keluarga.
"Tak apalah ayah, umi. Kakak faham, lagi pun abang dah okey sikit lepas pembedahan tu." terang Amel Imelda.
"Kembar kamu tu ada buat kamu susah ke kakak?" soal umi lembut, dia mengusap kepala Amel Imelda.
"Tak umi, sebaliknya abang begitu faham keadaan kakak dekat sana." jawab Amel Imelda jujur.
"Marilah masuk nak, berdiri macam ni sampai esok boleh longgar lutut ayah." seloroh ayah diselangi batuknya.
"Umi, ayah, sebenarnya kakak balik ada sebab." kata-kata Amel Imelda menghentikan langkah si dua tua itu.
"Sebab apa nak?" soal ayah cemas.
"Kakak nak... nak kahwin, umi, ayah." ujar Amel Imelda perlahan.
"Kakak nak kahwin?" umi tersenyum lebar melihat Amel Imelda mengangguk.
Tengku Ikhwan keluar dari kereta dan menghampiri keluarga kecil itu.
"Assalamualaikum pakcik, makcik." penuh beradab tangan ayah dan umi disalam dengan lembut.
"Waalaikumusalam." jawab ayah lembut, dia merenung wajah kacak Tengku Ikhwan.
"Saya Tengku Ikhwan, saya datang ke sini membawa hajat besar kepada pakcik dan makcik." ujar Tengku Ikhwan berani.
"Marilah kita masuk dulu, berbual didalam. Yank, buatkan air untuk tetamu dan anak kita." usul ayah.
"Biar kakak tolong umi." Amel Imelda mengikut umi kedapur, manakala ayah dan Tengku Ikhwan duduk beranda rumah menyaksikan laut yang kelihatan tenang.
Amel meletakkan dulang berisi teko teh dan empat cawan kecil, umi menuangkan air teh didalam setiap cawan.
"Silakan minum nak." pelawa ayah lembut. Mereka menikmati minuman itu seketika.
"Apa hajatnya? Kamu dengan kakak, siapa?" soal ayah.
"Sebenarnya saya majikan kepada Amel Imelda. Kami kenal sejak Amel Imelda bekerja di syarikat saya sebagai pembantu peribadi saya. Dari situ kami rapat, dan saya nak menyunting dia sebagai yang halal disisi saya." pandai Tengku Ikhwan menyusun kata. Hatinya terasa sudah melukakan hati Tengku Ajihah dalam jumlah yang banyak.
Amel Imelda mengecilkan mata merenung tajam kearah Tengku Ikhwan, terasa bagaikan nak dipijak je badan mamat poyo ni.
"Alhamdulillah, benda yang baik tak kanlah kami nak tolak. Cuma Tengku tahu kan keadaan kami sekeluarga, Tengku pula dari keluar yang berada. Tengku tak kisah ke?" soal ayah tenang.
"Itu tidak menjadi masalah pada saya pakcik, kekayaan dunia tak menjamin apa-apa." jawab Tengku Ikhwan lembut.
"Kalau begitu kata kamu, kami tak boleh nak cakap apalah. Tapi ibu bapa kamu tahu ke tentang ni? Mereka tak datang sekali?" soal ayah dengan penuh tanda hairan.
"Mama kurang sihat, jadi papa terpaksa jaga mama. Mereka tak dapat nak datang." bohong Tengku Ikhwan. Dia dapat menangkap jelingan maut Amel Imelda.
Hati Amel Imelda terasa bagaikan sedang menggelegak.
"Oh, bila kamu melangsungkannya?" soal umi pula.
"Maaflah kalau pakcik dan makcik menganggap ini terlalu terburu-buru. Tapi macam pakcik cakap tadi, benda yang baikkan? Takkan kita nak tangguh-tangguh. Saya ingat nak langsungkan hujung bulan ni." terang Tengku Ikhwan tenang.
Ayah terbatuk-batuk sebelum menjawab, "pakcik tahu perkara yang baik tak elok ditangguh-tangguhkan, tapi kalau kita buat pertunangan je dulu macam mana? Bagi pakcik sedikit masa, dalam lima enam bulan ni. Pakcik nak kumpul duit untuk kerja kahwin kamu berdua."
"Soal kerja kahwin saya akan uruskan pembelanjaannya. Kami hanya memerlukan doa dan restu serta keizinan dari pakcik dan makcik." Tengku Ikhwan cepat menjawab ayah.
"Mana boleh macam tu Tengku, pakcik ni bapa kakak. Kakak masih tanggungjawab pakcik, nanti nampak macam pakcik ni tak bertanggungjawab pula pada kakak." bantah ayah lembut.
"Tak apa pakcik, saya faham masalah kewangan keluarga pakcik. Sebab tu saya yang akan menanggung pembelanjaan perkahwinan, saya yakin Imelda pun tak kisah." Tengku Ikhwan memandang Amel Imelda dengan berani.
Amel Imelda mengenggam jemari ayahnya. "betul apa yang tu..." kata-kata Amel Imelda terhenti bila hujung jari kakinya ditarik oleh Tengku Ikhwan. "betul apa yang Ik..Ikhwan cakap ayah, kami hanya nak restu, doa dan izin dari umi dan ayah. Yang lain Ikhwan akan uruskan." Amel Imelda cuba meyakin ayahnya.
"Kalau anak ayah sendiri dah cakap macam tu, kami akan ikutkan. Apa yang terbaik bagi kakak, itulah yang terbaik bagi kita sekeluarga." ayah mengusap kepala Amel Imelda.
LANGKAH Tengku Ikhwan untuk membuka pintu terhenti bila terasa bajunya dibahagian belakang basah. Dia menoleh kebelakang dan merenung Amel Imelda dengan pandangan tajam, gadis itu selamba memegang gelas yang kosong.
"Awak ni kenapa Imelda?" soal Tengku Ikhwan garang, sekarang mereka bebas bercakap kerana Tengku Ikhwan meletakkan keretanya agak jauh dari halaman rumah.
"Kenapa tuan tanya saya?" soal Amel Imelda balik.
"Yelah! Yang awak simbah saya dengan air sejuk tu kenapa?"
"Ikutkan hati saya nak simbah air panas je, biar tuan tahu betapa panasnya hati saya!" tempelak Amel Imelda.
"Hati awak panas nak libatkan saya buat apa?"
"Hati saya panas sebab tuan tipu umi dan ayah saya!"
"Kalau saya tak tipu awak nak jadi anak yatim piatu ke apa?" soal Tengku Ikhwan semula.
"Apasal pula saya nak kena jadi anak yatim piatu setakat mintak tuan jujur dengan umi dan aya saya?" Amel Imelda pelik.
"Kalau saya beritahu kita kahwin sebab nak suruh awak bagi anak pada saya, awak nak umi dan ayah awak mati keras ke apa? Macam tu? Kalau awak nak, sekarang saya boleh beritahu." Tengku Ikhwan berpura-pura untuk berjalan menuju kedalam rumah orang tua Amel Imelda.
"Eh..eh, nanti, nanti, nanti!" Amel Imelda menghalang Amel Imelda dengan berdiri dihadapan lelaki itu sambil mendepakan kedua belah tanganya.
Tengku Ikhwan merenung Amel Imelda yang anggun bersanggul itu dari atas kebawah. Dalam diam dia memuji bakal isterinya yang memakai seluar slack putih dan kemeja biru yang kebetulan sama dengannya.
"Saya menyesal sangat-sangat, sebab terjebak dengan tuan ni!" Amel bersuara kasar, dia berpeluk tubuh.
"Saya suka sangat-sangat sebab jebakkan wanita secantik awak ni." balas Tengku Ikhwan dengan senyuman sinis. Sempat dia mengenyitkan mata pada Amel.
Amel membalas dengan jelingan tajam, dia memusingkan badan untuk masuk kedalam rumah.
"Saya ambil awak malam ni, kita balik Kuala Lumpur malam ni." pesan Tengku Ikhwan sebelum masuk kedalam keretanya.
AMEL IMELDA merenung adik-adiknya yang leka dengan kerja sekolah, petang tadi sebaik adik-adiknya balik sekolah dia menjadi sasaran adik-adiknya untuk berpeluk. Kerinduan terubat melihat kecerian adik-adiknya. Sebentar saja lagi dia akan berpisah dengan adik-adiknya semula. Sejak kecil Amel Imelda tidak pernah berpisah dengan adik-adiknya, namun untuk mencari sesuap rezeki, Amel Imelda terpaksa mengorbankan masa bersama adik-adiknya.
Dia berjalan menuju keserambi usang rumah tua ini, merebahkan punggung disebelah ayah dan umi. Wajah tua itu ditatap sepi dan sayu.Selama ini dia tidak pernah berbohong dengan umi dan ayah, tapi hari ini dia terpaksa berbohong.
"Umi, ayah, kakak bertolak ke Kuala Lumpur kejap lagi." ujar Amel Imelda sambil menyandarkan kepalanya dibahu ayah.
"Kenapa awal sangat kakak nak balik, ni dah lewat malam nak. Balik esok jelah." usul ayah. Dia risaukan keselamatan anak kesayangannya itu.
"Tak apalah ayah, bukan kakak yang memandu. Ikhwan yang memandu, insyaAllah kami selamat sampai Kuala Lumpur. Umi dan ayah doakan ye."
"Kakak jaga diri baik-baik dekat sana ye. Umi doakan keselamatan kakak dilindungi Allah." umi membelai rambut kak yang diikat satu itu. Dia memuji anaknya yang cantik memakai kain labuh berwarna hitam dan dress hijau tua.
Amel Imelda mengeluarkan sebuah bungkusan dari dalam begnya dan dihulurkan kepada ayah.
"Apa ni kakak?" soal ayah lembut.
"Tu duit untuk pembelanjaan umi, ayah dan adik-adik buat beberapa bulan. Tak banyak, tapi harap cukup untuk keluarga kita." lembut Amel bersuara.
"Berapa ni kakak?" soal ayah lagi, dia tidak berani membuka bungkusan itu.
"RM30,000.00" jawab Amel Imelda perlahan.
"Banyaknya kakak, duit ni bukan sahaja boleh menampung sebulan dua, tapi insyaAllah bertahun pun boleh. Tapi mana kakak dapat duit ni?" soal umi dengan penuh terkejut.
"Kakak jual kereta kakak." jawab Amel Imelda, dia tertunduk menahan sebak.
Bergenang terus airmata ayah, dia terbatuk-batuk lagi. "Kakak jual Honda Civic kakak, untuk keluarga kita? Kakak?" soal ayah tergagap seakan tidak percaya.
"Ye ayah." jawab Amel Imelda, airmatanya menitis juga.
"Maafkan ayah nak, ayah bukan ayah baik untuk anak-anak ayah." menitis airmata di pipi kering itu.
Amel Imelda memeluk ayah erat, "ayah jangan cakap macam tu. Ayah, ayah yang terbaik untuk kami semua."
"Banyak kakak berkorban untuk keluarga kita nak." umi juga menangis teresak-esak, dia memeluk belakang Amel Imelda.
"Tak umi. Apalah sangat kalau nak dibanding pengorbanan kakak yang sedikit ini dan pengorbanan ayah dan umi untuk melahirkan kami, memberi kami makan, minum dan pakai, sekolahkan kami dan membesarkan kami tanpa mengeluh. Lagipun inilah tanggungjawab kakak untuk membalas jasa umi dan ayah." terang Amel Imelda dengan tangisannya, bahunya terhinjut-hinjut mengikut deras tangisan.
"Ayah bersyukur kepada Allah swt. Meskipun kita dari keluarga yang susah, tapi ayah dan umi dikurniakan anak-anak yang baik, soleh dan memahami nasib kita. Kalau saat ini Allah nak tarik nyawa ayah, ayah redha." ayah mencium dahi Amel Imelda dengan kasih sayang yang tidak terbelah bagi.
"Umi, ayah kakak nak gerak dah. Umi dengan ayah jaga diri, jaga kesihatan, jaga makan dan minum. Kasih sayang kakak pada umi dan ayah serta adik beradik tak pernah terkurang." Amel Imelda memeluk umi dengan penuh erat.
"Kakak, minggu depan ayah nak ambil abang di Kuala Lumpur. Biarlah kami yang menjaganya." usul ayah.
"Nanti kakak akan uruskan." Amel Imelda bangun dan berdiri.
Dari luar rumah sejak tadi, keluarga itu menjadi perhatian Tengku Ikhwan. Lelaki itu menitiskan airmata melihat perbualan anak dan ibu bapa itu.
"Angah, uda, baby, sini. Kakak nak balik ni." panggil umi lembut.
Angah memeluk tubuh Amel Imelda erat dan menyalam jemari itu. "kakak jaga diri baik-baik ye, angah sayang kakak. Angah akan rindukan kakak selalu." angah mengesat airmata yang menitis.
"Kakak pun sayangkan angah, kakak pun akan merindukan angah. Angah belajar rajin-rajin, selalu study untuk persedian SPM ni ye. Bila besar nanti, boleh tolong umi dan ayah." dahi angah menjadi tempat bibir mongelnya mendarat.
Uda memeluk dan mencium kedua belah pipi Amel Imelda. "Adik sayang kakak, dan adik pun selalu rindukan kakak. Dekat sana, kalau ada orang kacau kakak, kakak tumbuk je dia. Ambil ni." Uda memberikan sebuah botol spray pada Amel Imelda.
"Apa ni dik?"
"Spray lada. Bagus tau." Itulah uda, pandai mencipta sesuatu yang tak terfikir oleh orang lain.
"Yelah, nanti kakak guna ye. Adik belajar rajin-rajin ye, nanti besar boleh tolong umi dan ayah." Amel masukkan botol itu kedalam begnya dan mencium dahi Uda.
Baby juga memeluk tubuh Amel dengan sangat erat. "Baby sayang kakak, tapi kakak nak pergi. Baby janji akan jadi budak baik. Kakak sayang baby kan." Baby mengesat airmatanya.
"Ye, kakak sayang baby. Baby jangan nakal-nakal, dengar cakap umi dan ayah. Belajar rajin-rajin, dah besar boleh tolong umi dan ayah." dahi Baby juga dikucup kemas.
"Jaga umi dan ayah ye, solat jangan tinggal." pesan Amel Imelda sebelum beralih kepada umi dan ayah.
Tangan umi dikucup kemas, kedua belah pipi umi dicium kuat, dahi umi juga dikucup. Airmata bergenang lagi, "kakak pergi dulu umi, umi jaga diri baik-baik."
"Umi sayang kakak, jaga diri, jaga maruah dan harga diri, jaga nama baik keluarga kita, solat jangan tinggal." umi mencium pipi Amel Imelda kemas.
Amel Imelda mengangguk mengerti dan berlalu kearah ayah. Dia menyalam tangan ayah dengan penuh kemas. Mata tua ayah yang redup ditatap sekejap sebelum mencium pipi tua ayah. "Ayah jaga kesihatan ye." hanya itu yang mampu Amel Imelda ungkapkan.
"Ayah sayang kakak." hanya itu yang terungkap dibibir ayah, airmata yang bergenang di kolam mata ditahan.
"Assalamualaikum."
DALAM perjalanan Tengku Ikhwan hanya memberi fokus pada jalan raya, kebetulan Amel Imelda disebelah sudah terlena. Fikirannya menjadi celaru, serabut dan buntu. Hatinya dipaut rasa bersalah kepada Amel Imelda. Kerana terlalu terburu-buru mencari orang untuk dijadikan ibu buat anaknya, dia teerjebakkan Amel Imelda sebagai mangsa.
Dia memandang sekilas kearah Amel Imelda, dan kembali memandang jalan raya yang gelap. Dia menyesal melibatkan Amel Imelda didalam kanca masalahnya. Gadis itu terlalu baik dengan keluarganya, patutlah selama ini Amel Imelda bersungguh didalam bekerja, rupa-rupanya dia adalah tunggak keluarga.
Kereta yang dipandu oleh Tengku Ikhwan terpaksa dihentikan apabila ada sebuah kereta yang menghalang kenderaanya dari terus berjalan. Wajahnya menjadi pucat bila melihat ada dua orang lelaki yang keluar dari kereta itu dengan memakai topeng. Seorang memegang samurai panjang, dan seorang lagi memegang kayu besbol.
Dengan perlahan pintu dikunci rapi, Tengku Ikhwan mengejut Amel Imelda yang lena tidur.
"Bangun Imelda, ada perompak." kejut Tengku Ikhwan lembut.
Amel Imelda tersedar dari tidur, dia terkejut bila tingkap disebelahnya diketuk kuat.
"Kenapa ni?" soal Amel Imelda cemas.
"Kita nak kena rompak tengok tu?" tengking Tengku Ikhwan.
"Buka pintu ni!" arah orang yang berada diluar kereta itu.
Amel mengambil telefon didalam beg dan segera mendail nombor telefon sahabat baiknya, Aisya. "Hello Aisya!"
"Ye.. Kau nak apa ni yank, dah pukul berapa ni?" Aisya berulang kali menguap dan melihat jam di dinding biliknya.
"Aku nak kena rompak!" tempelak Amel Imelda kuat, Tengku Ikhwan yang berada disebelah terangkat sedikit bahunya kerana terkejut.
"Apa yank?!!! Kau biar betul??" segar terus mata si minah tinggi galah ini bila mendengar perkataan 'rompak'.
Tengku Ikhwan merampas telefon bimbit Amel Imelda dan dicampakkan ke seat belakang. "Dari awak nak telefon si Aisya yang dekat KL tu, lebih baik awak call polis! Awak ingat kawan baik awak tu super woman boleh terbang selamatkan kita dekat sini???" marah Tengku Ikhwan. Dalam keadaan macam ni pun, dia boleh ingat minah tu, tunggu minah tu, nyawa aku pun melayan!
Amel Imelda menarik muka. Tiba-tiba airmukanya berubah, dia merabah sesuatu didalam begnya dan dibawa keluar. "Saya rasa ni boleh tolong kita tuan."
"Awak nak buat apa pula dengan botol kecik ni Imelda? Macam-macamlah." Tengku Ikhwan mengeluh.
"Macam ni, tuan turunkan cermin kereta. Then, saya akan spray mata orang tu. Bila diaorang dah pedih mata, diaorang akan hilang fokus. Masa tu, tuan drive laju-laju." terang Amel Imelda tegas.
"Kadang-kadang otak awak memang boleh pakai." mereka bertindak seperti yang dirancang.
Setelah kedua-dua orang itu jatuh ke lantai akibat terkena spray Amel Imelda, Tengku Ikhwan menukar gear kebelakang dan menekal pedal minyak. Kemudian dia menukar gear seterusnya untuk menyambung perjalanan.
TENGKU IKHWAN menghentikan kereta betul-betul didepan rumah Amel Imelda, dia membuka seatbelt dan memusingkan badan kearah Amel Imelda yang berada di seat sebelah. Gadis itu tertidur lagi, kelihatan agak lena dan penat.
Dengan perlahan Tengku Ikhwan membuka sealbelt gadis itu, tubuh Amel Imelda yang sudah tidak dibendung oleh sealbelt rebah dibahu Tengku Ikhwan.
Berdegup kencang jantung Tengku Ikhwan disaat melihat gadis itu dari arah yang begitu dekat. Anak rambut yang menutupi mata Amel Imelda ditolak ketepi.
Baru saja jemarinya mahu menepuk perlahan pipi Amel Imelda agar gadis itu bangun, ketukan kuat ditingkap bahagian pemandu mengejutkan dirinya termasuk Amel Imelda.
Amel Imelda yang baru sedar dari lena terkejut melihat majikannya yang berada begitu dekat dengan dia. Cepat Amel Imelda menolak Tengku Ikhwan dan keluar dari kereta.
"Mari sini Yank!" Aisya menarik tangan Amel Imelda agar berada dibelakangnya, dia mahu berhadapan dengan Tengku Ikhwan.
Tengku Ikhwan keluar dari kereta dan membetulkan kotnya sebelum berdepan dengan Aisya yang sedang memegang kayu besbol.
"Engkau nak apa lagi ni? Lebih baik kau berambus, sebelum aku pijak kau dekat sini!" tengking Aisya, kayu besbol dihalakan pada lelaki itu.
"Aisya awak sedar tak, awak sedang bercakap dengan siapa?" soal Tengku Ikhwan, dahinya mula berkerut.
"Dekat pejabat kau boss, dekat luar kau dengan aku bukan siapa-siapa! Kau nak buat apa dengan kawan aku tadi, kau ingat aku tak tahu yang kau nak buat tak senonoh dekat Imelda?" tempelak Aisya berani.
"Saya belum gila nak buat macam tu pada Imelda, Sya! Saya cuma bukakan...."
"Dah! Malas aku nak dengar drama kau, berambus!" Aisya mengayunkan besbol didepan Tnegku Ikhwan.
"Okey! Saya balik sekarang, tapi tolong jagakan future wife saya baik-baik ye." Tengku Ikhwan mengenyit sebelum berlalu masuk semula kedalam kereta.
Aisya tercengang mendengar kata-kata terakhir majikan poyonya itu.
"LAMBAT Sayang balik hari ni? Dah pukul satu pagi baru sampai rumah, Sayang pergi mana?" soal Tengku Ajihah sambil berpeluk tubuh dimuka pintu.
"Sayang ada kerja luar sikit Manja, Manja dah makan?" Tengku Ikhwan menipu isterinya hanya kerana dia mahu menjaga hati Tengku Ajihah.
"Dah, tunggu Sayang lambat sangat." Tengku Ajihah mengambil briefcase dari tangan suaminya.
"Macam tu tak apalah, lagipun Sayang dah makan dekat luar dengan klien. Jom kita naik atas, Sayang nak mandilah, badan dah melekit." Tengku Ikhwan melonggarkan tali lehernya dan memeluk bahu isterinya, agar bersama-sama naik keatas.
"APA?? Kau biar betul yank! Takkan kau nak kahwin dengan suami orang! Kau tahu tak, Tengku Ikhwan tu suami kepada Tengku Ajihah! Wanita yang paling cerewet, paling tegas, paling swank dibenua ini! Dah tak cukup ke lelaki dalam dunia ni, sampai kau nak kena kahwin dengan lelaki yang poyo dan berlagak bagus tu! Suami orang pula! Kau dah kenapa ni Amel Imelda????" bebel Aisya amat menyakitkan.
"Aku dah tak ada pilihan Aisya. Itu je pilihan yang aku ada sekarang." jawab Amel Imelda perlahan.
"Pilihan apa? Bukan selama ni, kau paling benci isteri nombor dua? Sekarang ni kau nak jadi orang yang kedua dalam hidup lelaki tu?" soal Aisya lagi.
"Aku terpaksa terima tawaran dia untuk jadi isteri nombor dua mengikut kontrak, kami kahwin dalam tempoh satu tahun. Selama satu tahun tu, aku dikehendaki berikan dia seorang anak. Selepas aku melahirkan seorang anak untuk dia, kami perlu berpisah. Dan aku terpaksa buat semua tu, demi abang aku. Sebab dia dah bayar semuanya untuk abang aku. Kos pembedahan, kos rawatan terapi dan kos ubat-ubatan." terang Amel Imelda tenang.
"Yank, ni semua nonsense! Tahu tak? Kau dah buat kerja gila dan kau akan buat kerja gila. Kau kahwin untuk bagi orang anak, kau yang akan beranak tau? Lepas tu kau nak bagi anak kau pada orang? Kau dah gila ke yank?" Aisya duduk didepan Amel Imelda dan mengenggam tangan gadis itu.
"Aku memang dah gila Sya." Amel Imelda menitiskan airmata sekali lagi.
"Kau tahu tak siksanya menjadi yang kedua? Semuanya akan jadi yang kedua. Tak pernah ada yang pertama dan terkecuali. Kau yang kedua Imelda, kedua!" Aisya juga menitiskan airmata, bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh sahabat baiknya.
"Aku tak ada pilihan Sya." Amel Imelda memeluk Aisya, dia melepaskan segala beban dihatinya dibahu gadis itu.
Aisya membalas pelukan Amel Imelda dengan kemas, dia dapat merasa perasaan gadis itu saat ini. Sakit! Itulah jawapannya!
bersambung...
Lirik Jelas Sakit oleh Souqy
Mengapa ku terus mengimpikan mu
Mengapa aku menangis untukmu
Mengapa ku slalu tersakiti
Mengapa aku berharap padamu
Mengapa aku menangis untukmu
Mengapa ku slalu tersakiti
Mengapa aku berharap padamu
Jelas-jelas kau tak memikirkan aku
Jelas-jelas kau tak menginginkan aku
Jelas-jelas kau tak pernah menganggapku
Ada..
Mungkinkah ini sudah jalan takdirku
Oh mungkinkah ini memang yang terbaik untukku
Namun tak kuasa aku bila terus-terus begini
Aku tak sanggup sungguh aku tak sanggup
Jelas-jelas kau tak menginginkan aku
Jelas-jelas kau tak pernah menganggapku
Ada..
Mungkinkah ini sudah jalan takdirku
Oh mungkinkah ini memang yang terbaik untukku
Namun tak kuasa aku bila terus-terus begini
Aku tak sanggup sungguh aku tak sanggup
Mengapa ku terus mengimpikan mu
Mengapa aku menangis untukmu
Mengapa ku slalu tersakiti
Mengapa aku berharap padamu
Mengapa aku menangis untukmu
Mengapa ku slalu tersakiti
Mengapa aku berharap padamu
Jelas-jelas kau tak memikirkan aku
Jelas-jelas kau tak menginginkan aku
Jelas-jelas kau tak pernah menganggapku
Ada..
Jelas-jelas kau tak menginginkan aku
Jelas-jelas kau tak pernah menganggapku
Ada..
2 comments:
cepat smbg yer dik...suspen....
thnkz akk sbb follow..
oker adek akn update
Post a Comment