ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 4
"PEMBANTU PERIBADI PERAMPAS SUAMI ORANG. AMEL IMELDA ISTERI KEPADA TENGKU IKHWAN DIKATAKAN MERAMPAS TENGKU IKHWAN DARI TENGKU AJIHAH SEBAGAI ISTERI YANG KEDUA. BERKEMUNGKINAN DIA BERJAYA MERAMPAS KERANA ISTERI PERTAMA LELAKI KORPORAT ITU GAGAL MEMBERIKAN SEORANG PUN CAHAYA MATA SEPANJANG LIMA TAHUN PERKAHWINAN. LELAKI KORPORAT YANG BEGITU MUDA DAN KACAK DIGILAI RAMAI INI MEMILIH UNTUK MENIKAHI PEMBANTU PERIBADINYA UNTUK DIJADIKAN TEMAN HIDUP YANG KEDUA. AMEL IMELDA YANG BEGITU CANTIK DAN JELITA INI BERASAL DARI KELUARGA YANG BEGITU SUSAH DAN MENGAKHIR ZAMAN BUJANGNYA BERSAMA LELAKI TERKAYA DIMALAYSIA, MUNGKIN JUGA MENGAKHIRI ZAMAN KESUSAHANNYA. "-BERNAMA.
HANCUR berderai hati umi dan ayah bila mendengar berita itu keluar dari telivisyen yang tersedia di bilik hotel ini, hati terasa bagaikan dirobek-robek.
"Abang, betul ke apa yang umi dengar ni?" airmata umi menitis terlebih dahulu.
"Anak kita isteri kedua umi, anak kita dikatakan perampas umi, dan anak kita dikatakan kahwin kerana harta umi." lemah ayah bersuara, dia menyeka airmata yang hampir menitis.
"Hina sangat ke menjadi orang susah, sampai dia memilih jalan singkat ni yah?" soal umi lagi.
"Ayah tak ada jawapan untuk itu umi. Marilah kita tanya dia sendiri." usul ayah, dia mahu keluar dari bilik besar itu.
TENGKU AJIHAH tiba dihotel disaat Tengku Iman, Tengku Izarah, Tengku Ikhwan dan Amel Imelda berjalan beriringan ke lobi hotel. Tengku Ajihah terus menghampiri ibu mertuanya dan bersalaman serta berpelukan.
"Maafkan Ajihah sebab tak dapat datang bonda." ujar Tengku Ajihah lembut.
"Tak apa sayang, bonda faham perasaan sayang. Sayang dah makan?" soal Tengku Izarah lembut. Dia mengusap belakang Tengku Ajihah.
"Belum lagi, ingat nak sarapan dengan bonda dan yang lain-lain." usul Tengku Ajihah, dia tidak pula memandang suaminya walau sekilas.
Umi dan ayah menghampiri Amel Imelda dan yang lain. Baru sahaja tangan umi mahu dikucup oleh Amel Imelda, namun tangan itu lebih pantas singgah dipipi wanita itu.
"Umi, kenapa ni?" soal Amel Imelda dengan rasa yang sangat terkejut, seumur hidup umi dan ayah tidak pernah menampar mahupun menjentik dirinya.
"Dasar anak kurang diajar! Puas hati kamu hukum umi dengan ayah macam ni? Puas kakak?????!" tempelak umi.
"Kakak tak faham maksud umi dan ayah." Amel Imelda memegang pipinya yang terasa pedih sekali itu.
"Sebab ayah tak mampu nak bagi kakak kesenangan, kakak sanggup kahwin dengan suami orang?Sampai hati kakak buat ayah dengan umi macam ni." lemah ayah bersuara, anak kesayangan dan anak harapannya kini menghancurkan hati.
"Kenapa ayah tuduh kakak macam tu?" Amel Imelda semakin hairan dengan apa yang disuarakan oleh kedua ibu bapanya saat ini.
Sekali lagi tamparan hangat hinggap dipipi comel Amel Imelda, kali ini bukan dari umi tapi dari ayah.
"Dari kecil ayah dah umi tatang kakak bagaikan minyak yang penuh, ayah sekolahkan kakak, ayah ajar dan didik kakak menjadi manusia. Ini balasan kakak pada ayah dan umi. Kakak sanggup rampas suami orang semata-mata kakak nak hidup senang. Hancur hati ayah kakak, bila orang dekat luar cakap kakak perampas dan kaki kikis. Selama ni ayah fikir Ikhwan adalah orang bujang, rupa-rupanya suami orang. Sampai hati kakak tak beritahu ayah." ayah berasa diketepikan oleh Amel Imelda. Ayah benar-benar berasa terluka.
"Sabar, anak awak bukan perampas. Ini adalah jodoh yang telah Allah tetapkan kepada anak-anak kita. Tak baik kita letakkan anggapan begitu kepada Amel Imelda. Dia pun tak minta dijodohkan dengan suami orang, tapi itulah tetapan Allah swt yang kita sebagai hambaNya kena terima. Dan Amel Imelda bukan kaki kikis, dia budak yang baik, menantu abang yang baik. Kalau abang sebagai bapa mertuanya boleh meyakininya, abang rasa awak sebagai bapa dia pasti lebih dari abang. " pujuk Tengku Iman, dia menghampiri ayah dan memeluk bahu ayah. Ayah sudah dianggap seperti adiknya sendiri, kerana ayah tak sombong seperti Tengku Ahmad bapa Tengku Ajihah.
"Tapi Tengku, semua orang diluar sana pasti berkata-kata tentang anak saya. Saya tak sanggup nak dengar orang mengumpat kakak. Saya tak sanggup nak dengar Tengku." ayah sudah bersedih hati.
"Biarlah orang nak cakap apa pada Amel Imelda, biarlah satu dunia nak hina Amel Imelda. Yang penting kita semua kenal siapa Amel Imelda. Dia manusia yang baik, dia anak yang baik, anak yang sangat menyayangi keluarganya." pujuk Tengku Iman lagi.
"Umi, ayah. Maafkan kakak." Amel Imelda bersuara perlahan, dia tahu hati ibu bapanya amat terluka disaat ini.
Umi memeluk tubuh Amel Imelda, perasaan luka yang membibit dihati tadi dibuang sedikit demi sedikit demi kebahagian Amel Imelda. Ya, Amel Imelda memang anak yang baik.
Ayah juga memeluk tubuh Amel Imelda, anak yang dia kasih, yang dia sayang. Sakit terasa di tangan kerana tamparan yang diberi kepada Amel Imelda, tak pernah dia sakiti anaknya dengan perkataan rotan seumur hidup, inilah yang pertama.
"Sudah-sudahlah tu, jomlah sarapan. I dah kebulur ni." rungut Tengku Izarah. Menyampah betul aku tengok drama tak berbayar ni, meluat!
Tengku Ajihah berpimpin tangan dengan Tengku Ikhwan yang sejak tadi hanya diam seribu bahasa. Dia tidak tahu nak bersuara A atau B disaat melihat tamparan dan tamparan yang singgah di pipi Amel Imelda.
AMEL IMELDA tiba dirumah barunya sebaik menghantar umi dan ayah pulang bersama dengan abang. Kebetulan Tengku Ikhwan tidak ikut ketika menghantar umi, ayah dan abang kerana Tengku Ajihah mengajak Tengku Ikhwan keluar.
Amel Imelda menunggu hampir setengah jam didepan rumah besar itu, teksi yang menghantarnya dah pun berlalu dari situ sejak tadi. Tadi Tengku Ikhwan menghantar mesej di Whatsappnya, lelaki itu memberikan alamat rumah ini dan menyuruh gadis itu menunggu disitu.
Hari semakin menghampiri senja, sudah hampir tiga jam Amel Imelda menunggu. Hati terasa panas, solat asar sudah tertangguh. Kalau aku dapat mamat ni, memang aku kerat dia lapan belas lepas tu bomkan dia dengan bom atom! Baru puas hati aku.
Amel Imelda baru sahaja hendak menelefon teksi untuk mengambilnya semua, memandangkan hari sudah gelap dan jarum jam menunjukkan pukul sebelas malam. Tapi tindakkannya gagal apabila telefon bimbit itu mati akibat kehabisan bateri.
TENGKU AJIHAH meletakkan barang-barang yang dia beli bersama-sama Tengku Ikhwan ketika keluar berjalan-jalan sebentar tadi.
Tengku Ikhwan sudah kelam-kabut untuk keluar dari rumah namun langkahnya terhenti bila Tengku Ajihah menahan.
"Sayang nak pergi mana ni?" soal Tengku Ajihah manja.
"Sayang nak pergi rumah Sayang dengan Imelda, mesti dia tengah tunggu tu." jujur Tengku Ikhwan.
"Hari dah malamkan, call dia suruh balik jelah. Esok-esok boleh tengok rumah tu.'
"Dia nak balik naik apa malam-malam macam ni?" soal Tengku Ikhwan balik.
"Kereta dia mana?"
"Kereta dia, dia dah jual. Sebab ayah dan umi nak pakai duit."
"Teksi melambak dekat Kuala Lumpur ni Sayang." usul Tengku Ajihah. Dia berdiri bercekak pinggang di depan pintu rumah merenung kearah Tengku Ikhwan yang berdiri di depan kereta.
"Sayang call dia kejap." cepat jemarinya mendail nombor si isteri muda, namun jawapannya gagal.
"Dia tak angkatlah Manja, Sayang pergi tengok dia dululah. Manja tunggu dekat rumah ye, suruh bibik tolong susun barang." cepat Tengku Ikhwan masuk kedalam kereta dan memecut membelah malam.
TENGKU IKHWAN menghampiri Amel Imelda yang sedang duduk berpeluk lutut dan kepala ditundukkan. Mungkin sudah tertidur. Melihat isterinya yang masih memakai jeans sikny dan t-shirt merah itu, menimbulkan rasa kasihan. Mesti badan sudah melekit, menunggu dalam keadaan yang begitu lama.
Dengan perlahan bahu Amel Imelda disentuh lembut, seraya itu juga jemarinya direntap kasar, dan ditarik kuat. Tubuhnya terasa melayang bila mengikut tarikan kuat itu dan menyebabkan dia jatuh terhempas ke tanah. Rasa bintang-binta sudah mengelilingi di kepala dan burung-burung mula berkicauan.
Amel Imelda menutup kedua belah mulutnya, bila melihat Tengku Ikhwan yang terlentang didepannya saat ini bukan orang lain. Cepat dia mendapatkan suaminya.
"Tuan, tuan. Bangun tuan, saya minta maaf. Saya ingatkan siapa tadi. Tuan, tuan." Amel Imelda menggunakan hujung jari telunjukkan untuk menyentuh dada bidang Tengku Ikhwan.
"Awak ni ada silat ke muay thai ni, Imelda?" soal Tengku Ikhwan garang, dia menggosok sikunya yang terasa pedih.
"Yang tuan tu, dah tak tahu beri salam? Tiba-tiba pegang orang." rungut Amel Imelda sambil membantu suaminya berdiri.
"Saya minta maaf sebab biarkan awak menunggu macam ni lama." Tengku Ikhwan membuka pintu pagar rumah besar itu.
"Tak apalah tuan, kalau saya nak marah pun dah tak guna. Benda dah jadi." jawab Amel Imelda perlahan, dia mengekori suaminya dari belakang.
"Ni rumah kita." ujar Tengku Ikhwan, dengan penuh ketenangan pintu utama dibuka dengan luas.
"Rumah kita?" soal Amel Imelda pelik, namun dia juga benar-benar teruja melihat rumah besar ini, betul-betul mengikut ciri-ciri rumah idamannya.
"Yelah rumah kita, mari masuk." Tengku Ikhwan menarik lembut jemari isterinya dan dibawa ke ruang utama.
"Kenapa pula ni kena jadi rumah kita tuan? Bukan kita kahwin mengikut kontrak ke? Lepas kotrak kita berpisah? Kenapa perlu ada rumah?" soal Amel Imelda lagi, dia tidak tahu dengan permainan hidupnya saat ini. Mungkin benar kata orang, kamu tak tahu apa jadi hari esok lebih-lebih lagi bila kamu ada suami. Dia duduk disofa yang berada diruang tamu itu.
Tengku Ikhwan duduk melutut didepan isterinya, dia renung si isteri yang mempunyai sifat polos dan baik hati. "Perempuan simpanan pun disediakan rumah, pelacur pun disediakan tempat tinggal, GRO pun ada rumah."
"Apa maksud tuan ni? Tuan ingat saya macam kategori diaorang ke?" soal Amel Imelda menahan marah, mukanya sudah merah padam.
"Tak Imelda, bukan itu yang saya maksudkan. Awak isteri saya, isteri yang saya nikahi secara sah dan berwalikan ayah awak sendiri. Sebaik saya akad lafaz awak diatas nama Allah, awak adalah tanggungjawab saya. Mana mungkin saya guna pakai segala kontrak yang telah dibuat oleh isteri dan bonda saya sedangkan awak amanat Allah swt. Saya akan jaga awak sehingga hujung nafas saya yang terakhir." tenang Tengku Ikhwan menutur kata.
Amel Imelda termangu seketika sebelum bersuara sebak, "macam mana dengan Tengku Ajihah?"
"Dia isteri saya, dia tetap isteri saya sampai hujung nyawa." wajah Tengku Ikhwan tetap tenang menutur kata.
"Terpulanglah pada tuan Ikhwan, saya nak minta izin, nak tumpang mandi. Badan saya dah melekit ni." Amel Imelda tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kepada lelaki yang didepannya ini, kerana dia sendiri tidak meletakkan harapan yang tinggi pada perkahwinan ini.
"Awak naik tingkat atas, bilik utama. Bilik tu mungkin berselerak sikit, esok kita sama-sama kemaskan." usul Tengku Ikhwan.
"CAKAP nak tolong aku kemas, tapi malam-malam buta lagi dah hilang." rungut Amel Imelda, dia membersihkan ruang tamu itu dengan penuh rapi. Sejak pagi tadi dia berkemas hampir menjelang tengah hari barulah mengakhiri kerjanya.
Rumah yang semalam kelam dan bersepah seperti sudah bertahun-tahun ditinggalkan, kini sudah bersih dan kemas, terletak rapi disemua bahagian. Jika disentuh satu persatu dalam rumah itu pun, tiada yang berhabuk.
Amel Imelda mencapai telefon bimbit yang sudah dicaj sejak pagi tadi, dengan perlahan dia mencari nama Aisya di peti kenalan Kakao Talk, dah dapat apa lagi, mulalah mereka berchating. Puas berbual akhirnya memutuskan untuk berjumpa di pusat membeli belah.
AISYA menghampiri Amel Imelda yang duduk termangu di kerusi yang tersedia didalam pusat membeli belah.
"Assalamualaikum." sapa Aisya lembut, dia kelihatan ayu dengan jubah moden dan selendang labuh.
"Waalaikumusalam." jawab Amel Imelda lembut. Dia kelihatan bersahaja dengan jeans sikny berwarna ungu pekat dan t-shirt polo berwarna merah, serta rambutnya diikat satu.
"Kau ni asal nampak letih semacam? Tahulah pengantin baru, tapi takkanlah sampai letih macam apa dah aku tengok." usik Aisya.
"Macam apa? Jangan nak fikir bukan-bukan eh. Aku dengan boss kesayangan kau tu, tak buat apa-apa lagi tau. So jangan nak bayang lebih-lebih. Aku kemas rumah tadi, sebab tu penat sikit. Lagipun aku tak makan apa-apa lagi." jelas Amel Imelda terang-terang. Boleh tahan juga minah ni bersalah sangka!
"Kalau macam tu, jomlah makan." ajak Aisya cepat.
"Jom-jom."
Langkah Amel Imelda dan Aisya terbantut bila yang berdiri didepan mereka adalah Tengku Ajihah yang kelihatan sangat feminin. Memakai kain labuh berwarna oren, berkemeja putih, bertudung oren dan berkaca mata hitam.
"Awak nak kemana Imelda?" soal Tengku Ajihah tegas.
"Saya nak keluar makan dengan Aisya kak." jawab Amel Imelda jujur.
"Siapa suruh awak keluar suka-suka hati?" soal Tengku Ajihah lagi.
"Saya minta maaf sebab tak beritahu terlebih dahulu." jawab Amel Imelda perlahan, dia mula menunduk.
"Asal pula kau nak minta izin dengan minah ni?" soal Aisya pelik, dia berpeluk tubuh.
"Awak diam dan jangan masuk campur urusan saya dengan Imelda." arah Tengku Ajihah tegas.
"Kau siapa nak suruh aku diam? Mak aku, bapa aku? Hello sis, mulut aku bukan minta lesen dari kaulah untuk bercakap!" selamba Aisya membidas arah Tengku Ajihah.
"Aisya diam. Kakak nak apa kak? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Amel Imelda risau masuk campur Aisya akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Tengku Ajihah, sudah hubungan itu memang nampak kurang baik.
"Bagus sangat pertanyaan tu, jom teman kakak shopping." Tengku Ajihah sudah tahu cara apa dia mahu mengenakan Amel Imelda.
AMEL IMELDA membantu Tengku Ajihah mengeluarkan barang-barang daripada dalam bonet kereta besar milik madunya itu. Aisya sudah pulang terlebih dahulu kerana Tengku Ajihah menjanjikan akan menghantar Amel Imelda pulang.
Tiba dimuka pintu rumah Tengku Ajihah, kedua-dua wanita itu terhenti melangka bila Tengku Ikhwan sudah berdiri tercegat didepan pintu.
"Manja kemana? Awak kemana Imelda? Dah pukul sembilan malam baru ingat nak balik?" soal Tengku Ikhwan tegas.
"Saya....." kata-kata Amel Imelda cepat dipotong Tengku Ajihah.
"Manja temankan Imelda ni pergi shopping, dah penat baru dia ingat balik. Maaf ye Sayang, Manja bagi dia kad kredit yang Sayang bagi dekat Manja tu. Dia cakap dia tak cukup duit." pandai dan cepat Tengku Ajihah bersuara.
"Apa?" Tengku Ikhwan benar-benar terkejut mendengar penjelasan isterinya. "Awak keluar berbelanja menggunakan kad kredit saya tanpa izin saya Imelda?" soal Tengku Ikhwan bengang.
Amel Imelda dia dengan wajah merah menahan marah.
"Sudahlah Sayang, lagipun kami dah beli barang-barangkan. Jom teman Manja naik atas, Manja nak mandi dan rehat." hati dah puas barulah rehat.
"Saya tak sangka awak macam ni Imelda! Awak kahwin dengan saya, untuk beri saya anak, bukan habiskan duit saya! Faham!" tempelak Tengku Ikhwan sebelum berlalu kedalam rumah.
Tengku Ajihah memastikan suaminya sudah naik keatas barulah dia menoleh kearah Amel Imelda. Dia tersenyum sinis, "seronok kena marah? Lain kali, jangan suka-suka hati keluar tanpa izin. Faham!"
"Saya tahu salah saya kak, tapi perlu ke akak fitnah saya pada tuan Ikhwan?" berani Amel Imelda bersuara mempertahankan dirinya.
Dengan selamba Tengku Ajihah menampar pipi comel Amel Imelda sehingga merah. "Jangan nak kurang ajar sangat eh! Baru jadi madu aku, dah nak tunjuk belang, kang tak pasal-pasal aku sepak kau sampai keluar pagar nanti!"
Amel Imelda mengesat darah yang keluar ditepi bibirnya, "Saya tak sangka, perempuan bertudung yang selama ni saya sangka baik, rupa-rupanya berada disebalik kebaikan!"
Sekali lagi Tengku Ajihah ingin menampar madunya itu namun terlebih dahulu ditepis Amel Imelda dan tangannya digenggam kuat oleh gadis itu.
"Cakap pakai mulut pun bolehkan? Kalau akak nak saya hormat akak, ajarlah saya cara menghormati dengan cara yang betul dan lebih beradab. Bukan macam ni! Beritahu tuan Ikhwan saya balik!" tegas Amel Imelda bersuara, dia keluar dari rumah besar yang kini dianggap sebuah lubuk 'emosi'!
AMEL IMELDA menyiapkan sarapan pagi untuk dua orang. Meskipun dia tahu belum tentu suaminya akan pulang kerumah dia diwaktu pagi begini, tapi dia tidak pernah lupa menyiapkan sarapan untuk suaminya setiap pagi.
Sudah sebulan usia perkahwinan mereka, namun Amel Imelda dan Tengku Ikhwan tidak pernah melakukan apa-apa hubungan dengan suaminya. Suaminya pula tidak pernah tidak dirumah mereka ini, sekadar singgah untuk menghantar Amel Imelda pulang dari kerja.
Sejak peristiwa Amel Imelda dimarahi Tengku Ikhwan, dia tidak pernah bercakap dengan suaminya itu hingga kehari ini. Tengku Ajihah pun dia tidak pernah jumpa hingga ke hari ini. Hurm, minah sawan tu tak payah jumpa pun lagi bagus. Nanti tak pasal-pasal perang dunia ketiga.
Amel Imelda tiba ditempat kerja tepat jam lapan pagi, dengan berpakaian kemas. Memakai kain yang labuhnya paras bawah bahu, kemeja biru gelap dan bersanggul rapi. Perlahan kakinya melangkah masuk kedalam bilik pejabat Tnegku Ikwan dengan membawa dokumen-dokumen penting untuk ditanda tangani lelaki itu.
Sah lelaki itu belum sampai di tempat kerja, bila biliknya masih kemas dan tak berusik. Namun bau minyak wangi suaminya amat kuat menusuk hidung. Dia menoleh kearah sofa yang tersedia di bilik pejabat itu, dan terlihatlah Tengku Ikhwan yang sedang lena tertidur.
Perlahan Amel Imelda menghampiri suaminya dan mengejut dengan perlahan. Terpisat-pisat mata lelaki itu bila bahu digerak lembut. Amel Imelda dapat merasakan suaminya ini mungkin tidak cukup tidur, tapi kenapa?
"Awak nak apa Imelda?" soal Tengku Ikhwan lembut, tak kasar seperti selalu. Mengigau ke?
"Kenapa tuan tidur dekat sini? tuan dah sarapan?" soal Amel Imelda lembut.
Tengku Ikhwan hanya menggeleng sambil mata masih tertutup.
"Kalau macam tu bangunlah, saya ada bawa sarapan untuk tuan." Amel Imelda berlalu kebilik pejabatnya melalui pintu yang boleh menembusi bilik dia dan bilik suaminya. Masuk semula dengan membawa bekalan yang dibawa dari rumah dan diletakkan diatas meja. Kemudian berlalu ke pantri untuk membuat air.
Perlahan Amel Imelda duduk disofa yang sedang dibaringi Tengku Ikhwan, dengan penuh kelembutan dia melonggarkan tali leher sisuami dan membuka butang paling atas sekali sebelum mengejut suaminya sekali lagi.
Tengku Ikhwan yang berasa terkejut dengan perbuatan suaminya terus membuka mata dan mengikut kehendak Amel Imelda untuk dia duduk dengan posisi yang betul. Amel Imelda membukakan butang dipergelangan tangannya dan disensengkan sedikit keatas.
Amel Imelda membukakan penutup bekal dan mengambil roti bakar yang sudah disapu butter dan kaya, lalu disuapkan kemulut Tengku Ikhwan.
Perlahan Tengku Ikhwan membuka mulut dan menggigit sedikit roti tersebut, matanya tidak lari dari merenung isterinya yang kelihatan cantik dan kemas.
Amel Imelda melayani suaminya makan tanpa sedikit pun keluhan yang terluah. Usai selesai sarapan, Amel Imelda memasangkan semula butang dipergelangan tangan suaminya.
"Kenapa tuan nampak letih sangat hari ini? Tuan tak cukup rehat ke?" soal Amel Imelda lembut, dia membutangkan baju suaminya.
"Saya penat sikit Imelda, semalaman siapkan kertas kerja. Tadi pagi tak sempat sarapan sebab terbangun lewat." jawab Tengku Ikhwan jujur, dia menolak anak rambut isterinya kebelakang.
"Akak Manja tak kejutkan?" soal Amel Imelda lembut lagi, dia mengemaskan tali leher suaminya.
"Dia sibuk dan nak cepat." cepat sahaja Tengku Ikhwan menyembunyikan sifat buruk isteri kesayangnya itu.
"Hurm, yelah. Okey, sekarang tuan dah kenyangkan? So, boleh mulakan kerja seperti biasa. Semua kertas-kerta kerja tuan saya dah letak atas meja." Amel Imelda baru hendak bangun dari tempat duduknya, namun pinggang dia sudah diraih oleh Tengku Ikhwan.
Tengku Ikhwan meraih pinggang isterinya agar berada dekat dengannya, dahinya disandarkan dengan dahi Amel Imelda. Tangan Amel Imelda meraih tengkuknya lembut. Perlahan bibir gadis itu dikucup kemas.
Baru sahaja Amel Imelda dibaringkan keatas sofa dengan tertib, pintu pejabatnya dibuka dan muncul Tengku Ajihah dengan sebuah bekas ditangan.
Oleh kerana terlalu geram, Tengku Ajihah membaling bekas itu kearah Amel Imelda dan Tengku Ikhwan.

Lirik Lagu Biar Sampai Ke Bintang – Asmidar
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang
4 comments:
Peliknya tengku ajihah ni haritu beria beria suruh si ikhwan ni kahwin dengan amel sekarang macam ni pulak
biasalah tu, ragam manusia =)
nk lagi yer dik...
saya suka lah lagu yg muslimah tu .. tajuk nya ape ye ? nak cari jgk :)
Post a Comment