ISTERI SEPARUH MASA VS ISTERI SEPENUH MASA
EPISOD 9
AJIHAH memeluk lengan suaminya yang sedang duduk termenung dengan wajah yang begitu sayu. Rasa takut menyelebungi dijiwa, dan airmata tidak berhenti menitis.
"Sayang, Manja minta maaf. Ini semua kesilapan Manja. Kalau Manja tak ikut emosi, semua ni tak kan jadi." perlahan Ajihah bersuara. Dia tahu itu memang silapnya, jika dia tidak begitu beremosi tidak mungkin Imelda akan jatuh.
"Tak apalah Manja, semua dah nak jadi. Manja jangan salahkan diri Manja, ini adalah kehendakNya." suara Ikhwan kedengaran perlahan dan sebak. Dia merenung tangannya yang masih ada darah, wajah Imelda menghiasi mata hatinya. Apa yang sedang terjadi dia tidak tahu, yang dia yakin dan pasti adalah Imelda sedang bertaruh dengan maut didalam sana. Airmata lelakinya menitis untuk sekali lagi, rasa bersalah menguasai dirinya.
Bagi Ikhwan andainya dia tidak menikahi Imelda, pasti gadis itu tidak akan berada didalam kanca derita begini. 'Maafkan abang Imelda, abang tidak mampu menjadi yang terbaik untuk Imelda dan anak kita.'
Seorang doktor keluar dari bilik bedah dengan wajah yang hambar dan itu membuatkan jantung Ikhwan berdegup laju.
"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?" soal Ikhwan cemas. Wajahnya benar-benar tampak cemas dan benar-benar ingin tahu.
"Keadaan isteri tuan sangat kritikal saat ini. Beliau banyak kehilangan darah, dan mengalami masalah bersalin. Kita terpaksa memilih satu nyawa untuk diselamatkan, dan semuanya terletak ditangan tuan untuk memilih sama ada ibu atau bayi." jelas doktor tersebut terang dan tenang.
"Kita selamatkan bayi dia Sayang." cadang Ajihah cepat.
"Bagaimana tuan?" soal doktor itu untuk meminta kepastian.
Ikhwan terduduk dikerusi semula dan menitiskan airmata kehampaan dan kekecewaan. Berulang kali dia beristigfar didalam hati. 'Ya Allah, kuatkan hamba Ya Allah'.
Ikhwan teringat akan kata-kata Imelda yang membuatkan dia berasa begitu bermakna didalam hidup wanita bernama Amel Imelda.
"Kalau Allah kata nyawa saya pendek, saya tetap bersyukur. Kerana Dia memberi saya kesempatan untuk bergelar isteri kepada suami yang penyayang seperti abang. Itu amat mencukupi bagi saya, bang. Hanya itu." satu ciuman singgah di pipi Ikhwan.
"Selamatkan isteri saya doktor." Ikhwan bersuara lemah tanpa memandang. Dia tekad dengan keputusannya dan redha dengan ketentuanNya. Mungkin bukan rezekinya untuk memiliki cahaya mata didalam waktu ini.
Doktor Razlan menghampiri Ikhwan dan menepuk bahu lelaki itu perlahan. "Bersabarlah tuan, Allah sedang menguji kesabaran dan ketaatan kita kepadaNya. Sujudlah padaNya dan mintaNya agar Dia permudahkan segalanya." perlahan Doktor Razlan berjalan masuk semula kedalam bilik bedah.
"Kenapa Sayang pilih Imelda?" soal Ajihah meminta penjelasan.
"Mungkin belum tiba masanya dia pergi dan bukan rezeki kita untuk melihat anak itu lahir kedunia." Ikhwan berjalan perlahan meninggalkan ruang menunggu itu untuk ke surau yang disediakan di hospital swasta itu.
Ajihah terduduk dikerusi dan termenung memikirkan sesuatu, dia amat terkilan jika anak itu tidak dapat diselamatkan. Terus-terusan dia berdoa agar Allah memilih anak itu untuk hidup.
"YA ALLAH, jika ini balasan diatas dosa-dosaku, aku redha ya Allah. Namun Kau titipkanlah kesabaran didalam jiwaku untuk berdepan dengan ketentuanMu ini ya Allah. Sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah." terhinjut-hinjut bahu Ikhwan menahan sedu, airmata merembes laju.
"Ampunkan aku sebagai hambaMu yang selalu alpa untuk sujud kepadaMu. Ampunkan aku sebagai seorang suami yang tidak tahu membahagi kasih dengan adil, tidak mendidik dan memimpin isteri-isteri dalam menurut perintahMu ya Allah. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah." terpejam mata menanggung rasa sakit didalam hati.
"Jika memang bukan ini rezekiku untuk menimang cahaya mata, maka Kau berikanlah aku kekuatan didalam menempuh kenyataan dan kehendakMu yakni takdirMu ya Allah. Kau berikanlah kekuatan kepada insan yang berhati mulia iaitu Imelda isteriku. Kau kuatkanlah semangatnya untuk bangun dan terus hidup bersamaku. Aku merayu padaMu ya Allah. Aamiin aamiin ya rabbal alamin." Ikhwan menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Disejadah itu terluah segala kesungguhannya dan dia mahu isterinya terus hidup.
Ikhwan mula sedar sejak bila ada cinta dihatinya terhadap Imelda, sejak bila kasihnya berputik terhadap Imelda dan semua itu dia tekad untuk meluahkan pada isterinya jika Imelda dapat diselamatkan nanti.
Ikhwan melipat sejadah dan berlalu keluar dari surau untuk ke ruang menunggu semula. Kebetulan sekali Doktor Razlan keluar dari bilik bedah, Ikhwan berlari mendapatkan doktor tersebut.
"Macam mana dengan isteri saya doktor? Anak kami macam mana?" soal Ikhwan cemas.
"Bersabar tuan, ini semua ketentuanNya dan kita sebagai hambaNya harus menerima dengan redha. Puan Imelda dapat diselamatkan cuma didalam keadaan yang sangat kritikal saat, dan berkemungkinan beliau boleh koma. Manakala kedua-dua bayi kembar perempuan gagal diselamatkan. Bersabar tuan, Allah lebih menyayanginya." Doktor Razlan berlalu meninggalkan Ikhwan yang terduduk dikerusi.
Menitis lagi airmata dipipi, kehampaan dan kekecewaan menguasai jiwa. Dia bukan kehilangan seorang cahaya mata, tetapi dua. Jauh disudut hatinya dia amat menginginkan anak itu, namun Allah lebih menyayanginya.
Tengku Izarah yang baru tiba bersama Tengku Iman turut terduduk bila mendengar penjelasan doktor tadi. Luruh hatinya melihat airmata dan sedu Ikhwan yang menanti cahaya mata selama lima tahun ini, namun akhirnya dia masih belum diberi peluang. Pedih dan sakit dihati Izarah saat melihat kesedihan Ikhwan.
Tengku Izarah menghampiri Ikhwan dan memeluk bahu anaknya lembut. "Sabar sayang, Allah lebih sayangkan dia." perlahan dahi Ikhwan dicium lembut.
"Ikhwan hilang anak Ikhwan bonda, Ikhwan hilang dia bonda. Anak-anak Ikhwan, Dia dah ambil." tubuh Ikhwan menjadi lemah gemalai dan rebah disisi bondanya.
Tengku Iman dan Ajihah mendapatkan Ikhwan yang sudah pengsan tak sedarkan diri lagi. Ajihah menjerit meminta bantuan dan Ikhwan dimasukkan kedalam ruang kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
UMI dan ayah merenung lembut kearah Imelda yang masih lagi dalam keadaan koma, gadis itu kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ibu bapa mana yang dapat menahan airmata daripada menitis bila melihat keperitan anaknya yang sedang bertarung dengan kematian.
"Kakak, umi ada sini nak. Umi nak kakak kuat, dan terus kuat. Kakak perlu bangun, dan teruskan hidup sayang. Kakak sayangkan umi dan ayahkan? Kami tak nak banyak nak, kami hanya nak kakak bangun untuk suami kakak, untuk kami semua." umi mengusap lembut rambut anaknya.
Mata Imelda yang tertutup rapat bergerak-gerak, airmatanya juga menitis. Namun umi dan ayah tidak perasan akan itu.
"Kakak, anak ayah yang kuat. Ayah percaya, kakak boleh bangun. Bangun nak, bangun untuk Ikhwan. Hanya kakak yang mampu memberi ketenangan kepada dia, bangun nak." ayah memeluk bahu umi, dia cuba mengawal agar tangisannya tidak terluah.
Diluar Aisya dan adik-adik Imelda sedang menunggu. Begitu juga Ajihah, Izarah dan Iman. Tengku Azina dan Tengku Aiman ibu bapa Ajihah juga turut datang.
"Kalau uda nak tahu, perempuan nilah yang selalu buat jahat dengan kakak." ujar Aisya pada Uda adik Imelda yang paling garang.
"Oh yeke? Melampau betullah dia ni! Tengok muka pun dah tahu sangat, macam muka watak jahat dalam cerita 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' tu. Siapa nama pelakon tu? Uq.. Uqasha Senrose. Menyampah adik tengok." jawab Uda selamba, suaranya yang mendatar itu dapat didengari setiap orang yang ada disitu.
"Adik, jaga mulut tu!" bisik Angah tegas.
"Alah, orang jahat jangan dilayan baik, nanti pijak kepala kita." Aisya menyocok Uda.
"Tapi umi dengan ayah dan kakak selalu cakap, tak baik balas-balas kejahatan orang. Nanti Allah marah." bidas Angah perlahan.
"Sedapnya mulut mengata aku!" sampuk Ajihah yang sedang duduk disebelah. Dia merenung Aisya tajam. Geram benar dia dengan si Aisya ni, rasa macam nak disiat-siat je mulut hantu galah ni.
"Ini bukan mengatalah, ini kenyataan!" bidas Aisya tegas.
"Kau memang suka cari pasal dengan akukan?" Ajihah mula bengis.
"Aku cari pasal eh? Bukan kau ke pencetus segala masalah?" soal Aisya berani, dia memusingkan badan dan merenung Ajihah berani.
"Kau cakap apa ni?" soal Ajihah cemas. 'Takkan Sayang beritahu orang tentang Imelda.'
"Kau kan yang menyebab Imelda kehilangan anak? Kan?" Aisya berani meletakkan tuduhan. Meskipun dia tiada bukti, namun keyakinannya begitu tinggi.
"Apa?" Uda terbangun dari duduknya dan merenung Ajihah dengan pandangan tajam. "Akak yang menyebabkan kakak saya koma? Akak yang sebabkan kami semua kehilangan anak buah? Macam tu?" soal Uda berani, panas barannya sudah memuncak.
"Adik, duduk. Jangan masuk campur urusan orang tua." arah Angah garang.
"Jangan suka-suka hati nak menuduh kalau tak tahu susun cerita sebenar!" tempelak Ajihah.
"Janganlah tinggikan suara pada akak Baby!" mara sikecil Baby, dia menolak perut Ajihah.
"Budak ni ada aku tampar juga nanti!" Ajihah menaikkan tangannya menunjukkan tanda mahu menampar Baby.
"Kau dah tangankan kakak budak-budak ni puas-puas, lepas tu kau nak tangankan adik-adik dia pula? Lepas ni, kau tangankan siapa lagi? Umi dan ayah dia pula? Baru kau puas?" tempelak Aisya, dia memeluk Baby yang menangis ketakutan.
"Apa ni! Orang dekat dalam tengah sakit, kau orang sibuk nak bergaduh!" marah Iman. Dia merenung Baby adik bongsu Imelda dengan penuh kelembutan, wajah anak kecil itu menggambarkan ketakutan.
IKHWAN menjaga Imelda yang masih lagi koma di hospital, hari ini adalah hari ketiga Imelda terlantar di katil. Semua ahli keluarga sudah pulang untuk berehat dan berjanji akan datang esok untuk melawat Imelda.
Umi dan ayah serta adik-adik Imelda menumpang tidur dirumah Imelda yang dibelikan oleh Ikhwan. Perjalanan pergi dan balik keluarga itu diuruskan oleh pemandu yang baru diupah oleh Ikhwan dua hari lalu.
Wajah Imelda direnung dengan penuh kesayuan, jemari gadis itu digenggam dengan penuh kelembutan. Ikhwan teringatkan arwah anak-anaknya yang diberi nama Tengku Aminah dan Tengku Amanina. Kasih dan sayangnya tetap tertumpah pada anak-anak yang tidak bernyawa itu.
Dia teringat ketika dia menyembahyangkan anak-anaknya, ketika dia membawa jenazah anak-anaknya ketanah perkuburan, ketika dia memasukkan anak-anaknya kedalam liang lahad, ketika dia mengebumikan anak-anaknya dan ketika dia membacakan yassin untuk anak-anaknya.
Hati bapa mana yang tidak sayu bila memapah anak yang tidak lagi bernyawa, airmata bapa mana yang boleh bertahan, bila membacakan yassin untuk anak sendiri yang tidak sempat mengenal dunia.
Ikhwan mengesat airmata dan cuba untuk kuat didepan Imelda. Dia tersenyum hambar sambil merenung isterinya.
"Imelda abang minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, abang tak mampu untuk mempertahankan anak kita dari pergi menghadapNya. Abang tak mampu menahan Imelda dari jatuh. Abang tak mampu untuk memilih anak kita berbanding Imelda." airmata menitis lagi, nafas ditarik dalam-dalam.
"Imelda, anak kita cantik sangat, cantik dia macam mama dia. Anak kita comel sangat macam mama dia. Hidungnya mancung, bibirnya comel dan mukanya bulat. Tapi Allah lebih sayangkan dia dan Allah jemput mereka dulu berbanding kita." kesedihan itu tidak mampu disembunyikan dan tak mampu ditahan-tahan.
"Imelda, abang nak buat pengakuan, dan mungkin abang bodoh sebab bercakap tentang ni diwaktu awak tidak sedar. Tapi abang harap awak dengarkannya." Ikhwan mengesat airmatanya, dan berusaha untuk kuat.
"Sebenarnya abang dah lama jatuh hati pada awak, cuma abang tak sedar bila perasaan itu hadir. Pertama kali kita ditemukan, abang jatuh hati pada awak. Sewaktu pertama kali awak menjadi pembantu peribadi abang, abang jatuh hati pada awak. Sewaktu pertama kali melihat wajah masam awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat senyuman awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat muka marah awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali menyentuh jemari awak, abang jatuh hati pada awak." Ikhwan mengumpul kekuatan untuk bersuara lagi.
"Pertama kali merenung mata awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat kebaikan awak kepada keluarga awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat kesabaran pada bonda, abang jatuh pada awak. Sebaik melafazkan ijab dan kabul, abang jatuh hati pada awak." Airmata keikhalasannya menitis lagi.
"Pertama kali awak menyalam abang, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali memeluk awak, abang jatuh hati pada awak. Pertama kali disuap oleh awak, abang jatuh hati pada awak. Sehingga suatu masa abang tidak sedar bila sebenarnya abang jatuh hati pada awak." Ikhwan memicit sedikit hidungnya yang terasa pedih, mungkin kerana terlalu banyak menangis.
"Jika awak minta untuk abang hanya setia pada awak, abang tak mampu Imelda. Kerana dihati abang tetap Ajihah yang pertama. Tetapi untuk mengisi awak diseparuh ruang hati abang, abang telah pun lakukan. Abang merayu untuk awak bangun dan terus berada disisi abang. Abang rindukan kata-kata semangat yang selalu awak berikan. Abang tak kuat untuk menghadapi semua ini seorang diri sayang. Abang amat rindukan awak Imelda. Abang teramat-amat merindukan awak sayang." airmata kerinduan menitis dipipi, jemari runcing si isteri dicium kemas.
Perlahan dahi Imelda dicium lembut, wajah itu direnung perlahan. 'Jangan tinggalkan abang seperti mana anak-anak kita meninggalkan kita sayang. Abang tak kuat'.
Diluar Aisya yang mendengar segalanya terduduk kelantai dan menitiskan airmata. Kini betapa dia sedar betapa hebatnya cinta Ikhwan kepada Imelda. Betapa bertuahnya Imelda memiliki seorang suami yang benar-benar sempurna kasihnya.
Aisya bersyukur kepada Allah SWT, kerana telah mengirim seorang suami yang sempurna untuk melengkapi sahabatnya yang selama ini hidup didalam kesusahan. 'Alhamdulillah ya Allah'.
PERLAHAN mata dibuka merenung keadaan sekeliling, kepala masih terasa berat. Imelda menoleh kearah kanannya dan dia mengukir senyuman manis apabila melihat suami tercinta sedang lena tertidur, masih terdengar dengkuran halus Ikhwan.
Imelda meraba perlahan perutnya dan dia berasa terkejut bila melihat perutnya yang sudah kempis dan tidak memboyot seperti selalu. Bahu Ikhwan digerak laju, airmata merembes laju dipipinya.
"Abang bangun bang! Abang!" jerit Imelda.
Terpisat-pisat mata Ikhwan, dia baru sedar dari lena. Kepalanya terasa amat sakit, mungkin kerana sudah berapa malam tidur dengan keadaan begitu dan sememangnya dia tidak cukup tidur.
Bulat mata Ikhwan bila melihat isterinya sudah sedar. "Sayang, sayang dah sedar."
"Abang anak kita mana? Imelda tanya dari tadi, anak kita mana?" soal Imelda cemas.
"Sayang sabar, sayang jangan macam ni. Sabar ye." Ikhwan cuba menenangkan isterinya.
"Abang anak kita mana? Mana anak kita bang? Jawablah?" soal Imelda lemah. Dia cuba bangun dari baring sambil dibantu oleh suaminya. Namun pergerakannya amat terbatas, kerana bengkak-bengkak akibat jatuh dari tangga tempoh lalu.
"Sayang sabar ye, abang panggil doktor." Ikhwan menekan butang kecemasan kerana tak berani meninggalkan Imelda seorang diri.
"Abang, kenapa tak nak jawab? Kan saya tanya ni, mana anak kita?" soal Imelda perlahan seakan merengek. Airmata sudah tak mampu ditahan-tahan.
Doktor Razlan masuk kedalam bilik dan mendapatkan pesakitnya. Imelda diperiksa dari seluruh aspek dan kemudian barulah doktor Razlan menarik nafas lega. "Syukur, Alhamdulillah. Keadaan Puan Imelda sudah kembali stabil, tapi keadaan fizikal masih lagi belum sembuh sepulihnya."
"Doktor mana anak saya?" soal Imelda cepat.
Ikhwan memeluk bahu Imelda kemas. Dia berniat untuk memberi kekuatan pada isterinya.
"Puan, puan telah melahirkan dua orang kembar perempuan. Tetapi, anak puan tidak dapat diselamatkan kerana jantung mereka gagal berfungsi. Maafkan kami puan, kami sudah cuba sedaya upaya kami tapi Allah lebih menyayanginya. Diharap puan bersabar." Doktor Razlan bersimpati dengan bekas ibu muda itu, dia sendiri tidak tahu bagaimana jika dia yang berada ditempat Imelda.
Imelda menjadi lemah dan bersandar pada badan suaminya. "Anak saya bang, anak yang saya kandungkan sembilan bulan. Anak yang duduk dalam rahim saya selama ni. Anak kita bang." merah wajah Imelda, wajah terasa panas. Hatinya terasa sakit dan pedih. Tubuhnya terasa sakit yang teramat-amat. Terhinjut-hinjut tubuhnya menangisi semua yang terjadi.
"Sabar sayang, sabar. Abang faham perasaan awak, sabar ye." Ikhwan cuba untuk memperkuatkan isterinya, airmatanya turut mengalir.
Imelda memusingkan badan dan memeluk tubuh suaminya kuat. Didada Ikhwan, Imelda menangis semahunya.
Ubun-ubun Imelda berulang kali dikucup.
TENGKU IMAN dan Izarah berdiri didepan katil Imelda sambil memegang semangkuk sup herba. Tengku Aiman dan Tengku Azinah berdiri di tepi dinding merenung gadis yang begitu dia benci sedang terlantar diatas katil. Umi, ayah dan adik-adik serta Aisya duduk dikerusi dibahagian kanan Imelda. Ajihah duduk dikerusi sebelah kiri Imelda dan Ikhwan duduk dikatil sebelah kiri Imelda.
"Ni bonda bawakkan sup herba untuk Imelda, bonda suapkan ye." dengan penuh kelembutan Izarah duduk disebelah Imelda dan menyuapkan sup itu kemulut menantunya yang sudah mendapat tempat dihati.
Hampir tumpah airmata keharuan Imelda bila dilayan dengan begitu baik oleh ibu mertuanya. 'Ya Allah apakah ini mimpi'?
"Sedap tak?" soal umi lembut, kepala Imelda diusap penuh kasih.
"Mestilah sedap, baba yang buat." sampuk Iman ceria.
"Wah, babanya pandai buat sup herba. Tak sangka ayah." tambah ayah dengan senyuman.
"Sedap tak Imelda?" soal Ajihah lembut. Dia menghulur senyum pada madunya.
"Kau tanya sedap tak sedap tu kenapa? kau ada letak racun tikus ke, dekat dalam sup kawan aku tu?" sampuk Aisya selamba.
"Perempuan ni, mulut dia kurang ajar betul! Tak tahu nak hormat orang langsung!" tempelak Azinah dari belakang.
"Ada hati nak cakap aku kurang ajar, anak kau tu dah cukup ajar ke?" bidas Aisya selamba tanpa memandang sedikit pun kearah Azinah.
"Aisya." tegur Imelda lembut, kepalanya terasa pening bila keadaan menjadi bising begitu.
"Kamu ni semua, cubalah hormat sikit pada Imelda ni. Dia baru nak sembuh, bagilah semangat sikit." Tegur Izarah lembut, dia mengusap pipi menantunya lembut. 'Sungguh cantik menantu aku ni'.
"Dah jinak juga kucing hitam ni." Aisya bersuara perlahan.
"Aisya!" membuntang mata Izarah kearah Aisya.
"Sayang nak air?" soal Ikhwan lembut, sejak dari tadi tangan kanannya didalam genggaman Imelda.
"Boleh juga."
Ajihah menghulurkan cawan yang berada diatas meja itu kepada Ikhwan.
"Nanti kakak berpantang dirumah umi ye." akhirnya umi menyuarakan hasratnya.
"Kalau macam tu, kita pun ikut Imelda kesana ye bang." Izarah juga teringin menjaga Imelda yang ketika didalam pantang.
"Abang boleh hantarkan je, tapi tak boleh duduk sekali. Apa pun boleh ke kita kesana ni, ayahnya?" soal Iman pada ayah.
"Boleh je babanya, pintu rumah ayah terbuka untuk semua yang sudi datang. Tapi rumah ayah tak besar macam rumah baba." ayah lebih suka berterus terang.
"Kecil besar rumahnya tak penting ayah, yang penting kasih sayang yang ada didalam rumah tu." Iman juga tak kurang rendah dirinya.
"Sudahlah, mari kita tunggu diluar. Biarkan Imelda berehat." arah Izarah ramah.
Mereka semua berlalu keluar meninggalkan Imelda yang baru menelan beberapa biji ubat yang dipaksa makan oleh Ikhwan.
Ikhwan juga berlalu keluar meninggalkan isterinya, setelah dikucup dahi dan dipakaikan selimut.
Hanya tinggalkan Ajihah dan Imelda didalam bilik itu. Ajihah duduk dikatil dan merenung tajam kearah Imelda.
"Kau jangan ingat, kebaikan aku pada kau adalah realiti. Aku belum puas dengan kau!" Ajihah bersuara berani dengan senyuman sinis.
"Akak pun jangan ingat, saya boleh duduk diam setelah apa yang akak lakukan pada saya!" Imelda bersuara tegas dengan keningnya terangkat.
Lirik Sedetik Lebih – Anuar Zain
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
2 comments:
Ya allah sumpah best bacanya novel niyh..nak tanyaa..ade sambungan tak? Harap harap ade laaa memang tip top larh cerita niyh
Ape kata kalau buat cerita psl seorang perempuan..yang berumur 20 thn,berkahwin dgn senior nye yg berumur 25 thn..(maksudnya time perempuan niyh form 1 suami dia form 5) dan perempuan itu pernah menyukai lelaki tersebut..harap2 dpt dipertikaikan..saya memang ade idea..tapi tu laa..malu nak keluarkan..heheheheh
Post a Comment