Saturday, 29 March 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 14

NAJIHAH berjalan menuju ke pergigian pantai. Awal pagi begini, begitu mendamaikan. Dia memakai baju kurung dan tudung bawal. Itulah pertama kali, dia cuba bertudung. Terasa begitu tenang dan mendamaikan. Dakwah yang dilemparkan oleh Cahaya Qaseh telah menampar hebat tangkai hatinya. 
               Langkahnya terhenti apabila terpandangkan Ikhwan yang berbual-bual dengan teman-temannya termasuk Cahaya Qaseh, Amel, Najwa dan Faiz. Dengan berat langkah dia melangkah mendekati kumpulan itu.
           "Semoga segala apa yang kita pelajari pada pagi ini diberkati Allah swt." Cahaya Qaseh menyudahkan usrahnya.
                     "Cahaya, awak buat usrah tak ajak saya pun?" Sampuk Najihah tiba-tiba. Dia berdiri di luar bulatan itu.
                     Cahaya Qaseh terus berdiri kerana terlalu terkejut dengan pemakaian Najihah, jiwanya berasa begitu terharu. "Najihah, ini awak ke?" Soalnya seakan tidak percaya.
                     "Ye, saya Najihah, Cahaya. Awak tak kenal saya?" Soal Najihah pelik.
                     "Kenal, tapi awak kelihatan sungguh ayu dan manis berpakaian macam ni." Cahaya Qaseh terus mendapatkan gadis itu dan memeluknya erat.
                      "Saya masih mencuba, Cahaya. Tapi kenapa awak tak ajak saya ikut awak buat usrah pagi ni?" Soal Najihah sekali lagi.
                        "Bukan saya tak nak ajak, tapi Amel cakap awak kurang sihat. Jadi saya tak sampai hati." Tutur Cahaya Qaseh lembut.
                          "Kau memang suka cari pasal dengan akukan!" Najihah ingin berjalan untuk menyerang Amel yang sedang duduk disebelah Emah.
                          Amel sudah berdiri dan bersedia untuk bertekak dengan Najihah.
                         "Tenang Najihah. Jangan macam ni." Cahaya Qaseh memegang bahu gadis itu.
                         "Bila masa aku tak sihat? Kau memang sengaja tak nak aku libatkan diri dalam usrah nikan? Kau sengaja nak buat aku ketinggalan usrah nikan?" Tempelak Najihah. 
                         "Whatever, but tadi i tengok u tidur sambil menggigil! Takkan i nak kejut u? U ingat i kejam sangat ke?" Amel mempertahankan alasannya, dia tahu dia tidak bersalah. Dia memang mahu mengejutkan Najihah tadi, tapi setelah melihat gadis itu menggigil dia membatalkan niatnya.
                         "Sudahlah Najihah, Amel. Usahlah meneruskan pertelingkahan ini, saya boleh buat usrah dengan awak nanti, Najihah. Jadi awak takkan ketinggalan. Sudahlah." Nasihat Cahaya Qaseh.
                           "Betul tu, lagipun kami tak belajar banyak hari ni. Cahaya cuma buat taskirah berantai je hari ni." Tutur Ikhwan pula.
                         "Tak payah masuk campurlah Ikhwan! Awak memang sengaja nak bela perempuan nikan?" Tempik Najihah.
                         "Bukan macam tu maksud saya Najihah. Saya cuma cakap apa yang saya rasa betul. Saya tak ada niat nak bela sapa-sapa!" Ikhwan mempertahankan kata-katanya, dia bangun dari duduknya.
                          "Tak payah nak tunjuk baguslah Ikhwan, awak memang sengaja nak bela perempuan gedik ni." 
                          "Perlu ke sampai awak nak panggil dia 'perempuan gedik' Najihah?" Marah Ikhwan. Dia merenung tajam kearah Najihah.
                          "Sudah-sudah. Saya minta kamu semua hentikan perbahasan ni. Tolong hormat pada orang yang lebih tua dari kita. Kita perlu malu dengan kak Najwa dan Abang Faiz, dengan keadaan kita yang macam ni. Mari kita pergi makan di resort." Cahaya Qaseh menghentikan perbalahan antara mereka.

NAJIHAH menolak bahu Ikhwan yang baru sahaja mahu mengikut Shah berenang dipantai. Bad sudah lama berenang dipantai bersama Emah dan Niea. Amel hanya duduk dipasir pantai sambil bermain dengan telefonnya. Faiz dan Najwa berdiri di pergigian pantai merenung kearah pantai.
                        "Kenapa ni Najihah?" Soal Ikhwan pelik.
                        "Kenapa yang awak marah sangat bila saya panggil Amel 'perempuan gedik'? Kenapa?" Soal Najihah tidak puas hati. Dia tidak mengenakan tudung pula pada petang ini. 
                        Cahaya Qaseh tidak kelihatan sejak tadi.
                       "Tak adalah, perlu ke sampai awak kena panggil dia perempuan gedik? Dah dia cakap, dia ingat  awak tak sihat sebab tengok badan awak menggigil. Jadi bukan salah dialah." Ujar Ikhwan lembut.
                         "Bukan main bela lagi si Amel tukan?" Najihah senyum sinis merenung Ikhwan.
                         "Bukan saya bela dia, tapi saya cuma cakap apa yang dia rasa betul. Tak salahkan?" 
                         "Yelah, bela si perempuan tu memang tak akan pernah salah. Yelah kalau bela saya apa awak dapatkan? Bela perempuan tu, dia boleh bagi macam-macam. Sebut je awak nak apa, dia boleh bagi!" 
                          "Apa awak cakap ni Najihah?!" Tengking Ikhwan, membuatkan semua tertumpu kepada mereka semua, termasuk Amel sendiri.
                        "Yelah, awak lebih rela duduk dibawah telunjuk Amel. Sebab dia akan bagi apa je awak nak. Kalau awak dengan saya, apalah yang saya boleh bagi! Dasar kaki kikis!" Ujar Najihah berani.
                           Pang!
                          Terasa perit yang terlalu amat dipipi kanan Najihah. Cecair hangat mengalir di tepi bibirnya.
                          "Semiskin-miskin saya, saya masih tahu sedar diri Najihah! Dan saya sedar siapa diri saya. Tak perlu awak rendahkan saya sampai macam ni.  Saya tak pernah berkasar dengan seorang perempuan Najihah! Tahniah awak jadi orang yang pertama!" Tengking Ikhwan, dia berlalu meninggalkan gadis itu disitu. 
                         Najwa berlari mendapatkan adiknya dan membersihkan darah dibibir gadis itu. Shah dan Faiz mengejar langkah Ikhwan. Emah, Niea dan Bad saling berpandangan. Amel tersenyum sinis melihat adegan itu, kemudian kembali melayani gadgetnya.

"IKHWAN!" Tengking Faiz.
                        Langkah Ikhwan terhenti bila mendengar tengkingan Faiz, dia menoleh kebelakang.
                        "Apa yang kau buat ni Ikhwan?" Soal Shah bengang.
                        "Ikhwan, kenapa perlu sampai pukul perempuan? Apa yang dah jadi ni?" Soal Faiz.
                      "Semua takkan faham bang! Apa yang saya alami. Najihah tak sepatutnya cakap saya macam tu, sebab saya bukan macam tu!" Bentak Ikhwan.
                      "Kalau kau tak bersalah pun, kenapa perlu sampai nak memukul bro? Cuba kau fikir sikit, apa yang kau buat ni, salah!" 
                          "Aku tertekanlah Shah, kau tak ada dekat tempat aku. Dan kau tak perlu tegakkan benang yang dah basah hanya kerana Najihah seorang perempuan!"
                         "Apa maksud kau ni Ikhwan? Abang tak faham." Faiz masih lagi berlembut bahasa.
                        "Kalau abang dan Shah sayang sangat dekat Najihah tu, suruhlah dia jaga mulut dia. Dia tak tahu apa yang saya pendam, apa yang saya telan. Jadi jangan sesuka hati tuduh saya kaki kikis. Walaupun dia perempuan dan tindakan saya tadi salah, tapi dia pun salah. Kau Shah, tolong pesan dekat kawan baik kau tu! Tak guna pakai tudung, tapi mulut macam baung!" Tempelak Ikhwan, dia terus berlalu meninggalkan Faiz dan Shah.

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 13

FAIZ mendekati isterinya dan memeluk pinggang wanita itu dari arah belakang. Pandangan mereka terarah ke arah laut yang cukup indah tanda besarnya kuasa Allah.
              "Indahnya laut ini, Najwa. Betapa besarnya kuasa Allah swt. Apa yang ada dimuka bumi ini semuanya ciptaan dari Dia, yang diberi pinjam kepada setiap hambaNya. Dan Najwa, telah dipinjamkan Allah swt untuk abang. Untuk melahirkan zuriat abang, untuk menyempurnakan kekurangan abang, untuk menjadi teman buat abang didunia ini, dan yang paling penting untuk abang sedar, betapa indahnya cinta itu jika ia berlandaskan kerana Allah dan bukan kerana nafsu." Tutur Faiz penuh tenang di telinga isterinya.
                     Najwa Atikah memejam mata dan menikmati nikmat kata-kata suaminya dan pelukan damai yang diberi Faiz. Begitu indah rasanya disaat ini.
                    "Hulurkan tangan, agar bisa abang genggam hingga ke akhir hayat. Hulurkan cinta, agar bisa abang semai dan jaga hingga ke Jannah. Betapa mahalnya cinta seorang insan bernama Najwa Atikah. Kata-katamu pada abang dulu terlalu dalam. Puas abang fikirkan, apa maksud 'Hati itu mudah terusik, lebih-lebih lagi yang tidak berpagar'. Setelah abang fahami, abang yakin Najwa turut mencintai abang, sepertimana abang cinta Najwa. Cuma Najwa takut untuk mengakuinya. Kan?" Faiz mencium ubun kepala isterinya dengan kelembutan. Dia merasakan memeluk Najwa jauh lebih indah dari memeluk Amel.
                        "Bolehkah kau berjanji tak akan sekali kau sakiti hati aku? Memang aku mengaku Faiz, aku cintakan kau. Tapi setiap kali aku nak akui, aku dihujani dengan pelbagai persoalan. Aku takut kau akan tinggalkan aku setelah kau peroleh apa yang ada pada aku. Aku takut, dihujani rasa bersalah pada Amel. Insan yang selama ini banyak menabur budi pada aku dan adik aku. Aku takut, cinta yang kau hulur pada aku adalah cinta terpaksa. Aku takut, kau akan kembali pada Amel, bila aku jadi tidak sempurna untuk kau." Luah Najwa sambil memusingkan badan menghadap suaminya, mata Faiz direnung dengan penuh tanda tanya.
                         "Abang tak mampu nak berjanji untuk tidak menyakiti hati Najwa, tapi insyaAllah, abang akan usaha. Najwa tak perlu takut dan fikir abang akan tinggalkan Najwa, sebab abang tak akan tinggalkan Najwa selagi Allah ingin kita bersama. Najwa tak perlu biarkan rasa bersalah pada Amel menguasai diri Najwa, sedangkan ini takdir Allah. Najwa tak perlu meragui cinta abang, kerana cinta abang pada Najwa adalah kerana Allah. Najwa tak perlu takut abang akan kembali pada Amel, kerana abang akan putuskan pertunangan abang dengan Amel. Dan manusia tidak pernah sempurna. Jika Najwa boleh melengkapi kekurangan abang, abang juga akan melengkapi kekurangan isteri abang agak kita boleh jadi sempurna. Tidak sempurnanya Najwa nanti itu kerana abang, abanglah yang perlu mendidik Najwa menjadi sempurna." Bersungguh-sungguh Faiz meyakini isterinya. 
                           Najwa Atika tidak mampu mengungkap sepatah kata, sebaliknya tubuh Faiz diraih penuh erat. Dia bersedia kini menerima lelaki itu didalam hidupnya.

GUGUR airmata Amel disaat mendengar semua yang dibicarakan oleh Najwa dan Faiz sebentar tadi. Hatinya menjadi begitu sakit bila mendapat tahu, Faiz akan memutuskan tali pertunangan mereka. 
                            Setelah hampir bertahun-tahun membina hubungan, sekelip mata cinta Faiz padanya hilang dan lesap dikuasai cinta Najwa Atika. Dia terduduk dipersisiran pantai itu dilindungi sebuah pokok besar. Dia bersandar di batang pohon itu dan menangisi pengakhiran cintanya. Cinta tunang yang menghiasi jari manisnya direnung penuh kesayuan. 
                             Sudah tidak ada apa lagi yang dapat ditahan dan diselamatkan dalam hubungan cinta antara dia dan Faiz.
                            Tiba-tiba hatinya bersuara. 'Kau perlu membalas setiap apa yang mereka lakukan kepada dirimu. Jangan biarkan mereka bahagia diatas penderitaan dirimu. Kau perlu jatuhkan satu-persatu dari mereka.' 
                           Pantas dia mengesat airmatanya dan berlalu mendapatkan Ikhwan yang elok berbual dengan Bad. Dia menarik tangan lelaki itu agar mengekorinya. 
                            "I nak u hapuskan hidup dia sampai i puas! I nak u buat diaorang menangis satu persatu! Faham!" Tempelak Amel. Airmatanya turut menitis.
                           "Why Amel? Awak boleh tenang tak? Tenang! Jangan macam ni." Ikhwan cuba mengawal keadaan Amel yang mengamuk tidak bertempat.
                             "U suruh i tenang Ikhwan? Layak ke i tenang bila i tengok tunang i bahagia dengan orang lain! Hati i sakit Ikhwan!" Tengking Amel, berulang kali dia memukul badan Ikhwan disaat lelaki itu cuba menyentuhnya untuk menenangkan dia.
                              "Relax, relax." Ikhwan menarik Amel didalam pelukannya. Berulang kali belakang gadis itu diusap. Amel reda didalam pelukannya.

CAHAYA QASEH menyusun kertas-kertas kerja yang akan dihantar sebaik sahaja habis cuti sem ini. Matanya difokuskan terus pada kertas-kertas kerja tanpa menoleh sekilas kearah sekeliling.
                           "Assalamualaikum." Sapa Shah perlahan.
                        "Waalaikumusalam." Jawab Cahaya Qaseh perlahan. Dia tidak berani menoleh kepada insan itu. 
                           "Saya minta maaf sebab tak beritahu semua yang awak tunang saya." Ujar Shah perlahan.
                          "Tak apalah, pertunangan bukan perkahwinan yang harus dihebahkan." Jawab Cahaya Qaseh perlahan, pandangannya masih difokuskan kearah kertas kerja. Jantungnya berdegup kencang.
                           "Qaseh, kenapa awak minta belajar satu kolej dengan saya? Kan awak dah elok belajar di Mesir? Kenapa awak tak habiskan dekat sana." Shah duduk dibahagian yang hampir dengan tunangnya.
                           Cahaya Qaseh menjauhkan dirinya dengan Shah sedikit. Dia sedar tiada siapa dikawasan itu selain dirinya dan lelaki itu, jadi dia rasa wajar dia melakukan hal itu. "Saya sendiri tidak tahu Shah, mengapa hati saya terpanggil untuk kesini." 
                           "Kenapa? Dekat bumi yang terlalu banyak peperangan tu tak boleh bagi awak ketenangan ke?" Soal Shah, teruja ingin tahu.
                           "Jika nak dibandingkan tempat ni dengan disana, saya lebih rela berada disana Shah." Jawab Cahaya Qaseh perlahan, nada suaranya bergetar dan kolam matanya mula berkaca. Gerakan tangannya sudah berhenti melakukan pekerjaan, dan matanya diarahkan merenung pantai.
                             "Kenapa awak cakap macam tu?" Soal Shah lagi.
                             "Disana orang menzalimi orang lain itu banyak. Namun disini, orang menzalimi diri sendiri, itu lebih banyak." Gugur jua airmata yang ditahan sejak tiba dibumi Malaysia yang ditinggalkan dahulu hampir sepuluh tahun. Disaat dia pulang di Malaysia, dia mendapat tahu bahawa dirinya telah ditunangkan dengan lelaki bernama Shah. Dan dia hanya pernah bertemu dengan Shah sekali sahaja sebelum mereka bertemu semula di kolej. Pertemuan itu pun kerana Shah dan keluarganya dijemput untuk makan malam dirumah mereka.
                        "Saya tak faham."
                        "Shah, disana ramai yang ingin hidup bebas dan tenang, tapi mereka tetap dizalimi. Disini semuanya bebas dan hidup dengan tenang, tetapi mereka lebih gemar mengejar kezaliman. Disana orang bermati-matian mencari sesuap nasi. Tapi disini, begitu mudah orang membuang rezeki sesuka hati. Disana biarpun hidup mereka sehari harian tidak sudah-sudah diperangi, tapi mereka masih tidak lupa menjaga aurat dan batas pergaulan. Disini biarpun sehari harian ada didikan keagamaan dan panduan islam diberi, mereka tetap memilih untuk tidak menjaga aurat dan batas masing-masing. Disana meskipun hidup mereka ditelenggami penderitaan, mereka masih tidak lupa dan lelah dalam bersujud serta menadah tangan berdoa kepada Allah sang pencipta kita. Disini meskipun hidup mereka diterapungi kesenangan, mereka sering lupa dan alpa dalam bersujud serta berdoa kepada Allah. Disana meskipun mereka didatangi kekejaman, mereka menentang demi mempertahankan agama islam dimata dunia. Disini mereka tidak didatangi kekejaman, tapi dengan sengaja mereka menkafirkan diri dan mempersendakan agama islam dimata dunia. Disana mereka tidak takut mengejar syahid, kerana mereka tahu syurga yang kekal selamanya menanti mereka disana. Disini mereka lebih gemar arus permodenan menenggelami mereka dan rela membiarkan diri mendatangi neraka yang cukup binasa." Kata-kata Cahaya Qaseh terhenti disitu. Dia sudah tidak mampu menahan sebak ditangkai hati. 
                         Dia mengakui, dunia dakwahnya bakal bermula disini. Dan mungkin kerana ini dia dihantar pulang semula kesini. Terkadang dia terlalu takut melihat anak melayu yang dia terserempak, sengaja menayang dada, betis dan peha disana sini. Apatah lagi pelakon serta penyanyi, tak lupa juga model-model.
                       Shah tersentak mendengar segala penjelasan tunangnya. Dia seperti baru tersedar dari lamunan panjang. Selama ini, didikan ibu dan babanya cukup sempurna buat dirinya. Tapi dek kerana panahan cinta Amel, dia sengaja membiarkan dirinya disentuh dan dipeluk gadis itu sesuka hati. 

Wednesday, 26 March 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 12

IKHWAN  mengemas barang-barang lama didalam biliknya untuk dibuang, sebentar lagi cuti semestar. Mereka akan bertolak ke Pulang Perhentian untuk bercuti. Jadi dia takut tak sempat untuk mengemaskan biliknya.
           Sedang elok mengemas tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia terkejut melihat muka kacak Shah tiba-tiba bertukar bengis merenungnya.
           "Kau apahal ni Shah? Kena gigit tikus ke, sampai macam ni tegang muka kau." Gurau Ikhwan, meskipun dia tahu Shah tidak suka dengannya kini, namun dia tidak mahu bersikap seperti sahabatnya. Itu hanya akan merenggangkan lagi talian persahabatan mereka.
            "Apahal kau tanya aku. Ni apahal kau!" Penumbuk Shah menerja diperut Ikhwan sehingga menyebabkan lelaki itu terduduk.
            "Kau dah kenapa Shah?" Tengking Ikhwan, dia menahan kesakitan.
            "Kau tu yang kenapa! Asal kau buat Najihah macam tu? Kau tahu tak betapa Najihah tu cintakan kau?! Tiba-tiba kau couple dengan Amel! Apahal?" Tempelak Shah, berdiri tegak didepan Ikhwan.
             "Aku nak bercinta dengan siapa, suka hati akulah. Yang kau sibuk dah kenapa Shah? Sebab kau suka Amelkan? Macamlah aku tak tahu!" Ikhwan bangun dari duduknya, dia masih memegang perut yang sakit.
             "Aku suka Amel atau tidak, itu tak penting. Yang pentingnya sekarang aku tak sangka, aku boleh berkawan dengan kawan yang berhati binatang macam kau ni!" Tempelak Shah. Bergema rumah sewa mereka kala ini. Gamat dibuatnya.
             "Aku bercinta dengan Amel jadi penting pula? Kau sukakan Amel tak penting macam tu? Siapa yang binatang sekarang ni? Aku ke kau? Setahu aku, kau! Sebab suka-suka hati serang orang, lepas tu nak letak tuduhan tak tentu hala." Jawab Ikhwan tegang. Dia juga cuba menegakkan dirinya.
             "Lantaklah siapa binatang sekali pun! Sekarang ni tuduhan mana satu yang tak tentu hala? Kau nak aku buktikan yang kau dengan Najihah dah tak ada apa-apa disebabkan si Amel? Nak?" Tengking Shah, dia menjenggilkan matanya.
             "Kau pun tahu, aku suka tuduhan berbukti." Jawab Ikhwan selamba. Dia memeluk tubuh memandang keatas.
             Shah berlalu kebiliknya dan mengambil Samsung Galaxy Tab3 miliknya dan dibawah kedepan Ikhwan. "Ni, apa?" Shah menunjukkan status terakhir yang dimuat naik oleh Ikhwan dilaman facebook, 'Jangan tanya aku pasal Najihah lagi, aku dengan dia dah tak ada apa-apa.' "Ni?" Shah menunjukkan pula status hubungan cinta Ikhwan didalam laman facebook kini dengan akaun facebook Amel, bukan lagi dengan Najihah. "Ni?" status didalam Twitter terpapar kata-kata berbunga-bunga yang diberikan untuk akaun twitter Amel. "Ni?" Shah menunjukkan pula akaun Instagram Ikhwan yang menunjukkan gambar mesra dia dengan Amel.
             Ikhwan tercengang melihat semua itu, kerana bukan dia yang buat semua itu dan dia yakin itu kerja Amel. Ikhwan hanya diam.
             "Kau kalau nak jatuhkan maruah kau, dalam rumah ni pun dah cukup. Sekurang-kurangnya dalam rumah ni, kita berdua je. Aku masih boleh jaga maruah kau! Ni tidak kau siap share aib kau sendiri, biar satu kolej, satu malaysia dan kalau boleh satu dunia tahu kebodohan kau! Kau nak tahu apa kebodohan kau? Kebodohan kau, sebab kau tak boleh nilai intan permata, kau tak boleh nilai cinta dan nafsu!" Shah berlalu meninggalkan sahabatnya dan keluar dari rumah dengan menaiki Honda City hadiah harijadinya pemberian dari babanya.
             Ikhwan terduduk dikatilnya dan memikirkan apa nasibnya dimasa akan datang. Mengapa ini yang dia harus tempur.

Najihah dan Najwa keluar bersama-sama membeli barang-barang keperluan rumah masing-masing.
             "Adik macam mana sekarang? Selepas akak dah tak duduk dekat rumah tu? Tak rasa sunyi ke?" Soal Najwa lembut. Dia memilih pewangi yang dia rasa sesuai untuk diletakkan dirumah.
             "Taklah sangat, sebab Niea selalu tidur dengan Jihah dekat rumah. Sebab dia risau Jihah sorang-sorang." Jihah mencapai pewangi yang berbau bunga Lavender.
             "Baguslah kalau macam tu, lega sikit akak dengar. Hati adik macam mana pula? Semalam akak tengok dekat Instagram, gambar Amel dengan Ikhwan bukan main mesra lagi. Lepas tu dekat twitter, ayat bunga-bunga lagi." Soal Najwa, dia mahukan kepastian. Dia tidak mahu adiknya menyembunyikan apa-apa dari dirinya.
             "Lantak diaoranglah kak, Jihah malas nak ambil tahu pasal diaorang. Jihah sekarang pun tengah mengaji dengan seorang kawan Jihah ni, nama dia Cahaya Qaseh, Jihah panggil dia Cahaya. Dia baik kak, dia selalu mendengar luahan hati Jihah. Dan dia selalu sedarkan kealpaan Jihah. Hari makin hari, dia buat Jihah rasa, Jihah sedar. Segala dugaan yang Allah beri adalah kerana, Jihah alpa dan lalai. Jihah lupa pada Dia." Luah Najihah dengan penuh ketenangan. Dia dan kakaknya meneruskan perjalanan selepas memilih pewangi rumah.
             "Baguslah kalau macam tu, akak suka dengan perubahan adik. Nak ikut akak, akak agama kurang pandai. Jadi alhamdulillah, ada orang yang nak pimpin adik." Najwa berasa bangga dengan adiknya yang tabah. Dia sendiri belum sempat menerima cinta suaminya, sedangkan hati dia sudah lama menerima Faiz.
             "InsyaAllah, kita semua boleh baiki diri kita. InsyaAllah sempena hari jadi Jihah nanti, Jihah akan hijrah untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Cahaya Qaseh ada bercakap dengan Jihah soal aurat wanita. Bila Jihah dengar semua tu, Jihah kesal dengan perbuatan Jihah. Betapa selama ini, Jihah selalu bersentuhan dengan Ikhwan, tanpa memikirkan halal haram. Jihah akan cuba perbaiki diri Jihah kak. Dan Jihah harap akak akan suport Jihah." Jihah meluahkan dengan penuh ketenangan.
            "Akak akan suport adik, adikkan adik akak." Najwa memeluk adiknya. Dia menadah tangan mengucap syukur diatas hikmah yang Allah berikan. Akhirnya adik dia ingin berubah menjadi lebih baik.


PULAU PERHENTIAN kelihatan lebih indah dari gambar yang dilihat di laman sesawang. Bad, Emah dan Niea menikmati keindahan pulau itu dengan penuh kegembiraan. Amel dan Ikhwan sejak tadi berkepit tak sudah. Najwa, Najihah dan Cahaya Qaseh membuat usrah disebahagian tempat sambil diperhatikan Faiz dan Shah.
            "Macam mana hubungan abang dengan Kak Najwa sekarang?" Soal Shah, sengaja cari tahu. Dia memerhatikan tunangnya Cahaya Qaseh dari jauh, entah kenapa tiada segenap pun rasa cinta terhadap gadis itu.
            "Alhamdulillah, rasa cinta tu dah ada. Tapi hanya abang. Mungkin kak Najwa kau takut, abang tipu dia. Tapi tak apalah, itulah kemanisannya. Abang tengah usaha mendapatkan cinta dia." Tutur Faiz ikhlas. Dia merenung isterinya yang kelihatan manis memakai kain labuh dan blouse lengan panjang.
            "Alhamdulillah, moga-moga kekal hingga jannah. Abang tak ada feeling-feeling dengan Amel lagi ke?" Soal Shah pada abang suadaranya itu.
            "Feeling tu ada, tapi dah basi. Tapi abang kena juga hormat dia sebagai tunang abang. Cuma tulah, kau pun tengoklah dia tu, berkepit dengan Ikhwan tak sudah-sudah. Kesian pula abang tengok adik ipar abang Najihah tu." Faiz mengalihkan pandangannya kearah Amel yang sejak tadi bergurau senda dengan Ikhwan, sekejap-sekejap mereka berpelukan, sekejap-sekejap mereka bertepuk tampar.
            "Tak apalah bang, Allah tu maha adil. Yang baik dibalas baik, yang tidak baik dibalas dengan tidak baik. Shah doakan, Najihah mendapat yang lebih baik." Shah menahan rasa disaat melihat Amel dipeluk oleh Ikhwan. Dia sendiri tidak tahu, mengapa Amel yang dia suka. Sedangkan Allah berikan dia tunang yang cukup elok dari segala segi. Cahaya Qaseh seorang yang gadis yang cantik, cantik gadis itu, cantik fizikal, akhlak, akidah dan sahsiah. Tapi Amel yang rosak moral dan akidah tu juga yang dia gilakan.
            "Betul tu Shah, alhamdulillah dia sedang berkawan dengan orang yang tepat. Cahaya Qaseh, memang orang yang tepat. Dialah yang banyak memberi sokongan kepada Najihah, sehingga Najihah jadi orang yang kuat macam tu. Kau tu, tak nak cari pasangan kekasih ke? Cahaya Qaseh tu, abang rasa masih solo. Tak nak try?" Usik Faiz bersahaja, sambil tergelak kecil, terserlah ketampanannya.
            "Saya tak nak cari kekasih bang, tapi saya nak cari seorang isteri." Tutur Shah, penuh maksud. Dia memandang sekilas kearah Cahaya Qaseh sebelum menumpukan pandangan kearah pantai yang begitu jernih dan cantik.

kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan.

Tuesday, 25 March 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 11

NAJWA menyusun pakaian suaminya kedalam baju, dan mengemas katil, kemudian dia membasuh pakaian suaminya semua. Najwa tidak tahu, mengapa dia berasa begitu senang setiap kali memperlakukan sesuatu untuk Faiz. Apatah lagi, sejak-sejak ni, Faiz tidak seperti dulu. Kini Faiz sangat baik terhadap dirinya. Dan Faiz tidak lagi digosipkan dengan Amel. Entah mengapa hati perempuannya bagaikan terusik.
                     Faiz tidak bekerja hari ini, dan pulang awal. Dia mendapatkan Najwa yang sedang masak di dapur.
               "Sayang abang sorang buat apa ni?" Sengaja Faiz melembutkan bicaranya dan mengubah panggilan.
                      "Sejak bila aku jadi sayang kau? Sejak bila kau jadi abang aku?" Soal Najwa selamba. Dia tidak menoleh walau sekilas kearah Faiz, sebaliknya dia sengaja menyibukkan diri dengan meneruskan masakan.
                       "Najwa jadi sayang abang, sejak hati abang hanya untuk Najwa. Abang jadi abang Najwa, sejak Najwa jadi isteri abang. 'abang' yang abang maksudkan adalah menjadi suami untuk Najwa." Tutur Faiz dengan penuh kelembutan. Dia menghampiri Najwa yang berdiri tegak menghadap singki.
                        Jantung Najwa berdegup kencang dengan kata-kata Faiz. Apakah semua ini benar ya Allah?
                        "Abang akan mencintai dan menyayangi Najwa sepenuh hati abang." Faiz memeluk pinggang isterinya dari belakang dan menkucup kepala Najwa dengan penuh keikhlasan.
                        "Aku tak berani nak terima cinta kau Faiz." Tutur Najwa jujur, serentak dengan itu, pelukan dipinggang terlerai oleh Faiz sendiri.
                        "Kenapa Najwa cakap macam tu." Soal Faiz pantas.
                        "Hati tu mudah terusik, lebih-lebih lagi yang tidak berpagar." Najwa terus berjalan meninggalkan suaminya. Dia membawa masakan yang siap dimasak tadi, kedepan.
                        Faiz tercengang dengan kata-kata isterinya, 'sungguh mahal cintamu isteriku.'

NAJIHAH melepaskan keluhan ditaman mini itu, dia duduk dikerusi yang disediakan dan termenung merenung tasik disitu. Kenangan dia bersama Ikhwan disekitar sini suatu ketika dahulu, melawati ruang fikiran. Gugusan airmata melanda dipipinya.
                      Cahaya Qaseh yang berjoging disekitar itu ternampakkan Najihah yang sedang menangis, dia menghampiri gadis itu.
                      "Assalamualaikum, cik." Sapa Cahaya Qaseh lembut.
                      "Waalaikumusalam. Cahaya." Najihah cepat-cepat menyapu airmatanya.
                      "Boleh saya duduk?"
                      "Boleh, duduklah."
                      "Boleh saya tahu nama awak, nama saya awak dah tahu."
                      "Nama saya Najihah."
                      "Oh, Najihah. Cantik nama awak. Awak ada masalah ke?" Soal Cahaya Qaseh lembut.
                      "Saya ada masalah peribadi, dengan kekasih saya." Jawab Najihah perlahan.
                      "Oh, saya tidak tahu bagaimana permasalahan awak dengan kekasih awak. Tapi niat saya sekadar untuk menasihati. Hentikanlah tangisan tu, jika ia sekadar melukakan hati kita. Sebaiknya mengadulah pada Dia, kerana Dia maha mendengar. Menangisilah dosa kita lebih daripada kita tangisi perkara yang lain. Biarlah apa yang terjadi didunia ini, kita tidak boleh mengeluh. Tetapi itulah takdir dan tulisan Allah swt. Kita sebagai hambaNya menerima semua itu dengan penuh ikhlas, kerana ganjaran yang dijanjikan itu maha hebat." Tutur Cahaya Qaseh dengan penuh kelembutan.
                     "Tapi.."
                     "Tiada ketapian didalam usaha mencintai Allah. Kita cintakan Allah dulu, baru kita akan merasa cinta manusia. Cintakanlah penciptanya terlebih dahulu, sebelum kita cintakan dia." Cahaya memeluk bahu Najihah.
                     "Najihah melepaskan tangisannya didalam pelukan gadis itu. Dia tidak mampu mengawal perasaannya lagi.

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 10

CAHAYA QASEH berjalan menuju ke kafeteria yang tersedia di kolej itu. Pandangan terpana disaat melihat tindakan Shah yang selamba memeluk bahu Amel, dan gadis itu hanya membiarkan perbuatannya. Cahaya Qaseh menahan rasa, patutlah abangnya tidak kasih di belajar di kolej ini. Abangnya juga berada di kolej ini, tapi di sem akhir. Kini baru dia tahu, mengapa abangnya selalu melarang dia berada di kolej ini. Rupa-rupanya abang dia tidak mahu Cahaya Qaseh melihat perangai tunangnya yang begini. Dia tahu pertunangan diantara dia dan Shah adalah pilihan keluarga masing-masing. Dan Shah sendiri ada memberitahu yang dia tidak sukakan pertunangan ini, tapi kenapa Shah tidak menjaga adab pergaulannya? Sedangkan selama ini, Shah yang dia kenal begitu menjaga adab.
                  Cahaya Qaseh berjalan perlahan menuju ke meja makan, namun nasibnya agak malang apabila berlanggar dengan Ikhwan dan menyebabkan dia hampir jatuh tersembam. Tapi lelaki itu lebih cepat memaut tubuhnya. Shah yang memandang tiba-tiba panas hati, melihat tunangnya berada didalam pautan musuh dia. Dengan pantas dia mendapatkan Cahaya Qaseh.
                    "Qaseh!" Tempelak Shah, dia memaut jemari tunangnya agar berada dekat dengan dia dan jauh dari Ikhwan.
                    Cahaya Qaseh cepat menepis genggaman Shah, dan cuma berdiri dekat dengan lelaki itu.
                    "Cahaya, kau baru masuk kolej ni dah nak menggatalkan dengan pakwe orang ke?" Tiba-tiba Najihah menyindir, dia merenung tajam kearah gadis itu.
                    "Hello! Siapa cakap boyfriend u? Ikhwan boyfriend i! N u ustazah Cahaya, i'm warning u, tak yah nak gedik dengan my boyfriend ni, and my scandal ni!" Sampuk Amel, serentak dengan itu dia menarik tangan Ikhwan dan Shah agar berdiri terus disisinya.
                      "Sejak bila Ikhwan jadi pakwe kau ni? Macam pelik je." Najihah mula berani meningkah Amel.
                       "Sayang explain dekat dia ni." Ujar Amel selamba.
                       "Sudah-sudah, tak perlu begini." Cahaya Qaseh menarik lembut tangan Amel, agar tidak bersentuhan dengan Shah mahupun Ikhwan. "Saya cuma nak terjatuh tadi, dan encik ni tolong. Tak ada kena mengena dengan perasaan. Sudah-sudahlah, saya minta kita berbubar dari perbalahan ini." Tutur Cahaya Qaseh penuh sopan.
                        "Suka hati akulah, aku belum habis lagi dengan minah ni." Tempelak Najihah.
                        "Hurm, terpulanglah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Cahaya Qaseh berlalu meninggalkan kumpulan itu.

LANGKAH Cahaya Qaseh terhenti apabila Amel menyekat laluannya ke kereta. Cahaya Qaseh memberi senyuman namun senyumannya dibalas wajah tegang Amel.
                         "Kenapa u tarik tangan i dari Shah dan Ikhwan tadi? U jeles ye?" Soal Amel selamba.
                         "Saya tak cemburu pun cik, tapi saya cuma mengasihani awak. Awak memiliki tubuh yang cantik dan bersih. Jadi lelaki-lelaki tadi tidak layak untuk merasa sentuhan awak, kecuali suami awak, ayah awak, abang awak, atau adik lelaki awak. Merekakan bukan muhrim awak. Jadi wajarlah saya sebagai hambaNya yang boleh melihat dan bertindak, bertindak mencegahnya. Saya tiada niat lain selain itu." tutur Cahaya Qaseh lembut dan tenang.
                         "So, u nak berlagak alim lah ni? Macam tu?" 
                         "Bukan cik, saya manusia biasa yang punyai kekurangan. Saya tidak berlagak alim didepan cik, kerana saya tahu itu tindakan yang tidak baik. Saya cuma mencegah kemungkaran yang berlaku didepan saya. Saya rasa cik yang lebih senior dari saya pasti lebih faham erti perbuatan saya tadi. Tak perlulah encik menafikan perbuatan saya tadi dengan keegoan cik. Tapi encik belajarlah menafikan yang cik tak boleh lakukan kebaikan. Assalamualaikum." Kata-kata Cahaya Qaseh membuatkan Amel tercengang dan memandang gadis itu dengan seribu satu erti.
                         Cahaya Qaseh melepasi kepungan Amel dan berjalan kekeretanya dengan penuh ketenangan.

PANG!!

SATU lempangan hangat melayang dipipi Ikhwan. Bengkak sungguh hati Najihah apabila menerima alasan itu dari Ikhwan. Dengan mudahnya Ikhwan mahu memutuskan hubungan cuma kerana dengan alasan sudah jatuh cinta pada Amel.
                     "Awak buat macam saya ni patung awakkan?" Tempelak Najihah.
                     "Saya cintakan Amel sejak dulu lagi, tapi awak yang degil nak dekat saya." Tipu Ikhwan, dia juga menahan rasa. Memang dia pernah cintakan Amel, tapi itu dulu. Kini dia terlalu mencintai Najihah, tapi dia terpaksa.
                      "Kalau awak tak beri harapan pada saya Ikhwan, mana mungkin saya letak harapan pada awak! Kenapa setelah saya berikan cinta sepenuh hati pada awak. Awak musnahkan segala-galanya. betapa hancurnya hati saya, ada awak fikir tak?" Air mata merembes laju dipipi Najihah.
                       "Maafkan saya, saya tak boleh nak fikir hati awak lagi. Sekarang saya hanya mahu fikirkan hati Amel. Dia jauh lebih penting bagi saya sekarang ni."
                          "Awak letakkan pujian yang tinggi melangit pada dia Ikhwan, didepan saya? Awak yang dulu katakan pada saya, awak akan cinta saya sampai bila-bila. Awak juga yang meragut cinta tu sekelip mata. Terima kasih Ikhwan. Terima kasih." Najihah berjalan perlahan meninggalkan Ikhwan. Namun panggilan Ikhwan membuat langkahnya terhenti dan menoleh kearah lelaki itu.
                          "Lepas ni awak tak perlulah bergaduh dengan Amel lagi, saya tak sanggup nak tengok Amel sakit sebab perbuatan awak." Kata Ikhwan sambil memandang kearah lain. 'Sebenarnya saya tak sanggup tengok Amel sakiti awak Najihah.
                            Najihah menitiskan airmata untuk sekali lagi dengan mendengar kata-kata Ikhwan. "Sampai hati awak Ikhwan." Dia terus berlari balik kerumah dengan perasaan yang begitu hancur.

Seperti mentarikan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
teruslah ku membawa cinta
jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

kini yang tinggal hanya 
sisa-sisa kisah yang terindah
dan hitam tiba membawa derita

sejujurnya masih ada rasa cinta
yang tak akan putus
kerna alasanmu untukku bahagia
separuh jiwaku akan mati
yang tinggal hanya
alasan untuk bahagia


Monday, 24 March 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 9

NAJIHAH didepan kakaknya Najwa sepuas-puas dia. Airmatanya sudah membasahi wajah. Najwa Atika merasa bersalah dengan adiknya. Dek kerana takdir dia, nasib Najihah terheret sama.
                  "Maafkan kakak Jihah, kakak bukan kakak yang baik. Kerana kakak, Jihah turut terlibat dalam hal ni." Najwa memeluk bahu adiknya. Dia faham dan dia mengerti bukan ini yang Najihah mahukan. 
                   "Sebab kita anak yatim piatu, sebab kita bergantung hidup dengan dia, sebab dia yang kutip dan bela kita, dengan mudah dan sewenangnya hati kita dilapah oleh dia kak! Dia memperhambakan jiwa kita. Yang peliknya, Ikhwan yang selama ni setia dengan saya pun, boleh termakan dengan godaan dia. Hati siapa yang tak hancur kak?" Najihah menangis lagi. 
                   "Bertahanlah dik, bertahan selagi mampu kita. Biarlah apa sahaja yang dia mahu lakukan pada kita, jangan sekali kita meningkah. Ingat cakap akak ni. Kita perlu sedar, dari mana kita datang. Ingat!" Najwa tidak mahu Najihah lupa pada budi yang diberi oleh Amel terhadap mereka. Sampai sekarang pun, masih Amel yang menyara pembiayaan pendidikan Najihah, oleh kerana dia tidak mampu untuk mendapatkan pembiayaan sebesar itu.
                    Najihah sekadar mengangguk dan memeluk kakaknya dengan penuh erat.

FAIZ melayani perasaan dipejabatnya. Najwa menguasai dirinya perasaannya, jiwanya, hatinya dan fikirannya. Sifat isterinya yang kasar diluar lembut didalam meragut hatinya. Dia akur, kini dia jatuh cinta dengan insan yang bernama Najwa Atika.
                    Biarpun dia selalu menyakiti hati gadis itu. Najwa tetap setia menjalankan tanggungjawab dengan baik. Baju kerjanya diseterika dan disiapkan, tali leher, stokin disiapkan. Sarapan dan makan malam disediakan. Pendek kata semua tugas isteri sebenarnya dijalankan.
                      Bagi dirinya, dia tidak menyesal menikahi gadis itu. Gadis yang sebenarnya memiliki sekeping hati yang begitu lembut.
                       Ketukan dipintu membuatkan dia terkejut. 
                       "Boss, Miss Amel nak jumpa. Dia ada dekat luar." Ujar Mas setiausahanya.
                       Faiz mengangguk tanda mengizinkan.
                       Amel masuk dengan wajah yang tidak menggambarkan apa-apa perasaan. Tiada senyuman seperti selalu. Melihat wajah Faiz, hanya mengingatkan peristiwa didalam kereta di beberapa hari lepas. 
                       "Yes Dear, kenapa tak beritahu nak datang?" Soal Faiz lembut.
                       "Selama ni, kalau i datang, i ada beritahu u ke B?" Soal Amel kembali.
                       "Okey, sorry. Dear nak apa ni?" Soal Faiz lagi.
                       "Tak ada apa, saja je datang. Tak boleh ke?" Soal Amel lagi. Dia memandang wajah Faiz dengan penuh kerinduan. Ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk lelaki itu, namun ego lebih mengatasi segalanya.
                       "Dear, hari ni B banyak kerjalah. Kalau Dear datang lain kali boleh?" Faiz tidak tahu mengapa dia lebih gemar menolak Amel sejak-sejak ni.
                       "Boleh. But i nak u jawab i mengenai dua perkara B." Amel sudah bersedia untuk menerima penipuan tunangnya. 
                         "Apa dia Dear?"
                         "Apa status hati u sekarang pada Najwa?" Soal Amel selamba.
                         "Kosong Dear, tak ada apa-apa." Pantas dan cepat Faiz membuat pembohongan.
                         "Bagus." Jawab Amel sepatah. Hatinya sudah mula merintih. Kosong sampai boleh bercium ye Faiz? Herdiknya didalam hati.
                          "Soalan lagi satu Dear?" Soal Faiz lagi.
                        "Adakah u akan tepati janji u untuk menikahi i?" Soal Amel lagi.
                        "Hurm.. Hurmm... Yup." Jawab Faiz tergagap-gagap.
                        Amel sekadar mengangguk dan hampir terkedu dengan tindak balas Faiz. Dahulu Faiz sentiasa berkata dengan bersungguh mahu menikahinya namun kini...
                       "I pergi dulu B." Amel bangun dari tempat duduknya dan berlalu dari pintu bilik itu.

SHAH membeli makanan di kafeterian bersama Emah dan Bad. Mereka duduk meja yang agak tersembunyi. Sebaik sahaja melihat Ikhwan menghampiri mereka dengan membawa makanan, Shah menghentikan makannya. Dia bangun dan meminta diri dari Bad dan Emah.
                        Namun Ikhwan lebih pantas mencegahnya. "Shah, kau marah dengan aku ke?" Soal Ikhwan pantas.
                       Shah sekadar menggeleng dan tidak memandang kearah Ikhwan walau sedikit.
                   "Habis tu kenapa, sejak-sejak ni kau dingin dengan aku?" Soal Ikhwan, dia mahukan kepastian.
                    Shah sekadar menggeleng lagi.
                    "Shah apa masalah kau Shah? Kenapa kau macam ni denga aku?" Soal Ikhwan lagi, dia tidak puas hati dengan cara Shah.
                    Lagi sekali Shah sekadar menggeleng.
                   "Shah kau dah kenapa??" Ikhwan mula putus harapan.
                   "Sebelum kau sakitkan hati orang yang sayangkan kau, kau bayangkan bila hati kau disakiti oleh orang yang kau sayang!" Pesan Shah dengan nada yang penuh tenang. Dia berlalu setelah memberi kalam itu pada Ikhwan.

EMAH, Bad, Shah, Ikhwan, Najihah, Niea dan Amel serta rakan-rakan lain didalam kelas mengambil perhatian mendengar pengumumam profesernya.
                   "Saya ingin memperkenalkan pada kamu, seorang pelajar baru. Silakan." Prof Faroq mempersilakan pelajar tersebut masuk kekelas.
                              Satu kelas terpesona melihat kecantikan gadis itu dan pakaian gadis itu. Begitu menutupi aurat dengan sempurna. Jubah, sarung tangan, tudung labuh menutup lagu dengan sempurna benar-benar membuatkan satu kelas itu berasa serba salah. Mana tidaknya, didalam kelas itu ada yang tidak menutup aurat dengan sempurna, Lebih-lebih lagi penyanyi terkenal tu, iaitu Amel!
                              Shah yang pegun melihat gadis itu serta merta membuka jaketnya dan, dan memakaikan dibahu Amel. Amel tidak menolak malah memakai jaket lelaki itu dengan sempurna.
                             Semua didalam kelas itu menjadi segan silu dan tidak terkata. Ada yang sampai tertunduk malu.
                              "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Cahaya Qaseh Binti Muhammad. Sahabat-sahabat semua boleh memanggil saya dengan panggilan Cahaya atau Qaseh. Selamat berkenalan, moga ukhwah ini membuat kita lebih kuat dalam kehidupan. InsyaAllah." Tutur Cahaya Qaseh dengan penuh kelembutan.


Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 8

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Kerna kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harusku tinggalkan dirimu
Hatiku selalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisaku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang kurasa

Ku menangis membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

BEGITU penuh bersemangat Amel menyampaikan lagu Hati Yang Kau Sakiti dari penyanyi sebenarnya Rossa, khas untuk peminat-peminatnya. Ada yang turut menitiskan airmata sepertimana Amel yang turut menitiskan airmata ketika menyampaikan lagu tersebut. Masakan tidak, situasi lagu ini hampir sama dengan situasi kehidupannya sekarang. Ada tunang, tunang menikahi gadis lain.
                Ketika dalam perjalan balik dari membuat persembahan, Amel tidak banyak bunyi seperti selalunya. Entah mengapa dia terfikir-fikir apakah Faiz benar-benar akan menikahi dirinya atau dia sekadar menaruh harapan kepada lelaki itu.
                    Mengingati peristiwa itu, hatinya menjadi sakit. Kebencian terhadap Najwa semakin membuak-buak, bagaikan ditusuk sembilu, rasa kesakitan dihatinya. Ikhwan yang berada disebelah berasa tenang kerana tidak ada bahan yang mahu dibahaskan dengan gadis genit itu.
                    Apakah hanya aku sahaja yang meletakkan harapan terhadap kau Faiz? Apakah kau sudah jatuh cinta pada Najwa? Apakah takdir hidupku bukan denganmu?

FAIZ terasa bahagia apabila melihat Najwa sudah mula memakai kain ketika dihantar ke tempat kerja pagi tadi. Gadis itu diminta olehnya untuk memakai kain, agak kelihatan lebih lembut. Pada mulanya permintaan Faiz ditolak, tapi apabila dia menggunakan kuasa veto sebagai seorang suami, Najwa Atikah tidak dapat memberi sebarang alasan.
                 "Yang kau pandang aku macam pandang buah nak jatuh kenapa?" Soal Najwa, rasa tidak selesa dengan pandangan itu. Hatinya menjadi berdebar setiap kali mata redup suaminya merenung dia.
                 "Yang aku pandang isteri aku juga." Jawab Faiz, masih tidak berkerdip memandang isterinya.
                 "Apa? Isteri? Kau dah rasa aku layak ke digelar isteri kau?" 
                 "Kau isteri aku Najwa, sampai bila-bila pun, kau tetap isteri aku. Dan abang tak kan lepaskan Najwa pada orang lain." Tutur Faiz dengan penuh kelembutan. Dia tahu didalam hatinya sudah ada cinta, dan cinta itu untuk Najwa Atika bukan Amel!
                   "Hurm, aku turun dululah." Najwa Atika menjadi tidak keruan. Namun jemarinya lebih pantas diraih Faiz. Suaminya menkucup lembut jemari runcing itu. 
                     "Salamlah aku dulu. Akukan suami kau." Faiz melepaskan genggamannya dan menghulurkan semula pada Najwa.
                     Najwa berasa hairan, namun diturutkan jua. Dia menkucup jemari suaminya serentak dengan itu dia terasa Faiz mencium ubun-ubunnya. Jantungnya tersentak, hatinya terasa nikmat dan jiwanya berasa tenang dengan perbuatan itu.
                     Ketika dia mahu turun dari kereta, Faiz menarik lagi jemarinya dan dia menoleh tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk marah. Dengan selamba Faiz menunjukkan jari telunjuknya dipipi tanda mahu Najwa menciumnya dipipi.
                      "Kau ni dah kenapa? Nak kena sepak?" Soal Najwa dengan wajah yang tegang tapi merah, padahal dia menyembunyikan perasaan malunya.
                        "Kalau kau rasa nak kerja lagi, buat apa yang aku suruh. Kalau tak, kita balik je." Faiz mula memasukkan gear, tanda mahu menggerakkan kereta. Namun dengan pantas isterinya menahan.
                       Najwa menyerah. Dia memejamkan mata dan mendekatkan bibirnya dipipi Faiz. Namun Faiz lebih bijak bermain helah. Ketika bibir isterinya hampir dengan pipi dia, dengan pantas dia memalingkan muka tepat bertentangan dengan Najwa. 
                       Tanpa Najwa minta, Faiz menkucupnya, namun dia tidak menolak. Lama mereka berkeadaan begitu, dan setelah Najwa sedar akan perbuatan mereka, Najwa Atika menolak perlahan tubuh suaminya dan keluar dari kereta dengan seribu satu perasaan,
                     Mereka tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan oleh seorang gadis yang amat membenci Najwa saat ini. Dia memerhatikan pasangan suami isteri itu dengan linangan airmata. Sebaik Najwa keluar dari kenderaan itu. BMW 7 Series melewatinya tanpa disedari.

Shah dan Emah sedang berbincang berkenaan projek yang akan diakan sepanjang cuti semester nanti, begitu juga dengan Bad. Mereka merancang untuk mengadakan percutian ke Pulau Perhentian. Mereka ingin kesana bukan sahaja untuk bercuti tetapi juga untuk mendalami erti kehidupan di kepulauan. Mereka ingin berbicara dengan alam.
                     Sedang sibuk merancangkan beberapa aktiviti Najihah dan Niea menghampiri. Emah sudah mula buat muka. Dia tidak gemar sikap Niea yang suka menyebelahi Najihah.
                         "Dah puas mengata Amel ke? Tu yang baru nampak kitaorang dekat sini." Sindir Emah selamba.
                          "Emah, rileks. Tarik nafas dan senyum, then lupakan semua. Kita fokus, pada apa yang kita nak fokus." Pujuk Shah. Shah amat tidak gemarkan situasi pergaduhan. Kerana dia amat membenci situasi itu.
                        "Kau orang buat apa ni?" Soal Niea seakan-akan tidak peduli pada apa yang Emah katakan tadi.
                         "Kami tengah rancang aktiviti sepanjang cuti semester ni." Terang Bad. Gadis tomboi itu, sejak tadi membetulkan rambut pendeknya. Entah apa yang dia betulkan pun, tak tahulah.
                         "Oh, so dah dapat destinasi?" Soal Najihah lembut. Dia senang dengan sikap Shah yang sentiasa adil. Dia tersenyum pada lelaki yang sentiasa tenang itu.
                             "Dah dapat, tapi tak komfem lagi." Jawab Shah ringkas membalas pandangan Najihah, dia juga membalas senyuman gadis itu.
                               "Dekat mana?" Soal Niea.
                               "Pulau Perhentian." Jawab Shah lagi.
                               "Pulau Perhentian? Menarik tempat tu." Najihah sudah memasang niat untuk menyertai.
                            "Memang tempat tu menarik, tapi akan jadi tidak menarik kalau ada dua manusia perosak dekat situ. Iaitu korang berdua." Dengan selamba Emah menyampuk menggunakan perkataan kasar.
                               "Emah! Just shut up please." Shah memeluk bahu gadis itu, berharap Emah tidak mengeluarkan lagi perkataan seperti itu.
                               "Tak adalah, kalau kau orang ada lagi tambah meriah. Lagipun kami bukan nak bercuti je. Kami nak buat kajian sikit dekat sana. Lebih kurang uji diri sebagai seorang kaunselor. Tapi untuk kali ni, kami nak uji diri dengan alam." Terang Bad.
                               "Serius? Bestnya." Niea bersuara.
                               "Of course best. Kan sayang." Tiba-tiba Amel menyampuk dari belakang mereka. Hati Najihah mula panas apabila melihat dengan selamba Amel memeluk pinggang Ikhwan, dan Ikhwan pula memeluk bahu gadis itu.
                               Shah tersentap melihat keadaan itu, dia mengalih pandangan kearah lain. Tapi sayang, Amel memilih untuk duduk disebelahnya dan disebelah Amel ada Ikhwan. Hati Shah terasa bagai dihiris sesuatu yang tajam. Begitu juga Najihah. Gadis itu merasakan seperti mahu menelan Amel hidup-hidup.
                               "Amel, kau nak ikut kitaorang ke?" Soal Emah ceria.
                               "Of course darling. Mestilah i nak ikut u all. Kan sayang?" Amel mengalirkan pandangan kepada Ikhwan.
                               "Hurm, hurm.. ye.." Ikhwan menjawab pertanyaan Amel dengan tergagap. Dia tahu Najihah sudah terluka.
                               "So Emah, explainlah pada i, tentang holiday kita."
                               "Ok, macam ni."

Sunday, 23 March 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 7

IKHWAN memberhentikan kenderaan dibahu jalan, dia merenung Amel dengan pandangan marah. Gadis yang memakai gaun pendek menampakkan peha dan atas dada itu dipandang dengan penuh benci. Walaupun hati menafikannya.
                    "Apa yang awak nak sebenarnya Amel? Kenapa sejak-sejak ni, awak macam nak musnahkan hubungan saya dengan Najihah? Kenapa?" Soal Ikhwan berani.
                     "Apa yang u merepek ni Wan? Jomlah balik, I dah penat ni. Esok pagi-pagi ada kelas, then ada rakaman dekat studio lagi." Amel malas untuk berbahas didalam keadaannya letih dan mengantuk.
                      "Tapi saya rasa awak perlu jawab pertanyaan saya ni!"
                      "Kalau tak?"
                      "Kalau tak saya tak akan jalan." Kata-kata Ikhwan mengundang kemarahan Amel.
                      "Apa masalah u sebenarnya? U nak i jawab apa?" Tengking Amel. 
                    "Kenapa awak buat macam-macam penipuan pada Najihah tentang kita?" Soal Ikhwan pantas.
                      "U marah ke?" Soal Amel penuh sinis.
                      "Memang saya marah! Dulu saya cintakan awak, dan saya luahkan pada awak, awak tolak. Saya terima penolakan awak, sebab saya sedar siapa saya. Tapi bila saya dah bahagia dengan Najihah, awak nak hancurkan pula kebahagian saya dengan Najihah?" Ikhwan terasa berang dengan sikap majikannya ini.
                       "Ini bukan soal cinta Ikhwan! Ini soal dendam!"
                       "Dendam? Dendam pada siapa? Kak Najwa? Kalau pasal Kak Najwa kenapa perlu libatkan saya dan Najihah?" Soal Ikhwan lagi.
                       "Najwa i benci, seluruh keturunan dia i benci. Itu adalah termasuk Najihah." Jelas Amel dengan reaksi wajah yang penuh benci.
                       "Berani awak beritahu saya semua ni?" Ikhwan pelik, mengapa Amel seperti tidak kisah memberitahu sebab dia berbuat begitu, sedangkan dia tahu, Ikhwan adalah kekasih Najihah.
                             "Of course, because i need u in my game." Wajah Amel senyum bersahaja.
                             "Apa maksud awak?" Ikhwan mula dihujani kerisauan.
                             "I nak u ikut apa sahaja yang i suruh berkenaan Najihah dan Najwa. Sebagai ganjaran i lupakan apa sahaja yang i tolong pada u." Lancar Amel melontar strategi.
                             "Perangai awak memang melebihi akal dan fikiran saya Amel!" Ikhwan mula hilang sabar.
                              "Ini permulaan sayang. U dan mereka akan menerima kejutan demi kejutan. I pernah cakap pada u dulukan? Jangan pernah mencabar kebaikan i, sebab i boleh berubah lebih kejam dari apa yang u all jangka!" Amel sengaja mengingatkan kata-kata yang pernah diucap suatu ketika dahulu pada Ikhwan.
                            "Tapi perlu ke awak aniaya anak yatim sampai macam ni? Awak tahukan balasan bagi orang yang menganiya atau menzalimi anak-anak yatim?" Ikhwan cuba main psikologi bersama gadis itu.
                               "Gelaran 'anak yatim' bukan alasan untuk dia menggunakan kebaikan orang dengan sikap tak tahu sedar diri! Gelaran 'anak yatim' bukan alasan untuk dia bersifat penting diri. Gelaran 'anak yatim' bukan alasan untuk dia merampas hak orang lain! Yang penting gelaran 'anak yatim' bukan tiket untuk diaorang bahagia diatas penderitaan orang lain! Hanya kerana Najwa dan Najihah tu anak yatim, u nak i bersifat sahaja, tutup mata apa yang dia dah buat??" Tempelak Amel. 
                                "Bukan macam tu maksud saya."
                                "Habis? Apa maksud u?"
                               "Perbuatan awak tu dah melebihi batas, menyakiti hati sekeliling. Termasuk saya sendiri! Awak faham tak?" Bidas Ikhwan.
                              "I tak peduli dengan pandangan u Ikhwan. Now, tugas u hantar i balik! I belum tugaskan u dalam permainan i. So tak payah nak menjadi pemain psikologi tak bergaji dekat sini!" Amel tahu Ikhwan sedang main psikologi dengannya, jadi dia tidak mahu terkalah.
                          Penangan pelajar jurusan Kaunseling apabila berdebat!

"AKU nak minta maaf sebab malukan kau depan Amel hari tu." Faiz membuka bicara setelah hampir seminggu dia tidak bertegus sapa dengan Najwa. Isterinya itu mengambil keputusan untuk berjauh diri. Setiap malam, Najihah pasti tidur disofa yang ada diruang tamu, manakala Faiz didalam bilik.
                        Najwa buat tidak tahu dengan apa yang suaminya suarakan. Dia hanya mendiamkan diri sambil menghidangkan sarapan untuk Faiz. Fikirannya melayang memikirkan keadaan adiknya, sudah lama dia tidak melawat Najihah selepas dia meninggalkan Najihah dan mengikuti Faiz.
                        "Kau dengar ke tidak aku cakap dengan kau ni Najwa?" Soal Faiz, mula naik berang.
                        "Aku dengarlah, tak payah kau nak terpekik macam aku dekat luar rumah! Jatuh gegendang telinga aku, kau nak ganti ke?" Najwa duduk didepan suaminya sambil menikmati sarapan pagi tanpa memandang walau sekilas kearah suaminya.
                        "Gegendang telinga kau jatuh aku nak fikir, anak tekak aku putus siapa nak fikir? Aku minta maaf kau diam je, tak sakit hati aku?" Sebenarnya Faiz suka bertikam lidah dengan isterinya. Kerana Najwa selalu mengeluarkan kata-kata yang mampu membuat hatinya berasa lucu.
                        "Kisah apa aku. Hati kau sakit, kau pergilah hospital buat check up! Apa susah, ingat aku doktor?" Bidas Najwa selamba.
                        "Aku nak minta maaf dengan kaulah singa.!" Selamba panggilan singa diberikan kepada Najwa.
                         "Kau panggil aku apa?" Najwa membaling sudu kearah Faiz. Mereka berkejaran didalam rumahnya, namun langkah Faiz terhenti apabila mendengar jeritan isterinya. Rupanya isteri dia tergelincir jatuh diruang tamu.
                         Cepat Faiz mendapatkan Najwa. "Kau okey tak?" Soal Faiz cemas. Dia memapah Najwa dan mendudukkan isterinya diatas sofa.
                         "Sakitlah!" Rengek Najwa. Dia memegang buku lalinya yang sudah biru, mungkin terseliuh.
                         Faiz terpegun melihat rengekan isterinya. Ternyata Najwa seorang yang manja.Dari itu dia yakin, sifat kekasaran yang ditunjukkan Najwa sekadar lakonan.
                         "Kita pergi kliniklah." Faiz membawa isterinya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.