HARI NI, SETELAH MENCECAH HAMPIR 3 TAHUN PERSAHABATAN.
AKU PUTUSKAN UNTUK MELEPASKAN DIA DARI HIDUP AKU.
EVERYTHING!
I AM REALLY FIGHT!
Fight untuk pertahankan friendship ni! Tapi mungkin ini pengakhirannya.
Terlalu banyak bait katanya yang aku telan, terlalu banyak.
Terlalu banyak perbuatannya yang aku hadam!
Semua aku terima hanya kerana dia pernah ku anggap sahabat.
Aku berulang kali ingin meninggalkannya dan membiarkannya seperti nasihat dari orang lain, namun aku sering percaya dia adalah sahabat!
Aku sering membiarkan dia mengambil binefit dari perhubungan kami.
Kerana aku percaya bahawa memang dia memerlukan aku sebagai teman dia. Kerana ada aku untuk dia percaya, untuk dia bergantung, untuk dia pinta pertolongan. Terlalu banyak yang kami lakukan bersama.
Dan akhirnya, inilah pengakhirnya.
Lagi-lagi kerana duit? Semuanya kerana duit!
Selalunya duitlah penyebab mereka yang bergelar teman akan menunjukkan tirai diri yang sebenar. Sampai aku dah hafal skrip pengakhiran hujungnya jalan cerita kami.
Dan kali ini adalah nilai not 50.
Kerana RM50!
Kesetian aku sebagai sahabat dipertikaikan.
Kelakuan aku sebagai sahabat dipersoalkan.
Hanya nilai RM50, Semua kenangan baik yang pernah dimiliki bersama dimanipulasi menjadi keji? segala silap kecilku diangkat menjadi statement utama didalam debat untuk memperoleh nilai RM50?
Dengan mudah nilai kepingan itu aku serahkan dalam sekejap mata, tapi entah kenapa ianya tertahan seketika.
Ternyata Allah ingin memperlihatkan sesuatu yang baru tentangnya.
Disatu sisi yang lain, aku turut ingin menjadi sepertinya.
Menghamburkan segala amarahku terhadapnya yang kupendam selama ini. Aku ingin benar membalasnya dengan apa yang aku rasa saat ini.
Ingin sekali.
Namun, bila difikirkan semula. Untuk aku menghadam semua tentang dia sebelum ini, jika aku perlu memuntahkan saat ini ketika dia mencemuhku sedangkan aku yang memilih untuk disamping disaat semua membuang dan menepikan dia.
Aku yang telah memilih untuk membiarkan dia mempergunakan aku dengan title 'kawan'. Aku!
Namun untuk bertahan lagi kali ini, seakan-akan hati ini seperti tidak mampu atau sebenarnya aku perlukan masa untuk menghadam dia yang ini? Kerana ini mungkin sedikit berat dan besar untuk aku telan.
Atau sebenarnya aku harus benar-benar meninggalkan dia diperjalanan ini? Adakah aku harus menurunkannya disini? Cukup sampai disini? Dia harus turun dan berjalan sendiri untuk benar-benar tanpa aku? Benar?
Tapi sepertinya bukan lagi untuk kali ini...
Bukan....
Silakan turun. Kita tak perlu mengayuh bersama lagi untuk jalan hari ini dan ke depan.
Sama seperti yang aku pernah katakan pada kau dahulu.
Maka hari ini kau telah meminta kita untuk selesai demi sekeping RM50 yang sebenarnya kau lebih bernilai bagi aku dari not itu.
Maka aku lepaskan kau dengan nilai itu.
Seperti yang kau pinta dan aku akan menepatinya.
Seperti sebelum-sebelumnya sejak persahabatan kita bermula.
Seperti mana aku menahan diri dan menepati semua kehendakmu yang aku sering anggap itu keperluanmu.
Aku telah masuk ke duniamu tanpa memaksa kau masuk ke dunia aku. Dan aku hadam kerana aku benar-benar menerima kedatanganmu di dalam hidupku.
Meski sukar dan penuh jurang, namun aku hargai kerana kau adalah pengajaran di dalam hidupku.
Aku tidak menghalang kepergianmu seperti mana aku berpegang dengan kata-kataku.
Maaf sahabat, mungkin kau sering tertinggalkan kata-katamu, atau erti kata lain, kau sering memakan kata-katamu sendiri.
Namun kau lebih tahu siapa aku!
Ya!
Aku manusia berhati batu yang berpegang pada peganganku seerat yang pasti.
Kau memilih ku si nomad ini, sebagai temanmu selama hampir tiga tahun ini, dan kau sendiri memilih untuk menamatkannya. Jadi sepertinya, aku masih menunaikan permintaanmu seperti selalunya.
Selamat jalan sahabat. Semoga kau bahagia dengan hala tujumu.
Kau tetap berada di dalam doaku hari ini, esok dan selamanya selagi nadi masih bernyawa.
Semoga kita tidak bertemu lagi di hari mendatang.
"YA AKU TAK PANDAI MEMULAI HUBUNGAN. NAMUN AKU TIDAK PERNAH MENGHALANG ORANG YANG DATANG DI DALAM HIDUPKU MELALUI 'PINTU DEPAN.' MALAH AKAN AKU MULIAKAN DIA SEBAIKNYA. DAN SEKALI DIA MEMILIH UNTUK PERGI DARI HIDUPKU. SEKALIPUN AKU TIDAK AKAN PERNAH MENGHALANGNYA. MAKA PILIHAN ADA DITANGAN SENDIRI." - NUR AMALINA ABD RAHIM
LEE LIEN YOONG
SNA
27 JANRUAI 2020