Tuesday, 21 January 2020

20 January 2020

Isnin?
Hari yang begitu membosankan!
Segala dokumen diperlakukan seperti biasa. Tak banyak benda yang aku lalui. Cuma kejadian-kejadi kecil yang tak berapa aku ingin ingat dan bahaskan.
Namun ada kejadian yang sedikit comel terjadi ketika aku keluar ke loading bay! Waktu Tehah cakap pada En.Din!
"Encik Din! Tu Encik Zaki! Tadi, Encik Din cari Encik Zaki kan?"
Masa Tehah cakap macam tu, Encik Zaki yang menyedari keberadaan Encik Din disebalik pondok pengawal, dia terus menyorok disebalik bangunan itu. 
Encik Din bangun dan mencari kelibat backroom leader aku. Sudahnya mereka berdua mengelilingi pondok tersebut. Dan berakhir bila Encik Zaki berkata pada Encik Din "Cak!!"
Masa tu aku dan Tehah hanya tergelak terbahak-bahak. Bagi aku keadaan tu cukup lucu, bila orang yang dah berusia seperti mereka yang melakukannya. 
Terima kasih untuk kenangan itu Ajushi! Sunbaenim!
Waktu makan tengah hari, aku menikmatinya bersama rakan baik aku. Yogesh!
Yup! Setakat ini, dia satu-satunya sahabat yang masih tidak mengkhianati aku! 
Jadi dia rakan baik aku.
Pertanyaan dia hari ini seakan-akan dia mengerti bahawa aku akan pergi dari sini, tak lama lagi. Hurmmmm....
"Along! Kenapa kebelakangan ni, kau selalu rehat dengan aku? Macam ada apa-apa jer?"
"Kenapa? You ada janji dengan sesiapa ke? Its okay kalau you ada janji dengan sesiapa. Beritahu I!"
"Bukan macam tu. Kau selalu bila I ajak rehat, kau selalu bagi alasan. Sekarang macam kau senang jer nak rehat dengan aku. Kenapa along?"
Persoalan yang aku biarkan seperti itu sahaja.
Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia, yang aku akan pergi tinggalkan dia. Aku tak tahu macam mana cara untuk aku jelaskan dekat dia, yang aku akan pergi dari sini.
Hari ni aku balik petang dan aku tengok keadaan loading bay yang sangat padat. Aku terdampak mengerikan bila hanya pulang tanpa mempedulikan keadaan loading bay yang seperti itu. Sedang dahulu, kaki ini tak akan pernah melangkah pulang tanpa memastikan semuanya selesai dan loading bay tutup tanpa ada satu barang pun di luar. 
Aku benar-benar berubah!
Adakah aku bersalah?
Atau ini untuk kebiasaan mereka nanti?
Mianhae

"LANGKAH KAU AKAN TERUS TERHENTI JIKA HATI KAU BERAT UNTUK MENINGGALKAN TEMPAT ITU. MAKA GERAKKAN HATIMU DAHULU SEBELUM KAU MENGGERAKKAN KAKIMU UNTUK BERLALU!" - LEE LIEN YOONG

LEE LIEN YOONG
SNA
20 JANUARI 2020


No comments: