Hari ni aku belajar 1 perkara tentang manusia.
Selama ni aku fikir semua manusia zaman sekarang tak punya perasaan.
Tapi tentang seorang manusia yang merupakan pemilik sebuah kedai makan ni, dia seorang manusia yang mulia bagi aku (pandangan peribadi).

Pagi ni aku hantar adik aku untuk pemeriksaan doktor, dan aku keluar sarapan dengan mak aku sementara tunggu adik aku selesaikan appointment dia dengan doktor.
So aku pergilah restoran Yassin yang terletak di belakang Hospital Sultanah Aminah, JB.
Selama kami buat pesanan, tunggu makanan sampai, dan waktu kami makan, kami dapat saksikan suasana dalam kedai sangat damai. Tak sama macam kedai mamak yang biasa kami pergi. Pelanggan sama ramai macam kalau kauorang pergi Habib, Ayob, Ahmad Khan dll. Tapi suasana dekat kedai ni damai je, persekitaran yang bersih, pekerja yang ramah dan paling utama dalam penceritaan aku ni adalah pemilik kedai tersebut.
Kalau kau orang nak tahu, dia ambil orang kurang upaya bekerja di kedai ni, dan tiada sebarang paksaan pun pada orang tersebut. Malahan, walaupun orang ramai dia masih sempat melayani pekerjanya dengan baik. Sikapnya yang membuatkan aku rasa suasana kedai yang damai dan persekitaran yang bersih ni berlaku. Kerana sikapnya yang seperti itu ketika melayani kakitangannya, pasti membuatkan kakitangan dia turut ikhlas dalam menjalankan tugas. Mereka melakukan pekerjaan dengan baik dan memastikan kedai mereka dalam keadaan bersih dan teratur, kerana kebaikan yang diberikan oleh majikan mereka. Pemilik kedai tersebut memberikan aku sebuah inspirasi yang sangat besar. Untuk memiliki sesuatu kejayaan, kita perlu berusaha dengan hati yang bersih. Untuk mendapat kakitangan yang baik, kita perlu melakukan kebaikan yang ikhlas kepada kakitangan kita.
Malahan kalau kauorang makan dekat sini, walaupun keadaan kedai nampak begitu mewah namun harga makanannya begitu murah dan makanannya jugak agak sedap.

"As a leader you have to treat your people with love. And your'll be get the big love."- CAPTAIN ELL
LEE LIEN YOONG
SNA
9 JANUARI 2020
No comments:
Post a Comment