Saturday, 11 January 2020

3 January 2020

Hari jumaat yang penuh barakah, aku sekeluarga dikejutkan dengan berita keguguran adik kedua aku. Dia gugur anak keduannya pada pagi tadi.
Itu betul-betul satu kejutan yang sangat-sangat kami kena terima dengan berat hati.
Memang kebelakangan hari sebelum dia bleeding, dia selalu mengadu sakit perut dan sakit pinggang. Tapi kitaorang ingat itu benda biasa. Tapi husband dia start risau dan bawak dia pergi check.
Doktor cakap dia berkemungkinan pregnant luar rahim atau contains uterus.
Masa tu kami sekeluarga dah panik giler. Tapi macam tak berapa cemas lagi, sebab anak pertama dulu pun doktor syak dia mengandung luar rahim masa di awal kandungan. Tapi bila dah masuk berapa bulan kandungan dia, doktor kata baby normal dalam rahim.
So kami tak putus-putus doa semoga semuanya stabil.
Tapi mungkin Allah lebih sayang dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kami semua.
Pagi tadi dia bleeding teruk. Dan setibanya di hospital, doktor kata kandungan dia tak dapat diselamatkan.
Masa kami dapat tahu tu, memang sangat sedih sangat-sangat. Simpati pada dia dan juga suami dia.
Masih terngiang kata-kata anak sulung dia yang berusia empat tahun tu.
"Panggil adik 'kakak', nanti baby panggil adik."
"Adik nak bawak baby main taman!"
Masa kita orang beritahu dia yang adik dia dah tak ada, Allah simpan dekat syurga. Dia diam sambil senyum. Tapi masa balik rumah, dia duduk dalam bilik dan menangis. Tapi kita tak tahu sampai kitaorang intai dia buat apa dalam bilik.
Masa tu, rasa sakit sangat. Semoga Allah gantikan yang terbaik untuk dia.

Mungkin dia tak dapat temani kamu bermain-main di dunia. Namun yang pasti kalian pasti bertemu disyurga Allah kelak. Kalian akan brkumpul sebagai keluarga firdausi. InsyaAllah.

"MUNGKIN TAK DIIZINKAN TUHAN UNTUK KITA BERTEMU DI DUNIA. HANYA SEMENTARA ENGKAU MENUMPANG DIRAHIM IBUMU. NANTI KITA BERTEMU DI SYURGANYA, INSYALLAH.
SELAMAT TENANG DISANA.
AL-FATIHAH.❤️❤️

Lee Lien Yoong
SNA
3 JANUARI 2020


No comments: