Taklah rahsia sangat, cuma cerita yang aku tengah tulis ni menceritakan tentang seorang maharani yang memerintah di sebuah negara yang kononnya tidak wujud lagi di zaman kini.
Idea ni aku dapat selepas aku terlalu asyik sangat dengan cerita 'Empress Ki'.
Aku memang sukakan cerita korea yang menceritakan tentang 'historical'.
Cerita ni menceritakan tentang seorang wanita korea yang mampu menguasai sebuah negara besar china dizaman dinasti Yuan.
Jadi aku pun terpanggil mencipta sebuah cerita yang lebih kurang agak sama tapi jalan cerita yang berbeza, watak yang berbeza, suasana yang agak sama, dan fenomaena yang sedikit sama.
Sepanjang cuti aku sibuk menulis cerita ni.
Bukan untuk tatapan umum pun, tapi saja.
Aku tak pasti nak buat apa dengan cerita ni, sama ada bukukan atau hanya simpanan.
Cuti pun nak sampai di penghujung. Jadi aku perlu bersiap sedia naik kerja dan hadap muka-muka yang aku tak nak tengok.
Hanya sampai waktunya nanti.
Aku akan berlalu tanpa rasa sesal.
Waktu itu pasti akan tiba.
"AKU MUNGKIN MAHARANI YANG MEMERINTAH NEGARA INI DENGAN PENUH RASA BERANI. AKU ADALAH MAHARANI YANG SERING BERADA DI BARISAN HADAPAN KETIKA BERPERANG. AKU MAHARANI YANG PUNYA SUAMI PERKASA. AKU MAHARANI YANG PUNYA PUTRA BIJAKSANA. AKU MAHARANI YANG DIDAMPINGI PENGAWAL SETIA. AKU MAHARANI YANG PUNYA TEMAN SEJATI. NAMUN, AKULAH MAHARANI YANG TERLAHIR DARI KELUARGA YANG BERUSAHA MENGINCAR TAHTA. ADAKAH AKU MAHARANI YANG DITERIMA DIHATI RAKYATNYA?" - MAHARANI SUTERA WANGI.
LEE LIEN YOONG
SNA
10 JANUARI 2020
No comments:
Post a Comment