Permulaan hari yang baik hari ini..
Kami berbual, meskipun sekecil perbualan. Diaorang sapa aku, dan aku pun begitu. Meski terlalu banyak hal yang aku nak tegur, terlalu banyak hal yang aku marahkan diatas perbuatan mereka hari ini.
Kami berbual, meskipun sekecil perbualan. Diaorang sapa aku, dan aku pun begitu. Meski terlalu banyak hal yang aku nak tegur, terlalu banyak hal yang aku marahkan diatas perbuatan mereka hari ini.
Tapi kerana sekecil-kecil perbualan dan sapaan mereka hari ini, cukup buat aku hadam dan memaafkan kesilapan mereka hari ini. Cukup buat aku pejam mata diatas semua silap mereka hari ini.
Aku sebenarnya rindukan suasana dimana kami boleh bergurau senda, bertegur sapa, dan membualkan banyak perkara.
Tapi mungkin untuk melalui hal itu lagi, aku tak siap atau sebenarnya aku takut. Aku takut untuk jadi berat hati meninggalkan diaorang atau sebenarnya aku takut perbuatan mereka hanya sebatas kepuraan.
Aku takut aku silap tafsir perbuatan mereka.
Aku takut dengan diri aku sendiri.
Takut salah memahami sebenarnya apa yang sedang berlaku.
Aku tak nak situasi ini aku hadapi dengan cara yang salah.
Tapi aku ambil langkah play safe.
Tak nak terlalu aman dengan diaorang dan tak nak terlalu dingin dengan diaorang.
Jadi mari kita tengok menuju kemana takdir kita semua.
Aku harap ianya satu permulaan untuk aku baiki hati aku yang mula rosak terhadap diaorang.
Aku harap inilah peluang yang Allah bagi pada aku.
"AKU PERCAYA PADA AYAT NI! 'KADANG TEMAN SEBENAR KAMU ADALAH MUSUHMU DAN HATI-HATI PADA TEMANMU YANG MUNGKIN SEBENARNYA ADALAH MUSUHMU.' KITA HARUS TERLUKA DIDALAM PERHUBUNGAN, BARU KITA TAHU BAGAIMANA MENGHARGAI!" - LEE LIEN YOONG
LEE LIEN YOONG
SNA
16 JANUARI 2020
No comments:
Post a Comment