Panggilan yang aku khaskan untuk dia.
Ada banyak hal yang aku lalui dan aku tempur.
Banyak benda yang aku buat untuk aku langsung tak ingat pada dia.
Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku tak boleh nafikan yang aku masih inginkan dia. Aku belajar untuk mengalah dan jangan teruskan pengharapan ni lagi. Tapi aku terus jadi pecundang!
Sebenarnya setiap saat, setiap waktu dia selalu ada dalam kotak fikiran aku.
Aku nak lupakan dia dan hentikan semua ni.
Aku tak nak lagi ada apa-apa perasaan pada dia. Dia dah ada pilihan sendiri dan diaorang bahagia.
Aku nak berhenti jadi pemerhati yang dari kejauhan mengharapkan semuanya dari dia.
Aku nak hentikan semua ni.
Aku tak nak dia ada lagi dalam kotak ingat aku.
"ORANG KATA UNTUK KITA CRUSH PADA SESEORANG ITU, IANYA HANYA AKAN BERTAHAN SELAMA BEBERAPA BULAN. TAPI SETELAH MENELITI SEMULA, AKU TELAH MELETAKKAN DIRIMU DIHATI INI LEBIH DARI BERTAHUNAN. LALU KAU TIDAK PERNAH MEMANDANG. LANTAS MENGAPA MASIH KAU CURI HATIKU? PULANGKAN DAN BERLALULAH PERGI DARI HIDUP. KERANA AKU JUGA INGIN BAHAGIA!" - NUR AMALINA ABD RAHIM
No comments:
Post a Comment