Hari ini merupakan hari terakhir aku merehatkan diri.
Aku harap dapat kekuatan untuk melaksanakan tugas sebagai pekerja di syarikat itu lagi.
Aku harus berusaha meski, kaki aku mulai berat melangkah.
Aku harus bertahan, meski hati sudah mulai menolak sehabis keras.
Aku merasakan satu energi yang kurang baik disana, namun tetap tak membuat aku patah semangat untuk terus bertempur.
Meski apa pun yang berlaku pada hari esok. Aku harus tetap kuat bangun melangkah. Aku harus tetap kuat membina perjalanan.
Dan hari ni, aku nikmati cuti terakhir aku dengan bermalas-malasan diatas tilam.
Sambil cari idea untuk cerita CINTA HAFIZ..
Proses dia berjalan dengan baik. Cuma aku tak nak publish dulu, sebab tak nak lagi buat pembaca aku ternanti-nanti bab seterusnya. Aku nak siapkan dulu, baru publish Bab by Bab. Baru orang tak geram dengan perangai aku yang selalu post cerita sekerat-sekeratkan.
So untuk tidak lagi menghampakan pembaca saya yang tak berapa ada tapi masih ada, saya akan perbaiki kesilapan saya.
Memandangkan tempat kerja aku sekarang bukanlah sesuatu yang menarik untuk aku sering fikirkan, jadi aku penuhkan pemikiran aku dengan mencari idea-idea baru bagi mempersiapkan cerita-cerita yang telah membuatkan bilik aku mulai penuh dengan buku-buku. (Al maklum lappy jahanam. Jadi terpaksa menulis sebelum menaip.)
Jadi aku akan usaha sehabis baik melalui hidup ini dengan baik. InsyaAllah!
Hwaiting!
"JANGAN BIARKAN DIRIMU DIJATUHKAN ATAU DISENTUH ORANG SESUKA HATI. INGAT! DIRIMU BEGITU BERHARGA. JIKA KAMU JATUH, HARUS BANGKIT. JANGAN SEKALI REBAH PADA MANUSIA, SEDANG INGIN MEREBAHKAN DAHI MENCECAH BUMI SUJUD PADA ILLAHI, KAMU AMAT SUKAR MELAKUKANNYA." - SNA
LEE LIEN YOONG
SNA
11 JANUARI 2020
No comments:
Post a Comment