Aku bercakap baik dengan mereka dan tutup 'buku semalam'.
Segala amarah aku, aku kuburkan semalam.
Segala benci aku, aku benamkan dilautan dalam.
Segala fikiran negatif aku, aku campak jauh di balik gunung ego.
Aku tidak mahu pengakhiran aku disini berakhir dengan permusuhan yang tidak bermaruah. Aku pilih untuk merendahkan segala ego yang ada di dalam hati ku.
Not bad!
Ianya berjalan dengan lancar.
Aku mulakan semula sikap activetalk aku seperti biasa.
Bertegur sapa dengan mereka dan menganggap hari semalam tidak pernah wujud di antara kami.
Ternyata hati aku yang memberat beberapa hari lalu, kini mulai ringan dan diwarnai dengan sesuatu rasa yang lebih tenang dan redha!
Aku bersyukur ke hadrat Illahi, Dia tidak membiarkan aku hanyut di dalam hati yang mungkin mula menambah titik hitam. Sungguh permusuhan itu keji.
Aku harap ini permulaan yang baik untuk sebuah pengakhiran yang baik.
InsyaAllah...
Aamiin.
"MENJADI ORANG YANG MENGHULUR DAN MEMBERI KEMAAFAN ITU BUKAN BERMAKNA KAU SEORANG YANG LEMAH ATAU PENGECUT. TAPI DEMI MEMULIAKAN SILATURAHIM DAN MENJAGA AMANAT RASULULLAH ITU LEBIH PENTING DARI SEKEPING HATI YANG PENUH DENGAN KEEGOAN." - SNA
LEE LIEN YOONG
SNA
22 JANUARI 2020
No comments:
Post a Comment