Tahun baharu yang membuatkan fikiran aku berubah lain macam. Dah lama aku berkhidmat dekat sini. Dulu aku rasa seronok kerja dekar sini. Tapi sekarang ni, aku rasa macam aku perlu keluar dari sini. Bukan kerana pekerjaannya tapi kerana environment dekat sini dah macam tak boleh diterima lagi. Pekerjaan aku? Aku sangat cintakan pekerjaan aku, dan dahulu aku sangat cintakan team aku terutama my love leader. But now? I don't know why .......
Aku tak nampak ada laluan untuk aku bertapak lagi dekat sini.
Dulu aku selalu mindset yang semua tempat kerja akan sama, kau akan jumpa semua orang yang sama perangainya. Dekat mana-mana pun, kau akan jumpa orang yang sama jer.
Tapi aku tak tahulah sekarang ni kenapa.....
Mungkin tak ada satu orang pun yang aku boleh pegang untuk aku percaya. Atau sebenarnya aku mulai bosan untuk menghadap orang yang sama dan perangai yang sama.
Apa yang pasti, aku perlu keluar dari tempat ni untuk cari nafas baru.
Dan apa yang pasti, pekerjaan aku sekarang ni dah tak ada dalam goal aku 5 tahun ke depan.
Benar kata seseorang yang aku hormati dalam hidup aku.
Kita boleh sayangkan pekerjaan kita, tapi jangan sayangkan tempat kerja kita. Apa yang kita buat hari ini, belum tentu dikenang pada hari esok.
Segala tungkus lumus kau berjuang bertahun lamanya belum tentu diingat apabila ada satu kesilapan kecil yang kau buat.
Dahulu aku seorang pekerja yang cukup bersemangat dan sangat berghairah dalam melakukan pekerjaan aku.
Aku buat semua pekerjaan aku secara tip top!
Aku buat kerja yang bukan kerja aku asalkan dapat bantu team aku siapkan task job!
Aku kerja lebih masa demi siapkan semua pekerjaan aku!
Aku buat yang terbaik demi pekerjaan aku, team aku dan leader aku!
Aku gembira dalam pekerjaan aku meskipun terlalu penat dan terlalu banyak kerja serta kurang kakitangan.
AKU GEMBIRA!
Tapi sekarang?
Kakitangan cukup!
Aku tak perlu kerja lebih masa!
Aku tak perlu lagi bantu mereka!
TAPI AKU TAK GEMBIRA :(
Sebab mungkin aku dah bosan atau aku dah mulai muak dengan kepuraan sekeliling.
Apa yang pasti. Aku tetap AMALINA yang tak pernah kesal diatas setiap perbuatannya.
Aku rasa, mungkin sudah cukup kaki ini membuat tapak disini. Aku perlu melangkah lagi, tinggalkan tempat ini dan mengembara ke tempat baharu.
Terima kasih untuk setakat ini.
KADANG ORANG SEKELILING YANG TERLIHAT BAIK DAN SANGAT MENGHARGAI KITA ITU SEBENARNYA MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI.
"MEREKA YANG BERPENGARUH SANGGUP MENCIPTA PROPAGANDA, MEMANIPULASI KEBENARAN DEMI KEAGUNGAN AGENDA MEREKA SENDIRI. POLITIK KEHIDUPAN ITU LUAR BIASA." - ELL
Lee Lien Yoong
SNA
2 JANUARI 2020.
No comments:
Post a Comment