MC terus mak ayam.
Bangun-bangun pagi tengok muka membengkak! Kau rasa?
So tak berapa menarik pun hari ni, biashe-biashe jer....
Jap!
Hari ni, aku banyak berbual dengan mak aku.
Kami berbual macam kawan-kawan.
Mak aku bercakap tentang apa yang dia suka dan tak suka tentang aku.
Begitu juga aku.
Aku banyak bercakap tentang masa lalu, dan dia memasang telinga dengan penuh setia.
Kami berjalan tanpa hala tuju.
Aku drive tanpa tahu mana arah yang aku nak tuju.
Dan dia juga tak tahu kemana yang dia nak pergi, tapi katanya teruskan sahaja memandu.
Asal aku ada bersama dengannya dia ingin terus pergi..
Selepas banyak perbualan yang kami bualkan, tiba-tiba suasana jadi hening dan sunyi. Hanya dengusan nafas keduanya yang keluar ketika itu.
Hari ni aku peroleh perhatian umi 200%.
Dia yang berusaha mendaftar nama aku ketika di klinik.
Dia yang bersabar menanti doktor melakukan pemeriksaan.
Dia yang masak untuk aku.
Dia yang beri aku makan ubat.
Dia yang sapukan krim ubat pada muka aku.
Dia yang jadi pendengar setia aku untuk aku luah semua perkara.
Dan dia menyedarkan aku tentang satu perkara serta dia yang menasihati aku tentang hal itu.
Aku cakap macam ni pada dia.
"Rupanya sahabat sebenar along tu adalah umi. Hanya umi teman setia yang berada disisi along meski sudah berapa kali along belakangkan."
Umi menggenggam kuat jemari aku, dia senyum dan berkata.
"Menangislah!"
Aku terpaku dan menghentikan kenderaan ke tepi.
"Menangislah!"
Aku menatap wajahnya lama, aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus menangis? Kenapa umi nak aku menangis?
"Menangislah nak! Along akan lega."
Aku masih menatap wajahnya.
Dia menyentuh dadaku perlahan. "Buangkan semuanya dari sini. Jangan tahankan dia! Buang!"
Serta merta airmata aku menitis selaju-lajunya. Sampai aku sendiri tak faham, kenapa aku menangis?
"Along anak yang baik. Umi nak minta along sesuatu boleh?"
Aku tetap memandangnya.
"Maafkan! Buang semua dendam tu. Dah berbelas tahun nak. Maafkan. Sampai bila dendam tu perlu bersemadi di hati along? Ianya tak perlu lagi sayang. Maafkan."
Aku ketawa kecil. Dan dia merenung wajahku dengan penuh kelembutan.
"Umi tak minta banyak. Tolong buang rasa amarah tu dari dia. Dia tetap ****! Jangan bencikan. Jangan dendam pada dia. Dia tak patut terima semua tu. Jangan dendam pada siapapun dan jangan balas apapun pada orang nak. Along anak umi. Umi tahu along macam mana. Tolong jangan buat sesuatu yang memudaratkan diri along sendiri lagi nak. Cukup."
Perbualan itu mati di situ kerana aku tidak menjawab apa pun yang mak aku cakap.
Aku hanya layan perasaan dan memandu kereta menuju pulang ke rumah.
Entah kenapa, aku tak rasa untuk menghadam kata-kata umi untuk hari ini. Aku tak tahu sama ada perkataan itu perlu diambil atau diabaikan.
Tapi yang pasti aku dengar apa-apa untuk berhenti. Aku hanya turut kata hati!
"BERHENTI MENDEKATKAN DIRI DENGANKU DISAAT KAU SULIT UNTUK MENERIMA SIAPA AKU. JANGAN TERUS MENDEKATI AKU UNTUK TAHU SIAPA AKU, KERANA KAU AKAN BERKELUHAN. KAU HANYA AKAN MENGENALI AKU TENTANG APA YANG INGIN AKU KALIAN KENAL TERHADAP AKU. NAMUN KALIAN TIDAK AKAN TAHU SIAPA AKU DISEBATAS WAKTU. JANGAN DEKATI AKU, KERANA AKU TIDAK PERNAH TERTARIK PADA SIAPAPUN. AKU HANYA LALUI HIDUP INI DISEBATAS SISA HIDUPKU." - AMAL
LEE LIEN YOONG
SNA
19 JANUARI 2020
No comments:
Post a Comment