Monday, 27 January 2020

25 January 2020

YA AKU CUCU CINA! Tapi tak payah wish aku GONG XI FA CAI! Aku bukan faham pun! 
Arwah nenek aku jer cina! Aku melayu!
Stress!
Tapi hari ini adalah hari yang mendamaikan!!!!
Seronoknya tak ada supplier yang aku perlu jumpa dan aku boleh bersuka ria..
HA HA HA HA HA!
Dan apabila kau mengabaikan orang atasan dengan beraninya, itu jauh lebih mengembirakan.

Aku dengan penuh kebanggaan mengabaikan semuanya..
Bukan aku seorang ok!


Tapi ada yang lebih menggembirakan!
Aku dapat menatap anak kepada nenek cina aku!
HA HA HA HA.
ABD RAHIM SHI!
APPA!
Betapa rindunya untuk menatap raut wajahnya.
Betapa rindunya untuk mendengar suaranya.
Dan hari ini aku miliki semua itu.
Aku dapat melihat wajahnya yang tersenyum.
Dia bukanlah orang yang mudah mengukir senyum. Dia bukanlah orang yang suka menatap wajah aku. (Mungkin aku tak nampak waktu dia tatap wajah aku)
Senyuman ayah buat aku gembira sepanjang hari ini.
Mendengar suaranya membuatkan aku rasa seakan aku ingin memberitahu satu dunia bahawa dia adalah ayah aku!
Mungkinlah dia telah melakukan sesuatu yang bisa dipuji oleh orang-orang.
Namun hatiku yang bergelora ingin memberitahu semua orang bahawa aku juga punya ayah! Aku juga punya ayah untuk dipertunjukkan.
Bila ditatap lebih lama, wajah ayah sudah ada kedutan, giginya sudah mula menunjukkan ketuaan. Tubuhnya sedikit rendah dariku.
Sebenarnya dari menyalam tangannya yang sudah mula berkerut dimamah usia. Aku ingin sekali memeluk tubuhnya. Ingin sekali aku mencium pipinya.
Namun aku menahan diri. Kata hatiku mungkin nanti. Gusar dia tidak selesa diperlakukan begitu.
Terima kasih Allah untuk pertemuan yang panjang pada hari ini.
Terima kasih.

"ALONG ANAK AYAH YANG PANDAI. BELAJAR RAJIN-RAJIN NANTI DAH BESAR TOLONG UMI DENGAN AYAH JAGA ADIK-ADIK." - AYAH

LEE LIEN YOONG
SNA
25 JANUARI 2020


No comments: