Kadang-kadang kita tak perasan, berlku sesuatu ujian di dalam hidup kita kerana Allah ingin menegur silap yang mungkin kita tak sedar bahawa kita sedang lakukannya.
Menariknya di hari Jumaat yang penuh keberkahan ini, kami mulai menikmati makan tengah hari bersama. Mulai seperti mana yang kami pernah lakukan sebelum ini.
Betapa besarnya kuasa komunikasi itu, kami mampu melakukan perkejaan bersama dengan baik sejak beberapa hari dari belakang ini.
Alhamdulillah ke hadrat Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.
Dialah yang menggerakkan hati seseorang dalam setiap perbuatannya.
Aku bersyukur masih mampu melalui kehidupan di tempat kerja dengan rasa yang sedikit nyama.
Ini yang aku harapkan sehingga hari itu tiba nanti.
Sejak kebelakangan ini, umi banyak bercakap tentang dendam pada aku dan ayat di hari ini benar-benar mengetuk kotak fikiran aku.
"Sampai bila kau nak berdendam kakak?"
Aku mula fikirkan sesuatu yang telah aku lakukan sehingga perkataan itu keluar dari mulut umi.
Aku tak pasti sejauh mana kebenaran kata-kata umi tentang dendam.
Tapi yang lebih membuat aku bertanya adalah. Mengapa kebelakangan ini, soalan itu yang sering muncul dari mulut umi.
Adakah aku tak sedar tentang perbuatan aku?
Dan seperti biasa, aku mengabaikan.
Tiba-tiba idea aku berterbangan untuk menulis. Ambil buku ni, idea hilang. ambil buku tu idea hilang.
Adakah ini kerana hariku mulai berwarna?
Hehehehehe...
"AKU BUKAN PENDENDAM!" - LLY
LEE LIEN YOONG
SNA
24 JANUARI 2020
No comments:
Post a Comment